Pages

Sunday, June 26, 2011

Aku Hebat.

Assalamualaikum dan selamat petang. Aku Rosman (kemungkinan nama samaran), seorang remaja hebat yang amat ditakuti manusia sekalian alam lebih - lebih lagi remaja - remaja masa kini yang taksub akan kehebatan aku.

kau gentar denganaku? Sabar dahulu, biar aku habiskan ceritaku ini dahulu.

Aku memang gangster. Bukan aku yang cakap, tapi budak - budak lain yang cakap. Nak cerita kehebatan aku memang banyak. Lihat sahaja peristiwa pergaduhan yang saya pernah terlibat, amat mengejutkan. Berpuluh pergaduhan telah aku tempuh tanpa kalah. Err...lebih manis jika dipanggil peperangan daripada pergaduhan. Nampak tak kekuatan aku? baca sekali lagi. TANPA KALAH.

Faham!


Kau ragui kehebatan aku?

Mari sini aku tunjukkan pedang samurai aku meh. Aku letak atas televisyen je, tak jauh pun, jangan risau. Haa, kau nampak kan tajam dia amcam mana? Hanya beberapa orang je yang pernah nampak kehebatannya dan siapa yang pernah melihat, pasti teruja punya! Kau nak test tajam dia macam mana? Aku nasihatkan jangan.

Kalau kau duduk area tengah malaysia sehingga ke selatan tanah air, kau boleh jumpa beratus anak buah aku. Semua mereka tunduk hormat pada aku macamlah aku ahli syurga yang mampu bawak mereka bersamaku. Aku susah, mereka hulurkan bantuan dan biasanya aku mintak dalam Ringgit Malaysia lah kan. Mana musim lagi dah bantuan tepung, beras, susu pekat, petrol untuk kereta aku dan alatan dapur kerana semua itu tidak boleh untuk aku melencongkan semua itu kepada kepentingan aku. Kalau dapat duit tu kan senang kalau ada lebih - lebih tu, boleh juga aku larikan kepada duit karaoke atau ke persatuan malam.


Apa lagi yang kau hendak tahu supaya engkau sedar akan kehebatanku?


Apa la yang kamu semua tidak perasan lagi, lihat sahaja gaya aku bila keluar ke mana - mana. Memakai seluar jeans original hasil dari duit komisen merekrut anak buah yang terdiri dari budak - budak baru yang taksub akan kehebatanku itu. Rantai emas tergantung indah di leher diikuti subang berkilau di kedua telingaku ini. Apa ada hal jika tidak boleh menjadi wali ketika anak aku kahwin nanti! Bukan seronok pun mewalikan anak aku sendiri, lantak dialah kan. Apa gua kesah bro!!

Lihat kereta aku. bermacam pelekat tanda keganasanku. Setiap kali aku melalui pelusuk bandaraya, semua memandangku. Oh, bahagianya..mereka seperti kagum denganku, nikmatnyaa.....


" Abang long! apa khabar sekarang? Nak pergi mana tu? "


dialog di atas tiada kena - mengena dengan aku. Aku hanya terdengar tiba - tiba ketika aku sedang asyik bercerita.


Oh, dia tunjuk langsi, aku datang gegar dia. Mereka berkata belakang, aku sentap pedang aku keluar dari sarungnya. Aku gagah, diorang lari lintang pukang! Pantang dicabar itu motor motto kehidupanku. Hati merah brader, tak kanla nak kalah senang - senang. Budak hijau baru nak berkecimpung yang cuba pijak kepala, aku cantas semuanya. Memang layaklah aku untuk dihormati.


----------------------------------------------------------



Sekarang aku sudah berkeluarga. Aku sudah ada kerja. Kerja biasa sahaja. Beberapa kali dibuang kerja kerana ketaksuban aku pada dunia gangster tanpa hala tuju. Anak aku kucar kacir mengikut lelaki. Aku ada kereta, motor, tapi semuanya tersadai di rumah. Isteriku bekerja di kilang demi membantuku menanggung keluarga. Parut segala di badan seperti tiada apa. Rakan - rakan, segalanya hanya sementara. Mereka ada bila aku senang, bila aku berduit dan berkuasa sahaja.

Sekarang?

Tuhan pun belum tentu terima aku. Dosa aku banyak sangat. Perempuan, dadah, menyamun segalanya pernah ku lakukan. Insan yang ku sepak terajang dulu agak - agaknya akan memaafkan aku atau tidak? Aku hendak mencari mereka satu - satu amatlah mustahil. Aku tidak tahu di mana mereka sekarang. Apa akan ada redha dari mereka atau aku pasti dicampak ke neraka kerana mereka menarikku atas kesilapanku dahulu?

Aku risau. Hebat aku dahulu, baru aku sedar hebat lagi kuasa Tuhan yang maha esa. Aku diam, menung akan diriku. Dunia kotor ini hanya perosak bangsa. Anak muda terpengaruh dengan kuasa dan harta dunia. Semakin ramai anak muda sesat dan hanyut dalam kelopak kecil mazmumah yang kau lebarkan sedikit demi sedikit untuk dirimu. Apa kamu mahu menjadi sepertiku?


Aku tanya anak muda sekarang yang bercerita letup seperti penegak bangsa kononnya tetapi hakikatnya hanya bertindak atas kepentingan diri,

APA ITU DUNIA YANG KAU PILIH?


teliti, hayati sendiri. pergi mampus dengan kehebatan dunia kau. Cerita lebat membina bangsa tapi hanya pembelot akhirnya. Menjatuhkan bangsa sendiri. shit.





*ini entry ringan. dalam keadaan sedikit beremosi. maaf.

3 comments:

Alin said...

best ke jd gengster nie?

Akim Iqbal said...

Hik3.. lu langsi ~

Unknown said...

Assalamualaikum abang ngah!..

* salam cium tangan, sambil main buah naga..

"nak rokok abang ngah?!..."

"rokok aku taknak, awek kau mai sini"

"huh.. takyah berabang pun takpe, puuuiihhh"