Pages

Sunday, June 19, 2011

Bundle Best? Gua Bagi 4 Sebab





Kedai bundle.

Bersepah kalau nak tengok dekat Malaysia ni. Dari utara sampai selatan, dari timur sampai barat ada kedai bundle. Lagi - lagi yang dekat area Johor ni haa bersepah yang amat. Dekat area lingkungan 2 KM dari rumah aku sahaja sudah ada 6 kedai bundle yang beroperasi. Kencang kan?

Kedai bundle boleh dikatakan port mencari pakaian dari baju, kasut, topi, seluar slack, jeans dan macam - macam lagi barang - barang pelik terpakai. Orang - orang yang kurang berkemampuan lebih - lebih lagi seorang student, memang gemar mencuci mata di kedai bundle ni. Bayangkan sengkek dia macam mana, kedai bundle yang murah ni pun masuk kosong, keluar kosong. Sekadar mencuci matalah orang cakap. Ramai yang macam ni, aku tahu. 


" Well, you know me. I tak layan lah bundle - bundle ni. Gatal - gatal badan I nanti. "

Ouch, ayat - ayat si kaya kadang memang menyakitkan hati. Tapi nak buat macam mana kan, kita orang kampung ni kulit kita mahal, tahan lasak. Takat bundle tuh tak da hal la, bukan tak basuh pun. Aku pun rendam lama dalam air sabun sebelum basuh dan baru lah selesa nak pakai. Yang kaya tu kulit murah, mana boleh tahan baju2 terpakai. Boleh kena kanser buah pinggang agaknya. Lantaklah.

Korang nak tahu apa kelebihan shopping kat bundle?




1) Harga sayang Murah

Oleh kerana baju - baju bundle ni datang secara berguni - gunian atau pukal ke kedai - kedai, maka bercampur segala baju - baju dan seluar - seluar tu. Masa waktu barang sampai tu lah banyak kadang - kadang pakaian berjenama ( branded ) tu ada bercampur sekali. Sebab tu aku rajin berborak dan berkawan dengan taukey bundle semata - mata untuk tahu bila barang baru sampai. 

Bila gua dah tahu, senang! Aku akan datang usya kedai tu waktu barang baru sampai je. Waktu tu la banyak pilihan. Kadang - kadang dapat seluar jeans branded harga RM 15. Harga baru RM290. Tapi bukan saiz akulah. Aku belikan untuk adik aku. Kadang aku jual dekat member - member aku. Siapa yang tidak mahu seluar original RM30 ye tak? Cuma buruk tu biasalah. Yang buruk tu yang orang carik. 'Old School' katanya.

Dah nama barang sampah second kan, mestilah murah. Buruk sdikit, koyak sedikit, biasalah tu. Kalau kasut, tapak dah haus. Tapi, kenalah kan dengan harga yang murah tu kan? :)

*blazer yang panas giler bila pakai tu dekat bundle taman aku RM10 - RM15. stylo lak tuh gua rasa. Hehe






2) Tiada lagi  " Eh, Mamat tu pakai baju samalah dengan kau "

Di Bundle mempunyai pakaian yang unik. Kadang tu dekat Johor tu, baju tu ada satu tu jela haa. Sebab dia datang campur banyak - banyak kan dari luar negara, bermacam - macam design ada dan biasanya, jenama bundle ni ada yang tiada di pasaran Malaysia.

Lebih - lebih lagi T-SHIRT. Kalau lukisan dia tu, aku rasa memang ko sorang jela ada kalau kat Malaysia tu. Macam untuk orang berbadan besar macam aku biasa pakai jenama 'Hanes Beefy T' . Aku jumpa dekat bundle jela jenama tu. T-shirt dia biasa design cantik dan tak ada jahitan tepi. Berlagak macam original lah konon. Kat belakang made in USA. Okla tu kan?

* Aku tak pernah pusing bundle, jumpa 2 baju yang sama. serius. 




3) Boleh Menghabiskan Masa dengan EFFEKTIF


Di kedai bundle 2 pintu, setengah jam boleh dihabiskan dengan pantas. Belek dari satu rak ke satu rak memang mengasyikkan kerana ada sahaja corak baju atau kasut yang menggelikan hati. Seriously!

Teringat satu design baju ada gambar ayam menunggang kuda. tulisan dia :

Horse and chick. How? 



Err... mungkin ramai yang tidak faham tetapi jika ditanya pada mereka yang tahap karat otaknya melampau seperti aku , mungkin pantas memahaminya. Ayat - ayat perli juga sentiasa ada yang boleh dijadikan bahan ketawa.

Itu baru pada baju, kalau tengok pada design - design cap, kasut, memang banyak yang unik. Rambang mata tengoknya haa. Cuma kena pergi lebih dari sorangla, kalau tak, ko tak boleh ketawa dengan ikhlas sebab sorang - sorang kan...




4) Boleh Jumpa Barang Antik

maksud antik ku di sini mestilah pakaian kan dan bukanlah mangkuk, selipar ataupun maggi keluaran 60an. Pastinya dah expired kalau maggi. Kasut, dan seluar jeans ialah jenis barang antik yang selalunya kita boleh jumpa. Design seluar Levi's lama yang dah tak ada dekat pasaran dunia kita boleh jumpa. Kasut converse edisi AC.DC aku pernah jumpa dengan harga bawah RM200 je. Memang rambang, tapi tengok jela kan. Student macam aku ni manalah mampu. Cuci mata jela kan.

