Pages

Showing posts with label membelog. Show all posts
Showing posts with label membelog. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Alkisah Iklan Raya



hari raya semakin hampir, dan serius aku sangat sibuk dalam macam - macam perkara. Hal kemas - kemasnya lain, hal keluarga nak balik kampung yang mana, hal member - member dan hal awek aku yang kebetulan meragam pulak waktu - waktu macam ni. Mungkin dia datang bulan agaknya nak dekat raya ni, kesian dia.

aku pula kembali bermain snuker setelah sekian lamanya bersara. dalam 2 tahun juga dah tak main snuker tiba - tiba waktu puasa ni lah aku terjebak. Sukan yang sangat tidak berpeluh dan tidak memerlukan banyak tenaga. Cuma penat menumpukan perhatian ditambah tahap rabun aku yang semakin hari semakin teruk.

memang teruk aku ni, dem. orang beribadah,aku boleh kenal snuker balik. Tapi still aku rasa ok sebab aku sekadar bemain snuker tapi hal lain masih terjaga. Tapi aku tahu ada yang mula kata aku teruk apa semua dan lantaklah, aku cuma memohon maaf kalau ada terbuat salah silap dalam kata sepanjang korang baca blog tahi tahi kuda aku ni.

Sempena trend meminta maaf oleh seluruh rakyat Malaysia, aku dengan seikhlasnya mengambil peluang ini untuk meminta maaf kepada rakan - rakan dan taulan di atas segala kesilapan aku. Aku mendoakan kamu semua selamat walau tak kira berada di mana. Korang juga kenalah berdoa untuk diri korang sendiri sebab bagus berdoa  banyak - banyak ni. Kalau yang selalu lupa akan doa itulah hamba yang sombong.

Yang bahagianya pada diri aku seikhlasnya, aku macam dah sangat - sangat suka menulis dan terasa ingin aktif dalam berbelog mulai lepas raya ni. Bila internet pun dah sedap, baru best nak blogwalking bagai jenguk - jenguk blog orang mencari ilham dan menyelami kisah hidup orang lain dalam cara aku. Aku nak cuba belajar dari apa segala yang aku dapat tangkap. 



" Kau jangan buat alasan Haikal oii, kau ni hipokrit betul laa " -anonymus-


Okla, okla, aku sebenarnya macam tertarik dengan cabang pengiklanan terbaru yang gua dengar, noobie nama dia. Dengar nama macam menganjing aku noob je, tapi tak kisahlah pape pun, aku memang selalu kena tipu. Jauh aku mengarut dah ni, gurau je k. Aku akan mula memasang iklan dari noobie.com.my ini yang baru dilancarkan entah bila haritu aku pun tak tahu. Aku ingin try - tryla kan, mana tahu boleh dapat aispop sedas dua kalau aku beriklan.

" Wah ko kal, dulu sibuk tanak letak iklan, ni lu letak lak apahal? " -mak bedahh-


Okla, aku memang hipokrit dan blog aku ni memang semuanya tipuan semata - mata. Aku menipu dalam penulisan aku dan korang semua tertipu. sedih kan? Bongok. Korang baca blog aku, korang nilai sendiri tahap penipuan ayat - ayat aku. Ada aku menembak sesiapa? Ada aku letak tajuk entry lucah nakharam setiap kali post entry? ( kalau kadang - kadang tu biasalah ). Ada aku layan kasar sesapa datang blog aku? haish, kalau ada tu aku dah mintak maaf ok kat atas. :)
terima kasih pada siapa yang sudi datang. Kalau aku terlupa jenguk balik blog korang, bagitahu aku, aku cuba datang. fewwwit~

korang kan baik, maafkanlah aku weyh! nak raya dah ni! :D


" Lu kenapa tiba - tiba ni bro? " -abam kahchak-

ala, gua jeles lak tengok orang lain semua keluar duit raya dari beriklan. aku memang jenis orang yang mudah berubah hati dan juga mudah bosan dan suka terhadap sesuatu. aku hanya ingin mencuba. 
Nuffnang? mungkin nanti aku letak, mungkin tak letak. innity? gila, pageview aku hanya 0.001 peratus dari yang dia nak. mangaads?advertlerts? semuanya aku dah letak dulu tapi macam siot lak tetiba ada iklan daging babi kat advertlerts. aku hantar tiket terus baru sok dia hilang. Risau lak aku kang tetiba ada babi masuk lagi. Macam mana aku nak sertu blog aku ni weyhh!!

oleh sebab ni kampeni baru yang entah ada untung entah tak kalau aku join, aku tryla join. Harap - harap tak ada iklan arak atau babi dalam tu. Kalau iklan rokok pun lagi jangan, nanti aku terasa sendiri kang. Iklan bogel - bogel pun harap tak adalah. Rosak berdarah - darah hidung pembaca blog aku kang siapa nak tanggung?

" Apa kau target dalam berbelog ni? Traffic? follower? blablabla? " -mesti klik untuk tahu siapa-


target? aku nak 10000 follower dalam 100 tahun lagi. ceiss, gila. taknaklah aku jadi glamor, nanti aku kena bahan je. HAHA gurau, maaf. cukuplah sekadar ada sokongan dari pembaca - pembaca dan blogger sekalian. Aku tak menjanjikan kualiti tinggi macam blog - blog lain, tapi aku menjanjikan keikhlasan aku dalam memberi pendapat dan sedia menerima cemuhan malahan jua tohmahan untuk kebaikan penulisan aku juga. Kepada yang telah support sekian lama, aku ucap terima kasih sangat - sangat sudi layan blog GILA aku ni yang kerja nak mencarut je ( tapi dalam kesopanan ) dalam setiap entry. Aku sangat - sangat terharu kerana aku tak sangka langsung ada gak yang sudi baca.


kalau aku ada silap, tegur aku ok?


*hehehe ruang komen ada kan?

Wednesday, August 17, 2011

Picless wednesday : Blog Dan Penulisan







Blog dan Penulisan.


Setiap manusia dilahirkan berbeza - beza dari pelbagai aspek. Berapa ramai manusia dekat muka bumi ini dan wajahnya pasti ada sedikit lainnya. Lihat saja cap jari, tak sama walaupun kau lahir kembar 3,4 sekalipun. Kejadian manusia ini juga fitrahnya berlainan, termasuklah dengan pemikiran kita.

Pemikiran kita boleh dilihat dari pelbagai cara. Contoh untuk melihat cara manusia berfikir ialah ketika seseorang itu menyelesaikan masalah.
Aku cipta satu situasi :


Seorang lelaki muda terjumpa akan sebuah peti penuh berisi harta emas di dalam perjalanan pulang ke rumah



Ok, itu permasalahannya. Aku sediakan contoh kelakuan lelaki muda itu selepas itu :

1) Mengangkut semuanya pulang ke rumah
2) Mengambil sedikit sahaja, letak dalam kocek, dan pulang ke rumah
3) Buat tak tahu sahaja dan berlalu pulang seperti tidak nampak apa - apa.
4) Mengambil semuanya dan meletakkan di masjid terdekat
5) Membuat report polis


kau bayangkan diri kau sebagai lelaki itu. Apa jawapan kau?

