Pages

Wednesday, August 17, 2011

Picless wednesday : Blog Dan Penulisan







Blog dan Penulisan.


Setiap manusia dilahirkan berbeza - beza dari pelbagai aspek. Berapa ramai manusia dekat muka bumi ini dan wajahnya pasti ada sedikit lainnya. Lihat saja cap jari, tak sama walaupun kau lahir kembar 3,4 sekalipun. Kejadian manusia ini juga fitrahnya berlainan, termasuklah dengan pemikiran kita.

Pemikiran kita boleh dilihat dari pelbagai cara. Contoh untuk melihat cara manusia berfikir ialah ketika seseorang itu menyelesaikan masalah.
Aku cipta satu situasi :


Seorang lelaki muda terjumpa akan sebuah peti penuh berisi harta emas di dalam perjalanan pulang ke rumah



Ok, itu permasalahannya. Aku sediakan contoh kelakuan lelaki muda itu selepas itu :

1) Mengangkut semuanya pulang ke rumah
2) Mengambil sedikit sahaja, letak dalam kocek, dan pulang ke rumah
3) Buat tak tahu sahaja dan berlalu pulang seperti tidak nampak apa - apa.
4) Mengambil semuanya dan meletakkan di masjid terdekat
5) Membuat report polis


kau bayangkan diri kau sebagai lelaki itu. Apa jawapan kau?

-
-
-
-
-
-

Sudah?

Apa jawapannya? Pilihan pertama, kedua atau yang kelima?






bagi mereka yang berfikiran tegak, pasti satu saja pilihannya. Tapi ada jenis pemikiran yang tidak pernah mengikut skema pilihan yang diberikan. Mereka yang selalu berhayal dengan isi pastinya akan memikir sesuatu yang menarik seperti :


  • Jumpa emas > tengok kiri kanan > ambil sedikit emas > simpan/tanam di tempat selamat > memberitahu pada polis.


Ianya bergantung pada kreativiti anda sendiri menghasilkan jawapan bagi permasalahan tersebut. Ada beribu lagi perkara anda boleh lakukan sebenarnya berdasarkan situasi subjektif seperti permasalahan di atas.


Kita kembali kepada topik asal yang ingin aku bincangkan. PENULISAN.


Kita sebenarnya secara tidak langsung telah mengikut arus genre blog yang kita minat atau kita baca. Kita seperti seakan - akan mengikut walau gaya ceritanya mungkin berbeda. Bila dia menulis tentang ini, kau juga tulis tentang itu. Itu semuanya normal kerana itu pilihan gaya penulisan yang kita tahu, yang kita pernah baca dan minat.

aku memang jenis yang mudah terpengaruh. Aku menulis dari apa aku lihat, dengar dan rasa. Aku berkhayal dalam minda merujuk kepada pengalaman pancaindera aku sendiri. Kalau ada terpengaruh mana - mana blog lain itu, aku mintak maaf sebab aku memang MUDAH terpengaruh. Ah, aku tahu korang semua pun sama kan? Ele, malu lak nak ngaku. aku cabut pankreas kau baru kau tahu. :P

Abaikan cerita tentang aku.


penulisan ini pada aku sebagai medium meluah kata yang terlintas tidak kiralah dari kepala atau hati. Sama je pada aku cuma yang membezakan ialah isinya. Sama ada keikhlasan itu ada atau tidak. Seharusnya kita sendiri boleh kenal serba sedikit penulisan ikhlas atau tidak dan aku yakin kamu semua tahu sebab korang semua hebat dan bijak bukan? Ada PHD masing - masing kan? Aku taknak cerita panjang pasal ikhlas tak ikhlas. hikhik puih~

point dia ialah GAYA penulisan kita semua. Ada orang menulis berusulkan cinta, ada yang tentang bisnes, ada yang tentang pemikiran dan ada juga yang berpuisi atau bermain dengan kata - kata. 

Tak kisahlah korang nak menulis gaya apa, yang penting niat MENULIS tu kena ada walau sedikit. Cuba tingkatkan semangat tu baru kepuasan berblog tu ada. Bila menulis dengan gaya yang kita suka, serius aku jamin korang akan rasa kepuasan tu dan apa yang korang nak sampaikan tu akan lebih telus masuk kepada jiwa pembaca. Baru datangnya feedback yang memberangsangkan dari readers kalau ada rezekilah kan.


