Pages

Thursday, August 11, 2011

Si Peniaga Tua

wajah member gua semasa melepak





" Ouchh, kedai makan port biasa kita penuhla man! "





Aku pasrah akan 'keramaian' manusia pada malam ini. Macam ada hari keluarga dah aku tengok. Mungkin kerana kerajaan telah mengisytihar bonus pada pekerja - pekerja GOMEN lantas menyebabkan mereka dahulukan gaji dengan lepak minum dan menjamu selera bersama keluarga. Baguslah, sekali sekala keluar makan dengan keluarga tu sangat - sangat menyenangkan. Menguatkan tali ikatan kekeluargaanlah orang cakap. Bagi aku, dengan cara pergi makan luar ni lah, kita boleh berkomunikasi dengan seluruh ahli keluarga. Masa tu lah nak bergelak dengan anak - anak, dengan mak bapak, gurau - gurau manjalah gittewww..

Oleh kerana kedai favor aku dah penuh, aku bergeraklah ke kedai sebelah yang air dia tak berapa nak sedap tu. Teh dia pakai tak KAW dan tak kena dengan selera aku. Tapi nak buat macam mana kan, kebetulan keliling meja aku duduk tu ada 3 meja lain yang sarat dengan gadis - gadis melayu. Yang sopan ada, yang hot berskirt pun ada. Mata lelaki aku memang tak boleh nak elaklah kan dari TERpandang. Baca baik - baik, hanya TERpandang.


" Man, hujung minggu ni jom gerak JB jom shopping raya. Gaji gua kerja part time haritu dah keluar dah ni aku rasa. Jap lagi teman aku g bank check jap, boleh? "

" Sabtu maybe oklah, aku pun kebosanan dah ni. Gaji aku pun dah masuk keh keh keh. "


Sebatang rokok ku bakar. Begitu juga temanku. Setelah air sampai, baru bakar rokok, sambil minum air, sambil hembus asap memang best. Best sangat menempah maut agaknya, sisi baik hatiku memerliku. dem.


" hei Man, cuba ko tengok sebelah sana tu, nampak tak pakcik tua tu? "

" Yang mana ko ni? Aku nampak awek je kat sana tu. "

" Memang sialla ko ni, mata pervert betul. Yang sebelah sana tu, bukan yang situ." sambil jariku menuding.

" Owh, pakcik tu jual - jual buku agama, sticker - sticker doa, macam - macam lagilah! "

" Owh, ok "


Kami teruskan perbualan kami yang macam bagai itu. Dari asalnya bercerita gadis, ke kereta, ke makcik jual kuih kat bazar pakai kereta honda city, kemudian kepada kereta F1, disambung pula cerita Suci 2.5 dan diakhiri dengan membakar batang rokok kedua kerana tiada idea dah nak borak apa lagi. Sedikit penat maybe.



" Assalamualaikum, apa khabar? " sambil menghulur tangan kepadaku.

Owh, pakcik tadi datang ke meja kami. Sudah turn kami rupanya. Kami menjawab salamnya dengan senyuman paling menawan kami pernah bagi.

Pakcik itu mula membentangkan segala apa yang dia bawa kepada kami berdua. Man membelek - belek perhiasan berkalimah untuk digantung pada kereta. Lawa, pujinya. Aku juga tergoda.


" How much? " sambil mengangkat perhiasan itu. ( akuistilahkan sebagai perhiasan kerana aku tidak tahu menatang tu dipanggil apa yang gantung - gantung dekat cermin pandang belakang tu )

" Eight ringgit only " kata dia sambil tersenyum mengharap.

Aduh, aku memang tak tahan godaan bila orang jual - jual macam ni. Selalu saja aku tergoda. hati aku ini penuh taman agaknya.

" Ok, bos, saya ambil ini. Nah ni duitnya, " Kataku sambil menghulurkan not RM10 padanya.

" Eh, aku nak jugak dowh! " Man turut mengambil satu.

 " Thank you! Thank You! Hati kamu sangat baik. Baik. Terima kasih! " pakcik itu menghulurkan baki dan berlalu pergi meneruskan program sara hidupnya itu. Aku tersenyum sendiri.


--------------------------------------------------------------------------

kepala aku merewang seakan - akan litar ini..