-
-
-
-
-
-

Sudah?

Apa jawapannya? Pilihan pertama, kedua atau yang kelima?



Friday, July 29, 2011

Menjana Kepala Otak Untuk Revolusi

Aku tahu, dalam kehidupan kita seharian, pasti ada satu masa kita termenung fikirkan akan kehidupan kita. Masa tu lah kita fikir kahwin, berangan - berangan entah apa - apa dan aku yakin ada satu masa korang fikirkan akan apa tujuan korang dilahirkan dekat dunia ni.

Bila dah fikir tujuan tu, pasti akan teringat akan dosa - dosa yang seharian kita pernah lakukan sepanjang kita berada di muka bumi ini. Dah teringat dosa, kita bertanya sendiri pada hati kita,


" Bila masanya kita nak berubah? Apa sempat untuk aku bertaubat? Apa ada ruang untuk aku menjadi seorang Muslim yang teguh imannya? "


Pasti pernah bukan?


---------------------------------------------------------------------


Ok, itu satu petanda baik kerana itu antara tanda hati kita masih lembut dan insyaALLAH ada lagi sisa iman dalam diri kita walau sebesar zarah sekalipun.


Hidup akhir zaman ini memang penuh dugaan dan cabaran. Maksiat, dosa, bersepah sana sini. Ya, teknologi berkembang selalu dipersalahkan walhal tanya dada sendiri, salah siapa, kita akan mengangguk sendiri setuju ia salah kita sepenuhnya. Itu normal.


Hari ini kita sedar, tetapi esok? Kita semua lupa apa yang kita insafkan dalam 5 minit malam tadi. Semuanya kerana kita telah dikawal. Kita telah dikawal oleh orientalis - orientalis yang sudah berabad lamanya merancang agenda mereka. Agenda apa?


 " SEKULARISME "


Sekularisme adalah pengasingan sesuatu entiti atau kerajaan dengan agama. Itu maknanya yang aku tahu. Mungkin aku silap, korang carilah makna yang paling tepat tapi aku rasa lebih kurang tu la sebab aku sendiri mengaku aku tidak begitu hebat akan istilah - istilah bombastik sebegini.


Setiap inci kehidupan kita telah disuapkan dengan unsur sekularisme ini sejak kita kecil lagi. Dari kartun sejak kita kecil dulu, semuanya mengasingkan agama dari kehidupan secara halus tanpa kita sedari. Dipesongkan kita dengan unsur - unsur mistik, kuasa - kuasa ajaib, unsur Romantis dalam percintaan, hubungan anak - anak dengan ibu bapa, cinta remaja dan macam - macam lagi.


Nampak tak kesannya?


Kita tidak perasan akan pengasingan agama itu! Contoh mudah, kita bertepuk tangan, bersalaman dengan yang bukan muhrim berlainan jantina. Kita rasakan semua itu sudah normal dan tiada apa salah. Kita lihat kepada etika dalam makan beradab, kita menyuap daging dengan tangan kiri kerana diajar garfu di kiri dan pisau di kanan! Ok, alasan gua tak kukuh, jom tampar aku. Lantaklah.


------------------------------------------------------------


Oleh kerana unsur - unsur ini, aku dan rakan - rakan berkolaborasi dalam penghasilan satu blog yang mana ikhlas dalam penyaluran ideologi, fakta, kritikan, info (samalah kan dengan fakta), dan pelbagai lagilah senang cakap tentang pemikiran dan pendapat kami akan isu Sekular dalam kehidupan kita seharian.


Jangan gusar, kami tidak mendapat apa - apa keuntungan kerana blog ini ikhlas untuk kita semua. Tiada sebarang iklan diletakkan demi mengikhlaskan hati kami berkongsi apa sahaja yang kami tahu dengan korang semua.


Korang rasa ada sedikit teruja kan nak tahu apa menatang yang kami hasilkan?


Luangkan masa korang untuk membaca muntahan pendapat kami di blog :







Ya, ini sebuah promosi kecil - kecilan aku untuk kamu.

Ini penulis terkini blog Memadam Komplikasi ini :


Kucing Serius
                     Muslimah Optimis
Syabab Berhati Mulia
                                 Mejuez
MuazSyamil






Kami juga mengusahakan satu group GENERASI PENCETUS REVOLUSI yang boleh korang join dalam berborak kosong yang tidak terlalu kosong kerana sebarang masalah remaja boleh dibincangkan dalam nada Berkawan - kawan. Ala, kami juga orang biasa seperti kamu yang lemah dan perlukan tunjuk ajar kamu semua. Yang ada ilmu, boleh kongsi bersama. Yang ada karya - karya bermanfaat di blog atau apa, boleh kongsikan. Kemungkinan juga akan ada isu setiap masa yang kami akan timbulkan untuk renungan kita bersama. Amacam?


Takkan masa terluang berjiwang dengan kekasih ada, baca blog ni kejap pun tak ada ye tak? Kitorang bagi entry senang hadam punya.

*err...taknak support ke? HEHE tanda sokongan usaha kami bro!

Wednesday, July 13, 2011

Salah Anggap. 3 je aku bagi.



SALAH ANGGAP.



Pada aku keadaan menyalah anggap dan disalah anggap ini suatu perkara yang normal di dalam kehidupan seharian.

-------------------------------------------------------------------
Sebelum aku mula bercerita dan mencarut lebih lebar, aku ingin menegaskan aku mendapat idea ini dari sebuah blog popular tanah air, XXXXXX. Beliau menceritakan tentang first impression dan aku mendapat ilham untuk melepak tentang SALAH ANGGAP.




aku sering berjumpa wanita gemuk berpakaian sendat mendat padat mampat melekat
dan aku menyalahanggap kan mereka sebagai benda ini.




------------------------------------------------------------------


First impression bak kata omputih ialah tanggapan pertama atau tanggapan awal di dalam bahasa MELAYU nya. Kebiasaannya, orang mesti salah dalam tanggapan pertama ni. Kita ambil contoh mudah,

Aku sering disalah anggap sebagai remaja berumur 26-30 tahun walau hakikatnya baru sahaja menamatkan PMR bertahun - tahun lepas.

Memang aku panas bila orang kata aku tua walau aku baru berumur 16 tahun hakikatnya dan dikatakan tua 10 tahun dari wajah sebenar. Shit ye kata hati kotorku, tapi hanya niat, aku pendamkan dari bibir ku melafazkannya, jangan buat dosa katanya.


