Pages

Monday, June 27, 2011

ORANG GILA ( jangan dikutuk! )

Aku toleh kiri dan kanan. Tersadung melanggar batu di hadapan. Bodoh lagi aku rupanya. Orang muda kan, biasalah tu.

Dalam kehidupan seharian kita, kita pasti pernah terlihat orang gila atau sedikit tidak siuman di jalanraya bukan? Macam - macam benda menarik dan menggelikan hati bila menyaksikan aksi mereka. Menyanyi, berjoget zapin, mengeluarkan perkataan - perkataan yang diajuk dari televisyen, membebel seorang diri, meminta - minta RM2 di kedai makan bahkan ada yang menggentel puting di khalayak ramai. Err...yang beronani juga ada, tapi aku malas nak cakap. (tersengaja cakap, dimaafkan).

" HAHAHA bodoh orang tua ni! Macam laknat gua tengok. Ada ke dia jilat siku dia sendiri. KAH3 " gelak anak muda itu.


bodoh orang yang ketawakan tu. Pada aku orang gila tu hebat! sebab bila aku try buat macam tu, aku tak mampu. Tak tahulah korang boleh ke tak kan. Manalah tahu aku seorang je yang cacat. Cuba korang try boleh tak.............


"eh, aku perasan ada awek cun try jugak la jilat siku dia dan gagal. Kita ada jodoh agaknya. Bak mai nombor telefon " gaya dan nada perasan melampau aku berkata.


ini blog orang gila. Kenal tak siapa penulisnya?


--------------------------------------------------------


Kita ketawa, kita gelakkan dan perbodohkan mereka.
korang rasa itu menarik dan seronok ke? 
Aku rasa tiada sesiapa pun di dalam dunia ni yang ada hak untuk mengutuk, menyakat, menghina, merendah - rendahkan orang seperti itu.
Ini pendapat aku je. Meh aku senaraikan hujah - hujah yang melingkar di dalam kepala akal aku sekarang ni.




Golongan Yang kelihatan MERENG ini tidak boleh dihina kerana :



1) Kerana mereka suci dari dosa.


Ya, orang gila suci dari dosa di saat dia gila. Mereka tidak waras dan terang - terang tidak mendapat dosa. So, adakah ada manusia zaman sekarang yang layak mengutuk manusia suci ini sedangkan mandi wajibnya masih tidak sempurna?

Err...aku rasa ada lagi manusia yang tak hafal niat mandi wajib. Sucikah anda?




2) Kerana mereka juga manusia

Sifat kemanusiaan tidak boleh diwarisi tetapi boleh dipupuk di dalam diri. Memang kalau kemanusiaan itu hilang, apa lagi yang kau boleh bangga dengan kehidupan kau? Iman dalam diri memang perkara utama, tapi kemanusiaan itu salah satu cabang dari iman.

Kau bayangkan yang si gila itu ialah salah satu keluarga kau, apa rasanya? Kalau dia itu ayah kau, apa kau sanggup melihat dia dihina, disakat dan dicerca? Persoalan ini aku tahu jawapannya, dan tak perlu korang menjawabnya. Mesti tidak sampai hati, marah, sakit hati, geram bercampur di dalam diri. Kalau dapat jumpa siapa yang kutuk, mesti parang terangkat ke kepala yang berkenaan.

Kau sanggup menghina Manusia ciptaanNYA itu? Kau jawab sendiri. Aku tidak pernah ingin tahu jawapan kau. Fikirkan sendiri.




3) Kerana mereka tidak semestinya gila, (siapa tahu?)

Mereka kadang - kadang bukan gila seperti yang kamu sangka. Aku pernah terfikir, apa mungkin mereka ini perisik atau apa. Memang kelakar, tapi kadang seronok mengaitkan mereka dengan sesuatu. Di kawasan kediaman aku, macam - macam kes pernah berlaku. Yang aku ingat, selepas  kes pergaduhan perkauman yang terjadi aku perasan kehadirang seorang orang gila kononnya berjalan - jalan di kawasan perumahan aku. Aku serius tidak pernah terpandang wajah orang itu tetapi dia hanya muncul selama 3 bulan sahaja.

Di bandar, aku juga perasan kehadiran golongan ini hanya muncul di tempat - tempat 'panas' yang menjadi port melepak budak - budak muda. Mungkin mereka suka merayap berjumpa orang ramai, tetapi pada tempat - tempat yang biasanya dipenuhi golongan berkeluarga, mereka jarang merayau di situ. Kenapa?

Kewujudan mereka kadang mengundang misteri apabila aku boleh berjumpa dengan orang yang sama di tempat berlainan melebihi 2 marhalah. Agak - agak jauh atau tidak mereka merayau? Fikirkannya. 2 watak berbeza aku pasti. Pertama kali aku jumpa, hanya meminta sedekah dengan tersengih - sengih meminta duit untuk melepak minum. Dia bercakap seorang diri dan pakaiannya masih terjaga. Sekali lagi aku berjumpa dengannya, dia merayap dengan baju compang camping, bertopi besar dan gaya percakapannya berbeza. Tapi aku hampir pasti ia orang yang sama. Seorang wanita! bagaimana dia boleh berada di  dua kawasan yang jauh?

apa wajar kita kutuk mereka yang bersandiwara semata? kita ditipukah?


Mungkin ianya hanya imaginasi bodoh aku. Atau aku yang sebenarnya sudah gila. Pedulilah kan? HEHE

7 comments:

Someone said...

entry di pagi hari lagih !
best ! thumbs up :P
walaupun ko macam ada ciri2 kat atas . tapi aku taknak ejek ko . kahkahkah !

larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :P

anonymous said...

gila~

kaizen said...

jgn dikata....

Isamuddin Isa said...

besttt brooo...

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/flotilla-life-4-gaza-ii-diserang.html

Akim Iqbal said...

semart ~

K said...

aku pon dah gila baca ni, haha~

Kucing Serius. said...

Ahahahahahahahaha. Betul betul betul. Pandangan yang best. Takleh nak komen apa pasal apa yang kau cakap tu memang betul. :D