Fikiran aku merewang jauh. Aku terbayang tiba - tiba akan perangai manusia yang melakukan apa sahaja untuk harta dunia. Dosa ditolak ketepi dan menipu menjadi ibadah buat mereka. Tipu orang sana sini dengan downlinelah apalah makan duit orang sana sini, lepas tu blah. Lagi dengan bisnes ala - ala skim cepat kaya, yang janjikan pulangan lumayan bagai. Aku tak fahamlah kenapa ada manusia terpelajar yang boleh terpengaruh dengan benda - benda macam tu.

Pada aku, simple je. Aku ada not RM10. Aku bagi kau not Rm10 itu dan aku mintak RM50 dari kau bulan depan. Agak - agak kau nak bagi ke?

Taik! tak adanya kau nak bagi aku RM50 tiba - tiba kan? Macam tulah aku rasa pasal skim cepat kaya. Duk rumah, goyang kaki tak ada usaha, tunggu duit masuk itu GILA. Tak ada usaha, macam mana nak dapat duit?  Sedangkan taukey skim cepat kaya pun berusaha nak tipu orang sebab dia nak kaya, ni korang boleh tertipu dengan dia tanpa apa - apa usaha. Lepas tu menangis tanah dah dijual, hutang 'along' bersepah dan lepas tu hidup susahlah kalau ada kaitan dengan along. Aku pernah terjebak dengan along dan serius memang sangat susah. Hidup tak tenang seharian. Fikir nak rompak 7E pun ada.


"Bro, ini bukan sistem piramid bro, ini sistem perniagaan bertingkat! Kita ada jawatan ni dan BLABLABLA............"


ya, lantak kau lah sistem apa kau nak guna, sebab yang aku selalu guna ialah sistem solar sahaja. Bangun pagi, ngadap cahaya matahari itu sangat - sangat mengayikkan. Lagi - lagi kalau di tepi pantai. Perggh, suasana angin lepas subuh tu sangat mengkhayalkan. Ok, dah lari dari tajuk.

Berbalik kepada perniagaan macam tu, macam mana boleh kaya? dengan cari downline. Ya, DOWNLINE. Dari downline, jadi linedown. Semuanya jadi down lepas tersedar akan penipuan yang berlaku. Konsep bisnes pada aku ialah trade antara sesuatu entiti dengan wang ringgit. Kalau barter antara entiti dan entiti, tapi zaman sekarang walau antara entiti dan entiti, tapi dinilaikan segalanya dalam nialai wang ringgit ataupun matawang lain dunia yang korang sukalah. Tetapi bila aku tengok member - member aku yang join menatang tu, mereka bukan sibuk berniaga, tapi mereka sibuk mencari DOWNLINE. Ya, mereka berniaga air liur, sijil entahapehape, broucher dan member sebelah sebagai bekap untuk memberi idea bila closing orang.

Itu bisnes apa? tak jual barang tapi cari downline. Aku tak dapat terima. Marahlah aku kalau nak kata kepala otak aku bangang dalam bisnes di dunia pancaroba ni. Maafkanlah sangat - sangat. Ini sekadar luahan hati aku.


LUAHAN HATI AKU SAHAJA


ok, itu disclaimer aku. Nak maki aku gak, silakan. HAHA



senyum aku lihat si tua yang menjual padaku tadi. Wajahnya bersih, senyuman sentiasa, tiada tipu, tiada muslihat. Aku gembira. Kalau si tua itu mampu mencari kerja yang suci dan halal menjual buku cara - cara solat, apa lagi alasan si muda yang menipu dalam mencari harta? Ah, aku sedih kadangnya.

Si tua itu menghadap lautan masyarakat berniaga dengan berjalan kaki mencari sesuap nasi yang halal. Aku bangga dengannya. Hatinya kuat menahan sakit bila orang memerlinya bila dia cuba mendekati orang ramai, tanpa ada marah di riak wajahnya.

Ah, panjang gila dah entry ni, tu lah bila aku dah meluah perasaan, boleh sampai novel jadinya.


*Sekali sekala tolong orang tua tu beli barang dia bagus gak lebih2 lagi bulan puasa ni ye dak? Dari beli rokok je atau buka kat McD. Ah, dunia dunia....

**Jangan sekali-kali taksub mencari harta, nanti kau ditipu, susah. gunakan akal kau!



37 comments:

fatin syahirah :) said...

luahan hati memang selalu berjela tanpa sedar. haha

Kucing Serius. said...

Post kita hari ni pasal orang tua kan? Ahaha. Kau tiru aku! Tak boleh ni!

Eceh.

