Pages

Showing posts with label cara kita. Show all posts
Showing posts with label cara kita. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Raya, Baju Kurung dan Gadis Malaya




Aidilfitri

Sudah seminggu kita semua menyambut hari raya aidilfitri dan aku tahu, kawasan area selatan semenanjung ni masih lagi ligat aktiviti ziarah menziarahi melantak kuih raya dan air sirap sejuk di rumah kawan - kawan mahupun sedara - mara. Lebih - lebih lagi yang sedang mengambil degree masih cuti sekarang ni kan, memang habiskan jela sisa - sisa cuti yang ada dengan berjalan sana - sini.

Dah lama aku tak menaip di laptop ni aku rasa. Tak apalah, bukan ada orang bayar aku untuk menaip pun ye dak. Kepada yang menanti tu..............err..tak ada orang menanti pun, aku tahu. So, sebab tak ada orang menanti lagilah nak baca font arial dekat blog ni, maka aku pun tak ada sebab nak sediakan bahan bacaan yang fresh untuk semua.

Selamat hari raya dari Mr. Banana

-------------------------------------------------------------------------


Baju kurung.

Ya, aku ingin bercerita tentang gadis - gadis seMalaysia ketika berhari raya. Dari hari raya pertama sehingga hari ini, mata aku sudah disogokkan oleh jutaan gadis berbaju kurung ketika berhari raya. Termasuk kebaya juga janjinya bukan T-shirt Manggo merah 'sendat mendat padat mampat melekat' yang memberahikan kaum adam itu.


Sekembalinya dari perjuangan menahan nafsu makan ketika kengantukan mendengar khutbah di 1 syawal, awek - awek kampung memang dah lawa dah, tapi apakan daya, ketupat dan rendang menjadi the only one option by nafsu gua. Apalah sangat awek - awek sekeliling kalau nak dibandingkan rendang yang mak aku masak di pagi raya. Maafkan aku kalau korang kenyit - kenyit mata tapi aku buat tahi je makan tak pandang korang.



" Peh, sedap sial!! Waktu macam ni lah raya best kan Rol kan? " tegur aku pada adikku, Hairol yang masih khusyuk meratah ketulan ke 5 ayam masak merah. Badan 1/4 je dari aku tapi sekali makan setara aku, bela jin agaknya dia ni.

" Kau jangan kacaulah, gua ngah makan ni. " adikku memohon agar aku memberikannya ruang untuk makan dengan tenang.

" Eh, pandai ko sound aku ye. aku bagi ko berehat selamanya dengan tenang baru tahu. RIP aku letak kat dahi ko " monolog aku sendirian. Kang cakap kuat - kuat macam melampau lak aku rasa.




usai sudah aktiviti makan, aktiviti bermaafan pun mengambil tempat. Aku seperti biasa masih tidak mampu memohon maaf sambil menangis - nangis seperti orang lain ketika meminta maaf. Tak kenal erti sebak mungkinnya.

seperti biasa, 3 hari raya terawal itu dipenuhi kunjungan ke rumah - rumah saudara terdekat atau yang rapat sahaja. Wak hassan, wak gayat dan macam - macam lagi rumah wak aku diharuskan pergi setiap kali raya. Dah memang rumah wajib setiap tahun. Itu jela pusing - pusing pun.

Aku dan adik aku, memang naik berasingan dengan keluarga ketika beraya. Baru boleh hisap rokok dengan selesanya tanpa ditenung tajam bapak aku yang sememangnya garang tak hingat. air cond ditutup dan tingkap dibuka, hembusan pertama menusuk hidung masing - masing. Baru ku sedar busuk rupanya bau rokok ni. ops, bukan baru, tetapi sudah berjuta kali ku sedar kebusukannya tapi terus juga menikmatinya. Entah apa nikmatnya pun aku tak tahu. hanya perokok mampu menjelaskannya.



" Kal, apa cirit ko bebel ni? Kata ada cerita gadis - gadis. Ni ko cerita sampai ke rokok ko apa kejadah dia? "

Maafkan aku. Keterujaan dan kegembiraan raya itu masih menebal lagi.




Dalam pusing ke sana sini berziarah ke rumah - rumah orang tu, bersepah kiri kanan semua awek - awek malaya ni pakai baju kurung. Biasalah beraya kan, lebih feel kalau baju  kurung. Sopan katanya nampak ayu gitu. Ceiss, yang pakai baju kurung elok memang sopan, tapi sekarang ni baju kurung lebih seksi dari t-shirt nampak ketiak tahu. Nipis tak beragak, mana tak terbukak kopiah masa pergi beraya. Baju kurung cantik, tapi sangat jarang kainnya dan yang menutupi badannya hanya singlet putih di dalamnya. Bertudung cantik, tapi nampak dada gak mana gaya.

Macam - macam. Fesyen kan orang cakap.

Tapi sejujurnya gadis melayu ni amat seksi bila berbaju kurung. Bukan seksi menjamu mata aku si kaum lelaki ni ( tapi ye jugak ), tetapi seksi dari sudut lain. Kira nampak 'sweet' la senang cakap. Boleh buat tergoda. Kadang selama ni aku tengok bila awek tu pergi kedai beli sup bunjut atau telur masin kat kedai runcit, aku tengok biasa je. pandang pun pakai siku je tapi bila waktu raya ni dah kena dengan baju kurung, 4.9 saat gakla aku pandang dia pakai dua belah mata lak tu.

"Ok, dia berjaya", detik hatiku.

Bila ke rumah sana sini ada gadis semua nampak sweet, ayu gitu berbaju kurung dan ada extra comel bila bertudung dan superbly kiut miut bila berhijab. Wow! Bila pakai tudung ke purdah nama dia yang nampak mata je tu memang misteri dan yang misteri tu lah yang aku usya lama je dari jauh. Mata lawa dah, kulit keliling mata putih, muka mesti cun ni. Kalau tak cun pun mesti comel ni. Dan yang paling lawa mestilah agama dia. Kalau tak kuat di hati, takkannya sanggup jelan tutup sampai macam tu di tengahari beraya dengan penuh orang sana sini lagi. Haish, kalaulah bini gua nanti macam ni.

Wajah gua masa tengok awek tu. 



-------------------------------------------------------------------------


Baju kurung itu sangat manis dipandang tapi seeloknya kalau dapatlah tutup aurat dengan betul, sangatlah sangat sangat baik dan comel! Yang selama ni pernah payung apa - apa bonggolan dekat Fb tu, trylah plessing gambar raya bertudung pula mesti serius lawa. yang gambar - gambar lama tu sayang nak buang pun privatekanlah untuk tontonan kau sahaja. Tak rugi pun. Lagi ramai orang suka adalah dan paling kurang pun, berkuranganlah stalker - stalker lelaki yang kerjanya sentiasa carik modal gadis - gadis hot di fb sebelum pergi mandi.

Bagi yang selalu PANAS bila berbaju kurung dan bertudung tu, biasakanlah diri sebab masa raya boleh pakai macam tu, kenapa hari lain tak boleh kan? Bila dinner kenapa perlu pakai skirt sedangkan baju kurung dan kebaya juga sesuai ke dinner. Come on lah, sapa kata baju kurung ketinggalan zaman. Maria Ozawa datang indonesia pun berkebaya ok. Ops, itu cerita lain.


Sudah - sudahlah berceramah tak sudah. Aku niatnya nak bercerita raya tapi diselitkan pula baju kurung ni. bukan apa, aku cuma nak mention dan bagitahu semua tentang pendapat aku seikhlasnya tentang BAJU KURUNG.

Salam sayang dari saya,


Dr. Ramsey Peniacapan

" Gadis berbaju kurung lebih Hot dan seksi dari yang memakai bikini " -Dr. Ramsey Peniacapan-


Suka? Boleh like kalau tak nak komen pun. aku tahu korang malas.hehe

Thursday, August 25, 2011

Merajuk Hingga Syurga

 

Sudah hampir 2 minggu kami bertekak tak sudah. Aku kata dia curang, dia kata aku curang dan masih tiada kata putus akan hubungan kami. Mood aku lari jauh ke hujung taman. Sirna. Hanya cigarette menjadi teman tatkala melayan perasaan di hadapan rumah. Setiap kali berjumpa awalnya seperti sudah hampir reda, tetapi akhirnya pergaduhan mulut (bertekaklah, bukan gaduh pakai mulut, lain makna tuh)

" Hei bro, lu gelisah resah tak menentu serabai je ni apahal? hisap Surya lak tuh. Biasa layan winston"


"hai, apa nasiblah aku semenjak - menjak ni man oii, sakit kepala aku fikirkan awek aku tuh. Melalak je tak habis - habis. Dia kata aku curang, padahal member je. Aku keluar pergi beli beras je dengan Tipah tu, bukan pergi Mec Donald pun." jelasku. Entah apa yang dicemburukan sangat antara aku dan Tipah tu pun aku tak tahu.


------------------------------------------------------------


Itu cerita aku dengan awek aku. Abaikan dahulu.


