Teh tarik dan kopi o.
Keduanya sinonim dengan orang kita lebih - lebih lagi dengan pelepak tegar macam aku ni. Kalau sehari tak lepak dengan member - member macam ada yang tak kena je rasanya. Macam ada yang tak lengkap. Mungkin ianya sudah menjadi rutin seharian ku sejak dahulu lagi.
Pengenalan pun dah tamat. Pendek je kan?
Aku sebenarnya nak bercerita akan TEKANAN yang hari - hari kita dok maki hamun sana sini, marah sana - sini, bebel, dan menangis kerana tertekan pun ada. Yang paling teruk, sampai ketawa mengilai kerana tertekan. Gila kot kalau dah sampai tahap tu.
Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak akan pernah lepas dari situasi tertekan atau lebih gemar kita panggil tension. Kadang nak dapat satu hari tanpa tekanan tu pun sebulan sekali je kan? Ikutlah pada jenis orang tu macam mana. Kadang ada orang tu, kita nampak dia happy macam tak ada masalah, tetapi silap, dia juga banyak masalah macam kita, cuma dia expert dalam mengawalnya.
------------------------------------------------------------------------
Tekanan dengan awek.
" Argghh, sial la perempuan ni! Aku cakap sedikit, merajuk! Aku marah sedikit merajuk! Tekanan sial aku! "
Dengan kereta.
" Aduhh, time ni lah dia nak buat hal. Asal start tak boleh hidup lak ni. Gua dah lambat ni, ada meeting lagi "
Dengan teddy bear.
" Awak memang kejam! sampai ati awak buat sayerww macam ni! awak ada perempuan lain! mencikk!!mencikk!! " anak patung dan handphone dibaling ke tepi katil sebagai tanda protes.
Dengan Maria Olawa.
" Bodohla kau ni, kenapalah aku nak tengok ko lagi bulan - bulan puasa ni! aishh, mencikk!! mencikk!! " kata lelaki gila ehemm itu yang tidak dapat menahan nafsu serakahnya di hadapan cik lappy kesayangan.
-------------------------------------------------------------------------
lu tekanan, gua suruh harimau ni makan kepala korang |
Macam - macam benda yang boleh menekan perasaan kita tanpa kita sedar yang kita sedang tertekan. Itu belum fikir lagi yang putus cinta-sampai-mati-gilababi-sayang-dara-terlanjur semua tu. Sanggup nak bunuh diri terjun - terjun bangunan bagai, potong - potong nadi pun ada. Suruh potong bawang pun menangis - nangis, lagi nak potong nadi. Kebangangannya menjengkelkan.
" Tapi kalau dah tekanan nak buat macam mana bro? "
Yang bertanya ni pun kelenjar peluhnya tersumbat barangkali. Aku rasa tak perlu lagi tanya sebab ada sejuta cara nak releasekan kemarahan atau tekanan kita ni di jalan yang betul dan tak menyusahkan orang lain atau makbapak kita sendiri.
Ada agama?
Bagus, masa tekanan ni lah kita dating - datinglah dengan tikar sejadah, kenal balik hukum - hukum idgham, iqlab, ihfak semua tu. Kalau rasa tekanan sangat, pergi masjid berjemaah konfem hati tenang. Cari kitab yang lama ko tak bukak tu, alunkan lagu dia seindah kau mampu. Rasa nak bunuh orang pun dengan kuasaNya boleh hilang kalau kau ikhlas hendak hilangkannya keranaNya juga.
" Tapi saya dah memang tak kenal agama dari kecik, tu saya nak bunuh diri! "
Ok, kalau macam tu sekalipun, ada banyak lagi cara nak hilangkan tekanan. Rileks. Korang mesti ada benda favorite kau buat kan? macam g makan ke, main bowling ke, apa ke, tryla keluar dengan kawan - kawan hilangkan tension. Kalau tak boleh hilang tension sekalipun, cukuplah korang ada masa untuk korang fikir INDAHNYA dunia ni kalau aku tak tension - tension macam ni.
Cuba cerita dengan kawan - kawan masalah, jangan pendam. Ada kawan baik, khabarkanlah masalah tu. Bila dah luah, mesti hati ada sedikit tenang punya. Lagi - lagi perempuan, sebab perempuan ni emosi dia sekali dah stabil, segala benda bodoh dia berani buat. Menakutkan kadang - kadang.
Aku tak ada mood nak bercerita panjang kali ni. Cukuplah sekadar geli - geli telinga baca. HAHA
Buat yang tekanan tu, cuba bawak bertenang, fikir relevannya sesuatu tu sebelum melakukan tindakan. Doa pada Pencipta kau supaya memberikan laluan yang betul pada hidup kau. Tak susah, semuanya tak perlukan Tuhan Manusia di dalam dompet kulit kau untuk kau bertenang. Modalnya cuma masa.