Orang sibuk dok sebut kualiti semua tu, pada aku kualiti tu subjektif. Setiap orang mendefinisikan kualiti yang BERBEZA. Seikhlasnya kualiti itu aku anggap sebagai pemberian. Sama ada semulajadi memang kreatif membentuk kualiti ataupun dari pengalaman. Bagi yang bukan semulajadi macam aku ni yang bangang menaip, pengalaman yang boleh membentuk. Pengalaman jasad aku ataupun dari semua pancaindera aku lebih - lebih lagi dari pembacaan aku. Pembacaan buku - buku ataupun artikel dan khususnya pembacaan di blog juga ( bagi yang malas membaca macam aku, blog memang pilihan utama ah ). Pasal tu la ilmu aku sekerat je nak banding dengan orang lain.


Penulisan dari macam - macam sudut yang wujud ini membentuk pemikiran yang apa orang cakap, fleksibel. Kita akan belajar menerima pandangan dan pendapat dari bermacam pemikiran dan seriusli pemikiran taksub kuno akan sesuatu akan terhapus. Aku benci orang yang menembak dari satu sudut tanpa mengambil kira pendapat lainnya. Tribute to televisyen kerajaan sialan or whatever pasal politik. Mengutuk sana sini mengikut orang. Orang kata tu, kau terus anggap dia macam tuhan, percaya sahaja tanpa mengkajinya. Bila dah taksub kan, segalanya memang SUSAH.


Nasihat ikhlas dari aku, selamat berblog.

" Itu bukan nasihat bengong! " 

sabar jelah ok.

Aku memang kuno dan sangat newbie dalam blog dan pergi mampuslah apa pun, aku happy menulis dan punya rakan dalam berblog. Yang membaca penulisan aku dengan ikhlas tu, aku sangat - sangat berterima kasih sebab bukan senang nak baca orang bebel panjang je tiap hari ni kan.


entry ni ialah entry penghargaan yang diselitkan muqaddimah yang amat panjang. Kalau tiada sebarang pengisian, bolehlah bukak blog lain yang banyak pengisiannya ok. Aku nak buat picless wednesday malam ni, tu yang menaip merapu macam ni haa.





*aku akan bebel lagi pasal ni nanti kalau ada rezeki. haha 







26 comments:

syazrinakuya said...

terbaikk la bai. dalame aku ak dtg sini kan,, rindu pulak aku kat ko,eh blog ko

K said...

hehe, kualiti entri itu subjektif. tetapi entri yang berkualiti semestinya mudah dipahami, serta apa yang hendak disampaikan itu sampai kepada pembaca.

contoh, entri ko yang ni. hehe

setiap orang ada gaya masing-masing, tak dinafikan juga kita akan terpengaruh.

Haikal Blank said...

ehem. ehem..nak buat aku blushing ke? hehehe

Haikal Blank said...

haha keroro. entry ni contoh yang tak dapat difahami kah? haha sabo jela.....aku menulis dalam kelam ni..keh3

SLeM said...

we are what we write.

fatin syahirah :) said...

bila je kau tulis tak panjang ? wakaka. weyh, ada hati nak cabut pankreas aku. lariiiiii


kau tak dapat kejar punyalah. HAHAHAHAHA

syazrinakuya said...

kahkahkah, sejak bila kau pandai blushing?

Unknown said...

penulisan yang bagus adalah yang dapat buat ramai gembira bila baca..

gembira bukan sebab ceita tu lawak...

tapi gembira sebab dapat sama-sama rasa sedih...

sebab sama-sama dapat rasa takut...

sama-sama dapat rasa cinta

sama-sama dapat rasa berdiri bulu roma..

semangat...

imaginasi...

teruskan menulis dari sudut pandang yg jujur dan tulen.

LynnAiza said...

ohsem niii.agree!
setiap org punya gaya masing2.macam isu lisa-yusry,makcik hajjah apa tu.semua nak hupdateee pasal diorg tu.yg bezanya,cara nak buat org ttarik baca ke tak.hihihi.*justmy2cents.

Kak Long said...

byk2 organ dlm tubuh kita ni, pankreas ni la yg sgt rumit penanganannya.. kalau kau cabut pankreas org, byk enzim2 dlm tubuh org tu nak kena ganti..bukan senang tau? hehehe gurau je en.haikal.



kadang2 entri picless pon oke jugak. heh~

Primadona said...

