Pages

Thursday, August 25, 2011

Merajuk Hingga Syurga

 

Sudah hampir 2 minggu kami bertekak tak sudah. Aku kata dia curang, dia kata aku curang dan masih tiada kata putus akan hubungan kami. Mood aku lari jauh ke hujung taman. Sirna. Hanya cigarette menjadi teman tatkala melayan perasaan di hadapan rumah. Setiap kali berjumpa awalnya seperti sudah hampir reda, tetapi akhirnya pergaduhan mulut (bertekaklah, bukan gaduh pakai mulut, lain makna tuh)

" Hei bro, lu gelisah resah tak menentu serabai je ni apahal? hisap Surya lak tuh. Biasa layan winston"


"hai, apa nasiblah aku semenjak - menjak ni man oii, sakit kepala aku fikirkan awek aku tuh. Melalak je tak habis - habis. Dia kata aku curang, padahal member je. Aku keluar pergi beli beras je dengan Tipah tu, bukan pergi Mec Donald pun." jelasku. Entah apa yang dicemburukan sangat antara aku dan Tipah tu pun aku tak tahu.


------------------------------------------------------------


Itu cerita aku dengan awek aku. Abaikan dahulu.


Merajuk.

selalunya digunakan untuk menarik perhatian seseorang atau suatu kumpulan manusia. Apabila ada keinginan berkehendakkan sesuatu tidak kiralah hendakkan barang, perlakuan, perasaan atau sikap pada seseorang itu mengikut kehendak kita dan ianya tidak dipatuhi, perlakuan merajuk ini boleh terjadi.

" yela Bedah oii...kiteww ajak teman kiteww shopping pun u taknak dah kan. Orang tu dah ada kawan baru kannn, "  ujar jenab merealisasikan unsur merajuknya pada si Bedah.

perlakuan rajuk ini normal di kalangan kita tak kiralah sekeras mana hati mamat tu atau setaf mana dia. Tetap merajuk gak kalau kena dengan cara dia contohnya dengan awek. Badan ketak, muka parut, ada rantai gantung sini sana macam pokok krismas bak kata heliza dalam syurga cinta tapi bila awek kenselkan dating, tarik muka tak hingat! merajuk dengan awek sampai muka ganas bertukar lembut serupa platipus. Siap mms muka merajuk dia dekat awek. Nak mintak simpati le tu. ( cerita tipu )

Sepanjang 15 tahun aku hidup ni, macam - macam jenis merajuk aku jumpa. ( ops, Im PMR victim, tapi dah berenti skola dah. ) kali ni aku nak menjelaskan tentang merajuk yang pernah aku alami atau hadapi sama ada dari jiwa kecil aku sendiri ataupun pengalaman melihat orang sekeliling aku.




-----------------------------------------------------------

1. Merajuk TACING ( lembut hati )

merajuk tacing ini ialah jenis merajuk yang paling senang kita jumpa. Jenis merajuk sebegini ialah merajuk pada benda - benda kecil sahaja. Biasa ditemui pada perempuan dan kaum hawa. Buat salah sedikit je dah tarik muka, kira benda - benda kecik lah macam kes - kes terlupa, terlepas pandang, salah gurau dan  macam  - macam lagi. Dalam persahabatan selalu terjadi. Jenis orang MUDAH TACINGla senang cakap. Semua benda kalau tak kena dengan gaya dia, memang tacingla tak sudah.

rileks dan jangan risau, merajuk sebegini sekejap sahaja. Biarkan dia kejap, nanti dia yang tegur kita. Kalau ada masa lapang, borak lari dari topik dia tacing.


2. Merajuk HARUK ( gila )

Merajuk yang jenis kerja nak menjerit je dan tak penyabar punya manusia. Kebiasaannya lelaki yang tacing macam ni, tapi perempuan juga tidak terlepas kerana tacing ini lebih menarik perhatian sama ada pada si pelaku kesalahan itu ataupun perhatian member - member sekeliling yang rasa nak terajang je pakai siku kat buku lali dia.
merajuk ini dipengaruhi perasaan marah dan biasanya orang bercinta merajuk gaya ini.
nak dipendekkan kisah, merajuk sebegini biasanya terbawa - bawa sampai semua benda nampak salah je bila dia tengok.

" Yela! aku jela yang salah! kau je yang betul! huhhh!! " contoh ayat haruk dalam merajuk.

nak setelkan ni kena pujukla sendiri ye guna cara masing - masing. Senang pujuk kalau kena cara tapi kalau silap, boleh makan kaki ataupun sup belikat korang sendiri.
AMARAN: Jangan bergurau dengan along dil. Makan samurai kang nanti.