Kenapa wujudnya SALAH ANGGAP?




1) Kerana SEJARAH lampau membuktikannya.


Sejarah lampau maksudku itu ialah orang sebelum kau yang telah melakukan perkara yang disalah anggap itu.

Ia lebih mudah disebut sebagai seseorang itu memberi tanggapan secara rambang kepada si polan itu berdasarkan pengalamannya sendiri atau dari orang sekelilingnya.

Ia terlebih mudah disebut sebagai :

Seorang blogger hebat semestinya mempunyai traffic yang superb ramai walaupun hakikatnya blogger hebat ialah mereka yang mempunyai kualiti tinggi dalam penulisan entry mereka.
Bila kita tengok traffic dia 100000 sehari je, kita kata dia blogger hebat. Tetapi bila kita mengikuti perkembangan blog dia, beliau hanya bermain SEO dan serta merta menyumbang kepada kesakitan hati masyarakat dunia apabila hendak mencari FAKTA di dalam internet dengan menggunakan enjin carian seperti google, yahoo dan sebagainya lagi.

Tanggapan itu terjadi kerana sebelum ini, kita melihat blog yang superb isinya, trafficnya kompem superb, tetapi setelah melihat blog satu lagi ni traffic superb, kita pun beranggapan blog ni superb juga isinya. Tapi malang memang tak berbau, sampah isinya.

Itu salah anggap namanya kan?


Senang cakap, belajarlah dari SEJARAH, bukan mengulanginya. Kita belajar dari perkara lepas, yang baik ambil dan upgrade jadi lebih baik dan yang buruk, kita simpan, kita tanam dalam diri sebagai PENGAJARAN dan bukan sebagai satu AJARAN. Lain maknanya tu.





2) Kerana manusia di dalam BULATAN itu biasanya begitu.


Bulatan yang ku maksudkan ialah orang di dalam persekitaran itu.

Contoh :

Seorang perempuan remaja yang memakai skirt pendek, bersinglet lutsinar menampakkan coli berwarna hitam ditambah makeup seakan - akan pelakon opera cina berjalan - jalan di bandar biasanya dicop sebagai mereka yang kaki clubbing.

Bila perempuan berjalan - jalan di tempat awam dengan berpakaian superseksi, orang ramai terutama orang - orang tua akan beranggapan perempuan itu perempuan MURAH, kaki mabuk dan Minah Rempit/clubbing. Itu tanggapan awal orang yang memandang kerana mental manusia ini berputar mengikut pengalaman dan apa yang pancaindera mereka nampak,dengar, rasa, sentuh dan fikir.

Aku tahu ada juga mereka yang seksi, tapi tak pernah clubbing bagai tapi mulut orang yang MENYALAH ANGGAP itu tidak mampu kau tutup.


Nak elak dari disalahanggap sebegini? Mudah sahaja kawan.

Cuba mencari satu persekitaran normal. Kalau kau tahu kebiasaan kaki mabuk, minah rempit, kaki clubbing tu berpakaian sebegitu, bergaya sebegitu, bermulut sebegitu, cubalah ubah sedikit agar lainlah sedikit dari golongan yang korang tak nak jadi tu. Ala, sedangkan dulu masa sekolah punyalah tak nak gunting rambut sebab tak nak dianggap skema, takkanlah nak ubah penampilan dan perangai sedikit demi tidak dianggap sial pun susah. Antara manusia KOTOR dan SKEMA, takkan korang sanggup elak dari jadi skema dari bergelumang dengan dosa ye tak?

Aku percaya korang semua pandai.


3) Kerana orang yang menyalah anggap itu memang BODOH, BENAK dan BANGANG


Kita kalau nak bercakap tentang sesuatu, kita kenalah menggunakan akal sebaiknya. Jangan main hembus sesuka hati kau nak hembus apa. Kang salah hembus, buta - buta kau dapat dosa kering. Bukan susah, sebelum nak buat tanggapan pada sesuatu tu, kaji dulu baik buruk, betul salah. Aku percaya kau semua tahu dosa memfitnah tu besar mana. Jangan mudah - mudah meletak hukum sesuka hati pada sesuatu. Kalau kita rasa si polan tu bersalah, berdosa, tegur dengan kuasa. Tak mampu kuasa, tegur dengan lidah. Tak mampu lidah, tegurlah dengan hati dan doakanlah agar dia mendapat petunjuk, bukannya menghembus sesuka hati macam syurga tu dicipta memang khas untuk kau.

Kalau boleh, biarlah first impression pada seseorang tu, kita sebut yang elok menggunakan lidah, yang impression buruk tu, kita simpan dalam hati. Biar jangan sampai timbul FITNAH dalam kehidupan.

Memang susah nah ubah tabiat kita sebelum ni, tapi tak salah kan mencuba?








Thursday, July 7, 2011

Blog Dan Persahabatan.











Macam mana nak sidai baju dengan betul di ampaian?

ehemm...bacalah entry saya ni http/:/brazzers.blogstot.com/html/sidai-baju-dan-spender/




Mcam mana nak ketip kuku kaki belah kiri ni ya?

ehemm...senang je, bacalah entry saya ni http/:/brazzers.blogstot.com/html/ketip-pakai-garfu/ 




Macam mana nak memberi KUCING makan dengan penuh kasih sayang?

ehemm...bacalah entry saya ni http/:/brazzers.blogstot.com/html/kucingku-kucingmu-jua/




Pliss, tolong saya. Saya sedih sangat ni....

ehemm...bacalah entry saya ni http/:/brazzers.blogstot.com/html/tips-sedih-tahap-dewataraya/





Dekat kedai mana ada jual kondom murah?

ehemm...bacalah entry saya ni http/:/brazzers.blogstot.com/html/kondom-itu-bukan-epok-epok/





1 + 28 = ??

ehemm...bacalah entry saya ni http/:/brazzers.blogstot.com/html/teknik-mengira-guna-taiklalat/





Siapa di sini perempuan single?? (soalan diajukan di FB)

ehemm...bacalah entry saya ni http/:/brazzers.blogstot.com/html/senarai-perempuan-single-malaysia/




---------------------------------------------------------------


gambar penyeri entry sahaja. Sekadar hiasan




Biasanya ikut lumrah, antara menariknya bersahabat ialah dapat mengaplikasikan tolong - menolong sesama sahabat dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa - apa balasan.

Kalau dah dalam situasi di atas? itu namanya bersahabat kah? tidak mengharapkan balasan? ehemm....korang jawablah, aku malas.

bila bersahabat dengan bersebab. ahhh..............


