Pages

Friday, August 19, 2011

Kesedihan dalam Bercinta

Kusut

Aku memang kusut sekarang. Macam - macam hal telah berlaku. Masalah itulah, inilah sampai rasa nak botak pun ada. Aku sedang bercerita tentang rambut aku yang kusut. Dah panjang dan bergulung - gulung dan semestinya sumpah tak ada kaitan antara rambut dan masalah aku hadapi.


WARNING : Entry kali ini berkisar tentang cinta dan mungkin boleh memuntahkan sesiapa sahaja.
-----------------------------------------------------

" Awak, saya terpaksa tinggalkan awak. Kita tak ada jodoh wak. " kata romlee kepada salmah.

Bercucuranlah air mata Salmah laksana seguni bawang dihiris di hadapan matanya ( kulit limau juga boleh digunapakai ). Menangis tak sudah menanggung kesedihan melampau akibat cintanya yang telah pergi dalam sekelip mata.

" Sampai hati awak tinggalkan saya Romlee. Sampai hati awaak. KEJAM!! KEJAM! "


***


Kesedihan Salmah tidak dapat ditanggung lagi. Linangan air mata menjadi bukti kesedihan dialaminya. Sudah setahun berlalu namun kenangan itu masih menghantui mimpinya. Bibir mengukir gembira tapi di hati hanya Tuhan saja yang tahu. Jiwa seorang perempuan, mudah goyah dan lemah kadangnya.


Putus cinta


Dugaan ini kadang seperti enteng pada sesetengah orang tetapi selalunya boleh menggilakan sesiapa sahaja. Cinta sesama manusia ini memang membahagiakan, tapi jika tersilap membawa diri, lemah yang di dalamnya, boleh sampai membunuh diri. Aku rasa statistik orang bunuh diri kerana cinta sama dengan orang mati kerana kanser agaknya.


Cinta sesama manusia (remaja)

Perasaan untuk menyukai seseorang dan seterusnya mencintai itu tidak dapat dihalang selagi kita punya nafsu walaupun nisbahnya hanya 1:9 dengan akal. Lagikan pula yang 9:1 dengan akal, pastinya lebih sukar untuk menghindarinya dalam kehidupan masakini.

Hukum cinta perlukan agama, akal dan perasaan untuk menggabungkan semuanya menjadi satu tajuk CINTA yang boleh dibawa ke mati. Ya, aku tahu pasti ramai yang akan kata cinta selepas nikah, cinta selepas nikah, tapi aku tahu ianya sukar untuk dunia sekarang. Ya, aku sedang berusaha menikmati cinta cara itu tetapi aku sendiri tidak yakin akan dugaannya. Aku juga pasti ramai yang membaca tulisan ini juga pernah menyayangi seseorang separuh hati walhal belum bernikah lagi bukan? Ala, aku juga seorang remaja, jangan nak tipulah. puihh~

Jiwa remaja ini kita baru nak mengenal dunia, mula kenal cinta puihh itu kononnya membahagiakan. Disorong kata - kata indah setiap malam diungkap dalam nada penuh romantis memang mengkhayalkan sesiapa sahaja. Lebih - lebih lagi dari orang yang kita ucapkan cinta padanya.Lebih terangkatlah kan orang cakap.


Dugaannya


Bila hati sudah sayang, bila ada masalah muncul yang menghalang perlakuan 'sayang' itu, pastinya kesedihan akan timbul. Meh aku terangkan kronologi perkaitan antara sayang dan sedih mengikut kepala otak aku.



Penerangan : Graf Sayang vs Sedih ideologi sesat aku.


Situasi 1 
Baru mula - mula kenal. Ada perasaan minat, tapi belum sampai tahap jatuh hati. Kalau berjauhan dan putus ketika tahap ni, kesedihan itu tiada. Kalau ada pun, 15 saat sahaja.

Situasi 2
Mula rasa bahang cinta. Ada rasa suka pada si dia. Tidur tak basah, mandi tak lena, makan tak lalu kalau tak jumpa dalam satu jangka masa yang lama. Seminggu pun termasuk kategori lama. Kalau putus waktu ni, adalah sedikit terkilan. Sedih dia tu boleh dikawal. Ajak pergi karaoke kejap, lupalah semuanya.