3. Merajuk SESUKA ( abah kau sesaje )

Merajuk ni ialah jenis merajuk gedik yang biasa terjadi dalam kisah cinta ataupun sesama member. Niatnya ikhlas dan tulus hanya kerana ingin menarik perhatian seseorang ataupun sekelompok manusia itu. Point dia merajuk amat - amat ringan dan janji boleh saja. Korang pernah bercinta? pernah sesaje merajuk? Yang perempuan mesti ada yang pernah punya.

kadang best melayan merajuk macam ni sebab nampaklah macam sweet kan, tapi kadang - kadang rasa nak cabut je pankreas dia baru dia tahu erti penyesalan! HAHA ( gelak kejam giler babi )


4. Merajuk HANJING ( annoying macam haram )

merajuk sebegini ialah merajuk yang tidak bertempat yang boleh menimbulkan sakit hati yang amat. Aku ambil contoh senanglah, katakan ada satu kapel ni bercinta kan antara Mat dan Mina.

Kluang, Johor - Mat sudah berjanji dengan aweknya Mina untuk keluar makan bersama sesudah maghrib tetapi Mat terpaksa membatalkan temujanjinya kerana ingin menghantar emaknya ke klinik kerana birus selesema. Segala keadaan sudah diterangkan pada si Mina di atas kesulitan yang amat dikesali itu tetapi Mina dengan rileknya memberikan ayat tacing mengharap dipujuk. Jangkaannya meleset rupanya. Mat menghantar MMS muka dia senyum sambil mengangkat tangan seperti sedang berikrar. Di bawah gambar ada kata - kata keramat darinya :

" Antara emak saya dan awak, pastinya emak saya diberi keutamaan. Kau nak merajuk, pergi mampus. Dah, esok saya nak cari awek baru. Fak u. "

ok, situasi dah terbalik. Si awek pula kena pujuk. Lantaklah korang, malas aku masuk campur. Sesuka aku je reka cerita tipu.


-----------------------------------------------------------


deria deria deria


Fuh, kadang  pening nak melayan orang merajuk ni tapi sebab yang merajuk tu penting dalam hidup kita kan, so kenalah layan gak. keluarga, kekasih atau kawan kan, kenalah jaga jugak hati diorang semua tu. Kalau orang tu musuh kita, tak adanya nak layan ye tak, buat muka tahi, blah terus adalah.

Ada kisah kelakar tentang merajuk. Mengimbau memori gua masa kecik - kecik. Nak try tengok?



Korang ada pengalaman merajuk or menghadap orang merajuk? takkan diam je kot. kongsila sini dekat komen jom. Gua payung ketupat nanti. aku email sorang - sorang. HAHA



*nak dekat raya, gua bz. jadi entry pun gaya orang bz. tak ada idea dan sumpah tak best. muah3 pada sapa yang sudi baca. :D
** cerita di awal entry hanya cerita penyedap dan tiada komen untuk kisah tu. haha
***tajuk entry ini juga amat kuno dan murahan. sila hentam saya di ruangan komen.



24 comments:

Anum said...

ermmmmmmm

Amirah Jafri said...

merajuk nombor empat tu yg kejam doo.hahaha

merajuk manja xpe :p tp betul gak..kalau selalu buat , errrghhh..panggg ni makan dieee ~ haha. joke :P

Haikal Blank said...

anum, kenapa? :)

Amirah suhana, haha memang kejam n bab gedik tu kadang kena tepat pada situasi, jgn tiap masa nak menggedik silaplah...haha

NFE. said...

Hahaha.kalau aku jenis merajuk tacing dgn sesuka je.merajuk lain kau tak pernah try lagi.kehkeh

Unknown said...

"merajuk dengan awek sampai muka ganas bertukar lembut serupa platipus. Siap mms muka merajuk dia dekat awek. Nak mintak simpati le tu"

aku bygkan lelaki tu sembang ngan awek dia tapi kepala ganti ngan kepala platipus.. mcm wonderpet kan?

merajuk hanjing tu, aku dah pernah kena, aku siap sound direct lagi kat ex, dia nak suh pilih2 plak antara nak kuar ngan family, main badminton dengan dia..

apa dia ingat aku ni tengah main roda impian ke, nak pusing2 pilih hadiah mana?

" esok aku nak cari awek lain" macam along dil ckp...

Haikal Blank said...

hakhak elyana ahmad, merajuk gaya itu penting untuk tarik perhatian ye dak..kehkeh

Zulfikar, pasal badminton tu aku taw. dah baca dah penjelsan kau dulu. hahaha benda bila bab habit atau keluarga ni memang jgn ditegur. Ada makan kaki ni kang. kenalah memahami sebelum nak merajuk tu...:D
kehkehkeh

Fairuz Zainal said...

aku suka nombo 2. sebabnya, kalau macam tu baru orang sekeliling pandang yang "oh, minah ni tak boleh buat main-main. ganas ni" okbai!

A.I said...

aku jensi merajuk tacing kot.
majuk kejap then ok.

apa la bodoh masa sada bf keje nak merajuk.
dah takder ni elok plak hormon merajuk tu tak mai2 dah.


pompuan merjuk hodoh! kata ex aku. sebab termuncung2. termasam2. HAHA

Rafidah Farhana said...