"Duduk, rileks dan berfikirlah. Kita ada akal sebagai senjata, hati sebagai pejuang dan Agama sebagai jalan perjuangan. Perjuangan yang paling besar ialah menempuh hidup kita seharian dalam menujuNya."
-Dr. HaikalBlank -
*Dari tekanan tak sudah, baik lepak depan rumah aku. Aku buatkan air teh o atau kopi, kita minum sesama bincang apa problem. Korang boleh praktikkan dengan sesiapa untuk hilangkan tekanan ok!!
**Jangan bunuh diri, direct ke neraka tanpa hisab nanti kang. Korang nak?
***Gua tekanan dengan orang yang kaki mengkritik dari sudut satu hala. Dunia ni besar peniti jarum je ke? Taksub politik, bodoh.
33 comments:
Aku cuma tertekan kalau membina sebuah bangunan bersama beberapa orang komrad, akhirnya dua tiga yang tinggal. Lagi tertekan tinggal seorang nak bina bangunan. Mungkin kau faham apa aku maksudkan ni.
hye...nice blog... done folo awak... jom singgah blog sy dan folo... www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com
erk! itu memang menyakitkan. Plan asalnya memang hebat, tapi akhirnya kecundang menjadi pilihan.
kerja berkumpulan kadang menyakitkan. kan?
relz bro2.. :D
saya baru je mengalami tekanan semalam (T.T) TAPI DAH OKAY DAH! :D
baca buku kasino buat saya tergelak-gelak.entah kenapa.mungkin imaginasi luar biasa.
i used to think of commiting suicide but then i know hell awaits me if i did that.so here i am,masih hidup di sini.kerana mengingati satu perkara bernama neraka.
btw pasal luahkan tu,kita kena hati-hati jugak.sebab ada org yang tak suka mendengar.mereka akan kata,'remeh-temeh.' walaupun hakikatnya definisi remeh itu berbeza bagi setiap manusia.
haikal, baby blogger datang tu. HAHA
tension gak aku memikir idea nak update blog, hehe :P
tapi overall, setuju dengan setiap point ko XD
yeah, definisi remeh berbeza bagi setiap manusia dan pemahaman sesuatu perkara juga berlainan.
tapi itu juga pembelajaran bagi aku. Aku memandang 'sesuatu' itu remeh pada awalnya tapi setelah aku lihat si dia mengatakan itu penting, aku turut merasa ianya penting. Mungkin kerana si dia itu penting buatku.....:)
Hahahaha, alhamdulillah aku jarang mengalami tekanan. Tapi kalau aku dapat problem, gedebuk gedebuk jatuh, mula tertekan.
Apepun yang terbaik masa tertekan bagi aku, ialah senyum, gembira dengan orang sekeliling ,tak lupa dekat padaNya.
Now i am DrRafidahFarhana :P
Dengan Maria Olawa.
" Bodohla kau ni, kenapalah aku nak tengok ko lagi bulan - bulan puasa ni! aishh, mencikk!! mencikk!! " kata lelaki gila ehemm itu yang tidak dapat menahan nafsu serakahnya di hadapan cik lappy kesayangan.
Kata2 ni mesti keluar lepas cecair nikmat terkeluar dari induknya..Betul tak?Kehkeh
keroro, aku sedang kaji dia baca ke tak karya aku ni...HAHA
rafidah farhana, ya, aku rasa kau juga layak memakai title doktor. tesis yang simple...HAHAHA :P
Hakim, adakah kau pernah mengalami situasi delusi di hadapan lappy sebegitu?? HAHAHAHA bangang!
Oh,aku rasa hampir semua orang..tapi,aku tak,aku kan baik.AKu tak baca Horoscope dan tengok TV kerajaan..
LOLOLOLOLOL
hahahampir semua kecuali kitalah kan....HAHA
ops, itu sensitif tu. benci tb kerajaan!! palsu! palsu!
gua ingat lepas ni layan channel tv vietnam, dan aku tak faham apa diorang cakap so aku tak sesat, dan tak akan terpengaruh politik.
sial, baik duduk dalam gua je kira kelawar keluar masuk.
antara satu cara menghadapi tekanan.=D
cadangan saya ,baca ni
http://manishanismanis.blogspot.com/2011/08/how-my-family-are-weirder-than-addams.html
HAHAHAHA sumpah lawak. serius. ;P
cun: "Duduk, rileks dan berfikirlah. Kita ada akal sebagai senjata, hati sebagai pejuang dan Agama sebagai jalan perjuangan. Perjuangan yang paling besar ialah menempuh hidup kita seharian dalam menujuNya."
