hari raya semakin hampir, dan serius aku sangat sibuk dalam macam - macam perkara. Hal kemas - kemasnya lain, hal keluarga nak balik kampung yang mana, hal member - member dan hal awek aku yang kebetulan meragam pulak waktu - waktu macam ni. Mungkin dia datang bulan agaknya nak dekat raya ni, kesian dia.
aku pula kembali bermain snuker setelah sekian lamanya bersara. dalam 2 tahun juga dah tak main snuker tiba - tiba waktu puasa ni lah aku terjebak. Sukan yang sangat tidak berpeluh dan tidak memerlukan banyak tenaga. Cuma penat menumpukan perhatian ditambah tahap rabun aku yang semakin hari semakin teruk.
memang teruk aku ni, dem. orang beribadah,aku boleh kenal snuker balik. Tapi still aku rasa ok sebab aku sekadar bemain snuker tapi hal lain masih terjaga. Tapi aku tahu ada yang mula kata aku teruk apa semua dan lantaklah, aku cuma memohon maaf kalau ada terbuat salah silap dalam kata sepanjang korang baca blog tahi tahi kuda aku ni.
Sempena trend meminta maaf oleh seluruh rakyat Malaysia, aku dengan seikhlasnya mengambil peluang ini untuk meminta maaf kepada rakan - rakan dan taulan di atas segala kesilapan aku. Aku mendoakan kamu semua selamat walau tak kira berada di mana. Korang juga kenalah berdoa untuk diri korang sendiri sebab bagus berdoa banyak - banyak ni. Kalau yang selalu lupa akan doa itulah hamba yang sombong.
Yang bahagianya pada diri aku seikhlasnya, aku macam dah sangat - sangat suka menulis dan terasa ingin aktif dalam berbelog mulai lepas raya ni. Bila internet pun dah sedap, baru best nak blogwalking bagai jenguk - jenguk blog orang mencari ilham dan menyelami kisah hidup orang lain dalam cara aku. Aku nak cuba belajar dari apa segala yang aku dapat tangkap.
" Kau jangan buat alasan Haikal oii, kau ni hipokrit betul laa " -anonymus-
Okla, okla, aku sebenarnya macam tertarik dengan cabang pengiklanan terbaru yang gua dengar, noobie nama dia. Dengar nama macam menganjing aku noob je, tapi tak kisahlah pape pun, aku memang selalu kena tipu. Jauh aku mengarut dah ni, gurau je k. Aku akan mula memasang iklan dari noobie.com.my ini yang baru dilancarkan entah bila haritu aku pun tak tahu. Aku ingin try - tryla kan, mana tahu boleh dapat aispop sedas dua kalau aku beriklan.
" Wah ko kal, dulu sibuk tanak letak iklan, ni lu letak lak apahal? " -mak bedahh-
Okla, aku memang hipokrit dan blog aku ni memang semuanya tipuan semata - mata. Aku menipu dalam penulisan aku dan korang semua tertipu. sedih kan? Bongok. Korang baca blog aku, korang nilai sendiri tahap penipuan ayat - ayat aku. Ada aku menembak sesiapa? Ada aku letak tajuk entry lucah nakharam setiap kali post entry? ( kalau kadang - kadang tu biasalah ). Ada aku layan kasar sesapa datang blog aku? haish, kalau ada tu aku dah mintak maaf ok kat atas. :)
terima kasih pada siapa yang sudi datang. Kalau aku terlupa jenguk balik blog korang, bagitahu aku, aku cuba datang. fewwwit~
korang kan baik, maafkanlah aku weyh! nak raya dah ni! :D
" Lu kenapa tiba - tiba ni bro? " -abam kahchak-
ala, gua jeles lak tengok orang lain semua keluar duit raya dari beriklan. aku memang jenis orang yang mudah berubah hati dan juga mudah bosan dan suka terhadap sesuatu. aku hanya ingin mencuba.
Nuffnang? mungkin nanti aku letak, mungkin tak letak. innity? gila, pageview aku hanya 0.001 peratus dari yang dia nak. mangaads?advertlerts? semuanya aku dah letak dulu tapi macam siot lak tetiba ada iklan daging babi kat advertlerts. aku hantar tiket terus baru sok dia hilang. Risau lak aku kang tetiba ada babi masuk lagi. Macam mana aku nak sertu blog aku ni weyhh!!
oleh sebab ni kampeni baru yang entah ada untung entah tak kalau aku join, aku tryla join. Harap - harap tak ada iklan arak atau babi dalam tu. Kalau iklan rokok pun lagi jangan, nanti aku terasa sendiri kang. Iklan bogel - bogel pun harap tak adalah. Rosak berdarah - darah hidung pembaca blog aku kang siapa nak tanggung?
" Apa kau target dalam berbelog ni? Traffic? follower? blablabla? " -mesti klik untuk tahu siapa-
target? aku nak 10000 follower dalam 100 tahun lagi. ceiss, gila. taknaklah aku jadi glamor, nanti aku kena bahan je. HAHA gurau, maaf. cukuplah sekadar ada sokongan dari pembaca - pembaca dan blogger sekalian. Aku tak menjanjikan kualiti tinggi macam blog - blog lain, tapi aku menjanjikan keikhlasan aku dalam memberi pendapat dan sedia menerima cemuhan malahan jua tohmahan untuk kebaikan penulisan aku juga. Kepada yang telah support sekian lama, aku ucap terima kasih sangat - sangat sudi layan blog GILA aku ni yang kerja nak mencarut je ( tapi dalam kesopanan ) dalam setiap entry. Aku sangat - sangat terharu kerana aku tak sangka langsung ada gak yang sudi baca.
kalau aku ada silap, tegur aku ok?