Banyak la kau merajuk begitu. Tapi mostly aku pernah buat. Merajuk gedik ke tak gedik ke. Kawan, adik, mak, bapak belaka dah kena penangan merajuk aku. Pakwe je belum. MUAHAHA.

Wei, kau merajuk dgn cara menghilangkan diri ke? Baru nak menampak sekarang.

hzyr; said...

I'm a girl myself.tapi for my species,i understnd,kita bangsa perempuan nie mmg very emotional.Sikit2 merajuk nk dapatkan attention, & kesian si lelaki,sbb kena usha' balik hati prempuan.SO,GIRLS...AGAK2 AH MERAJUK TUH.GUYS PUN AKAN TERASA JUGAK,APA YG KORANG DUK MENJERIT2-kan.it's not fair for them:) but guys,don't treat us like shits,cause we can double the act;)

LynnAiza said...

hoip abamsenior tak berapa senior. haha..

tajuk sangat takleh blah ye. hahahha. ku pikirkan ape la bila tgok tajuk.

eh tapi, aku suka entri2 kronik kau ni. jgn risau.

merajuk? hmm, so far takde yang parah lagi la. stakat merajuk2 manja dgn mak abah,kgkwan ada la. :P

Mior Syabab said...

hahahaha. gila betol entri ni. pecah pankreas kiri aku. banyak gak jenis merajuk ni. aku baru tau banyak.hehe

psst: rajuk ni semua tuju prempuan je. hehe

.drakula. said...

merajuk menghada2 pun yer juga ni ...baik perempuan baik lelaki kalau boleh merajuk tu jangan nak baby2 sangatlah ...aku geli...keh3!

apelyna said...

aku dah malas nak merajuk. buat sakit hati je. .haha
biase nye klu aku merajuk aku mesti pujuk diri sndiri, tp lepas aku dah bg guideline cara2 nak pujuk aku, ha ok la jugak.haha
but stil selalunye aku amalkan trik merajuk comel, which is. . .
merajuk tapi masih mampu membuat lawak dengan si pelaku sambil di selitkan unsur2 marah yg ringan, juga, kadang kala di selitkan dgn suara manja yg meminta simpati dan tak mungkin ditolak.

hahahahahahahahaha!

Unknown said...

weii aku jarang gila merajuk sebab aku tak suke dipujuk eceh tipu tp aku suka jenis merajuk yg no 3 suweett kot hihi oke gedik ;D

Syazwan Che Deraman said...

aku paling tak suka merajuk yang last tu..adehh..

yang lain ok lagi.

aku ada sorang mmber, sebelum ni budak R*#..cehh, kata R*#, tapi kuat merajuk, pantang gurau seket..nak merajuk..kitorang selalu kenakan dia, sebab dia poyo gilaa..
dia selalu nak tacing.
adehh..
umur dah tua dah.

venus said...

ok aku no satu tu. memang jenis kuat tacing tapi kat orang yang tersayang jela. kalau takat member tu, memang mintak kaki la nak merajuk-merajuk bagai. hihi

Primadona said...

Hah.Kau pernah merajuk tak? aku merajuk pun tak pernah.opss..tipu aku pernah merajuk dengan abah aku pasal aku nak further stadi kat semananjung tapi abah tak bagi.Merajuk sampai sekarang oh.Kurang jugaklah bercakap dgn dia.But then dia realize tak semestinya aku kena duduk tempat sendiri jadi insha allah abis diploma ni nanti aku akn bakal keluar dari tanah kelahiran aku sendiri.Comment lari dari tajuk.okbai#

Domopinky ^^ said...

terbaik , kawan ! well done ^^ ngee ~

aishareoils said...

huhu...kdg2 perempuan la yg banyak merajuk...ecah pon suke merajuk juga..kdg2 rase malu sebab ngade2 nk merajuk pdhal bkn mende sgt pon kan..tp sy sdg berubah...xnk dh majuk2 ni..kena tinggal baru tahu..hahaha

GR said...

merajuk hanjing ada serupa macam merajuk depan anjing tak? haha

merajuk sesuka tu nampak sweet. aah. ramai yang buat merajuk sesuka, kononnya nak tengok boleh dapat pujuk ke tak. tapi kalau lelaki yang buat ni memang aku rasa meluat gila

kunci locker said...

merajuk yg last tu agak kasar...hahaha...ok..lps ni blh aku tgok ko ketagori mne 1 kn...hahahah

adwafarahin said...

uit! slmt hr raya :)

Haikal Blank said...

aku sebagai manusia biasa juga pernah merajuk, tapi pastilah bukan yang jenis gedik. kalau aku jenis gedik, aku rasa aku tak dapat tulis dah entry ni sebab dah kena tibai ngn bapak aku. huhu

*bapakku seorang askar