* " Bro, aku ada prob duit ni. Boleh tolong pinjamkan duit tak?" jawablah dengan tips menguruskan duit korang. HAHA









Sunday, July 3, 2011

BLOG Dan REALITI ( dua )

Sambungan dari entry di bawah entry ini semalam.



Blog ISU SEMASA


Blog seperti ini memang kadang aku berminat, kadang tidak. Sebenarnya terpulang kepada isunya apa, jika ku rasa menarik, ku baca habis, jika tidak, separuh jela baca dan keluar. Aku tidak akan mengomen pada entry yang aku tidak baca habis kerana aku juga pernah ketawa berguling - guling gamaknya setelah yang mengomen tertipu dengan entry aku. Itulah, tak baca habis kan, memang jadi bahan lawak jela.


Berbalik kepada isu yang diketengahkan, kadang - kadang ia termasuk dalam jenis blog KRITIKAN dan adakalanya jenis KELUH KESAH HIDUP, tapi aku lebih tertumpu kepada yang FAKTA dalam tajuk isu semasa yang aku maksudkan. Blog ini akan memberikan pendapat dan pandangan dari dia dan sesiapa di sekeliling dia untuk menyedarkan dan memberitahu segala isu semasa yang penulis cuba ketengahkan. Kadang dari ruangan komen dia update entry dia berdasarkan apa sahaja ilmu yang boleh diterima pakai dari pengomen.


Senang cakap blog macam ni dah macam baca harian metro dan harakahla senang cakap. Penuh cerita - cerita politik, sukan, kemalangan, kecurian tiub motor, bank dimasuki biawak dan pelbagai lagi cerita - cerita hangat yang kadangkala memusykilkan kita sendiri akan kesahihannya. Lantaklah, pada aku blog ni sekadar membuka minda tentang apa berlaku sekeliling dan terus terang, aku ni bukan jenis cepat percaya berita dan cerita yang tanpa pengesahan ni. Orang bodoh je yang cepat melatah bila membaca sesuatu.

Nama pun INTERNET kan? Bukan kitab pun. Dalam dunia ni, si skema boleh jadi gangster sekelip mata. Tak gitu? hehe

ISU KITA PADA HARI INI : hapa benda ni? Bincangkan.



Blog PECAH PERUT


Yang ni betul - betul meditasi otak. Bila tension, blog - blog yang macam ni yang kita tuju. Kadang blog macam ni bukan lawak kerana cerita lawaknya tetapi datang dari cara penulisan. Aku baca The Other Khairul tu pun aku ketawa berdekah - dekah. Baca cerita YuYu Zulaikha pun aku ketawa kadangnya. Err...kalau ada kesilapan boleh tegur sekarang juga. Gurau.

Teknik penulis bercerita tu sangat - sangat memainkan peranan dalam minda pembaca. Teknik penceritaan yang kelakar yang disampaikan itulah yang aku maksudkan. Ianya datang dari pengalaman dan bakat. Tidak semua orang boleh melawak melalui entry mereka. Tidak semua mampu melakukannya. AKu agak respect pada mereka - mereka yang berkenaan kerana aku sendiri cuba melawak tetapi endingnya hanya seperti ANIR Maharaja Gelak yang desperate membuat orang ketawa.


Ada juga blog mengkritik yang disampaikan dalam nada lawak. Punyalah pelik cerita kadangnya tetapi secara halus, dia mengkritik sesuatu isu itu. Kadang isu buang sampah merata pun dijadikan cerita lawak tetapi ADA MAKNA pada akhirnya setelah menghayati. Blog sebegini juga membuatkan minda kita cerdas dengan berfikir akan moralnya dan  bukan hanya duduk depan laptop, ketawa dan bergayut dengan awek sambil mengunyah 'super ring'.


gua gelak sampai terangkat - angkat bila baca blog gua sendiri.




Blog BEBAS.


Blog ni berat kepada blog ISU SEMASA dan KISAH HIDUP kerana biasanya entrynya bergantung kepada isu yang hangat dibicarakan manusia sejagat. Blogger sebegini sangatlah ramai. Pada pagi kisahnya bangun pagi menggosok gigi dengan Kodomo Lion dan malamnya Tidur di atas tilam vono di asrama. Di antaranya diselitkan cerita - cerita hangat tidak kiralah SUCI 2.0 atau isu isu - isu sebagai seorang blooger. Blog sebegini biasanya setiap entrynya berlainan pembaca. Yang suka baca kisah hidup akan baca entry jenis itu sahaja dan entry tentang teknologi akan dilihat pada gambarnya sahaja dan begitulah sebaliknya.

Blog sebegini ialah sangat sesuai untuk mengundang traffic untuk kebahagiaan masa depan seorang blogger itu. Nuffmang juga akan seronok melihat iklan mereka ditonton berjuta - juta pembaca blog yang lain. Sarananku, buatlah blog sebegini jika hendak untung kerana pembacanya ramai. Kau boleh sentiasa menimbulkan isu - isu semasa yang hangat untuk dibaca, kau boleh mengherdik orang lain, kau boleh cerita akan awek kau yang cun dan macam - macam lagi situasi kehidupan yang kau boleh paparkan.

multitasking orang cakap. Sangat bagus. Aku suka sekali.

Kelebihan lain blog ini?


Biasanya amat pantas update. Sehari boleh sampai berbelas update dengan selamba. Kira dalam bloglist orang lain, dia boleh ada di atas pada setiap masa. Kan untung tu dari segi strategi mendapatkan UV. keh3..

Pantas hapdate bhai. puasla lu baca. :D




Blog SAMPAH SARAP.


Tiada definisi tepat untuk blog sampah sarap ini.

Bukan juga blog 'u follow i, u paksa - paksa i follow u'


Blog ini senang cakap ialah blog yang kita benci.

Kalau kau benci blog yang tayang muka cun di sekeliling blog, makanya blog yang sedemikian kau anggap sampah. Kalau kau benci blog yang tayang badan ketak - ketak, makanya kau cop blog itu blog sampah. Kalau dah macam blog aku ni, aku sendiri tak tahulah sampah ke apa. Pageview cecah 40 tu kira oklah kan, adalah jugak pembaca walau tak sengaja terbukak, tak adalah sampah sangat kan? HAHA

Biasanya blog sampah ini terdiri dari blog yang menghina dan mencerca tanpa point. Mereka mengutuk bukan untuk membetulkan, tetapi menjatuhkan. Kritik tetapi tiada diberi jalan penyelesaian, kan bangang tu. Awalnya mengutuk bujet ingin menolong, tetapi hanya kata - kata kesat yang difahami oleh manusia lain. Mungkin hanya monyet memahami erti MENASIHATI agaknya. Entahla kan.


Korang ada blog yang korang benci? Masing - masing ada citarasa masing - masing. Tak salah membenci, cuma jangan menghina. Senang je kan.