Situasi 3
Sedang hangat bercinta. Sudah melepasi takat selamat kononnya. Masa ni lah segalanya teruji. Yang perempuan gedik melampau macamlah laki tu suami dia dan si lelaki pula memberi segalanya macamlah perempuan tu bini dia. Kalau clash masa ni, berputih mata jugaklah. Nangis tu tak hingatlah, tapi tetap dalam kawalan, masih ingat tuhan. Waktu - waktu macam ni lah biasanya baru kenal tikar sejadah. Baguslah tu, paling tak pun ada kesedaran akan kesilapan. Sebab tu lah Tuhan turunkan dugaan, untuk menyadarkan kita semua ni haa.

Situasi 4
Kalau sayang dah sampai part ni, memang gila namanya. Bahagian ni biasanya pasangan tu dah cipta dunia cinta diorang sendiri. Hukum hakam agama dah 'tak perasan' dah. semuanya halal. Dah macam lagak laki binilah orang cakap. ' Cinta sampai mati' kononnya bagi segala dara teruna tu ha sampai licin tak berbaki. Tup tap tup tap putus, memang sakit. Masa ni memang jadi gila. Ada dua jalan masa ni, sama ada gila, bunuh diri atau merosakkan diri sendiri melalui dadah ke, atau jadi bohsia terus, pelacur ke, takpun kau berubah jadi sebaik - baik manusia. Biasanya orang macam ni dari tak pernah kenal agama, terus membaca balik kitab suci, solat, jaga aurat dan pertuturan. Kembali pada jalannya. Sangat - sangat bagus kalau macam tu, tapi bagi yang tak pernah usaha mengenal agama, memang ke jalan yang lebih hitamlah. Dulu zina dengan pakwe je, tapi lepas tu, layan 2,3 puluh orang seminggu.

 " Apa ada hal bro? Lu ada kisah hidup gua? "


Situasi 5

" Sayang betul aku tengok dia tu, dulu baik je sopan aku tengok. Tapi lepas cerai dengan laki dia, dah start cakap sorang - sorang, jalan ke sana ke mari sakat orang. Kesian aku tengok. Sayang betul kan orang macam tu boleh gila "

tak ada sedih, tapi sayangnya luas. KAHKAH


-------------------------------------------------------


rendangnya pokok itu, rendang lagi langit memayungimu seharian


Pengakhiran

Bila bercinta, hati tu bagi sebahagian je. Jangan sampai separuh pun. Biar keikhlasan tu yang penuh, bukan rasa cinta tu. Kita sebagai manusia ni ada banyak tanggungjawab. Kepada Pencipta kita, kepada agama, kepada keluarga, rakan - rakan, jiran tetangga dan macam - macam lagi tanggungjawab kita. Tetapi kita selalunya mengagungkan sangat tanggungjawab CINTA puihh tu sampai lupa segala. Aku di antara orang yang lupa segala tu dan aku sumpah rasa aku bodoh.

Yang sentiasa sayangkan agama, dan sedang merasai sakitnya putus cinta itu diharap bersabarlah dan tenangkan hati dengan agama juga. Itu ialah penenang sebenar - benar penenang. Muhasabah mana silap kita kerana kita sendiri tidak pernah sedar seharian silap kita. Mungkin kita buat silap kecil sahaja pada orang lain, tapi kalau mereka menganggapnya besar dan tidak redha kepada kita siapa tahu kan? Dugaan - dugaan macam ni lah yang biasanya menyadarkan kita akan kekuasaanNYA pada kronologi kehidupan manusia.

Akhir kata, jangan jadi bodoh kerana cinta sampai terjun bangunan, potong nadi, telan tempayan, dan sebagainya benda - benda bangang termasuk meracau sorang - sorang dalam bilik bila pandang teddy bear pakwe bagi dulu. Cubalah baring, termenung kejap fikir silap diri. Kira macam muhasabah dirilah senang cakap. Kalau air mata nak keluar tu, jangan ditahan! Lepaskan dan biarkan ia mengalir. Cuma air mata, dan jangan meratapi sesuatu perkara itu. Cuba untuk senyum dan apabila hari baru tiba, aku pasti ada sedikit demi sedikit kekuatan akan tiba dalam diri. Ya, memang mengambil masa, tapi tetap lebih elok bukan dari gila meratapi kesedihan itu sendiri.

Inilah dugaan! Inilah pengajaran! Bersyukurlah kerana masih punya rezeki menikmati SAYANG itu dari mereka - mereka yang di bumi perang yang diseksa, dibunuh kehilangan keluarga di hadapan mata. Derita itu berbekas dalam di dada. Kita di bumi mewah ini haruslah lebih cerdik akalnya bila ditimpa dugaan.