Merajuk.

selalunya digunakan untuk menarik perhatian seseorang atau suatu kumpulan manusia. Apabila ada keinginan berkehendakkan sesuatu tidak kiralah hendakkan barang, perlakuan, perasaan atau sikap pada seseorang itu mengikut kehendak kita dan ianya tidak dipatuhi, perlakuan merajuk ini boleh terjadi.

" yela Bedah oii...kiteww ajak teman kiteww shopping pun u taknak dah kan. Orang tu dah ada kawan baru kannn, "  ujar jenab merealisasikan unsur merajuknya pada si Bedah.

perlakuan rajuk ini normal di kalangan kita tak kiralah sekeras mana hati mamat tu atau setaf mana dia. Tetap merajuk gak kalau kena dengan cara dia contohnya dengan awek. Badan ketak, muka parut, ada rantai gantung sini sana macam pokok krismas bak kata heliza dalam syurga cinta tapi bila awek kenselkan dating, tarik muka tak hingat! merajuk dengan awek sampai muka ganas bertukar lembut serupa platipus. Siap mms muka merajuk dia dekat awek. Nak mintak simpati le tu. ( cerita tipu )

Sepanjang 15 tahun aku hidup ni, macam - macam jenis merajuk aku jumpa. ( ops, Im PMR victim, tapi dah berenti skola dah. ) kali ni aku nak menjelaskan tentang merajuk yang pernah aku alami atau hadapi sama ada dari jiwa kecil aku sendiri ataupun pengalaman melihat orang sekeliling aku.




-----------------------------------------------------------

1. Merajuk TACING ( lembut hati )

merajuk tacing ini ialah jenis merajuk yang paling senang kita jumpa. Jenis merajuk sebegini ialah merajuk pada benda - benda kecil sahaja. Biasa ditemui pada perempuan dan kaum hawa. Buat salah sedikit je dah tarik muka, kira benda - benda kecik lah macam kes - kes terlupa, terlepas pandang, salah gurau dan  macam  - macam lagi. Dalam persahabatan selalu terjadi. Jenis orang MUDAH TACINGla senang cakap. Semua benda kalau tak kena dengan gaya dia, memang tacingla tak sudah.

rileks dan jangan risau, merajuk sebegini sekejap sahaja. Biarkan dia kejap, nanti dia yang tegur kita. Kalau ada masa lapang, borak lari dari topik dia tacing.


2. Merajuk HARUK ( gila )

Merajuk yang jenis kerja nak menjerit je dan tak penyabar punya manusia. Kebiasaannya lelaki yang tacing macam ni, tapi perempuan juga tidak terlepas kerana tacing ini lebih menarik perhatian sama ada pada si pelaku kesalahan itu ataupun perhatian member - member sekeliling yang rasa nak terajang je pakai siku kat buku lali dia.
merajuk ini dipengaruhi perasaan marah dan biasanya orang bercinta merajuk gaya ini.
nak dipendekkan kisah, merajuk sebegini biasanya terbawa - bawa sampai semua benda nampak salah je bila dia tengok.

" Yela! aku jela yang salah! kau je yang betul! huhhh!! " contoh ayat haruk dalam merajuk.

nak setelkan ni kena pujukla sendiri ye guna cara masing - masing. Senang pujuk kalau kena cara tapi kalau silap, boleh makan kaki ataupun sup belikat korang sendiri.
AMARAN: Jangan bergurau dengan along dil. Makan samurai kang nanti.


3. Merajuk SESUKA ( abah kau sesaje )

Merajuk ni ialah jenis merajuk gedik yang biasa terjadi dalam kisah cinta ataupun sesama member. Niatnya ikhlas dan tulus hanya kerana ingin menarik perhatian seseorang ataupun sekelompok manusia itu. Point dia merajuk amat - amat ringan dan janji boleh saja. Korang pernah bercinta? pernah sesaje merajuk? Yang perempuan mesti ada yang pernah punya.

kadang best melayan merajuk macam ni sebab nampaklah macam sweet kan, tapi kadang - kadang rasa nak cabut je pankreas dia baru dia tahu erti penyesalan! HAHA ( gelak kejam giler babi )


4. Merajuk HANJING ( annoying macam haram )

merajuk sebegini ialah merajuk yang tidak bertempat yang boleh menimbulkan sakit hati yang amat. Aku ambil contoh senanglah, katakan ada satu kapel ni bercinta kan antara Mat dan Mina.

Kluang, Johor - Mat sudah berjanji dengan aweknya Mina untuk keluar makan bersama sesudah maghrib tetapi Mat terpaksa membatalkan temujanjinya kerana ingin menghantar emaknya ke klinik kerana birus selesema. Segala keadaan sudah diterangkan pada si Mina di atas kesulitan yang amat dikesali itu tetapi Mina dengan rileknya memberikan ayat tacing mengharap dipujuk. Jangkaannya meleset rupanya. Mat menghantar MMS muka dia senyum sambil mengangkat tangan seperti sedang berikrar. Di bawah gambar ada kata - kata keramat darinya :

" Antara emak saya dan awak, pastinya emak saya diberi keutamaan. Kau nak merajuk, pergi mampus. Dah, esok saya nak cari awek baru. Fak u. "

ok, situasi dah terbalik. Si awek pula kena pujuk. Lantaklah korang, malas aku masuk campur. Sesuka aku je reka cerita tipu.


-----------------------------------------------------------


deria deria deria


Fuh, kadang  pening nak melayan orang merajuk ni tapi sebab yang merajuk tu penting dalam hidup kita kan, so kenalah layan gak. keluarga, kekasih atau kawan kan, kenalah jaga jugak hati diorang semua tu. Kalau orang tu musuh kita, tak adanya nak layan ye tak, buat muka tahi, blah terus adalah.

Ada kisah kelakar tentang merajuk. Mengimbau memori gua masa kecik - kecik. Nak try tengok?



Korang ada pengalaman merajuk or menghadap orang merajuk? takkan diam je kot. kongsila sini dekat komen jom. Gua payung ketupat nanti. aku email sorang - sorang. HAHA



*nak dekat raya, gua bz. jadi entry pun gaya orang bz. tak ada idea dan sumpah tak best. muah3 pada sapa yang sudi baca. :D
** cerita di awal entry hanya cerita penyedap dan tiada komen untuk kisah tu. haha
***tajuk entry ini juga amat kuno dan murahan. sila hentam saya di ruangan komen.



Friday, August 19, 2011

Kesedihan dalam Bercinta

Kusut

Aku memang kusut sekarang. Macam - macam hal telah berlaku. Masalah itulah, inilah sampai rasa nak botak pun ada. Aku sedang bercerita tentang rambut aku yang kusut. Dah panjang dan bergulung - gulung dan semestinya sumpah tak ada kaitan antara rambut dan masalah aku hadapi.


WARNING : Entry kali ini berkisar tentang cinta dan mungkin boleh memuntahkan sesiapa sahaja.
-----------------------------------------------------

" Awak, saya terpaksa tinggalkan awak. Kita tak ada jodoh wak. " kata romlee kepada salmah.

Bercucuranlah air mata Salmah laksana seguni bawang dihiris di hadapan matanya ( kulit limau juga boleh digunapakai ). Menangis tak sudah menanggung kesedihan melampau akibat cintanya yang telah pergi dalam sekelip mata.

" Sampai hati awak tinggalkan saya Romlee. Sampai hati awaak. KEJAM!! KEJAM! "


***


Kesedihan Salmah tidak dapat ditanggung lagi. Linangan air mata menjadi bukti kesedihan dialaminya. Sudah setahun berlalu namun kenangan itu masih menghantui mimpinya. Bibir mengukir gembira tapi di hati hanya Tuhan saja yang tahu. Jiwa seorang perempuan, mudah goyah dan lemah kadangnya.


Putus cinta


Dugaan ini kadang seperti enteng pada sesetengah orang tetapi selalunya boleh menggilakan sesiapa sahaja. Cinta sesama manusia ini memang membahagiakan, tapi jika tersilap membawa diri, lemah yang di dalamnya, boleh sampai membunuh diri. Aku rasa statistik orang bunuh diri kerana cinta sama dengan orang mati kerana kanser agaknya.


Cinta sesama manusia (remaja)

Perasaan untuk menyukai seseorang dan seterusnya mencintai itu tidak dapat dihalang selagi kita punya nafsu walaupun nisbahnya hanya 1:9 dengan akal. Lagikan pula yang 9:1 dengan akal, pastinya lebih sukar untuk menghindarinya dalam kehidupan masakini.

Hukum cinta perlukan agama, akal dan perasaan untuk menggabungkan semuanya menjadi satu tajuk CINTA yang boleh dibawa ke mati. Ya, aku tahu pasti ramai yang akan kata cinta selepas nikah, cinta selepas nikah, tapi aku tahu ianya sukar untuk dunia sekarang. Ya, aku sedang berusaha menikmati cinta cara itu tetapi aku sendiri tidak yakin akan dugaannya. Aku juga pasti ramai yang membaca tulisan ini juga pernah menyayangi seseorang separuh hati walhal belum bernikah lagi bukan? Ala, aku juga seorang remaja, jangan nak tipulah. puihh~

Jiwa remaja ini kita baru nak mengenal dunia, mula kenal cinta puihh itu kononnya membahagiakan. Disorong kata - kata indah setiap malam diungkap dalam nada penuh romantis memang mengkhayalkan sesiapa sahaja. Lebih - lebih lagi dari orang yang kita ucapkan cinta padanya.Lebih terangkatlah kan orang cakap.


