 |
| wajah member gua semasa melepak |
" Ouchh, kedai makan port biasa kita penuhla man! "
Aku pasrah akan 'keramaian' manusia pada malam ini. Macam ada hari keluarga dah aku tengok. Mungkin kerana kerajaan telah mengisytihar bonus pada pekerja - pekerja GOMEN lantas menyebabkan mereka dahulukan gaji dengan lepak minum dan menjamu selera bersama keluarga. Baguslah, sekali sekala keluar makan dengan keluarga tu sangat - sangat menyenangkan. Menguatkan tali ikatan kekeluargaanlah orang cakap. Bagi aku, dengan cara pergi makan luar ni lah, kita boleh berkomunikasi dengan seluruh ahli keluarga. Masa tu lah nak bergelak dengan anak - anak, dengan mak bapak, gurau - gurau manjalah gittewww..
Oleh kerana kedai favor aku dah penuh, aku bergeraklah ke kedai sebelah yang air dia tak berapa nak sedap tu. Teh dia pakai tak KAW dan tak kena dengan selera aku. Tapi nak buat macam mana kan, kebetulan keliling meja aku duduk tu ada 3 meja lain yang sarat dengan gadis - gadis melayu. Yang sopan ada, yang hot berskirt pun ada. Mata lelaki aku memang tak boleh nak elaklah kan dari TERpandang. Baca baik - baik, hanya TERpandang.
" Man, hujung minggu ni jom gerak JB jom shopping raya. Gaji gua kerja part time haritu dah keluar dah ni aku rasa. Jap lagi teman aku g bank check jap, boleh? "
" Sabtu maybe oklah, aku pun kebosanan dah ni. Gaji aku pun dah masuk keh keh keh. "
Sebatang rokok ku bakar. Begitu juga temanku. Setelah air sampai, baru bakar rokok, sambil minum air, sambil hembus asap memang best. Best sangat menempah maut agaknya, sisi baik hatiku memerliku. dem.
" hei Man, cuba ko tengok sebelah sana tu, nampak tak pakcik tua tu? "
" Yang mana ko ni? Aku nampak awek je kat sana tu. "
" Memang sialla ko ni, mata pervert betul. Yang sebelah sana tu, bukan yang situ." sambil jariku menuding.
" Owh, pakcik tu jual - jual buku agama, sticker - sticker doa, macam - macam lagilah! "
" Owh, ok "
Kami teruskan perbualan kami yang macam bagai itu. Dari asalnya bercerita gadis, ke kereta, ke makcik jual kuih kat bazar pakai kereta honda city, kemudian kepada kereta F1, disambung pula cerita Suci 2.5 dan diakhiri dengan membakar batang rokok kedua kerana tiada idea dah nak borak apa lagi. Sedikit penat maybe.
" Assalamualaikum, apa khabar? " sambil menghulur tangan kepadaku.
Owh, pakcik tadi datang ke meja kami. Sudah turn kami rupanya. Kami menjawab salamnya dengan senyuman paling menawan kami pernah bagi.
Pakcik itu mula membentangkan segala apa yang dia bawa kepada kami berdua. Man membelek - belek perhiasan berkalimah untuk digantung pada kereta. Lawa, pujinya. Aku juga tergoda.
" How much? " sambil mengangkat perhiasan itu. ( akuistilahkan sebagai perhiasan kerana aku tidak tahu menatang tu dipanggil apa yang gantung - gantung dekat cermin pandang belakang tu )
" Eight ringgit only " kata dia sambil tersenyum mengharap.
Aduh, aku memang tak tahan godaan bila orang jual - jual macam ni. Selalu saja aku tergoda. hati aku ini penuh taman agaknya.
" Ok, bos, saya ambil ini. Nah ni duitnya, " Kataku sambil menghulurkan not RM10 padanya.
" Eh, aku nak jugak dowh! " Man turut mengambil satu.
" Thank you! Thank You! Hati kamu sangat baik. Baik. Terima kasih! " pakcik itu menghulurkan baki dan berlalu pergi meneruskan program sara hidupnya itu. Aku tersenyum sendiri.