Kau mampu? Ya, aku percaya kau mampu kawan. :)






55 comments:

hana said...

hipotesis dari graf..
semakin tinggi rasa sayang masa bercinta semakin tinggi rasa sede masa putus cinta..hahha

Haikal Blank said...

hakhak tahu tak apa! kehkeh

adwafarahin said...

x bole syg sgt nie kang merana diri kot

Anonymous said...

jangan sayang sangat lah. tu je. simpan sikit utk diri sendiri kalau terjatuh nanti.

Shila said...

aku rasa bertambah2 seronok peluk teddy bear..

free..~

Haikal Blank said...

yeah, sebab tu aku cakap bagi hati sebahagian je. fikir tanggungjawab lain dulu sebelum nak bagi hati tuh...lagi2 yang lelaki, tanggungjawab banyak wooo....HEHE

Fairuz Zainal said...

teddy bear aku banyak. sekian terima kasih. kbai

Haikal Blank said...

misssenget : wah! aku nak ada teddy bear gak tapi aku laki. kena terajang dengan bapak aku nanti. HAHA

Haikal Blank said...

Fairuz, hakhak aku tahu! katak katak pun ada kan..haha

LynnAiza said...

graf terbaikkk nihh!hahahha.

'SAYANGNYAAAA DAH GILAAA' <-- plg kronik punya sedih dalam bcinta.haih..

Haikal Blank said...

haha ceiss, itu memang yang paling kronik. sampai SAYANGNYA....tu keluar dari mulut orang. heh!

kaizen said...

graf P vs T kn?? Q-in = Q-out hahaha

Haikal Blank said...

hakhak wooh! sesuka aku je kan wat graph. yang kat puncak graf tu gaya apa pun aku tak taw. hakhak

norinaomar said...

aku dah rasa keperitan itu,lepas setahun baru aku nangis gila-gila ..

Haikal Blank said...

:) tak apalah cikgu oii, tapi kehidupan tetap indah kan? da nak kawin pun haa...gudluck! :D

A.I said...

betol sangat2.
aku penah sampai situai ke 3.
hampir ke 4 kot.
sebab tu bila aku sedar aku nak org lain sedar jugak.
pegi la jalan dengan cinta.

dulu aku takot nak move on sebab aku dah biasa berdua.
tp rupanya, it's nothing pon. lagi best ada.

tp yes as u said earlier laa, bukan senang wey remaja macam kita nak teros single...
susah! sangat susah! tak penah senang.

but if we are strong ok kot. macam latest entry aku... boleh lah baca kalo rajin =)

Haikal Blank said...

:) yeah, walau sakit tapi pengalaman tu pengajaran yang penting kan? gua sendiri pernah lalui macam2. haha bukan baik sangat pun gua ni...

single memang susah, lagi2 permpuan. ye dak? kehkeh

AI, ko ni profile blogger dahla hidden. huhu~

miss m said...

pernh lalui situasi tu..adui...tp xde smpai 4....hehehe...

Idzanfashila said...

whoaa. ad graf lg tuu~ thumbs up~!

Bella Heuheu ❤ said...

graffffff ko sgt best la haikal. mcam graf dlm subjek marketing. hikhik.

kaizen said...

hahaha lec ko pensan tgk graf nih

Mior Syabab said...

Nak tanya satu soalan je dekat hang. Hang pernah bercintan tak? hahaha

C i k P i p i T e m b a m said...

penah hampir gila ---->

Primadona said...

Aku pernah dengar ada orang bagitau if kau sukakan sesorang just simpankan perasaan sayang tu coz kalau kau luahkan rasa sayang kau kat orang yang kau suka lambat laun Allah akan tarik balik perasaan sayang tu pada kau sehingga kau mula menyedari bahawa dia tak sehebat yang disangkakan.

one more thing seandainya kau pergi dulu tanpa sempat bagitahu yang kau suka dengan dia Allah assume itu as mati syahid pasal kau dah battle dengan perasaan kau sendiri.Tapi itu kalau hayat tak panjang.Kalau panjang dianjurkan untuk berkahwin. :)

Unknown said...

apo bondo kau lukis graf tuh? kreatif semacam je aku tengok bwaahaha

auwww auwww suweetnye peluk teddy bear pkwe bg muhahaha

bg aku xperlu kot bg cinta dan syg kau 100% kat org yg kau syg. nt merana jiwa sukar nak pulih balik.

syukur aku masih boleh beza antara cinta dan kasih. sekian. ;)

littledolphin said...

tak pernah melepasi situasi satu.hahahaha

statistik bunuh diri sama dengan kanser?memandai je. :P

A.I said...

hide lagi tak profile. asl tah aku buat ribu2 kali dah dok jadi hide gak. fuhh.

nih link, http://aishawhatever.blogspot.com/2011/08/kekasih-halal.html


pompuan single sangat susah.
dah la org keje nak jeles kalo sembang ng bf dorang.
sunyi... tak la sangat.
sebab dunia aku fb. so selagi ada fb selagi tu aku ok.
plus skg tgh cuti kat rumah.
best2 jaa sumaa. HEHE.
tak tau la masa akan datang =)

Syazmira Suhaimi said...

ta pnah smpai thap 4. thap 3 pn blum kot..tp kesedihan ny berpanjangan. ahakz~ manusia.... :)

Unknown said...