Dugaannya


Bila hati sudah sayang, bila ada masalah muncul yang menghalang perlakuan 'sayang' itu, pastinya kesedihan akan timbul. Meh aku terangkan kronologi perkaitan antara sayang dan sedih mengikut kepala otak aku.



Penerangan : Graf Sayang vs Sedih ideologi sesat aku.


Situasi 1 
Baru mula - mula kenal. Ada perasaan minat, tapi belum sampai tahap jatuh hati. Kalau berjauhan dan putus ketika tahap ni, kesedihan itu tiada. Kalau ada pun, 15 saat sahaja.

Situasi 2
Mula rasa bahang cinta. Ada rasa suka pada si dia. Tidur tak basah, mandi tak lena, makan tak lalu kalau tak jumpa dalam satu jangka masa yang lama. Seminggu pun termasuk kategori lama. Kalau putus waktu ni, adalah sedikit terkilan. Sedih dia tu boleh dikawal. Ajak pergi karaoke kejap, lupalah semuanya.

Situasi 3
Sedang hangat bercinta. Sudah melepasi takat selamat kononnya. Masa ni lah segalanya teruji. Yang perempuan gedik melampau macamlah laki tu suami dia dan si lelaki pula memberi segalanya macamlah perempuan tu bini dia. Kalau clash masa ni, berputih mata jugaklah. Nangis tu tak hingatlah, tapi tetap dalam kawalan, masih ingat tuhan. Waktu - waktu macam ni lah biasanya baru kenal tikar sejadah. Baguslah tu, paling tak pun ada kesedaran akan kesilapan. Sebab tu lah Tuhan turunkan dugaan, untuk menyadarkan kita semua ni haa.

Situasi 4
Kalau sayang dah sampai part ni, memang gila namanya. Bahagian ni biasanya pasangan tu dah cipta dunia cinta diorang sendiri. Hukum hakam agama dah 'tak perasan' dah. semuanya halal. Dah macam lagak laki binilah orang cakap. ' Cinta sampai mati' kononnya bagi segala dara teruna tu ha sampai licin tak berbaki. Tup tap tup tap putus, memang sakit. Masa ni memang jadi gila. Ada dua jalan masa ni, sama ada gila, bunuh diri atau merosakkan diri sendiri melalui dadah ke, atau jadi bohsia terus, pelacur ke, takpun kau berubah jadi sebaik - baik manusia. Biasanya orang macam ni dari tak pernah kenal agama, terus membaca balik kitab suci, solat, jaga aurat dan pertuturan. Kembali pada jalannya. Sangat - sangat bagus kalau macam tu, tapi bagi yang tak pernah usaha mengenal agama, memang ke jalan yang lebih hitamlah. Dulu zina dengan pakwe je, tapi lepas tu, layan 2,3 puluh orang seminggu.

 " Apa ada hal bro? Lu ada kisah hidup gua? "


Situasi 5

" Sayang betul aku tengok dia tu, dulu baik je sopan aku tengok. Tapi lepas cerai dengan laki dia, dah start cakap sorang - sorang, jalan ke sana ke mari sakat orang. Kesian aku tengok. Sayang betul kan orang macam tu boleh gila "

tak ada sedih, tapi sayangnya luas. KAHKAH


-------------------------------------------------------


rendangnya pokok itu, rendang lagi langit memayungimu seharian


Pengakhiran

Bila bercinta, hati tu bagi sebahagian je. Jangan sampai separuh pun. Biar keikhlasan tu yang penuh, bukan rasa cinta tu. Kita sebagai manusia ni ada banyak tanggungjawab. Kepada Pencipta kita, kepada agama, kepada keluarga, rakan - rakan, jiran tetangga dan macam - macam lagi tanggungjawab kita. Tetapi kita selalunya mengagungkan sangat tanggungjawab CINTA puihh tu sampai lupa segala. Aku di antara orang yang lupa segala tu dan aku sumpah rasa aku bodoh.

Yang sentiasa sayangkan agama, dan sedang merasai sakitnya putus cinta itu diharap bersabarlah dan tenangkan hati dengan agama juga. Itu ialah penenang sebenar - benar penenang. Muhasabah mana silap kita kerana kita sendiri tidak pernah sedar seharian silap kita. Mungkin kita buat silap kecil sahaja pada orang lain, tapi kalau mereka menganggapnya besar dan tidak redha kepada kita siapa tahu kan? Dugaan - dugaan macam ni lah yang biasanya menyadarkan kita akan kekuasaanNYA pada kronologi kehidupan manusia.

Akhir kata, jangan jadi bodoh kerana cinta sampai terjun bangunan, potong nadi, telan tempayan, dan sebagainya benda - benda bangang termasuk meracau sorang - sorang dalam bilik bila pandang teddy bear pakwe bagi dulu. Cubalah baring, termenung kejap fikir silap diri. Kira macam muhasabah dirilah senang cakap. Kalau air mata nak keluar tu, jangan ditahan! Lepaskan dan biarkan ia mengalir. Cuma air mata, dan jangan meratapi sesuatu perkara itu. Cuba untuk senyum dan apabila hari baru tiba, aku pasti ada sedikit demi sedikit kekuatan akan tiba dalam diri. Ya, memang mengambil masa, tapi tetap lebih elok bukan dari gila meratapi kesedihan itu sendiri.

Inilah dugaan! Inilah pengajaran! Bersyukurlah kerana masih punya rezeki menikmati SAYANG itu dari mereka - mereka yang di bumi perang yang diseksa, dibunuh kehilangan keluarga di hadapan mata. Derita itu berbekas dalam di dada. Kita di bumi mewah ini haruslah lebih cerdik akalnya bila ditimpa dugaan.

Kau mampu? Ya, aku percaya kau mampu kawan. :)






Wednesday, August 17, 2011

Picless wednesday : Blog Dan Penulisan







Blog dan Penulisan.


Setiap manusia dilahirkan berbeza - beza dari pelbagai aspek. Berapa ramai manusia dekat muka bumi ini dan wajahnya pasti ada sedikit lainnya. Lihat saja cap jari, tak sama walaupun kau lahir kembar 3,4 sekalipun. Kejadian manusia ini juga fitrahnya berlainan, termasuklah dengan pemikiran kita.

Pemikiran kita boleh dilihat dari pelbagai cara. Contoh untuk melihat cara manusia berfikir ialah ketika seseorang itu menyelesaikan masalah.
Aku cipta satu situasi :


Seorang lelaki muda terjumpa akan sebuah peti penuh berisi harta emas di dalam perjalanan pulang ke rumah



Ok, itu permasalahannya. Aku sediakan contoh kelakuan lelaki muda itu selepas itu :

1) Mengangkut semuanya pulang ke rumah
2) Mengambil sedikit sahaja, letak dalam kocek, dan pulang ke rumah
3) Buat tak tahu sahaja dan berlalu pulang seperti tidak nampak apa - apa.
4) Mengambil semuanya dan meletakkan di masjid terdekat
5) Membuat report polis


kau bayangkan diri kau sebagai lelaki itu. Apa jawapan kau?

-
-
-
-
-
-

Sudah?

Apa jawapannya? Pilihan pertama, kedua atau yang kelima?



Thursday, August 11, 2011

Si Peniaga Tua

wajah member gua semasa melepak





" Ouchh, kedai makan port biasa kita penuhla man! "





Aku pasrah akan 'keramaian' manusia pada malam ini. Macam ada hari keluarga dah aku tengok. Mungkin kerana kerajaan telah mengisytihar bonus pada pekerja - pekerja GOMEN lantas menyebabkan mereka dahulukan gaji dengan lepak minum dan menjamu selera bersama keluarga. Baguslah, sekali sekala keluar makan dengan keluarga tu sangat - sangat menyenangkan. Menguatkan tali ikatan kekeluargaanlah orang cakap. Bagi aku, dengan cara pergi makan luar ni lah, kita boleh berkomunikasi dengan seluruh ahli keluarga. Masa tu lah nak bergelak dengan anak - anak, dengan mak bapak, gurau - gurau manjalah gittewww..

Oleh kerana kedai favor aku dah penuh, aku bergeraklah ke kedai sebelah yang air dia tak berapa nak sedap tu. Teh dia pakai tak KAW dan tak kena dengan selera aku. Tapi nak buat macam mana kan, kebetulan keliling meja aku duduk tu ada 3 meja lain yang sarat dengan gadis - gadis melayu. Yang sopan ada, yang hot berskirt pun ada. Mata lelaki aku memang tak boleh nak elaklah kan dari TERpandang. Baca baik - baik, hanya TERpandang.