-Dr. HaikalBlank - "
#nti kim slm dkat doktor haikalblank ek wey! haha:P
hahaha ala eyka, dia dah pegi luar negara ada program kat sweeden..kah3.. nanti gua call dia.
ishh.. aku bneci betullah dgn kau nie. HAHA gurau. hari nie memang buat aku tension. alih-alih bukak blog then bw dekat blog kau pasal TEKANAN nie, mcm tahu2 je kau nie yg aku sdg tertekan kan?. haha. 2 org td masa dekat kolej kena tepek kena mrh dgn aku. baru PADAN MUKA diorang. bila fikir2kan balik, kurg pulak pahala aku harinie. huhu. bodoh tau diaorg buat aku kurg pahala bln ramadhan nie :'(
oshem Lah bab maria ozawa tuh !! HAHHAH~ baikLah, kita kene baLik pada isLam =)
hhaha yg part teddy bear tu aku setuju tp xla smpai baling hp kan. sy syg hp sy kehkehkeh
aku selalu gak tension2 ni. smpai boleh jd demam haha. tp ble tengok benda2 lawak sumpah tekanan terus ilang serta merta kahkahkah
point2 ko mmg superbb bro, tahniah ! ;)
dulu aku salah sorang yanga sal tension nak carut.
tapi skg aku dapat satu cara baru.
tiap kali after stress teros aku cakap kat diri, "PASTI ADA HIKMAH INI.." then mcm takder la nak stress sgt.
btw, aku tak berapa suka nak cerita kat orang.
1 sebab sapa mampu nak citer all and all apa yang jadi kat kita. opp org lain aku tak tau, tp aku mmg tak mampu.
2 aku takot dari hal aku tak citer tu actly boleh setel bila ada org lain dgr jadi besar. plus, sometimes kita dah ada cara, tapi sebab kita dah citer kat mmbe and kalo kita pakai cara tu kita nmpk loser, so till the end problem aku tak settle.
3 aku sangat pemalu! muahaha. joke.
kang dah panjang. MAAP. =)
alin, kau kena kontrol kemarahan kau tuh! haha rileksla....marah, marah gak, tapi jangan terbawa ke dendam ok! :)
cik gojes, yup, kembali mengingatiNYA itu lebih utama...
*err..maria ozawa? sapa tuh? HAHAHA
qadeeja! yeah, aku selalu dengan perempuan marah2 dengan teddy bear..kah3..ksian si comel tu dijadikan medium melepas anger. HAHA
WOW! cara kita samalah aisha! mesti ada hikmah ni..dan aku cuba fikir sepositif yang mungkin dan aku dapat tenang sedikit..:)
err...lelaki macam aku biasa gak menyimpan cerita, kalau aku cerita pun biasanya suku je..lagi 3/4 aku tak cerita..HAHA
gua tension, fullstop. Lu jawapkan test kimia gua esok @____________@
pergh...n3 lu mmg style la...
" Argghh, sial la perempuan ni! Aku cakap sedikit, merajuk! Aku marah sedikit merajuk! Tekanan sial aku! "
*mencarut nada sopan...kah3
aku dah lama tingglkan kimia tuh...tak reti dah aku nek melukis zat2 garam mineral tuh..HAHA semoga berjaya amira oii! :D
Qudwa, kesopanan itu datang sendiri kan? HAHAHA :P
"Suruh potong bawang pun menangis - nangis, lagi nak potong nadi. Kebangangannya menjengkelkan."
good say, aku suka.
tekanan ni aku harung dengan sembahyang sorang2, doa sambil nangis ngadu kat tuhan
kdg2 kalau 24jam ngadu kat kawan je pun, tu yg tak tdo sampai pagi kawan..sampai kena gi amik mc.. haha
yeah, berdating dengan tikar sejadah itu yang paling baik...sangat menenangkan bro! :)
kesian teddy bear ok!hahaha
bila tertekan aku makan
sekian.
mira suhana, tapi dialah yang sering jadi mangsa gadis2 dalam emosi. HAHA
Kittymental, aku juga makan bila rasa tertekan. bila bahagia juga makan. sebab itulah perut aku seperti tidak terkawal. haha
aku kalau tertekan atau stress aku dah ngaji n solat semua masih stress,aku kena g karaoke.bagi aku nyanyi tu boleh relieve everything.
asal aku rasa cara kita lebih kurang. aku juga suka melalak ari lagu high tone untuk lepas tensi. hehe
Post a Comment