# Aku benci blog yang suka buat event mengarut dekat FB. HAHA


jangan kutuk2 blog orang, tak baik. baling terus sisa ayam ni lagi cool kot. hehe


Aku dah penatlah nak cerita tentang ni. Korang tokok tambahlah sendiri ya sayang...~

Saturday, July 2, 2011

BLOG Dan REALITI ( satu )

Aku kadang membandingkan antara dunia realiti dan blog.




Blog KISAH HIDUP


Kadang aku lebih suka blog peribadi yang bercerita tentang benda - benda umum seperti melancong, pergi makan dekat McD ataupun di dalam bilik kuliah. Sebab itu kehidupan yang semua orang tahu. Tidak kisahla ditayang kepada umum kerana kadang pengalaman kita tidak semestinya sama dengan orang lain. Kita boleh belajar sesuatu yang baru dari pengalaman orang lain.

Blog yang berkisar cerita hidup ni juga kadang aku suka sebab boleh mengkaji lifestyle orang sekeliling. Kita boleh lihat 'ruang' kehidupan manusia mengikut kategori yang boleh kita sendiri tetapkan seperti jantina, umur, tahap pelajaran, tempat tinggal, politik dan macam - macam lagi. Kalau korang nak asingkan mengikut warna selipar dan jamban kegemaran juga terpulang pada kehendak masing - masing.

errkk, jangan kau mengkaji kehidupan orang sampai tanya warna seluar dan baju dalam sudahla. itu sexual harassment omputih cakap.

Untuk orang macam aku ni, bila baca blog orang lain, barulah aku tahu adanya dinner plate dekat KFC dan di McD boleh refill air. Sebab aku ni memang kuno tak kenal restoran fast food ni, serius. Cukup lagi jari tangan aku nak kira berapa kali sepanjang aku hidup di muka bumi ni menjejakkan kaki ke sana. Bapak kuno aku ni kan?
#korang percaya jela k.

Yang lagi satunya bestnya blog berkisar kehidupan ni sebab banyak gambar awek - awek Malaysia. Dah nama aku lelaki, ye aku usya perempuan. Yang perempuan, usya lelaki. Kalau aku dah tenung gambar lelaki lelama pun nampak tak kena pula. Ala, kadang - kadang blog gadis - gadis tu ada gambar cute - cute kononnya tu, ya dilihat sebagai penyeri (cewah) mata aku ni haa. Yang cun, tengok lelama sedikit. ehemm..

Jahanam, maksiat mata tu! LensaRosak aku ni.


Ada gak blog monyet sebenarnya.Cerita pasal pisang  HAHA
#blog kisah hidup terbaik yang aku sentiasa baca berulang kali ---->  MENARIK GILA!



Blog SASTERA BICARA


Suka - suka aku letak nama sastera bicara ni. Aku sebenarnya memaksudkan blog yang penuh ayat - ayat puitis dan bermain dengan kata macam puisi la lebih kurang.

Blog jenis ni aku suka baca kerana membuatkan aku berkhayal dalam pemikiran aku. Kadang sedih, kadang marah, semua perasaan boleh ada walaupun kita sebenarnya sedang kebosanan menghadap PC di meja. Ayat - ayat puitis bahasa itu boleh mengakibatkan neuron - neuron dalam kepala bersambung mencargaskan fikiran untuk berkhayal akan sesuatu isu.

Ya, sudah pasti itu bagus untuk minda kerana ia bertindak seperti refleksologi kepala. Otak dipaksa berfikir dalam nada lembut dan tidak memaksa. Lebih - lebih lagi apabila ada penggunaan ayat, perkataan atau diksi yang tersirat dari realiti. Kiasan memenuhi kata.

Selalunya malam paling sesuai membaca blog seperti itu. Baca terfaktab, memalamla best kan. Layan jiwang sedikit baru masyukk. ( err...kadang - kadang bersasteralah, kadang kritik). Tak gitu wahai gadis - gadis?

Kan bagus memartabatkan bahasa sendiri kadang - kadang. Kalau tak kita, siapa lagi kan?

*aku pun cuba nak bersastera, tapi macam tak best je. HAHA ini blog satu lagi aku ----> TEKANLAH



sastera ini seperti reflesologi. Pantai juga. Kan?




Blog SAKIT BONTOT


Blog seperti ini memang boleh meningkatkan tahap suhu darah kita ke tahap maksima jika kita cepat melatah. Blog seperti ini amat sesuai untuk jiwa remaja macam aku. Blog ini lebih kepada mengkritik apa sahaja yang dirasakan tidak relevan dalam kehidupan seharian.

Politik, pakaian, anak, mak bapak, jiran tetangga, rumah, saiz coli, spec OAKLEY, pelacur, gay semua dikiritik dalam nada bahasa tersendiri. Tidaklah tegak kadangnya, tetapi siapa yang terkena, agak panas jugaklah kan.

Blog seperti ini bagus kerana kita boleh membuka minda kita akan yang mana betul yang mana salah. Blog seperti ini menyuruh kita berfikir dalam sudut berlainan yang kita tidak perasan. Mereka mengutarakan REALITI kehidupan yang kita tidak tahu. Sudut gelap seorang manusia boleh ditampilkan dalam bahasa PERLI mudahnya. Bila dah terasa silap di mana tu, kalau boleh, ubahlah diri tu. Kalau tidak mampu nak ubah mendadak sekalipun, usaha untuk berubah tu kenalah ada.

Nasihatnya, jangan mudah melenting bila ditegur. Ambil yang jernih, buang yang keruh, itu yang terbaik.

Bila kena setepek kat muka, macam ni ke gayanya? 



Bersambung......

Friday, July 1, 2011

Kritikan itu Teguran





  • Kenapa aku membuat BLOG?


Kerana aku punya suka


  • Kenapa aku menaip?


Kerana aku punya suka



  • Kenapa aku benci BLOG dia?


Kerana aku punya suka


  • Kenapa aku suka BLOG dia?


Kerana aku punya suka


-----------------------------------------------------------



  • Kenapa ayat aku kasar?


Kerana aku punya suka


  • Kenapa aku seperti tiada adab?


Kerana aku punya suka



  • Kenapa aku gedik melampau?


Kerana aku punya suka

-----------------------------------------------------------



  • Kenapa aku sombong?


Kerana aku punya suka


  • Kenapa aku bujet hebat?


Kerana aku punya suka



  • Kenapa aku menipu ?


Kerana aku punya suka


---------------------------------------------------------



Kenapa aku bertanya dan menjawab sendiri?

Kerana kau yang membaca, bukan aku.

Aku dan kau sama sahaja bukan? Aku menulis 'aku', kau juga membacanya 'aku'. pandang cermin, tengok wajah sendiri.