" Man, hujung minggu ni jom gerak JB jom shopping raya. Gaji gua kerja part time haritu dah keluar dah ni aku rasa. Jap lagi teman aku g bank check jap, boleh? "

" Sabtu maybe oklah, aku pun kebosanan dah ni. Gaji aku pun dah masuk keh keh keh. "


Sebatang rokok ku bakar. Begitu juga temanku. Setelah air sampai, baru bakar rokok, sambil minum air, sambil hembus asap memang best. Best sangat menempah maut agaknya, sisi baik hatiku memerliku. dem.


" hei Man, cuba ko tengok sebelah sana tu, nampak tak pakcik tua tu? "

" Yang mana ko ni? Aku nampak awek je kat sana tu. "

" Memang sialla ko ni, mata pervert betul. Yang sebelah sana tu, bukan yang situ." sambil jariku menuding.

" Owh, pakcik tu jual - jual buku agama, sticker - sticker doa, macam - macam lagilah! "

" Owh, ok "


Kami teruskan perbualan kami yang macam bagai itu. Dari asalnya bercerita gadis, ke kereta, ke makcik jual kuih kat bazar pakai kereta honda city, kemudian kepada kereta F1, disambung pula cerita Suci 2.5 dan diakhiri dengan membakar batang rokok kedua kerana tiada idea dah nak borak apa lagi. Sedikit penat maybe.



" Assalamualaikum, apa khabar? " sambil menghulur tangan kepadaku.

Owh, pakcik tadi datang ke meja kami. Sudah turn kami rupanya. Kami menjawab salamnya dengan senyuman paling menawan kami pernah bagi.

Pakcik itu mula membentangkan segala apa yang dia bawa kepada kami berdua. Man membelek - belek perhiasan berkalimah untuk digantung pada kereta. Lawa, pujinya. Aku juga tergoda.


" How much? " sambil mengangkat perhiasan itu. ( akuistilahkan sebagai perhiasan kerana aku tidak tahu menatang tu dipanggil apa yang gantung - gantung dekat cermin pandang belakang tu )

" Eight ringgit only " kata dia sambil tersenyum mengharap.

Aduh, aku memang tak tahan godaan bila orang jual - jual macam ni. Selalu saja aku tergoda. hati aku ini penuh taman agaknya.

" Ok, bos, saya ambil ini. Nah ni duitnya, " Kataku sambil menghulurkan not RM10 padanya.

" Eh, aku nak jugak dowh! " Man turut mengambil satu.

 " Thank you! Thank You! Hati kamu sangat baik. Baik. Terima kasih! " pakcik itu menghulurkan baki dan berlalu pergi meneruskan program sara hidupnya itu. Aku tersenyum sendiri.


--------------------------------------------------------------------------

kepala aku merewang seakan - akan litar ini..



Fikiran aku merewang jauh. Aku terbayang tiba - tiba akan perangai manusia yang melakukan apa sahaja untuk harta dunia. Dosa ditolak ketepi dan menipu menjadi ibadah buat mereka. Tipu orang sana sini dengan downlinelah apalah makan duit orang sana sini, lepas tu blah. Lagi dengan bisnes ala - ala skim cepat kaya, yang janjikan pulangan lumayan bagai. Aku tak fahamlah kenapa ada manusia terpelajar yang boleh terpengaruh dengan benda - benda macam tu.

Pada aku, simple je. Aku ada not RM10. Aku bagi kau not Rm10 itu dan aku mintak RM50 dari kau bulan depan. Agak - agak kau nak bagi ke?

Taik! tak adanya kau nak bagi aku RM50 tiba - tiba kan? Macam tulah aku rasa pasal skim cepat kaya. Duk rumah, goyang kaki tak ada usaha, tunggu duit masuk itu GILA. Tak ada usaha, macam mana nak dapat duit?  Sedangkan taukey skim cepat kaya pun berusaha nak tipu orang sebab dia nak kaya, ni korang boleh tertipu dengan dia tanpa apa - apa usaha. Lepas tu menangis tanah dah dijual, hutang 'along' bersepah dan lepas tu hidup susahlah kalau ada kaitan dengan along. Aku pernah terjebak dengan along dan serius memang sangat susah. Hidup tak tenang seharian. Fikir nak rompak 7E pun ada.


"Bro, ini bukan sistem piramid bro, ini sistem perniagaan bertingkat! Kita ada jawatan ni dan BLABLABLA............"


ya, lantak kau lah sistem apa kau nak guna, sebab yang aku selalu guna ialah sistem solar sahaja. Bangun pagi, ngadap cahaya matahari itu sangat - sangat mengayikkan. Lagi - lagi kalau di tepi pantai. Perggh, suasana angin lepas subuh tu sangat mengkhayalkan. Ok, dah lari dari tajuk.

Berbalik kepada perniagaan macam tu, macam mana boleh kaya? dengan cari downline. Ya, DOWNLINE. Dari downline, jadi linedown. Semuanya jadi down lepas tersedar akan penipuan yang berlaku. Konsep bisnes pada aku ialah trade antara sesuatu entiti dengan wang ringgit. Kalau barter antara entiti dan entiti, tapi zaman sekarang walau antara entiti dan entiti, tapi dinilaikan segalanya dalam nialai wang ringgit ataupun matawang lain dunia yang korang sukalah. Tetapi bila aku tengok member - member aku yang join menatang tu, mereka bukan sibuk berniaga, tapi mereka sibuk mencari DOWNLINE. Ya, mereka berniaga air liur, sijil entahapehape, broucher dan member sebelah sebagai bekap untuk memberi idea bila closing orang.

Itu bisnes apa? tak jual barang tapi cari downline. Aku tak dapat terima. Marahlah aku kalau nak kata kepala otak aku bangang dalam bisnes di dunia pancaroba ni. Maafkanlah sangat - sangat. Ini sekadar luahan hati aku.


LUAHAN HATI AKU SAHAJA


ok, itu disclaimer aku. Nak maki aku gak, silakan. HAHA



senyum aku lihat si tua yang menjual padaku tadi. Wajahnya bersih, senyuman sentiasa, tiada tipu, tiada muslihat. Aku gembira. Kalau si tua itu mampu mencari kerja yang suci dan halal menjual buku cara - cara solat, apa lagi alasan si muda yang menipu dalam mencari harta? Ah, aku sedih kadangnya.

Si tua itu menghadap lautan masyarakat berniaga dengan berjalan kaki mencari sesuap nasi yang halal. Aku bangga dengannya. Hatinya kuat menahan sakit bila orang memerlinya bila dia cuba mendekati orang ramai, tanpa ada marah di riak wajahnya.

Ah, panjang gila dah entry ni, tu lah bila aku dah meluah perasaan, boleh sampai novel jadinya.


*Sekali sekala tolong orang tua tu beli barang dia bagus gak lebih2 lagi bulan puasa ni ye dak? Dari beli rokok je atau buka kat McD. Ah, dunia dunia....

**Jangan sekali-kali taksub mencari harta, nanti kau ditipu, susah. gunakan akal kau!



Wednesday, August 10, 2011

Tekanan dan Kopi o



Teh tarik dan kopi o.


Keduanya sinonim dengan orang kita lebih - lebih lagi dengan pelepak tegar macam aku ni. Kalau sehari tak lepak dengan member - member macam ada yang tak kena je rasanya. Macam ada yang tak lengkap. Mungkin ianya sudah menjadi rutin seharian ku sejak dahulu lagi.


Pengenalan pun dah tamat. Pendek je kan?
Aku sebenarnya nak bercerita akan TEKANAN yang hari - hari kita dok maki hamun sana sini, marah sana - sini, bebel, dan menangis kerana tertekan pun ada. Yang paling teruk, sampai ketawa mengilai kerana tertekan. Gila kot kalau dah sampai tahap tu.

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak akan pernah lepas dari situasi tertekan atau lebih gemar kita panggil tension. Kadang nak dapat satu hari tanpa tekanan tu pun sebulan sekali je kan? Ikutlah pada jenis orang tu macam mana. Kadang ada orang tu, kita nampak dia happy macam tak ada masalah, tetapi silap, dia juga banyak masalah macam kita, cuma dia expert dalam mengawalnya.

------------------------------------------------------------------------


Tekanan dengan awek.
" Argghh, sial la perempuan ni! Aku cakap sedikit, merajuk! Aku marah sedikit merajuk! Tekanan sial aku! "

Dengan kereta.
" Aduhh, time ni lah dia nak buat hal. Asal start tak boleh hidup lak ni. Gua dah lambat ni, ada meeting lagi "

Dengan teddy bear.
" Awak memang kejam! sampai ati awak buat sayerww macam ni! awak ada perempuan lain! mencikk!!mencikk!! " anak patung dan handphone dibaling ke tepi katil sebagai tanda protes.

Dengan Maria Olawa.
" Bodohla kau ni, kenapalah aku nak tengok ko lagi bulan - bulan puasa ni! aishh, mencikk!! mencikk!! " kata lelaki gila ehemm itu yang tidak dapat menahan nafsu serakahnya di hadapan cik lappy kesayangan.