Dengan barang limited seperti converse world cup edition yang susah nak cari dekat bandar - bandar kecil ni kadang boleh ada dekat bundle.

*Aku geram tengok converse argentina. smart giler pada aku.

converse ACDC. lawa siott!

---------------------------------------------------------------




Kalau korang ni jenis layan bundle, korang tahu la kan addict dia macam mana bila nampak kedai bundle. Lagi bila tahu ada barang baru sampai. Hati berkobar - kobar je haa.

Bagi yang kaya, yang mampu pergi butik beli baju seluar, baguslah, boleh belanja aku lain kali. Seumur hidup aku tak pernah lagi ada jeans Original. HAHA

sudahla, nak keluar g minum. Lu orang nak join?


24 comments:

Aini Azman said...

biasanya lelaki je yg saited dgn brg bundle ni,.hu3

aku pon xpernh ada jeans ori,.wakakaak

J.Syazwana said...

aku suka jugak bundle !
sebab murah dan jimat.
hehehe

blog-tips-kurus said...

kena ade skill memilih dengan teliti & tekun apabila berada di kedai bundle.. :-)

kaizen said...

aku baju jer xleh..sluar ok...

*alahan...

Unknown said...

70% barang2 aku bundle, dulu lagi teruk kasut pun aku tapau bundel...skrg aku fokus suar ngan tshirt je.
mana nak dapat ....

501 : rm10
edwin kepala kain : rm40
volcom ori : rm10
jeans timberland : rm30
type 1 : rm30
Tshirt : 3 rm10...

501 ngan volcom tu aku jumpa nasib, akak kat pasar malam tu lepas pandang.. hahahahaha

fyna ahmad said...

fyna cume ade 1 je suar jeans yg bundle.
kaen die besh.
org bkn taw kite beli kat bundle pown.
:)

Chan said...

baju bundle memang best and stylo wohhh

Cheyah said...

x kesah pon pakai bundle or x. jnji bkenan dihati n selesa. harga pon murah. tp kene pandai la pilih kannn :)

adwafarahin said...

weyh gua gila suke juga shopping bundle best sbb murah n branded haha :P

Haikal Blank said...

nurul aini! yeah, memang biasanya lelaki suka g bundle...HAHA perempuan jarang...perempuan adalah boleh nampak dekat bundle2 barang branded yang jual beg, ksut tu haa...ygn bundle bodo2 ni perempuan jarang...

:)

Haikal Blank said...

syazwana! yeah, memang jimat. seluar jeans perempuan banyak!

err...lelaki skinny pun carik jeans cutting perempuan..senang, tak payah repair dah memang lawa straight cut dia...:P

Haikal Blank said...

tips kurus...memang kena pandai pilih r, baru rasa best jejalan bundle...lelagi dapat baju2 ori USA kan..haha stylo dengan harga yang murah!

Haikal Blank said...

kaizen, biasalah tuh, ramai yang baju tak ley pakai...sebab baju dia kain lama, tak cukup cantik r kan...gatal2 bagai..hu3

Haikal Blank said...

brader zulfikar! HAHA memang nasib baik bai ley dapat 501 dengan harga rm10...sebab nak urus seluar bundle asingkan ikut harga tu susah woo, banyak kan, ada yang tibe2 tag rm10 tu, lelaju orang angkat! HAHA

Haikal Blank said...

fyna! hahaha memang orang tak taw pun! tapi sekarang ni memang market lusuh2...sedangkan design levi's baru skang pun aku jumpa dah kaler lusuh dah! :D

Haikal Blank said...

amila-chan....memang stylola bagi yang kacak. kalau yg buruk, buruk gak...ikut ketampanan manusia kot..HAHAHA guraw...:P

Haikal Blank said...

keselesaan itu yang utama! yeah....hehe

kena pandaila..semuanya dari pengalaman! :D

Haikal Blank said...

hahaha adwa! samalah kita...student ni takkan nak beli mahal2..mampus r nanti...bek beli bundle je, t dah keje baru target yang ori2! nyum2....HAHAHA

ILA HonEyBuNNy said...

ila kadang2 suka juga bundel..

kawan ila layan bundle....cantik2 jugak baju...suka ja tgk..;-)

::contengan hati::)) said...

minat sebab cantik n lain dr lain kan barang bundle tapi tak reti pilih kena pg dengan lelaki baru best sbb diaowg pandai pilih..
kalau pg ngn sesetangah perempuan tak best sbb paham2 je lah hehe ;)

Haikal Blank said...

hahaha memang lain dari yang lain! ops, lelaki ni dia bab memilih tu memang pandai. sebab hanya diorang je taw apa yang cantik pada seorang wanita....:P

Inkeredebel Hulk said...

Aku selalu pegi kalo nak carik baju t-shirt, kemeja atau singlet² kat bahagian RM10 untuk 4 pasang dengan bahagian 1 helai 1 ringgit. Lepas tu, kalo baju² tu dah lunyai, boleh buat props penggambaran aku jadik Hulk yakni baju² tu akan aku koyakkan terus.

Anonymous said...

salam.. saya salah seorang peminat bundle.. saya ingin meminta kebenaran terlebih dahulu dari pihak tuan untuk jadikan blog ni sbgai bhn rujukan untuk tesis sy... sudikah pihak tuan memberi kerjasama??

Unknown said...

Saya cari tempat jual kasut bundle..sebab nak jual kasut2 saya..
Bro tau x area skudai ke kalau boleh?
Thanks