*hehehe ruang komen ada kan?
*hehehe ruang komen ada kan?
19 comments:
Lepas ni bleh bg duit raya plak la papa..hehe
haha, selamat hari raya bro XD
aku tak tahu pulak sal syarikat baru ni. :P
haha tahi-tahi kuda ea? kau ni lawak gila tahu? blog camni kau boleh smekan dgn tahi kau silap bro, silap.
aku pun tak kejar sgt follower tp follower yg kejar aku muahahah
aku lebih pntgkan komen. di situ kita boleh nampak mereka hargai penulisan kita kan? :)
hahaha.aku ingat part last adelah ko cite sal iklan kat TV sempena raya.kehkeh.rupanya iklan kat blog.hahaha.
teruskan menulis,kalau xde org baca aku baca blog ko.kehkeh.*terharu x wey.kahkah
first of all, tadi aku dapat kad raya with no name. aku nampak johor, aku nampak blog, aku nampak gua. aku rasa kau dah. betol?
lagi, sory lah jugak yer. kad ko pon smpai lambat kan, nak say sory by card tak sempat, so say sorry sini jelah.
blogging... best bila reader kita tu semua friend kita. tapi kalo yang redaer tu semua sekadar 'peminat' or 'penyinggah' rasa tak best. sebab rasa gap bila nak menyampaikan. KOT.
selamat hari raya wey =)
wanz, kembar maria tu memang banas dan merbahaya. penjenayah dikehendaki tuh. HAHA
aneep, boleh2....lama tak nampak, jemput datang rumah gua bro! :D
keroro, kau jgn amek taw pun..kau kan dah ada innit innit...HEHEHE :P
amna gadeeja! yeah, bila macam ada komen, rasa macam dihargai je..kehkeh :)
elyana ahmad : haha maaflah kalau mengecewakan kau..kahkah
peh, terharu tu dowh...serius. ada gak sudi baca penulisan budak2 ni...hehe
selamat hari raya gak aisha! sorry r lambat...haishh..maap2...moga2 raya tahun ni semuanya selamat ok! :D
selamat hari raya bro.teruskan menulis.ada jer yang baca..
mencarut dalam kesopanan?.tak per..tu boleh diterima lagi..haha..
aku syak... reader kau skrg naik mencanak...
aku syak... kau nak beli kasut raya adidas kannn?
aku syak... ko nak tukar ekzos motor baru kan...
alaaaaa.. ape ade hal.... wat dek je.. orang pun bukan perasan...
weeee witt... baguih2 dah makin maju beb
Danial razak, moga - moga begitu..hehe :D
Bro zulfikar, ehem, tak adanya naik mencanak. tetap bawah seratus pageview gak. haha
asalnya aku tertarik pada maskot menatang tuh. robot tu comel la pulak. haishh...kehkeh
*motor aku calar balar. nak beli coverset.
hahahaha sengal2 ubi jew n3.... hehehe...
papew pown salam lebaran n salam merdeka in advnce :)
bhai lu tulis apa saja asal jgn kau lastik org sudah...berblog best bila kita iklas bukan nak kejar apa-apa sangat...
tak larat nak ikut macam org lain yg perlu mengupdate 5 entry 1 hari!
aku letak iklan sebenarnya supaya nampak style bukan pasal nak suruh org klik pun...aku pergi check...adalah RM0.50!
eheleh! bila zamanlah dapat tukar kereta baru kalau harapkan duit iklan dari blog kita tu...keh3!
anda dimaafkan! :D HAHAHAHAHA
SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN! :)
eh kamu dah ada fanpage lah... :P
biasa la kena bahan..
tanak maafkn kau . hikhik :P
best ! ad je idea kau kn . hehe ^^
aque, terima kasih sudi membaca entry sengal2 ubi ini. kehkeh
republic aku, yeah, betui tu haa..ala, aku sentiasa cuba mengikhlaskan diri menulis tapi tak tawla pandangan pembaca macam mana. no copy paste pun dah kira ok ye dak...hehe
hahana suradjat,terima kasih! :P
aku sayang kau lebihla camnih...haha
hamdan ramli, yeah, gua juga selalu dibahan dan membahan. hehe
solehah, haha terima kasih...saje2 je..hek3
aque, terima kasih sudi membaca entry sengal2 ubi ini. kehkeh
republic aku, yeah, betui tu haa..ala, aku sentiasa cuba mengikhlaskan diri menulis tapi tak tawla pandangan pembaca macam mana. no copy paste pun dah kira ok ye dak...hehe
hahana suradjat,terima kasih! :P
aku sayang kau lebihla camnih...haha
hamdan ramli, yeah, gua juga selalu dibahan dan membahan. hehe
solehah, haha terima kasih...saje2 je..hek3
Ceh, dulu free ads blog. HAHAHA. Nak gelak bergulingan aku ni. Takpe la weh, itu hak kau. Jangan jadi tuhan traffic ye. Moga Haikal tetap cool seperti Haikal dahulu :)
hahahaha peh, rilek, aku tahu kau nak bahan aku. meh bahan meh...kehkeh ala, jgn risau, tak adanya gila traffic. menghibur itu lebih penting. hehehehe
terhibur kah?
Post a Comment