Pages

Saturday, August 6, 2011

Mengumpul Alamat.

.



Semangat Raya



Lagu raya sudah menggigit telinga di kedai - kedai makan seluruh Malaysia. Belum sampai seminggu pun lagi. Biasalah, aku di Johor ni hari raya Aidilfitri memang disambut meriah. Ada member aku pulak dah mula mengumpul lagu - lagu raya sesama member, buat koleksi katanya. Buat yang jauh di perantauan pula dah mula memikirkan akan cuti hujung bulan nanti. Bagi yang berkeluarga, dah mula plan macam mana nak ambil hati pasangan masing - masing untuk ke kampung halaman sendiri. Biasalah, rebut raya first balik mana. He He He.


Aku pula poyo - poyo nak design kad raya. Fuhh, punyalah semangat siapkan 2, 3 design. Bertungkus lumus memerah keringat memikirkan idea. Awalnya design siap ada darah - darah. GILA. Aku delete balik. Dah macam kad jemputan pergi parti black metal dah gayanya. Boleh termuntah nanah kalau melihatnya. Tak boleh jadi. Aku search google lah kan carik apa - apa yang boleh merangsang hormon aku memerah idea dengan lebih kreatif.


Tup Tap Tup Tap, siaplah 6 design kad raya untuk aku bagi korang. Dan seikhlasnya, aku nak bagi semua yang dah buat entry tu. Aku sangat - sangat berpuas hati kerana entry korang semuanya ada cerita yang aku teringin nak baca. Insaf jugaklah sedikit terdetik di hati.


" Kal, ibu nak keluar ni. Nak pesan apa - apa tak? " Semalam mak aku keluar. Dia offerlah macam biasa.

" Ko kata nak hantar kad raya, nak mak belikan kad tak? nak berapa? " tanya mak aku


" Mak, orang nak dalam 10 kad je. Mak cariklah kad sahaja. Orang dah siap design dah ni, tinggal bantai print duna printer mak jela! " Jerit aku dari bilik belakang.

"Yela KAL, suka hati kau lah. Dah, mak pergi dulu ngan bapak kau. Assalamualaikum, " Jawab mak aku rileks dan tenang.


Aku pun rasalah bahagia sebab dah tak payah nak pergi ke kedai mencari kad untuk diprint. Terima kasih mak, bisik hatiku.


-----------------------------------------------------------------


" Assalamualaikum, nah ni kal kadnya! "

" Eh, lama mak keluar, pergi mana je tadi? "

" Pergi kedai borong sekali, bapak kau nak beli barang untuk kedai dia. Nah tadi aku singgah kedai buku. Ni kad ko mintak tadi. " jelas mak aku.


" MAK! saya nak kad kosong mak, nak dibuat print! bukan dah siap beli mak! kan mahal semua ni! haduh, saya mana ada duit mak nak bayar balik. " disahut dekah - dekah ketawa aku dan mak aku

" Laaa, orah ngomong awal tadi. Mak ingatkan kau nak kad raya yang dah siap tu. Mak boleh lupa pula ko cakap nak print tu tadi. " dia menjelaskan sambil ketawa tak henti.


" Dahla kal, ko pos jela kad - kad ni dekat kawan - kawan kau. Aku tahu kau design pun bukan lawa. HAHA " ok, kata - kata ini memang menyedihkan, tapi ianya lawak bagi aku. Bila mak dah mula memerli, diam aje.


aku termenung macam ni lah masa tu.


--------------------------------------------------------------------


SO? Aku nak mintak maaf sangat - sangat dari korang kerana 'hadiah' ikhlas dariku telah ditaja sepenuhnya oleh mak aku yang telah tersilap faham akan niat aku. Korang tak kisah kan?

Ah, dulik apa aku. Aku nak pos gak kad tu. HAHA


Kepada semua nama - nama di bawah, sila PM alamat masing - masing di FB gua untuk privasi. Kang kalau bagi dekat komen ni kang ada orang hantar surat berantai payah gak kang. Nak hantar email pun tak kisah. Lagi senang PM kat fb je aku rasa. suka hati koranglah.

ni FB gua ------> HAIKAL

ni E-MAIL gua ------> blanklife90@gmail.com


Saje mention. Mana tahu ada awek cun nak add ke, aku alu - alukan ok.


Ini senarai penuh penerima kad raya dari aku kepada rakyat malaysia yang baik hati ini :


1) Amalina Nasihin - Pengalaman puasa
2) Aisha Inani - Pengalaman Puasa
3) Fatin Syahirah - Nasihat Bersama
4) Miss F - Cerita Ramadhan
5) Qadeeja - Pengalaman Puasa
6) Qudwa - Info Berpuasa
7) Baberuthless - Pengalaman puasa
8) Azizah Alwi - Puasa dan Nasihat Bersama
9) Hana Suradjat - Unresolved conflict



Tolong bagitahu secepat dan sepantas mungkin untuk mengurangkan kesesakan lalulintas menjelang hari raya ya! :D

* Seikhlasnya, aku sangat - sangat berterima kasih kerana menghadiri kursus penulisan kreatif ini dan menyadurkan entry - entry yang merangsang kepala otak aku ketika membacanya. Separuh darinya amat memuaskan dan mampu buat aku tersenyum. GoodJob! :D




.

10 comments:

kaizen said...

redho jer la penerima2 kad tu sumer yer...

Miss Dolce and Gabbana said...

wah..nampak sweet bila mama dgn anak gurau sekali..tak pe haikal..ak tak kisah pun..janji kad raya ada untuk aku semester ini.Nak design2 tu hang buat lain kali je ok. :)

.diannorhayati. said...

hahah. alamak mak kau da tersalah paham :p

rajinnye hang buat kad.
wehh kucing tu comel ohh. aku tak nak kad bak kucing tu :p

Amna.Qadeeja said...

hehe comel je dua beranak ni..

terima kasih mak cik sebab sponsor kad raya tuh keh3

mknanya mmg confirmla aku dapat kad raya taun ni haha excited plk hihi

thanx haikal sebab sudi bg semua kad raya kat kami semua jasamu dikenang eceh.. dan thanx jgk sbb menghargai entri kami semua ! ;)

hana sudradjat said...

kamu termenung macam kucing tu ke?comel comel comel =D hahaha

alang2 dah terjumpa kat fb tu,saya add skali lah.

tapi saya tak tergolong dalam golongan 'awek cun' lah.

saya tergolong dalam golongan 'kanak-kanak ribena.' hikhik.

MyShok said...

salam bro haikal..kalau ada masa jom terjah blog aku..kalau tak segan jgn lupa follow..budak baru belajar berblogg..buat blogger lain kalau nak terjah n follow blog aku sila kan..kedatangan korang amat aku hargai..

Eyka said...

eyka nak gak kad rayee!! huhu=.='

Ceritera Anak Sampah said...

like ur style ;)

qudwa said...

siyes gua gigil2 bace post ni...hahaha....xde la gigil an...over xsaited je...

somebody, tampo aq please...gile kad raye lepas 8 taon tunggu...hahaha

fatin syahirah :) said...

check email lah bro. fb aku dah deactive. hehe