--------------------------------------------------------------------------
 |
| kepala aku merewang seakan - akan litar ini.. |
Fikiran aku merewang jauh. Aku terbayang tiba - tiba akan perangai manusia yang melakukan apa sahaja untuk harta dunia. Dosa ditolak ketepi dan menipu menjadi ibadah buat mereka. Tipu orang sana sini dengan downlinelah apalah makan duit orang sana sini, lepas tu blah. Lagi dengan bisnes ala - ala skim cepat kaya, yang janjikan pulangan lumayan bagai. Aku tak fahamlah kenapa ada manusia terpelajar yang boleh terpengaruh dengan benda - benda macam tu.
Pada aku, simple je. Aku ada not RM10. Aku bagi kau not Rm10 itu dan aku mintak RM50 dari kau bulan depan. Agak - agak kau nak bagi ke?
Taik! tak adanya kau nak bagi aku RM50 tiba - tiba kan? Macam tulah aku rasa pasal skim cepat kaya. Duk rumah, goyang kaki tak ada usaha, tunggu duit masuk itu GILA. Tak ada usaha, macam mana nak dapat duit? Sedangkan taukey skim cepat kaya pun berusaha nak tipu orang sebab dia nak kaya, ni korang boleh tertipu dengan dia tanpa apa - apa usaha. Lepas tu menangis tanah dah dijual, hutang 'along' bersepah dan lepas tu hidup susahlah kalau ada kaitan dengan along. Aku pernah terjebak dengan along dan serius memang sangat susah. Hidup tak tenang seharian. Fikir nak rompak 7E pun ada.
"Bro, ini bukan sistem piramid bro, ini sistem perniagaan bertingkat! Kita ada jawatan ni dan BLABLABLA............"
ya, lantak kau lah sistem apa kau nak guna, sebab yang aku selalu guna ialah sistem solar sahaja. Bangun pagi, ngadap cahaya matahari itu sangat - sangat mengayikkan. Lagi - lagi kalau di tepi pantai. Perggh, suasana angin lepas subuh tu sangat mengkhayalkan. Ok, dah lari dari tajuk.
Berbalik kepada perniagaan macam tu, macam mana boleh kaya? dengan cari downline. Ya, DOWNLINE. Dari downline, jadi linedown. Semuanya jadi down lepas tersedar akan penipuan yang berlaku. Konsep bisnes pada aku ialah trade antara sesuatu entiti dengan wang ringgit. Kalau barter antara entiti dan entiti, tapi zaman sekarang walau antara entiti dan entiti, tapi dinilaikan segalanya dalam nialai wang ringgit ataupun matawang lain dunia yang korang sukalah. Tetapi bila aku tengok member - member aku yang join menatang tu, mereka bukan sibuk berniaga, tapi mereka sibuk mencari DOWNLINE. Ya, mereka berniaga air liur, sijil entahapehape, broucher dan member sebelah sebagai bekap untuk memberi idea bila closing orang.
Itu bisnes apa? tak jual barang tapi cari downline. Aku tak dapat terima. Marahlah aku kalau nak kata kepala otak aku bangang dalam bisnes di dunia pancaroba ni. Maafkanlah sangat - sangat. Ini sekadar luahan hati aku.
ok, itu disclaimer aku. Nak maki aku gak, silakan. HAHA
senyum aku lihat si tua yang menjual padaku tadi. Wajahnya bersih, senyuman sentiasa, tiada tipu, tiada muslihat. Aku gembira. Kalau si tua itu mampu mencari kerja yang suci dan halal menjual buku cara - cara solat, apa lagi alasan si muda yang menipu dalam mencari harta? Ah, aku sedih kadangnya.
Si tua itu menghadap lautan masyarakat berniaga dengan berjalan kaki mencari sesuap nasi yang halal. Aku bangga dengannya. Hatinya kuat menahan sakit bila orang memerlinya bila dia cuba mendekati orang ramai, tanpa ada marah di riak wajahnya.
Ah, panjang gila dah entry ni, tu lah bila aku dah meluah perasaan, boleh sampai novel jadinya.
*Sekali sekala tolong orang tua tu beli barang dia bagus gak lebih2 lagi bulan puasa ni ye dak? Dari beli rokok je atau buka kat McD. Ah, dunia dunia....
**Jangan sekali-kali taksub mencari harta, nanti kau ditipu, susah. gunakan akal kau!