1. penulisan yang bagus adalah apabila kita tulis panjang2 pun ada org baca sampai habis dan lepas tu rajin plak lagi nak komen.. komen lak panjang2.. trus ilang penat kita nulis kan?

2. telan tempayan tu lawak.. aku baca sambil byg mcm mana org elan tempayan.. hahaha

3. graf no 4 tu lawak.. dah tahap bersimpul...

4. graf no 5 lagi best.. terus terkeluar dr lekuk.. hahahahahahah

!meimei cik ayu! said...

sayang berpada- pada..:)

Domopinky ^^ said...

entry untuk ak eh ? haha :P
ak ta gila lagi . cuma frust ( kau faham kan mksd ak ? )
entry kau mmg best !
mcm ak ckp da mkin jatuh hati da dgn blog kau ni ^^

Haikal Blank said...

mejuez, jgn risau, aku cepat faham benda2 macam tu. kehkeh biasalah bro, cinta sekarang murah, modal ayat sedikit boleh cair.

err...buat blog boleh buat orang cair tak? HAHAHA

miss m, haha baguslah! :P moga - moga tidak hanyut ya! :)


bella n kaizen, jgn libatkan lec lebih2 lagi marketing. diorang mesti sayang aku punyalah tengok graf ni. HAHAHA


idzanfashila: thanx! haha aku sesaja je mengarut tu. hakhak

Haikal Blank said...

Mior : hehehe aku sendiri tak pastilah meor. pernah kot dan aku fobia. HAHA
<---hati jambu

cikpipitembam: tak apa, anggap itu sebagai cabaran dan pengalaman hidup untuk kau lebih berhati - hati di masa hadapan. ianya mematangkan fikiran ! :D

azizah, aku setuju sangat2 ok. serius aku setuju. Bila kita menyukai sesorang, rileks dan pendamkan. cuba kenal hati budi.
err...yup, bila dah terlepas kata sayang, dia jadi macam bosan. kata sayang dan cinta itu jugalah yang membosankan pasangan2 kapel ni. tapi tak semualah kan. HAHA (cover tanak kena hentam) kehkeh

Haikal Blank said...

hahaha peluklah sana! jeles aku tak ada orang bagi! hahaha

haish, yeah, jgn bagi semua, bagi sedikit sudah. nak kaya, kena kedekut., KAHKAH


Hana suradjat: wah, kau memang tahan godaan. thumbs up! :D

AI: yeah, perkataan sunyi tu datang pada awalnya tak kira laki ke perempuan, tapi istilah bosan ialah yang akan kita pelajari selepas tu. kalau tahan godaan dari belajar benda2 yang lagi RARE, baguslah ye dak...kehkeh

Haikal Blank said...

syazmira, baguslah..:) sedih itu tak boleh elak, cuma boleh dikawal. jgn meratapi dan ingatlah hari esok masih ada. :D

Zulfikar: hubungan dua hala tu sangat2 mengasyikkan. sebab tu ramai suka blog kau dowh! :D
jgn kau try telan lak!haha
graf tu amat menakutkan, jgnla ada dak skola terpengaruh. HAHAHA

adik perempuan cik ayu! yeah,setiap benda memang kena berwaspada lebih2 lagi CINTA. hehe banyak tipu muslihat

Norsolehah, haish, jgn kantolkan. HAKHAK frust boleh, jgn terbawa - bawa k! gua harap lu akan cepat sembuh dari 'sakit' yang kau rasa tu. :)

Domopinky ^^ said...

haha . ops ! terlepas lak ! hakhak . btw , thx ya kawan . ak pun harap ak cepat sembuh . hehe . thx MAKJANDA ^^

NFE. said...

Aku pernah rasa yang no 4 tue.Tuhan saja yang tahu sakit perit tue.Tapi alhamdulillah aku masih di tahap selamat.Takde gantung diri semua.hahahaha

Kucing Serius. said...