Dia mengherdik kau, kau membalas dengan mengherdiknya kembali.
Tidak boleh bertenangkah? Apa Muhammad membalas si tua yang membaling batu kepadanya?
Apa Muhammad meletak racun pada makanan yang di berikan pada si tua walaupun hari - hari dia mengherdik baginda?

Bodoh, gunalah akal sedikit.
Panas bontot itu biasa. renunglah silap diri terima teguran.
Teguran itulah yang mendewasakan akal.
Orang yang berfikiran panjang ialah mereka yang mampu menerima teguran dan kritikan.

Manusia, makin dipuji, makin benak kepalanya.


-----------------------------------------------------------



Orang mengata, kau terima, diam, tersenyum. betulkan yang silap dan jangan melenting.
Orang memuji, kau terima, diam, tersenyum, berterima kasih pada mereka.


SAMA SAHAJA BUKAN?

Jangan Jadi Bodoh.







Senyumlah walau ianya pahit. Kerana senyuman membantu menenangkan HATI.








Assalamualaikum~



Monday, June 27, 2011

Kebebasan Dalam Menulis

HoHO..Assalamualaikum......


Di sana menulis, di sini pun mahu menulis. Trend? Lantaklah apa yang nak jadi. Dalam menulis, kepelbagaian itu timbul dalam kepala. Yang tidak suka membaca juga akan mula minat untuk membaca sesuatu tidak kira lah ilmu agama, kehidupan, politik, sains dan teknologi mahupun cerita - cerita seperti novel. Internet sekarang dah meluas, dah tak ada halangan dah, semua boleh guna. 

Dari kepelbagaian berinternet itulah adanya macam - macam idea manusia. Aku fokuskan pada blog la kan lebih senang. Blog, page, laman web ke apa orang panggil, aku tak kisahla, janji benda yang kita boleh baca dekat internet ni. Aku bukan reti sangat istilah - istilah ni, kang aku tak mention, orang kata aku ni bodoh tak bertempat, sebelum orang cakap, baik aku bagitahu dahulu.


" Hei, kalaulah blog aku ni dinilai menggunakan kaedah dimerit, agak - agak dah tinggal berapa point merit blog aku haa? " soalan bodoh itu ku dengar dari perbualan antara otak kiri aku dengan medula oblongata berdekatan dengannya. Aku bermonolog.


Ah, aku tidak mahu bercerita tentang blog sampah aku, tetapi aku ingin bercerita tentang kebebasan di dalam penulisan.


BEBASKAH?


Memang bebas dalam dunia berblog ni. Kau nak tulis apa pun, lantak kau lah. Nak kutuk siapa pun, nak herdik siapa pun, itu dosa kau,kerja kau! Aku tak rasa itu satu benda yang boleh kita elak. Semua manusia ada nafsu amarahnya tersendiri, ada cara mereka tersendiri cuma bagaimana ia dilakukan, itu yang menjadi isunya. 


" Saya pernah beromen dengan kuda laut semasa bercuti di Pulau Tiomang " Seorang wanita menulis sedemikian di halaman beliau.


Wow, memang menarik. Kita pun melemparlah bermacam hujah, fakta dan fatwa menuding ke arah wanita itu. Kita menyusun ayat seindah dan semanis kurma untuk melontar bermacam perasaan kita kepada katanya. Yang indah itu ada, tetapi yang taik itu juga ada. Yang indah dipenuhi hujah dan amanat, tidak menghina.  Yang taik, hanya tahu bersuara seperti engkaulah raja, engkaulah perwira penegak bangsa walhal batang sendiri di dalam seluar mencari zina. Itu aku, bukan korang, bukan dia, dia dan dia tetapi aku seorang je yang menulis ayat tahi itu. Jom marah aku.

Kalau hendak mengherdik sekalipun, gunalah cara yang indah, hendak mengherdik tiada apa, cuma selagi berfakta, tersusun dalam kata untuk memberi pengajaran kepada yang lain aku tidak kisah, cuma pada yang mengherdik tanpa ada hala tuju, main hembus je senang cakap, kurangkanlah. Bukan apa, cuma takut terkena pada batang hidung sendiri. Kan?


Cuba kita lihat semasa isu pemakaian tudung hangat diperkatakan dahulu, peh, banyak yang menulis tentangnya. Ada macam - macam genre manusia melibatkan diri dalam permasalahan itu dengan membuat entry berkaitan dengannya.

Kebebasan bersuara itu ada tetapi tidak digunakan dalam nada berakal. Lagunya sumbang, rentaknya habis longlai. Ada yang menghina tidak tentu pasal dengan gaya malaikat ayatnya hendaknya. Oh, tersenyum aku membaca kadang - kadang, sebab aku pun menulis tentangnya dahulu. Aku main herdik je. Hina semua yang tak sempurna, masa tu aku rasa aku lah paling mulia dan tak kira perasaan orang lain pun.


Tak caya, tengok SINI. datang kutuk aku pun tak apa.


Dah baca? Tu ada yang muka macam nak hembus kata - kata berapi dah tu. Sabar taw sayang, jangan marah i k..i tak niat pun.


Ada berjuta lagi isu yang lebih hangat yang pernah kamu semua baca. Berbilion pendapat telah kamu keluarkan. Tapi apa yang lebih penting ialah apa yang kamu lakukan untuk menyokong pendapat kamu! Cukuplah nilai dari perkara paling asas iaitu diri kamu sendiri. Lihat, sejauh mana kamu sudah berubah untuk mengherdik orang lain siap ping promote suruh orang baca. Kalau tak suruh orang baca bolehla dipertimbangkan lagi seab tu blog dia, dia nak taip apa pun sukalah dan dia tak suruh korang baca pun.

sekarang, apa yang kamu ingin tulis?

pendapat? cemuhan? cerita masak - masak? gossip? cerita lucah?


Suka hati! itu hak kamu! Lantaklah picisan atau sampah seperti yang orang kata. Kau ada kebebasan kau sendiri dalam menulis. shakes-pear pun tak salahkan anak dia sebab tak pandai berpoem dan menulis skrip pementasan drama, kau siapa nak letak syarat penulisan bagai - bagai? Nak kutuk pun, biar overall dan jangan mention detail dan kuyakin tak ada orang kisah. Tak gitu? Ah, pepandai korang semua lah ok....

Dah macam superb panjang dah. Tak ada point lak tu. Suka hati aku jela kan.

" Si gila tidak akan mengaku gila, si elok juga begitu. Si cerdik tidak akan mengaku cerdik, tetapi membuktikannya dengan hasilnya sendiri. "


Apa akal aku yang sempit atau akal kau yang sempit? tiada siapa.
Yang sempit hanya ruang di antara pemikiran antara kita.
Diskriminasi yang ada, hapuskan baru lega segalanya....:)

Thursday, June 23, 2011

Kemarahan Burung Aku.