-------------------------------------------------------------------------

lu tekanan, gua suruh harimau ni makan kepala korang





Macam - macam benda yang boleh menekan perasaan kita tanpa kita sedar yang kita sedang tertekan. Itu belum fikir lagi yang putus cinta-sampai-mati-gilababi-sayang-dara-terlanjur semua tu. Sanggup nak bunuh diri terjun - terjun bangunan bagai, potong - potong nadi pun ada. Suruh potong bawang pun menangis - nangis, lagi nak potong nadi. Kebangangannya menjengkelkan.








" Tapi kalau dah tekanan nak buat macam mana bro? "


Yang bertanya ni pun kelenjar peluhnya tersumbat barangkali. Aku rasa tak perlu lagi tanya sebab ada sejuta cara nak releasekan kemarahan atau tekanan kita ni di jalan yang betul dan tak menyusahkan orang lain atau makbapak kita sendiri.

Ada agama?

Bagus, masa tekanan ni lah kita dating - datinglah dengan tikar sejadah, kenal balik hukum - hukum idgham, iqlab, ihfak semua tu. Kalau rasa tekanan sangat, pergi masjid berjemaah konfem hati tenang. Cari kitab yang lama ko tak bukak tu, alunkan lagu dia seindah kau mampu. Rasa nak bunuh orang pun dengan kuasaNya boleh hilang kalau kau ikhlas hendak hilangkannya keranaNya juga.


 " Tapi saya dah memang tak kenal agama dari kecik, tu saya nak bunuh diri! "


Ok, kalau macam tu sekalipun, ada banyak lagi cara nak hilangkan tekanan. Rileks. Korang mesti ada benda favorite kau buat kan? macam g makan ke, main bowling ke, apa ke, tryla keluar dengan kawan - kawan hilangkan tension. Kalau tak boleh hilang tension sekalipun, cukuplah korang ada masa untuk korang fikir INDAHNYA dunia ni kalau aku tak tension - tension macam ni.

Cuba cerita dengan kawan - kawan masalah, jangan pendam. Ada kawan baik, khabarkanlah masalah tu. Bila dah luah, mesti hati ada sedikit tenang punya. Lagi - lagi perempuan, sebab perempuan ni emosi dia sekali dah stabil, segala benda bodoh dia berani buat. Menakutkan kadang - kadang.


Aku tak ada mood nak bercerita panjang kali ni. Cukuplah sekadar geli - geli telinga baca. HAHA


Buat yang tekanan tu, cuba bawak bertenang, fikir relevannya sesuatu tu sebelum melakukan tindakan. Doa pada Pencipta kau supaya memberikan laluan yang betul pada hidup kau. Tak susah, semuanya tak perlukan Tuhan Manusia di dalam dompet kulit kau untuk kau bertenang. Modalnya cuma masa.

"Duduk, rileks dan berfikirlah. Kita ada akal sebagai senjata, hati sebagai pejuang dan Agama sebagai jalan perjuangan. Perjuangan yang paling besar ialah menempuh hidup kita seharian dalam menujuNya."
-Dr. HaikalBlank - 



*Dari tekanan tak sudah, baik lepak depan rumah aku. Aku buatkan air teh o atau kopi, kita minum sesama bincang apa problem. Korang boleh praktikkan dengan sesiapa untuk hilangkan tekanan ok!!


**Jangan bunuh diri, direct ke neraka tanpa hisab nanti kang. Korang nak?


***Gua tekanan dengan orang yang kaki mengkritik dari sudut satu hala. Dunia ni besar peniti jarum je ke? Taksub politik, bodoh.







Monday, August 8, 2011

Rakan - Rakan dalam Kehidupan


Kosong

Itulah keadaannya seawal kelahiran kita ke dunia yang penuh pancaroba ini. Kita dilahirkan di dalam keadaan yang suci tanpa dosa ibarat kain putih suci yang hanya menunggu masa untuk dicorakkan oleh dunia demi mencapai keredhaanNYA semata – mata.

Dalam proses pencorakan itu pasti ada pro dan kontranya kerana permasalahan dan kehidupan manusia itu tercipta dengan berbeda – beda. Tiada yang sempurna dan serupa. Masing – masing ada kisah masing – masing. Ada manusia yang berusaha mengejar akhirat, ada yang semata – mata dunia dan ada yang tidak kisah langsung akan dunia dan akhirat. Bermacam ragam bukan?

Environment sekeliling kita yang mencorak budaya kehidupan kita. Family mengambil tempat utama dan Rakan – rakan menjadi punca utama. Punca dan tempat itu aku asingkan pada dua entiti yang berbeza kerana padaku, family mencorak dasarnya, dan rakan – rakanlah yang merealisasikannya. Keluargalah yang menetapkan rakan jenis apa yang sesuai dengan kamu. Mereka yang bertanggungjawab mengawal kehidupan awal kamu.

environment memang mempengaruhi. huh!



Lain Cara Hidup, Lain Masalah


Berkait dengan kehidupan yang berbeza itulah, kita akan berhadapan dengan topik permasalahan yang berbeza. Kita ambil contoh masalah dihadapi si kaya dan si miskin, ianya berlainan bukan? Permasalahan si kaya sinonimnya dengan drama Seberang di televisyen. Masalah cinta tak kesampaian, perebutan harta, anak angkat dan sebagainya manakala permasalahan dari cerita si miskin selalunya tentang tak cukup makan, menjual diri demi menyara keluarga, menjadi gangster ( tribute to KL GANGSTER,2011 ) dan lain – lain lagi.

Itu masalah besar yang sering ditonjolkan di dalam drama, belum lagi masalah – masalah kecil yang juga sangat merunsingkan yang melanda kita seharian. Dengan tak cukup duit nak bayar hutang, kerja bertimbun, ada gaduh mulut dengan budak ofis lah, awek merajuk dan macam – macam lagi masalah yang sudah menjadi rutin seharian kita.


RAKAN Akrab.

Aku percaya kita semua pasti ada rakan baik di dalam kehidupan kita lebih – lebih lagi remaja yang belum berkahwin. Kepada dialah kita mengadu segala masalah tidak kiralah lelaki atau perempuan yang pastinya seorang rakan yang kita letakkan title ‘true sahabat’ kira kawan akrablah lebih kurang.

Dari mana munculnya rakan baik itu? Pastinya dari salah seorang rakan – rakan kita yang sebelumnya bukanlah baik sangat, tetapi kerana faktor masa dan sosial merapatkan hubungan sehingga menjadi rakan baik. Kebiasaannya rakan baik kita pastinya ada sedikit persamaan dengan kita tidak kiralah gaya pemikirannya, sosialnya, pakaiannya, taraf hidupnya, kerjanya dan macam – macam lagi genre kehidupan yang lain.





Fungsi RAKAN

Dari persamaan dalam salah satu gaya hidup kita seperti contoh kujelas di atas, aku klasifikasikan rakan itu amat mempengaruhi kehidupan kita. Jika ada masalah contohnya, sebelum bertanya siapa – siapa seperti kaunselor, atau siapa sahaja golongan professional untuk membantu, pasti saja kita bertanya dahulu kepada kawan baik kita akan pendapat dia akan masalah kita. Dan kita juga lebih mudah mempercayai nasihat dari rakan – rakan kita dan kadangkala kita menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan pengalaman rakan karib kita sendiri kan?

Itu normal, aku juga begitu.

Oleh kerana itulah ramai manusia simpulkan bahawa pengaruh rakan itu amat besar dalam mencorak hidup kita. Fungsinya seperti jiwa kita yang kedua atau bayang – bayang kita yang bergerak seiring dengan kita. Walau jasadnya jauh, tapi hati dan perwatakan masih ada persamaan. Rakan karib itu lebih dekat di hati kita dan pengaruhnya amat besar.


Nasihat Dari rakan

Oleh kerana pengaruhnya yang besar dalam kehidupan kita, nasihat dari seorang RAKAN inilah yang paling penting. Kalau nak mengharap nasihat orang alim, guru – guru, pendita – pendita, untuk orang yang hatinya dah kelam dan keras macam aku, memang susah. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tetapi bila sahabat baik yang menasihati kita, pemikiran kita lebih terbuka untuk mendengar dan sekaligus menghayatinya. Kerana kita ada sifat ‘percaya’ pada rakan karib kita. Kita nampak keikhlasan dia menasihati, tujuan dia menasihati. Kita rasa dia menasihati kerana dia sayangkan kita, bukan sekadar cerita lebat ataupun ada agenda lain.

Percaya itulah yang penting.



Bagaimana untuk mencari rakan yang sesuai?


SAMBUNGANNYA DI SINI.




Friday, July 29, 2011

Menjana Kepala Otak Untuk Revolusi

Aku tahu, dalam kehidupan kita seharian, pasti ada satu masa kita termenung fikirkan akan kehidupan kita. Masa tu lah kita fikir kahwin, berangan - berangan entah apa - apa dan aku yakin ada satu masa korang fikirkan akan apa tujuan korang dilahirkan dekat dunia ni.