Perasaan sayang. Mengubah segalanya dalam hidup. Selalunya keadaan akan terpulang pada intepretasi seseorang tu. Adakah itu perkara yang baik,atau yang tidak elok.

Baik rasanya,maka lebih baik hidupnya kemudian. Buruk rasanya,rosaklah kemudiannya.

Pergh,aku dulu sesat gila hidup aku dulu pasal cinta ni beb. Serius. Sangat,sangat. Alhamdulillah,semua tu yang membentuk diri aku sekarang.

Membentuk aku kembali pada seseorang yang much much better dari dulu.

Entry kau mengingatkan kembali :)

RIMA DANIA said...

Ni kalu sy masa zaman belajar ekonomi dulu pun tak jumpa keluk/graf mcm tu hahaha... terbelialk jap bijik mata tengok graf tu..tapi good entri (^^,)best!

Yang penting bila putus cinta tu manusia haruslah lebih rasional lagi2 yang Islam.. Hilang cinta manusia tak apa.. Kalau hilang cinta Tuhan mana nak carik pengganti (^^,)

Primadona said...

yes.Itu yang terbaik bagi aku kot.Apa guna blog.Bloglah tempat mencurahkan segala isi hati.Blog mana boleh hentam kita.Kau cakap apa2 pun bkn org kenal kita sangat.haha.ok i'm joking :P

Haikal Blank said...

elyana, hekhek baguslah..:) moga2 hidup kita akan terus gagah walau diletak dugaan yang makin hari makin berat. belajar cara mati, dan kita akan belajar cara hidup. :D

Kucing, masing2 ada zaman gelap dia sendiri. hekhek. kau tak teringin buat entry bertajuk 'zaman gelap'? macam sesuai je penulisan kau dengan tajuk tu.

RimaDania: HAHA jgn risau, lecturer tak ada baca punya blog aku so tak ada orang marah. kahkah

yeah, cinta Agung dariNYA itu yang amat penting. jangan sekalikali lupa akan suruhanNYA dan kita tidak akan terlepas dari rahmatNYA. moga - moga nikmat itu nikmat yang membawa ke sorga. :D

Azizah: haha keistimewaan blog sebagai ruang menaip meluah segala apa kerana tiada had menaip walau di komen. kalau ruang komen pun boleh kita beel, lagikan pula ruang entry. rugi kalau pendek sangat dan gila kalau panjang sangat macam novel. cukuplah sepanjang cerpen. kehkeh

kebebasan melempiaskan bebelan! haha

.drakula. said...

tulisan lu aku suka ...keh3 ...ada isi.

.::: mr IQ :::. said...

entry yang baik dgn penulisan yg mantap...
Mencari Jodoh di Pasar Cinta
sekadar perkongsian..

Haikal Blank said...

kehkeh terima kasih..

*blushing

SLeM said...

Kerna Cinta kenal pencipta..tiba2 nak nasyid lak..hahha

hanaahmad said...

aku rasa orang cinta bagai nak rak ni bebudak jeh. mcm aku dah tak perlu semua tu, bila dah suka, serasi kawen terus. tu lebih jamin segalanya. insyaAllah tak terbuat segala doa. halal semua.

Haikal Blank said...

yeah SLeM. cinta agung.

hanaahmad : ya, memang cinta bebudak, tapi ramai lagi yang umur sudah 20an hendak mencecah 30an tapi masih bercinta gaya ini. yeah, gua memang tak faham kadang2 tapi inilah dunia, inilah malaysia. entahlah sekali lagi.

Anis Fadhilah said...

kahkah comel bebenau graph ideologi kau kal..

venus said...

aku cuma hilang separuh jiwa.

LynnAiza said...

*carik2 mana tmpt aku nak reply shout kau.

smkas. ko refer segamat kan? aku msuk situ f4.

.drakula. said...

sumpah aku sakit hati dgn kau punya header...terbakar hati aku!

Haikal Blank said...

venus, rileks, bisa dicari kembali. tenanglah. :D

aniss, malu saya ok. HAHA tahi comel. tak adanya.

RepublicAku, haha ada menyentuh memana sentimen ke pe? haha sorry2...gua tak reti sangat dowh design2 ni bagai. tibai aje. haha

Haikal Blank said...

hahaha hilang separuh jiwa ya venus. ya. ;)

Unknown said...

haha..bagus tol la teori cmnie..buat ana terpkir jap! hahaha...

Haikal Blank said...

haha teori kotor je ni. sekadar buat renungan. jgn percaya blog ni. smua tipu je. hekhek