Adil atau tidak pada aku, kau sendiri yang tentukan dan tidak layak kau mahu menghukumi ketentuan Tuhan itu. Dicipta segala yang ada di muka bumi ini seadilnya tapi hanya kau yang salah mengadilinya. Lihat saja semua perkara, pasti ada sebaliknya,
panas lawan sejuk
hitam lawan putih
keras lawan lembut
cantik lawan buruk
adil lawan ______?
lu fikirlah sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh dari segala aspek diciptakan dengan adil. warna, suhu, kekenyalan, paras rupa, semuanya dicipta dengan seadilnya. Itu baru dipandang dari sudut dunia, cuba saja pandang dari sudut pembalasan akhirat, jenis manusia, gaya pikir manusia, cara hidup, dan pelbagai lagi aspek yang lebih kepada jiwa dan perasaan manusia.
Apa kau mampu pertikaikan 'keadilan' kau itu lagi?
---------------------------------------------------------
" Kenapalah aku asyik dijumpakan dengan lelaki sialan macam ni, apa malang nasib aku. Dunia ni tak adil betei " ayat gadis menggedik dimainkan lelaki. (Status permainan adalah rahsia)
Bila kecewa je, disalahkan takdir dan keadilan dunia ni. Itu zionis namanya. Tak boleh macam itu kawan, tak cantikla orang cakap. Kan nampak sangat macam korang bodoh sangat kalau menyalahkan "dunia ni tak adil, dunia ni tak adil, dunia ni tak adil". Bukan nampak bodoh, tapi bangan tak bertempat. Aku rasa itu lebih sesuai.HAHA
Okla, nama pun tengah kecewa, hati tengah kecamuk, nak berfikir waras pun tak boleh kan. Jadi, salahkanlah dunia ni sebut pasal adil bagai. Korang nak salahkan takdir? Rilek dulu, korang kena jawab semua persoalan yang aku nak timbulkan kat bawah ni dulu. Ala, macam biasalah, sebelum yang berat - berat, kenalah ringan - ringan dulu. Baru kepuasan dan kesihatan terjamin.
PERSOALAN YANG PATUT KORANG JAWAB SEBELUM....
MENYALAHKAN KEADILAN DUNIA!
MENYALAHKAN KEADILAN DUNIA!
1) Adakah kamu seorang yang bersih dosa?
Nama pun manusia hina berdosa, pastilah ada pembalasan dariNYA.
Apa perkara semudah itu pun kau tidak dapat fikirkannya? Redhalah dengan apa sahaja dan jangan merungut tidak tentu fasal. Sebelum aku tampo sorang - sorang nanti.
*bawak - bawaklah bertaubat, hapuskan dosa lama. :)
2) Adakah kamu tiada kesilapan dalam melakukan sesuatu?
Rungutan itu datang dari situasi apabila kecewa selepas menghadapi masalah biasanya. Bila melihat dari aspek dari mana datangnya masalah itu, adakah kamu yakin kamu tiada kesilapan langsung yang menyumbang kepada 'datangnya' masalah itu?
Kau putus cinta, kau kata dunia itu tidak adil, tapi kau rasa kau tak ada silap langsung ke sepanjang percintaan itu yang menyebabkan perpisahan terjadi akhirnya! kalau kau sangat mulia, baik hati, dan bukan manusia, baru kau boleh kata kau tiada silap langsung.
*ringkasan : Adakah kau sempurna?
3) Adakah kamu cukup bijak?
Kalau kau boleh membuktikan kau mampu manggunakan walau 50 peratus kemampuan otak sekalipun, aku terima jika kau mahu merungut dengan menyalahkan dunia. Boleh?
* Fakta : manusia dikatakan hanya mampu menggunakan 2 - 10 peratus sahaja dari kemampuan otak sebenar yang dimiliki.
4) Adakah kamu percaya adanya Tuhan?
Tidak kira kamu menganut agama apa sekalipun, menyalahkan takdir itu tidak patut sama sekali. Apabila kamu menyalahkan takdir, sama saja seperti kamu menyalahkan Tuhan kamu. Kamu menyalahkan ciptaan Tuhan kamu dan takdir yang ditetapkan untuk kamu.
Apa kamu tidak percaya adanya syurga dan neraka?
5) Adakah menyalahkan takdir itu mampu menyelesaikan masalah?
Fikir sahaja sendiri. Sambil termenung depan rumah melayan perasaan kecewa tu sambil melihat awek - awek lalu depan rumah, korang boleh fikirkan baik - baik. Masalah korang boleh 'settle' ke dengan merungut tu?
Boleh dapat duit berkepuk - kepuk ke dengan merungut?
Boleh dapat awek cun ke kalau merungut?
Boleh dapat usya PO'AH ke dengan merungut tu?
Boleh ________ ke dengan merungut tu? (korang isi sendiri. lemak r aku je nak isikan)
------------------------------------------------------------
Nasihat ku, kalau ada masalah apa sekalipun, jangan lah kau merungut yang dunia tu tak adil bagai. Menyalahkan takdir yang ditentukan untuk kita itu sangatlah tidak baik sama ada untuk hati, jasad ataupun amalan kita untuk mendapat keredhaanNYA.
Kembalilah kepadaNYA jika kamu sedih kerana hanya DIA yang mampu membantu kamu tatkala kamu rasa segalanya telah berakhir. Kerana DIA Maha Pemurah dan Maha Pengasih.
Tak nak like fanpage aku ke? kecewa aku. hek3..
13 comments:
Lagi bila disuapkan dengan wang ringgit. Ah, semuanya kabur. blurr2 je depan mata. bunuh orang pun selamba. Apa ada hal bro!
bila ikhlas dalam sesuatu, hati yang bersih tu dapat wujud dalam diri...:)
aku cube. T________T
jangan sedih lagi geng wooi! kalau nangis tu tak apalah....sebulan dua tuh memang peritlah...bak kata enrique iglesias, 'take ur time baby'
uishh ko geng A.Samad said eh?? up betul bahasa. susah aku nak paham..hahahaha
hahaha aku taw ini perlian dari kamu si zeaolousse...
aku tengah belajar jadi nak jadi sasterawan negara nih! HAHA bengong!!
ckop matang. :)
ahhhhhhh !!
dunia memang tidak adil !!
hahaha.
aku lek je kan.
percaya takdir Allah.
:)
Adil, masalah berlaku bila manusia mula melihat dunia dari perspektif dia sahaja.
kelak akhirnya dia akan terperangkap dengan penaklukan yang tidak sama hitung. dia cakap pada mereka dunia tidak adil....
tapi dia tidak adil semasa bercakap perihal tidak adil...
aduh pening aku.
aku try. kdg2 terlepas semua bila marah. mane aku tahu. T_T
fyqa si prosperity! waah, apa yang matang tuuu.....HAHA
*kalau cerita pasal KATANG, saya lah tu...keh3
syazwan!!na...hehe
yeah, percaya takdir itu yang terbaik...:)
perancangan DIA sempurna......
Yang selalu bilang tentang adil biasanya tidak adil terhadap dirinya.
lidah berbicara tentang keadilan hanya kerana ada kepentingan tertentu.
kan abg zul? :)
Azeeeyeah!! biasalah tu, bila marah tu dah takat melampau, nafsu menguasai diri dan syaitan membisikkan sesuatu.....
normal lah tu..kita pun insan yang lemah. yang pasti, usaha kena ada! :)
Post a Comment