Bila dah fikir tujuan tu, pasti akan teringat akan dosa - dosa yang seharian kita pernah lakukan sepanjang kita berada di muka bumi ini. Dah teringat dosa, kita bertanya sendiri pada hati kita,


" Bila masanya kita nak berubah? Apa sempat untuk aku bertaubat? Apa ada ruang untuk aku menjadi seorang Muslim yang teguh imannya? "


Pasti pernah bukan?


---------------------------------------------------------------------


Ok, itu satu petanda baik kerana itu antara tanda hati kita masih lembut dan insyaALLAH ada lagi sisa iman dalam diri kita walau sebesar zarah sekalipun.


Hidup akhir zaman ini memang penuh dugaan dan cabaran. Maksiat, dosa, bersepah sana sini. Ya, teknologi berkembang selalu dipersalahkan walhal tanya dada sendiri, salah siapa, kita akan mengangguk sendiri setuju ia salah kita sepenuhnya. Itu normal.


Hari ini kita sedar, tetapi esok? Kita semua lupa apa yang kita insafkan dalam 5 minit malam tadi. Semuanya kerana kita telah dikawal. Kita telah dikawal oleh orientalis - orientalis yang sudah berabad lamanya merancang agenda mereka. Agenda apa?


 " SEKULARISME "


Sekularisme adalah pengasingan sesuatu entiti atau kerajaan dengan agama. Itu maknanya yang aku tahu. Mungkin aku silap, korang carilah makna yang paling tepat tapi aku rasa lebih kurang tu la sebab aku sendiri mengaku aku tidak begitu hebat akan istilah - istilah bombastik sebegini.


Setiap inci kehidupan kita telah disuapkan dengan unsur sekularisme ini sejak kita kecil lagi. Dari kartun sejak kita kecil dulu, semuanya mengasingkan agama dari kehidupan secara halus tanpa kita sedari. Dipesongkan kita dengan unsur - unsur mistik, kuasa - kuasa ajaib, unsur Romantis dalam percintaan, hubungan anak - anak dengan ibu bapa, cinta remaja dan macam - macam lagi.


Nampak tak kesannya?


Kita tidak perasan akan pengasingan agama itu! Contoh mudah, kita bertepuk tangan, bersalaman dengan yang bukan muhrim berlainan jantina. Kita rasakan semua itu sudah normal dan tiada apa salah. Kita lihat kepada etika dalam makan beradab, kita menyuap daging dengan tangan kiri kerana diajar garfu di kiri dan pisau di kanan! Ok, alasan gua tak kukuh, jom tampar aku. Lantaklah.


------------------------------------------------------------


Oleh kerana unsur - unsur ini, aku dan rakan - rakan berkolaborasi dalam penghasilan satu blog yang mana ikhlas dalam penyaluran ideologi, fakta, kritikan, info (samalah kan dengan fakta), dan pelbagai lagilah senang cakap tentang pemikiran dan pendapat kami akan isu Sekular dalam kehidupan kita seharian.


Jangan gusar, kami tidak mendapat apa - apa keuntungan kerana blog ini ikhlas untuk kita semua. Tiada sebarang iklan diletakkan demi mengikhlaskan hati kami berkongsi apa sahaja yang kami tahu dengan korang semua.


Korang rasa ada sedikit teruja kan nak tahu apa menatang yang kami hasilkan?


Luangkan masa korang untuk membaca muntahan pendapat kami di blog :







Ya, ini sebuah promosi kecil - kecilan aku untuk kamu.

Ini penulis terkini blog Memadam Komplikasi ini :


Kucing Serius
                     Muslimah Optimis
Syabab Berhati Mulia
                                 Mejuez
MuazSyamil






Kami juga mengusahakan satu group GENERASI PENCETUS REVOLUSI yang boleh korang join dalam berborak kosong yang tidak terlalu kosong kerana sebarang masalah remaja boleh dibincangkan dalam nada Berkawan - kawan. Ala, kami juga orang biasa seperti kamu yang lemah dan perlukan tunjuk ajar kamu semua. Yang ada ilmu, boleh kongsi bersama. Yang ada karya - karya bermanfaat di blog atau apa, boleh kongsikan. Kemungkinan juga akan ada isu setiap masa yang kami akan timbulkan untuk renungan kita bersama. Amacam?


Takkan masa terluang berjiwang dengan kekasih ada, baca blog ni kejap pun tak ada ye tak? Kitorang bagi entry senang hadam punya.

*err...taknak support ke? HEHE tanda sokongan usaha kami bro!

Wednesday, July 27, 2011

Magis Dalam Maaf

MAAF.


Ucapan ringkas dua suku kata yang lembut bunyinya bila disebut. Tiada perlu dengung atau ditekan ketika mentuturkannya. Bacaannya jelas dan efeknya melembutkan hati bagi sesiapa yang kita tuturkan padanya.

Padaku, perkataan itu seakan ada kuasa tersendiri padanya kerana ia mampu mengubah emosi seseorang menjadi sopan, lembut, senang cakap positif walhal kita tahu bukan mudah untuk kita mempengaruhi emosi seseorang kearah sesuatu yang positif.


Penting ke ucapan MAAF ini?


Persoalan ini agak tidak relevan kerana aku yakin ramai manusia tahu dan sedar akan kepentingan maaf ini. Kadang kita sendiri mengharap ada ucapan maaf dari seseorang yang mungkin kita ada sedikit marah, geram, benci, 'ta shukee' dan pelbagai sebab lagi. Maaf, sesuatu yang sinonim sebagai manusia kerana kita semua semestinya tidak pernah lepas dari membuat kesilapan atas asbab kelemahan kita sendiri.




Iklan. saje promote header gua buat untuk MEMADAM KOMPLIKASI




-----------------------------------------------------------------


Ada satu persoalan tentang MAAF yang aku terima di formspring.

" Perlu ke kita meminta maaf kat someone tu even kita tahu yang kita tidak bersalah? "


Pada aku, ianya mengikut situasi. Kita lihat sejauh mana kesalahan yang dimaksudkan. If kesalahan tu besar gila sampai boleh buat bunuh - bunuh atau dimaki hamun seumur hidup seperti merogol atau mencuri, janganlah tiba - tiba kau mintak maaf macam kau yang bersalah! Cukuplah sekadar kau memohon maaf kalau ada menyakitkan hati ke apa, tapi tegaskan dan bela diri kau buktikan kau tak bersalah. If masalah yang dia tuduh atau katakan itu tergolong dalam group kesalahan besar.

Tapi, jika sekadar kesalahan kecil seperti ketidakpuashatian tentang isu - isu seperti poyo, ketawa kuat, kurang ajar, terlanggar bahu, dengkur ketika tidur dengan kuat, lambat pulangkan novel ataupun kita tak sengaja terkacau kekasih seseorang, dan lain - lain lagi Prob kecikla kan, better kita mintak maaf jela dari nak bergaduh, bertekak, bertikam lidah bagai.

Bukan apa, kalau dua - dua tidak mahu mengalah, masing - masing bertikam lidah dan tiada siapa tahu mana yang betul, masing - masing tunjuk sana sini, pelbagai sebab dibuka, cerita lama semua habis diungkit, dan akhirnya, ego menguasai diri dan tidak bertegur sapa menjadi kesudahan. Marah, Dendam menjadi pedoman. Yang bersahabat juga boleh putus. Perkara sebegini kita boleh ibaratkan seperti api. Apabila kedua - dua pihak menjadi api, marah sana sini, apa akan padam api itu? Semakin marak adalah! Kemarahan akan memuncak selagi tiada satu pihak yang cuba memadamkan api tersebut.

Bagaimana cara memadamkannya?

Itulah pentingnya DAMAI. Selagi tiada satu pihak yang mengusulkan damai di antara pihak - pihak yang bertelagah, segalanya akan berterusan terbakar dalam lautan nafsu amarah masing - masing.

Damai, bagaimana caranya?

Ketika itulah aku perlunya usulan MAAF di dalam pertelingkahan itu. Perkataan magis itulah yang menjadi senjata utama yang bertindak sebagai pendamai.

" Dahla Mat, aku mintak maaflah kalau aku ada buat kau sakit hati. Aku tak sengaja Mat, serius. Dahla, aku dengan kau pun kawan dah lama, takkan kita nak terus bertelingkah kan. Aku rasa tak sedap hatilah macam ni. Aku mintak maaf ok. "

Mudah bukan? Tapi yang nampak mudah itu akan menjadi susah kalau kita sedang dikawal oleh emosi nafsu kita walhal itulah jalan terbaik dan mudah yang boleh menyelesaikan 1001 sengketa.

Kau setuju bukan? Ouch, i know that.



-------------------------------------------------------------------


Maaf itu seperti kunci kepada masalah ego kita. Dengan maaf, aku percaya kita akan dapat menguasai masalah - masalah yang berpunca dari ego yang ada dalam diri kita.


