Pages

Sunday, June 19, 2011

Me'lunch'ong Bersama ayah



Aku terkenang ketika aku melawat kota Jammat di Turki dahulu. Indahnya lain dari Malaysia. Bayangkan saja tasiknya kehijauan memantulkan segala warna dari pohon sekitarnya. Rekaan jembatannya amat menarik. Seakan - akan seekor naga yang membawa keindahan tasik itu bersamanya. Asyik sekali. Wajahnya gembira sekali, ayah ketika itu.





Bersama ayah juga aku pernah menjejakkan kaki ke City Of God Love di Venice. Kita mendayung sampan sewa di sempadan sekeluarga. Bergerak perlahan menikmati keindahan Cinta yang ada di kota itu. Itik berenang  men'cucuk' angin je belakang sampan kami. ( PAPPP!!!) bunyi tembakan kedengaran. Oh, bunyi tamparan rupanya. Ayah menampar ku kerana aku agak nakal ketika itu. Itik yang berenang di tepi sampan kami telah berputar di dalam air seperti basikal air gamaknya kerana aku menampar itik yang tidak bersalah itu dengan segala kudrat yang ada. Bergegar kepalanya mungkin selepas itu. Tapi selepas itu kami tetap happy berjalan di sana sini. Terima kasih ayah.







Oh! Hampir saja lupa ketika aku di Disneyland of King Hong Kong sekeluarga. Pintu masuk saja sudah membuatkan ku terkecur air liur dengan gadis - gadis cosplay yang seksi. Putih pahanya, gebu. menikam kalbu. ok, stop. Macam gila seks dah gua bercerita. Ayah, kita bermain bersama - sama segala permainan yang kita rasa menarik dekat situ. Roller coaster kepala Mickey mouse itupun kita hayati bersama. Sial, amat menakutkan dan hampir termuntah aku. Ayah tetap cool walau apa pun. Err...Ego seorang ayah mungkin memang begitu. Tapi yang baiknya ayah tidak pernah penat melayan karenah ku ketika itu.



Fuuh, banyak lagi kisah ayah yang boleh ku kongsi ketika aku melancong bersamanya. Tapi aku tak peduli semua itu. Itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan beliau dari kecil membimbingku dan mendidikku menjadi seorang manusia yang berfikir. Aku sayang ayah aku. Beliau amat baik, sporting dan memahami. serius, percayalah.




-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



*AMARAN : Cerita yang benar hanyalah yang bertaip dalam bold sahaja.



14 comments:

adwafarahin said...

slmt hr bapa :)

Akim Iqbal said...

haha.. ingt betul td..

Haikal Blank said...

yeah, ko ingat aku bapak orang gak ke adwa...HAHA

Haikal Blank said...

akim! hahahaha ah, mental manusia biasa memang hanya akan baca yang aku boldkan je...tak gitu? :)

cik azeya said...

ahaha. cis. aku ingatkan betul tadi. aku tetipu. *menangis

Haikal Blank said...

iskh, janganlah nangis...sedih aku dengar...HEHE

nah kain pelekat aku buat lap air mata...HAHAHA

Unknown said...

entry hari bapa terbaik setakat ni aku dah bace...


kreatif... manipulatif, tricky...


entry ni bagus nak test reader samada jenis baca tajuk pastu komen je, ataupun memang pembaca setia...

ARIF said...

wah,bestnyerr pergi melancong...

Salam perkenalan dr cikgu.Jom jd follower cikgu: spacecikguarif.blogspot.com

kalau free,jangan lupa klik kat nuffnang yerr..ahaks...

peace

Haikal Blank said...

HAHAHA thanx brader zul! aku terharu diberi penghargaan begitu..KAH3...

tapi bila aku ucap depan2 kat ayah tersayang, dia tengok termenung dan terus membaca surat khabar....dia tak percaya kot...

*err...ataupun takut anak dia nak mintak papela tu...HAHAHA

ILA HonEyBuNNy said...

nak melancong jugak..hehe...

btw,selamat hari bapa...;-)

Haikal Blank said...

hahaha si arnab manis!! g la melancong sana..suh jejaka idaman ko bawak..keh3...:P

Nina~ said...

okeh, tertipu juga. dalam hati cakap, wah.. bestnye dia dpat holiday oversea. then.....

dush dush

ketok kepala sendiri..

btw i love this writing :)

Rafidah Farhana said...

KAH KAH KAH ! Ape la nasib aku baca entri lama kau..

Haikal Blank said...

hahaha sesaje. amacam? nak ikut aku melancong tak? HAHA