Ya. aku setuju dengan kata-kata kau.Kita sebagai manusia memang mudah terpengaruh dengan individu lain.Aku rasa hampir keseluruhan aspek kita akan tiru org yang kita suka mahupun idola kita.Tipulah kalau tak pernah tiru orang lain.Ini pun bergantung kepada kita juga sama ada mahu menerima atau berubah. :)

Fairuz Zainal said...

jadah? hahahaaa samat blogging la weyh. aku dah makin nak pupus rasenye. haha

Anum said...

smart..

littledolphin said...

ya betul!kualiti itu subjektif.xD

satu soalan. camne nak cabut pankreas? :P

Ghab Van Hal said...

kalau ikut ISO 9001:2008, kualiti itu ialah level of satisfaction. maknanya, kalau orang puas hati, maka berkualitilah blog kita...kekeke...

hana said...

setiap orang de pemikiran sendiri..
so tak yah la nak meniru orng laen..
=D

Haikal Blank said...

Slem, yeah. apa dalam hati bukan zahirnya pada aku. hehe


Fatin Syahirah : haha kau nak lari mana? aku laju kot! tgk je perot camni!

Kuya: aku memang pemalu dan mudah tersentuh ok. haha

Zulfikar: yeah, tak kisah dia cerita apa, tapi penyampaian dia tu memberikan kesan terhadap pembaca. aku sokong point tu. ketulenansangatpentingok

namakulynn: haa, karya yang berlainan, impaknya berlainan. sama - samalah menyampaikan yang benar ok. hehehe

Daun ceri! hakhak sebab tu aku ugut pakai pankreas..tengok kalau aku curik bape lama je boleh idup.haha

azizah: pengaruh itu baik pada aku cuma jangan sampai MENIRU. itu je. keikhlasan dalam tulisan tu lah yang bagi 'SOUL' dekat mana - mana entry.

Fairuz: HAKHAK rileksla...kau tu orang kuat tu dalam bulatan blogger yang aku kenal. aku sentiasa support kau.:D

anum: :) trimas

Hana: persoalan kau tu rahsia aku. nak taw rahsia? mana boleh..kan rahsia nama dia...HAHAHA

Ghab van hal: kepuasan pembaca itu memang antara yang patut dipertimbangkan! :D

Hana: hehe meniru tu jangan, tapi menginspirasikan sesuatu itu diterima. iinfluence pasti ada dari sesiapa ye dak..:D

Mior Syabab said...

penulisan? dah mcm exam spm dulu2 pulak. Ruang lingkup penulisan luas, aku sukakan penulisan yg agak ekstrem yg bisa menhentak hati untuk ketawa. HAHAHA

Anonymous said...

ade makne di sebalikni. hehe

for me,aku berblogging n luahkan ape aku rase.

siif mood utkmenulis camni,so aku camni. aku rase nk menganjing aku buat la camtu :p

hehe. and its up to reader,nk bace or tak. nk tekan pangkah ke. nk follow ke. hee.

but,penulisan still jage. takkan nk gune W language pulak. agak agak la kan? 'ariew niew baruw adew masew nk update blog'. haha. tak sanggup aku menulis camni,nampak macam taktahu menuliss =.='

Shila said...

aku nk tiru org lain tulis best2..

tapi aku xmampu tiru..

maknanya aku xmudah terpengaruh laa kan??

ke macam mana??

Ceritera Anak Sampah said...

nice tips dude!i'll take note..

Haikal Blank said...

Mior, penulisan ekstrem yang kau suka itu juga kegemaranku. kehkeh

Diannorhayati: yeah, bila meluah sesuatu yang direct dari hati, akal, or whatever, originaliti itulah yang memberikan soul pada tulisan. HAHA sesuka aku je kan. err...w language tu aku guna untuk tujuan jokes je kadang2 hehe


haha itu bagus missenget! kehkeh ala, kau tulis dah best dah. blog kau ada ciri2 yang bro zulfikar cakap kat atas. :) :)

Ceritera: hehe ala, bangang2 dari aku je. huh! :P

.drakula. said...

stylo milo...kool...keh3

Haikal Blank said...

hakhak tak adanya cool mana dowh. btw, blog ko memang cool. hehe serius.

hzyr; said...

i thnk i'll go with just...option..number...number 3&5.

:s

Anonymous said...

kadang2 gee pon tersasar jugak dari niat asal blogging.. alhamdulillah x lame.. bile dah jumpe formula utk menulis entri, rasa dah x sakit kepala sgt dah fikir nak tulis ape. tulis pasal diri sendiri sudah... ahaksss... yg penting ikhlas & tahu ape yg nak disampaikan.. kan kan?