Pages

Wednesday, June 22, 2011

Nakal dalam Diri


Assalamualaikum para pembaca. Semoga korang happy gembira hendaknya. Yang tak baca, tak payah. Gurau, aku doakan semua rakan - rakan aku tak kiralah rakan tadika, sekolah, matrikulasi, universiti, awek restoran - restoran di Johor, rakan facebook, BLOG dan tak lupa juga rakan - rakan Indon dan Bangla ketika bekerja di ***** *****  dahulu. Jangan berfikir panjang akan bintang - bintang itu, abaikan sahaja.


tak ada kaitan, abaikan.


Petang - petang ni bila melihat hujan di luar, syahdu je hati aku ni. Teringat kenangan lama masa muda - muda dengan pelbagailah hal. Aku dari sekolah tadika aku dah start buat masalah. Nakal aku masa kecik tak hengat jugalah. Semua perempuan benci aku tak sudah. Aku pun tak tahulah kenapa aku dengki sangat dekat kaum hawa ni masa sekolah.

Aku ceritalah serba sedikit kenakalan aku yang aku ingat masa kecik - kecik..


Masa tadika :  1) Aku tolak budak perempuan masuk parit tepi sekolah
                       2) Aku tuang dakwat pen dekat belakang baju putih budak perempuan.

Hukuman dia sama je keduanya. Aku ditampar bertubi - tubi oleh bapak aku. Sungguh sakit. Bapak aku terpaksa beli baju baru untuk kedua gadis muda malang itu. Bila berjumpa perempuan itu selepas itu, aku hanya bersiul riang. Lalalaaalalaa ~

Nampak tak kerianganku itu?


Zaman sekolah rendah tiba dengan megahnya. Masa darjah 1, aku dilantik sebagai ketua kelas. Mungkin buta agaknya cikgu itu melantikku. Aku terima dengan sengih melitupi satu kepala. GILA KUASA. Itu adalah 2 perkataan yang dapat menggambarkan kehidupan aku semasa darjah 1. Tiada kes, cuma adalah aku tepuk belakang badan budak kerana beliau berborak dengan rakan sebelah. Ah, memang senyap sentiasa kelas aku.

Darjah 3 aku memegang jawatan pemgawas. Tali leher merah memang menyemarakkan lagi kenakalanku. 
"Apa buta cikgu - cikgu ini semua agaknya " bisik hatiku lagi.

baru 2 bulan memegang jawatan, Guru disiplin telah berjaya menghambat mukaku dengan 'backhand' yang agak padu sebanyak 3 das. Lagak seperti seorang pemain wrestling sahaja. Aku ditangkap kerana mengoyakkan kain budak darjah 2.

KOYAK??

Yelah koyak, tapi bukan merogol lah syiall! aku tendang kaki dia dan kain dia terkoyak. Kalau rogol, kain tak koyak, tapi benda lain koyak. Masa aku kecik - kecik mana aku ada perasaan kat perempuan, masa tu YUJIEZZ pun tak ada lagi. Aku stim pun tak reti lagi. 


Aku dihadapkan kepada mak bapak perempuan itu. "Baru ko taw gigil tak gigil, ko buat pandai! Bodoh punya Haikal! " aku bermonolog dalaman.


"dahla haikal, makcik tak kisah, awak pun dah sedar salah awak. Makcik maafkan awak" kata emak budak itu.


Aku tersenyum lebar di dalam hati. tetapi air mata tanda keinsafan tetap aku pamerkan laksana ketika menelan maggi tomyam berkuah pekat. Dia makan pujuk rayu aku, nasib baik. Kalau tak mungkin aku dah bebal kerana ditampar dan tidak wujudlah blog ini.

tak adalah koyak sampai macam ni ok. Maaf, gambar curik google


Aku boleh cerita itu jela kesalahan aku. Yang lain, banyak lagi tapi korang bayangkanlah sendiri ok. Anggap je bayangan korang itu betul. 

k lah, nak sambung tidur. Kenapa best tidur? Sebab tidur dapat mengasingkan diri aku dari cerita si bodoh yang hanya tahu mengambil kesempatan. Dunia kan namanya? :)

Assalamualaikum...............



9 comments:

Alin said...

baca ayat pun dh tahu mmg nakal. wakakaa xD

adwafarahin said...

nakal gila ko weyh!!!

Sembang Kemas said...

gua rasa gua lagi otai dari lu.

gua pernah digelar perogol time darjah satu.hahahaha

Nina~ said...

kenakalan lain ade tak?
matrik, sekolah menengah?
hehe, enjoy

Unknown said...

bila ko dah besar ko dapat simpulkan tak kenapa ko bengang sangat ngan pempuan masa kecik2?

Haikal Blank said...

haha soalan brader zul amat menarik.

Tak tawlah kenapa benci. Aku rasa aku benci sebab diorang taknak borak dengan aku kot. jeles dengan dak2 pandai....HAHAHA sheet gak perangai aku rupanya....

Someone said...

alamak ! yang ni aku tak sempat nak komen tadi .
takpe takpe nak komen gak .

nak tanya 1 soalan je, sekarang ko nakal tak ? or lagi nakal . ahaks !
ok nyte bro (:

Haikal Blank said...

haha nakal? itu benda yang sebati dalam diri aku..cuma sekarang berasas la...tak adalah melampau sangat ok. HAHA

Haikal Blank said...

@Alin aku baik sebenarnya tapi disalah anggap. HAHA

@adwafarahin jangan jerit! kalau semua tahu macam mana gua nak usya awek nanti! :P

@NJJ ada aja, mungkin ada yang lebih dahsyat tapi tak patut cerita. Bahaya. :D