Seorang yang pemaaf ialah mereka yang selalu meminta maaf dan dimaafkan. It is conserved. The more you give, more you get. Dunia ini adil kerana DIA yang mencipta, bukan kita. Lihat saja orang - orang baik atau alim yang pernah kamu kenal selama kamu hidup, katakanlah mereka terlanggar bahu kamu atau terpijak kasut kamu sebagai contoh. Agak - agak kamu akan memarahi mereka atau tidak? Kamu sanggup memarahi seorang yang pada kamu amat baik?

Tidak? kenapa?

Kerana jika kamu membuat sebarang kesilapan pada mereka, mereka akan mudah memaafkan kamu. Dan seperti itulah orang lain akan mudah memaafi mereka jika ada kesilapan. Mulutnya tidak lokek memohon maaf walau kita tiada melihat apa - apa salah yang mereka buat. Bukan apa, mereka cuma risau sekiranya mengguris hati sesiapa.


Dunia adil bukan?


Perkataan maaf itu bukan hanya di bibir, tapi seluruh jiwa boleh terkena getarannya. Ianya seperti MAGIS padaku. Ianya mampu mengubah sesuatu dari negatif ke positif secara tiba - tiba.



*Masa korang merajuk dengan kekasih, korang bisinglah, itulah, inilah. Sekali dia call pujuk lepas tu, apa korang rasa? hehe.

Monday, July 25, 2011

KRITIKAKI

Kritikaki.

Kritik + Kaki memang sinonim di dalam kehidupan kita. Apabila ada pihak yang mengkritik, pihak yang dikritik akan mengangkat kaki menendang si pengkritik dengan disokong konco - konco suapan 'nama' yang diharapkan. Tak menuju kepada siapa - siapa. Ingat, tiada kaitan antara dia, dia dan dia. Hanya aku.


Pro dan kontra. itu sudah pasti. Segala yang ada pasti ada baik dan buruknya.


 KRITIK

Golongan pengkritik ini sentiasa ada di sekeliling kita. Dari keluarga, rakan - rakan karib, rakan sekelas, jiran tetangga, budak sekolah tadika, budak kelab kereta dan pelbagai lagi sumber si pengkritik ini boleh memunculkan diri.

Pengkritik biasanya mengkritik kita atas beberapa sebab :

1) Kerana dia merasakan ada kesilapan pada kita dan niat menegur.
2) Kerana dia merasakan dia perfect dan ma'sum, tiada dosa.
3) Kerana itu HOBI.
4) Kerana dia kaki bebel. ( Orang bebel ni bila dah tak ada point, ngumpat lah jawabnya )
5) Kerana dia GILA
6) Kerana dia poyo bujet hebat nak mampus.

Sebab musabab yang boleh aku terima hanya yang pertama sahaja dan sebab - sebab yang lain adalah setaraf anjing di tepian jalan.


aku search gambar anjing, tapi keluar muka dia ni. Kenapa ye?


------------------------------------------------------------------



Mengkritik perlulah ikhlas walau apa cara pun. Ada yang menggunakan cara halus iaitu menggunakan ayat - ayat perli secara mendalam dalam senyuman terukir di bibir. Ouhh, so sweet kalau tengok muka dia. Tapi ayat memerli dalam sedar tak sedar.

" Hei mat, lawa juga sport rim baru kereta kau ni. Sesuailah dengan selipar jamban kau "

Ada yang mengkritik dengan gaya badan dan mimik muka sahaja. Fuh, mulut tertutup rapat tetapi kalau melihat cara dia juihkan bibir atau mengherotkan pipi, kita semua boleh jangka yang dia sedang mengkritik sesuatu.

" WUT??? " Sambil mengherotkan muka.

Kritik secara jahannam juga ada. Mengherdik dengan cacian dan makian sakit bontot, menjerit dengan lagak syaitan dan mengeluarkan isyarat - isyarat lucah dengan tangan, kaki dan ada juga dengan membuka seluar. Oh, pelik sungguh kritikan sebegitu ya.

" Bo*** punya betina! Kau rampas pakwe aku! Sial! Pu*imak! Bab* Hanjengg!! *^(*)*%&^&&&%.....(7 page kertas kajang) "



----------------------------------------------------------------


habis pun intro entry ni. Aku niat nak buat entry pendek je. Sekali Intro dia meleret panjanglah pula.


Kembali ke tajuk KRITIK. Perlu ke kita mengkritik?

Semestinya perlu! Kerana kritikan itu sebagai pembuka kepala otak untuk kita maju dan terus maju. Andaikan kita mahu mencipta resipi asam pedas yang tersedap di dunia. Macam mana kita mahu pastikan asam pedas kita itu terbaik di Malaysia?

Pasti sahaja dari kritikan orang yang merasa masakan kita! Kerana tanpa kritikan, kita tidak mampu mengetahui di mana lemahnya sesuatu itu, di mana kurangnya dalam apa yang kita lakukan itu.


Nampak atau tidak relevannya KRITIKAN?


Cuma pada masa sekarang ini, orang ramai menyalahgunakan kebolehan mengkritik masing - masing. Ramai lupa diri bila diberi nikmat di dalam dunia ini. Kita banyak kali mengkritik sesuatu yang mana kita tidak perlu. Kita mengkritik tanpa hala tuju yang positif. Kita merendahkan seseorang itu tanpa berfikir panjang.

Ya, memang kita mengkritik akan kesalahan dia dan dia tetapi perlulah kena pada caranya. Jangan main terjah sahaja. Kaji dahulu kenapa kesalahan itu dibuat. Kaji dahulu apa puncanya, baru boleh bersuara lantang. Jangan ingat semua manusia dugaannya sama. Lain orang, lain caranya untuk dinasihati.


Dalam menasihati, aku cuba untuk berhemah dan pertimbangkan segala aspek kehidupan manusia. Cuba memahami walau selalu juga salah mentafsir tapi aku percaya selagi usaha itu ada, pasti ada jalannya.


Bagi pihak yang dikritik pula, anggap sahaja kritikan itu sebagai satu MASALAH yang memberikan kita satu tolakan untuk terus maju ke hadapan. Baca entry tu sampai habis, boleh membantu. :D


Jai menghadapi masalah. Dia pun baca entry aku. HAHA



Tiada apa lagi, Assalamualaikum.

Masalah itu Problem.



Masalah.

Masalah yang muncul pada setiap manusia memang berlainan tetapi ianya jika dilihat dari luar, ianya tidak lari dari kehidupan kita dan hampir sama masalahnya sebenarnya. Akhlak, akidah, duit, cinta, pelajaran dan pelbagai lagi topik - topik masalah yang selalu melanda akal pemikiran manusia.


Aku juga sering ada masalah. Hanya orang gila sahaja padaku yang tidak mempunyai masalah kata orang, tapi bagiku mereka punyai masalah yang lagi besar dari orang seperti kita, sebab itu mereka gila. Kasihan tapi itulah ketentuan.


Sperti kebiasaannya, kebanyakan benda yang wujud di dunia ini ada pro dan kontranya. Ada yang baik dan ada yang buruk.


-----------------------------------------------------------------


Ketika kita dilahirkan, di situlah permulaan permasalahan kita. Kita dilahirkan untuk mempunyai masalah. Bukan sebagai beban sebenarnya, tetapi kerana some kind of learning process.

Kenapa?

Kerana permasalahan itu timbul kerana kekurangan keupayaan kita dalam sesuatu. Kita kembali semasa kita kecil, sewaktu kita ingin belajar berjalan. Apa masalahnya?

1) Kita ingin bergerak ke suatu tempat lain yang kita lihat di hadapan mata kita
2) Kita ingin mencapai sesuatu
3) Kita ingin pergi ke arah botol susu
4) Kita ingin pergi ke arah ibu/ayah kita

Masalahnya timbul apabila keupayaan kita kosong untuk bergerak. Bagaimana? Otak kita ligat berputar ketika itu. Kita cuba selesaikan dengan berguling dahulu di atas tilam mencapai botol susu. Kemudiannya kita belajar secara natural untuk merangkak. Owh, badan kita sudah belajar yang kaki amat penting untuk bergerak. Kita merangkak ke sana ke mari ke dalam rumah. Tetapi apabila di luar rumah? Kita tidak boleh untuk merangkak! Itu permasalahan yang timbul selepas itu. Badan dan otak kita bekerjasama dengan bimbingan ibu bapa seiring dengan umur yang meningkat memberi sokongan kepada tulang kaki agar kita boleh berjalan.

Nampak atau tidak kepentingan masalah di situ? Masalah itu timbul sebagai penggerak kepada akal dan keseluruhan tubuh badan kita dengan cara kita absorb permasalahan itu dalam nada positif.


----------------------------------------------------------------------

muka - muka bermasalah. Haha



Kita kembali kepada kehidupan kita sekarang.

Remaja sekarang ni pada umur baya - baya aku dalam 17-18 (perasan muda) kalau bermasam muka, sedih, menggelabah tak tenteram, serba tak kena, kebanyakannya mesti sedang menghadapi masalah percintaan. Lihat saja post aku yang top view, mesti pasal percintaan. Pembaca yang baca blog aku pun di kalangan remaja sahaja kerana aku tahulah, hampir tak mungkin orang berusia nak layan blog budak - budak hingusan macam aku ni.