Well. This is what life is all about kan. Sentiasa ada tipu daya. Kiri kanan depan belakang.

Dunia. Life. Hidup. Haihh.

haikalblank said...

berjela itu biasa..KAH3...

Kucing, tu lah, tadi masa aku start online, baca entry kau dan owh, orang tua gak....HAHAHA

kita memang selalu macam ni ke sebenarnya? HAHA

Popoi said...

entry menarik,,, ^^

haikalblank said...

thanx popoi. :)

sergeant keroro said...

haha, aku dah biasa dah dengan berjela-jela entri ko ni.

yup, sumber rezeki biarlah halal, duk mencari downline umpama menipu.

tapi logiknya, mostly melayu nak kaya cepat tapi taknak usaha.

ye dak?

haikalblank said...

yeah, biar lambat, biar sedikit janji halalnya pasti. lagi nak buat bagi makan anak - anak...takkan nak bagi dari sumber meragukan!

:)

sekarang semua orang nak cepat kaya, mudah dengar cerita orang. haishh...

J.Syazwana said...

walaupon kite selalu buat jahat tapi bila once kita tolong orang lain rasa macam best je kan. huhuhu

Zulfikar Hazri said...

dah dah dah, jangan terpedaya lagi...

meh aku kenalkan skim penjanaan pendapatan yag baru dan ikhlas,

sumpah ni bukan MLM..

tapi jenis baru, aku yakin kau boleh berjaya.

Skim ni dinamakan

"skimbanyakcantikmukanakkayaletak100nakuntungsepuluribu"

amcam panjang dan susah nak baca kan skim ni?

ni lah skim usrah walfil fil wal kordi, sama beruntung sama berpunggung.

fiuuuuuu~~~~~

AISHA INANI said...

itu yang cepat kaya, ada gak yang mintak sedekah penipu.

wey aku dah byk kali terkena.
bila nampak dia sebenarnya sehat walafiat, siap berjoget2, rasa nak mintak balik je duit aku.
apa kan daya aku pompuan.

pacik yang tua pon mampu menjaja, nih muda2 nak menipu. fuh

ghab van hal said...

mlm tu kalau tidak tipu orang, aku pun nak try.x penah ade mlm yang x tipu orang..T_T.

adysuR said...

Aku sangat suka. =D

Cari orang, tiba-tiba dapat duit. Maaf, otak aku tak leh terima. Tunjuk la sijil segala bagai aku tetap tak boleh terima.

Nak dapat RM10 pun kena memerah keringat membanting tulang menyambung urat saraf. Inikan pulak beribu-ribu.

Rafidah Farhana said...

Teringat kawan aku ajak keluar, belanja makan, rupanya MLM! Cis, aku memang rasa macam nak keluarkan je KEPSI yg tgh telan tu. Tapi rugi plak ye kan?


Masalah sekarang, duit takkan datang bergolek. Even blogger tegar pun kena cari trafik, naik trafik, maintain trafik, jumpa polis trafik and bla-bla-bla (ni kau la ni).


Oh, KEPSI kita tengahari ni jadi ke tak?

Hakim said...

ko dengan kucing ni kapel ke hape?Apsal entry tema nak sama?Hahahaha


Anyway,tagline gambar tu,

"wajah member gua semasa melepak"???


misterii.......

Miss Dolce and Gabbana said...

oh..aku memang tak pernah nak percaya dengan bisnes ala-ala skim cepat kaya ni.menyusahkan.what the fish betul la, bila ada org dtg promote bisnes dia.Bagi aku kalau nak berjaya biar kita mula dari bwh.

haikalblank said...

syazwana, betul tu! rasa best dia tu sampai hati ko taw...HAHA
tapi rilek, jangan sampai jadi riak lak.


Bro ZUlfikar, aku rasa macam berminatlah nak join. HAHAHA skimjadahdiatu meamgn menarik...mengipas punggung sambil melebar janji palsu. canteek..:D


Yang mintak sedekah aku memang jarang sangat bagi duit. Kalau budak kecik yang mintak sedekah, bagi makanan je, jangan bagi duit. aku takut sindiket je. huhu

haikalblank said...

ghabvangaal: yeah, aku tak pernah jumpa lagi mlm yang telus dalam perniagaan. paling tak pun, mesti ada selit sedikit cerita auta dia tuh.


adsyur, yeahh, nak dapatkan RM5 pun kena sejam kerja, inikan lagi duduk goyang punggung dapat beribu. melanggar hukum alam.