Semasa aku memasang niat untuk mencari patung ANGRY BIRDS untuk diletak di kereta pada 2 bulan lepas, aku diherdik member - member kerna dikatakan GELI dengan patung burung bodoh tu. Aku hanya mengangkat kening tersenyum..

" HAHA mampuslah, gua rasa menatang ni comel dowh. Lu tak main game dia lagi bolehla lu cakap macam tu. Lu try main yang dah sampai babi tu pakai topi koboi tengok macam mana.." aku menyejukkan hatiku sendiri.

Lantaklah, aku ni kadang - kadang bila sampai sentimental dalam kepala, segala jenis benda pelik aku buat. Tapi setakat beli gantung - gantung kat kereta kerana aku rasa ia comel tak adalah pelik mana pun. Ramai je orang letak bantal 'nighmare' dekat belakang kereta. Kartun 'AMY' si gadis merah pun banyak orang beli letak sebagai perhiasan di kereta. Aku diamkan sahaja.

Mahal, RM12 untuk patung kecik itu tapi aku keluarkan not RM50 meminta taukey green cabin membungkuskan dua. ya, yang merah dan kuning. Baru ada pasangan, kang sorang2 kesian pulak. kan?


memang angker, tapi comel.


---------------------------------------------------------


 Sebulan berlalu, segalanya berubah. Dah bersepah di kedai. Murah - murah pula. gampang! kata hatiku. Sebijik macam aku punya RM 10 je. Oh, rugi aku. Ramai dah letak dekat kereta dah patung tu. Dem, tak menarik dah. Aku bukak balik dan letak dekat kereta ayahanda tercinta di rumah.

'Selamat Hari Bapa......" lagak ku bujet seorang anak yang baik.


--------------------------------------------------------


Sekarang musim baru. Profile picture mula diletakkan gambar angry birds. Fenomena apakah! Sekadar suka - suka. Pergi mampus orang cakap apa. Aku dah 2 minggu pakai Default pic angry bird di FB. Comel je aku rasa. Lu sibuk apahal? Bukan aku letak gambar lutut aku ke, pusat ke, buah pinggang ke atau gambar Sora Aoi dalam nada mengghairahkan!

Burung pula dah memang sinonim dengan lelaki! eh, tak ada kaitan ea?


Semalam ke kelmarin, aku berkomentar dengan BLOGGER HEBAT yang ku kenal di Universiti. Owh, ayat dalam blog dia memang hebat dan ada info. Yang gadis, pasti teruja dengan blog beliau dan menyangka beliau kacak bergaya seperti Jeff Sepah, walhal hanya seperti sebuah selipar kayu. Korang serius kecewa.

blogger - blogger gadis yang baru naik, better melawat blog beliau. Memang baik brader ni lebih - lebih lagi bila gadis comel bertanyakan sesuatu. Gurau jela! dia ni tak pilih orang, ko semangat menulis, dia mesti support. konpem!


Haa, teringin kan taw sapa dia yang ku sebut?

dia juga sedang mengaruk angry beards ni. Kenapa gua cakap macam tu? Lu layan PIC kat bawah ni.


-----------------------------------------------------------


blogger terompah caring













Kau tak nampak, aku cucuk mata sorang - sorang ok.

Ceitt!! jom layan entry lama gua dekat bawah ni!

Saya Blogger Hebat

Saya Blogger Hebat.




Ya, memang hebat.
Saya ada wajah yang tampan dan badan yang 'taff' macam Jason Statham atau Dwayne Johnson.
Bibir saya juga manis dalam menasihati orang lain.
Lagak ku kencang
Ayatku lagak.
Siapa lagi yang boleh mempertikaikan aku berada di sini kerana pengikutku sudah ramai.
Sekali ku petik, berpuluh ribu yang menyokongku.

Kau siapa?
Pegang anak buah ramai?
Ko hidup pun pakai duit pengikut.
Aku hidup pakai duit iklan.
Gua orang bisnes, ada projek luar macam - macam.
Kau ada?


------------------------------------------------------------


Adakah ini aku kalau aku terkenal?

Tuesday, June 21, 2011

Blog dan Penipuan



VRoOOOoMMmm.......



merdu bunyi BMW mata setan itu. Garang dan semestinya hebat di jalanraya. Semua manusia teringin memilikinya lebih - lebih lagi orang materialistik macam aku. Aku nak juga nampak macho dengan deruman enjin BMW kan.

Kekayaan dunia.
Berbilion orang mendambakannya. Kekayaan itu harus bagi setiap manusia tetapi selagi digunakan ke arah yang betul dan mengikut syara'. Zakat kenalah bayar. Jangan dok simpan tak menderma langsung, celakalah ya orang itu. Tetapi, sekarang ini, ramai yang semakin buta bila bercerita tentang kekayaan. Ramai yang buta dalam hukum mencari harta dunia. Lupa atau BUAT - BUAT lupa itu aku tidak pasti.


Di depan kau ada peluang, tidak kira halal atau haram kau main sebat je buat selagi pulangannya lumayan. Macam - macam dah kan kita lihat sekarang? Di televisyen sahaja sudah berjuta kes setahun manusia turun naik mahkamah kerana kes penipuan. Itu yang sudah ditangkap, yang belum pula bagaimana? Bagaimana pula kes - kes penipuan kecil yang tidak mendapat liputan akhbar atau orang ramai? Renungkanlah sebentar..



-----------------------------------------------------


Lumrah manusia menjadi buta kerana harta, pangkat, darjat, kuasa dan wanita (bagi lelaki). Bila dicanang harga, segala benda boleh terjadi. Bunuh, rogol, ragut, culik, pergaduhan semuanya tidak mustahil dilakukan. Apa sial.

Aku tidak ingin bercerita tentang benda - benda besar kerana aku tahu kanak - kanak tadika pun tahu keburukan semua itu. Aku yakin dan confirm dah!


Dalam berblog ni, macam - macam orang kan kita jumpa dan macam - macam gaya ada. Dan sudah pasti gaya mereka mengenalkan blog mereka kepada orang lain juga dalam pelbagai cara. Yang baik dan yang buruk. Yang baik tu biasanya seorang yang sabar, cuba 'cucuk' orang lama dengan berkawan dengan mereka dan mempromosi blog secara tidak langsung. Itu normal bagi ku, hak masing - masing. Sama je dengan kehidupan pelajar yang berkawan baik dengan budak 'skema' sambil mengharap dapat meniru setiap assignment yang wajib dilunaskan. Itu politik pelajar dan itu NORMAL.

Tetapi bila diceritakan tentang iklan, traffic dan bermacam - macam lagi keuntungan, ada juga yang sanggup menggunakan cara kotor dalam 1001 cara. (gua sesuka sebut je). Yang kotor jelas sudah pastilah dengan menipu link di shoutbox atau komen yang dengan selamba meletakkan link SAYX.my atau link - link pengiklanan lain bagi orang yang berniat membalas jejak 'ter'tekan link ke sana. Dapat untung cara haram dengan melanggar kontrak dengan syarikat pengiklanan.

Itu mungkin terang - terang kita nampak sebagai satu kesalahan yang konfem boleh buat orang lain menggigit tetikus, telan pasu bunga dan mungkin juga membaca komik terbalik demi menghilangkan kemarahan di dalam dada........... 

( PERINGATAN : aku tak pernah buat macam itu. )

.......mereka. Cuba fikir kembali tentang kegiatan menyuruh tekan sana sini iklan tu. Kan dah terang - terang salah melanggar kontrak perjanjian dengan syarikat pengiklan. Aku tak berani cakap haram, cuma pada aku, nampak tak cantiklah kalau buat macam tu. Bila dah melanggar janji, memang tak baik kan?


" Lu jangan nak sibuklah gua nak langgar janji ke apa. Benda kecik je tu kot, apa ada hal!! "


Mungkin ada yang marah aku macam ni, tapi aku rasa aku ada jawapannya.


" Awek lu tipu lu sebab keluar dengan lelaki lain lu marah, padahal benda kecik je tu kot. Bukan lu dah kahwin pun. Lu kapel pun entah dapat restu mak bapak dia ke tak. Lu marah gak kan? Apa hal??"  dalam nada seorang ketua gangster.


Aku bukan mengkritik, cuma...cuma....ah, memang aku nak kritik! suka hati aku lah kan. Hehe tapi aku mengkritik cara baik dan tidak sesuka hati meletak hukum. Korang boleh kaji balik dan kalau aku salah, jangan ikut pun cakap aku ni. Aku tak rugi kalau ada yang benci aku. Blog aku ni pun tak luak sebab memang tak ada orang view ratus - ratus pun. Satu hari adalah 5,6 puluh pageview je bila aku check. sedih je kan? ( meminta simpati ) HAHA



*Dalam menulis, perlu ada penyampaian. Biarlah sedikit tapi jadikan ia istiqamah, pasti ada hikmahnya...



HAHA.lol



Friday, June 17, 2011

Pening




Header gua nampak lebih ayu dan elegan. Lihatlah DUNIA!!!





*tak ada orang puji, aku pujilah sendiri. HAHA


Sebenarnya aku sedang mencari ilham untuk buat satu header untuk member aku punya blog tapi oleh kerana internet lembab, aku pun tak boleh nak carik idea kat google lah kan sebab aku ni bukan reti sangat photoshop ni. Aku serius main tibai kromo je haa. Janji ada rupa, nampak kacak, aku letak aje. 

Orang cakap header tu penting, ye ke?

pada aku tak penting mana, tapi tahap iQ karya (penulisan) blogger tu kadang - kadang boleh dilihat dari header beliau. Aku biasanya akan membaca blog yang kurasa header dia ada makna tersendiri. Tak kisahlah cintan ke, info ke, peribadi ke, memerli ke, janji hati aku terdetik "owh, ini stylo" maka keinginan untuk membaca tu akan lebih tinggi. 

Aku jeles dengan blogger - blogger yang gempak yang ada header yang mampu buat kita termenung dan ketawa dalam hati 2 minit paling kurang sebelum baca entry mereka seperti 

Sarkasis ( err...ini blog gabungan blogger )

ah, lantaklah, mereka ada kreativiti tinggi. HAHA

yang tak ada header, suram, misteri macam lensarosak memang penuh ayat dan pemulisan stylo. Penulis blog jiwang pun minat baca dia punya blog. Sebab apa? sebab kadang - kadang boleh buat kepala hotak kita ligat berfikir tahap kerelevanan sesuatu itu. Berbelit ayat ku. Ngantuk mungkin.

Kualiti penulisan terletak pada ilmunya dan pengalaman menulis itu sendiri. Itu yang pasti. 

sudahlah, apa aku mencarut dah ni. Jom lah tidur. Opps, perut sakitlah lak. Berak dulula jom. chow



Wednesday, June 15, 2011

Diskusi Pakar

#WW dan perbualan di SB (Sahabat Blogger group)

Bila berborak tentang blog, tajuknya " di antara KUALITI blog atau FOLLOWER " memang panas. Macam - macam cerita di bincangnya. Tak adalah macam diskusi skema yang serius. Borak kawan - kawan jela. Penat diorang layan soalan - soalan aku sebagai blogger baru yang masih gagap menaip, Yang masih tak hafal susunan huruf keyboard lagi. Fuh, panjang diorang bagi nasihat tu haaa... Lagi si PENDEKAR BERKUDA. memang panjang. Aku konfem terimalah kan nasihat orang lain. Apa nak hidup kalau tak nak dengar nasihat, memang ke lautlah ok kalau nak ikut diri sendiri je.  Sorang lagi yang panjang menaip ialah si MEJUEZ. Layan je borak haa...tak sedar jam dah nak kul 3 pun haa. Ke laut lagi aku malam ni berenang di atas katil. mampus. HAHA

Ini gua printscreen khas untuk korang semua.

wan mujuez punya BLOG memang simple dan stylo

Bila si PENDEKAR masuk, semua setuju je. ada pakai penunduk dia ni. HAHA guraw.

Terus - terusan suez mencarut tentang Follower, silent readers dan commenters

Dah mula berborak! Sporting weyh.


Kalau malas nak tengok gambar tu, aku terangkan sedikit apa yang dibualkan.

1) ENTRY PERLU BERKUALITI

Follower tolak tepi sedikit je, jangan banyak - banyak. Target silent readerz dan pengomen tegar. Itu akan membuatkan kita rasa syok je nak terus menulis. Bila menulis dan ada respons, segala apa kreativiti kita dalam penulisan akan tersembul, terpancut keluar selaju - lajunya hendaknya kerana kita rasa puas, seronok dan dihargai segala hasil penulisan kita.

Entry yang berkualiti bukan semestinya skema melampau kerana pembaca ni kadang suka yang ringan, hepi2, ada lawak, barulah tak kotor muka terkena keropok di atas meja kerana terlelap - lelap ketika membaca entry anda. Ini penting!

Kualiti itu subjektif. Kau tentukan sendiri..:)

2) BLOG AKU MEMENINGKAN MATA PEMBACA

Peh! itu yang aku kena ubah balik ni! aku sendiri pun akui pening bila tengok lelama..sakit je mata..

Korang ada idea nak aku buat template kaler apa?
widget aku melampau banyak ye?

:D
Assalamualaikum dan selamat menulis blog dengan berkhemah berhemah!