Rafidahfarhanacute: ya, ramai pernah terkena pelawaan sebegitu..sangat menyakitkan hati ye...kepsi? jadi2...jap lagi aku jemput kau ye..euww..~

haikalblank said...

Hakim, itu kebetulan dowh...aku pun tak taw...aku post, sengah jam lepas tu, kucing post. dan cerita dua dua orang tua...HAHAHA aku taktawlah kenapa boleh keluar lebih kurang lak...

err..itu memang member aku...KAH3



yeah azizah, nak kukuh kat atas, tapak dia kene kukuh ye dak? :)

Amirah Suhana said...

ok sblum comment, entry yg sgt panjang...

haha.


manusia mmg mcmtu...xsedar dah mana baik mana buruk kalau melibatkan duit..

haikalblank said...

yeah, biasanya kelabu bila part duit. huhuh

SLeM said...

duit tak datang bergolek-golek =P

hana sudradjat said...

entri kamu panjang tak pe,panjang tapi best! HAHA.

saya pun tak faham pasal bisnes sistem apa tah.bulan lepas,ada seorang kawan bawa seorang kawan(seorang stranger dan tukang bisnes) duduk lepak dengan kitaorg.tengok2 kena ceramah bisnes utk berapa jam tah. -.-

kawan saya yg sorang ni pula duk bersirat-sirat.dia ckp,'lain kali lah.'

saya direct je.'tak berminat.'pastu bla. HAHA

haikalblank said...

usaha tu kena ada. usaha lak kena baik, jangan berusaha menipu. hehe

haikalblank said...

kat kedai makan ni boleh menghilangkan mood ok. niat nk jumpa member2 lama sekali ada orang closing bisnes...kan tak sesuai tu ye dak...

Wanz Mejuez said...

>_< cara depa cari rezeki ada macam2... kita kena tahu cara depa baru kita tahu siapa depa...

dok lepak berdua ja? Tak ajak gua?

Miss Dolce and Gabbana said...

yeah.betul tu.Tak pernah lagi aku jumpa org buat bisnes terus2 dapat duit dgn cari downline.

otak aku memang susah nak terima.

mahfudzah said...

jom join mlm.hahahahahaha

haikalblank said...

hehe lu jauh mejuez! kah3..

azizah, otak kau ada samanya dengan aku. haha

Mahfudzah, ni bakar line ke hapa? HAHAHA :P

Syazwan Che Deraman said...

sedang aku lepak lepak di gazboo pantai.

3 orang pemuda menghampiri aku..dorang ceritakan pasal MLM..tunjukkan resit sebagai bukti dorang berjaya.tunjukkan student card universiti luar negara tanda mereka still boleh belajar dengan MLM..last last..kawan aku datang..kantoikan mereka..

nuce entry.
cari lah rezeki dengan cara halal..

Eyka said...

nice entry cun...wlpn agak pnjng tapi grammr ko menarik..so gua si kacak dgn ni double like entry kau wey! wewitt! haha:P

#paling benci tgh makn ade org main2 jual2 lagi2 jual rokok..agak laa klu gua isap rokok wey...grrrr!! haha:P

haikalblank said...

SCD, kebanyakannya menabur cerita BMW dan MERCEDES. ah, peduli hape aku...aku tak nampak barangnya, tak nampak konsep bisnes, aku takkan join. puiihh~


EYKA KACAK!! haha pergh, siap ada orang jual rokok? tak penah lak aku...hahaha

Eyka said...

hahaha..wey..gua sukee laa header baru lu...boleh gerak2..jeless laa weyy! -.-"

#serius ade..penat nak halau dy blah tau..haha:P

haikalblank said...

HAHA tak perlu jeles. senang je tuh..simple giler...cuma kena tahan mata tengok timeline dekat adobeflash tuh...HAHA

Piah Becok said...

"Bro, ini bukan sistem piramid bro, ini sistem perniagaan bertingkat! Kita ada jawatan ni dan BLABLABLA............"

bertingkat tu bukan macam piramid ke? puiiihh dia..

baik la kerja makan gaji. tak pun jual kuih. tak pun jual insuren.

haikalblank said...

selagi konsep berniaga tu ada, aku tak kisahlah...HAHA ini tak, sibuk cari PENAJA.

Saiazuan said...

harta yg baik adalah harta yg kte btl rasa peluh tu.. so brpeluh la nk dptkan harta...hehe

Yasmin ♥ said...

Betul tue betul ! :))