Dalam bercinta ni, kalau tak ada masalah mesti tak sah. Kenapa?

Pada aku, ianya simple. Masalah yang menyebabkan kita nangis, sedih bagai itu wujud kerana semata - mata hendak mendidik kita agar lebih kenal apa yang terbaik untuk kita. Kita ambil contoh akan putar belit lelaki buaya. Cuba kalau kita tidak pernah berkenalan dengan lelaki buaya, apa kita kenal ciri - cirinya? Syukurlah kalau kita pernah menghadapinya kerana kita ada some sort of experiences facing all of that. It is just some ind of learning process. Pembelajaran dari pengalaman itulah yang paling penting kerana pengalamanlah yang mendewasakan pemikiran kita. Buku teks dan blog tak mampu menyainginya.


Oleh itu, kalau bermasalah dalam bercinta tu, rileks. Jangan komplekskan benda yang dah memang kompleks. Macam bila tali tersimpul, jangan main tarik hentam kromo menggelabah je. Bertenang, dan cari puncanya. Longgarkan satu demi satu dan aku pasti simpulan itu akan lebih mudah dileraikan.


----------------------------------------------------------------


Cukuplah pasal cinta. Sengaja aku letak topik cinta sebab itu yang mampu buat orang baca dengan tekun. Biasalah, topik cinta ni kan macam pelaris di dalam dunia blog. Tak gitu?


Perkara yang boleh dilakukan apabila mendapat masalah :

1) Kaji puncanya.
2) Cari salah kita
3) Cuba baiki apa yang kurang
4) Rancang untuk kebahagiaan hari esok
5) Jangan ulangi kesilapan. Tanam dalam diri elok - elok.
5) Jangan lupa, doa adalah senjata utama. Itu yang terpenting.


-

-

-

-

Berfikir sejenak. Apa mungkin ada manusia tidak punya masalah?

TIADA


Kebenarannya....

Semua orang ada masalah masing - masing. Senang kata, semuanya berpunca dari mind set kita. Kita jangan kala apabila menerima dugaan! Tabahkan hati, teguhkan iman, kuatkan kaki terus berjalan. Jangan pandang dari sudut negatif sahaja, cuba pandang dari sudut positif dan cuba selesaikan dengan tenang. Ambil kira semua pendapat orang yang boleh kita percayai dan jangan mudah melenting. Apa orang nasihat, dengar dan ambil yang baik. Aku tahu kau mampu selesaikan segalanya. Kau hebat bukan? :)


" Orang yang kuat bukan orang yang berada di puncak tetapi ialah mereka yang mampu bangun kembali walau seribu kali mengalami kegagalan "

Friday, July 22, 2011

Couple VS Best friend

Couple of Lovers

Aku terfikir akan Bercinta Antara Lelaki Dan Perempuan dalam nada yang normal dan bukannya tentang gay, lesbo mahupun biseksual lovers.



sweet gilalah kononnya tu. HAHA


Ada banyak kes masalah cinta tak kesampaian. Ada macam - macam jenis masalah yang boleh kita dengar dari mereka. Ada yang putus pasal curang, pasal gaduh sana - sini, mengongkong secara melampau, mengangkang dan ditinggalkan, ada orang ketiga bahkan ada juga sampai orang keLIMA dan macam - macam lagi hal rumahtangga mainan di dalam cinta remaja ni.

Nampak tak relevan cinta masa kini?

Semakin rapuh, semakin less in romantic dan semakin mengarut. They put Love as a toy to play with and surely as a ball to kick whenever they feel so. Bercinta sekarang semakin senang, modal pun makin sedikit. Setakat pakai 10 SMS, dah boleh dapatkan hati seorang awek dan bila cukup bulan, cinta itu tamat. Sekarang ni pun, dah ramai Meleis yang bercinta satu malam. Ala, kira bercinta dengan padat dalam satu malamla. Ops, tiada kaitan dengan ZineSatuMalam ok (promo). Ianya dua benda berbeza.


----------------------------------------------------------------


Beberapa alasan orang - orang bercinta ni tentang kenapa mereka bercinta :

" Saya nak rasa disayangi oleh dia. Sebab tu lah saya declair kapel dengan dia "

" Saya takut kehilangan dia. Sebab tu lah saya declair kapel dengan dia "

" Saya perlukan dia sentiasa di sisi saya. Sebab tu lah saya declair kapel dengan dia. "

Dan seribusatu alasan lain yang boleh kita dengar dan mungkin yang korang sendiri boleh tambah berdasarkan pengalaman korang sendiri.



-----------------------------------------------------------------

Kita singkap kembali dari sudut luar, kita renung kembali :

Bila bercinta, kita pasti ada perjanjian atau perlakuan 'declair' sebagai kapel dalam bahasa rojaknya. Apa relevennya perjanjian percintaan itu diucapkan? Aku cuba memahami akan kepentingan declaration couple itu. Sweet ke? Ok, aku try menyenaraikan kenapa declaration COUPLE itu perlu dibuat dari sudut pandangan orang bercinta.

1) Sebagai tanda yang kita menyayangi dia
2) Sebagai tanda yang kita mahu menjaga dia dan tidak mahu dia diganggu orang lain
3) Sebagai simbol (asyik tanda je, bosan) kepada kesediaan kita untuk setia menyayangi si dia
4) Sebagai simbol yang kita tidak lagi menoleh kepada orang lain sebagai calon suami/isteri
5) Sebagai tanda dia itu bakal suami/isteri pilihan kita.
6) ........................Macam biasa, korang senaraikan sendiri.


Wahh, sweetnya bila baca. menggelegak testeoron dalam badan aku bila menghayati sebab - sebab kenapa kita perlu meletakkan title AWEK dan PAKWE pada seseorang atau lebih tepatnya mengikut kamus remaja ialah istilah COUPLE dirasmikan pada tarikh - tarikh yang akan diingati dan disambut pada setiap tahun dengan penuh romantislah kononnya.


Perlu ke semua tu?


Sejujurnya cinta ni perlu ada something mystery about it. Jangan ada declaration itu mungkin lebih baik. Cukuplah sekadar bersahabat atau berkawan tetapi menyimpan perasaan di dalam diri dalam nada terkawal. Bermacam - macam cara kita boleh tunjukkan kasih sayang kita tanpa berpegangan tangan berjalan di bandar sambil menadah kutukan/ngumpatan makcik - makcik kampung yang dok hangat bergosip pasal anak jiran walhal anaknya pun sama.

Aku rasa lebih elok declair sebagai kawan baik dan terus direct menyatakan hasrat untuk menjadikan sesorang itu sebagai isteri. Err...untuk kaum hawa, tak perlulah declair nak jadikan seseorang itu menjadi suami kerana kalau korang cakap pun, terpulang pada lelaki tu untuk meminang kamu tetapi tak salah kalau menyatakan hasrat untuk menjadi isteri kalau dia sudi.


Selepas itu?


Teruskan dalam nada dan pergaulan sebagai kawan baik!

Paling kurang, tak adalah kita nak berpegangan tangan bagai masa keluar bersama. Kan nampak sopanlah sedikit dari bersiputan je sambil mengelilingi Mall - mall yang dikunjungi.

Kalau dilihat dari perbualan pun, tiadalah sayang - sayang bagai. Cukuplah sekadar penggunaan kau-aku. Hendak cantik sedikit, gunalah saya-awak. Kalau dah tak tahan nak romantik macam omputih, boleh pakai i-u. Nada perbualan juga tidaklah menjadi maksiat kerana kuranglah sedikit cerita berangan - berangan, biasalah kan, aku rasa korang tahu apa topik perbualan semasa bercinta ni. Segala indah semua keluar sampai berangan nak namakan anaklah apalah kan. Err..mungkin aku je kot yang berborak sampai benda tu, korang tak ada kot. Korang kan baik dan sopan semuanya. Amiiin....

Bila malam, sebelum tidur, perlulah bertukar pakaian. Yang perempuan dengan baju pinknya atau biru cair berbunga - bunga kecil atau pun kartun - kartun. Ada juga yang memakai singlet dan boxer, tapi kalau lelaki senang je dress nak tidur. Tanggalkan segala yang ada kecuali boxer. Tarik bantal dan selimut, lelaplah dia. Masa sebelum tidur tu, akal merewang ke pelbagai sudut. Berangan! Berangan tentang awek, teringat kenangan ketika datinglah bagai. Kalau dapat awek badan mantap, mulalah berimaginasi bukan - bukan dan ketawa sendiri. Kan dah buat maksiat akal pula tu.

Cuba kalau setakat declair sebagai KAWAN BAIK. Aku rasa lebih senang untuk kita mengelak dari membuat dosa - dosa kering seperti di atas. Ala, orang cakap dosa dah banyak ni, baik teruskan je, sama je. What The Fuck ialah jawapannya. Kita kalau dah sedar kita ni dah banyak dosa, cubalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Walau perubahan itu kecil, tapi selagi kita Istiqamah dan ikhlas untuk berubah, ia dipandang tinggi kerana pada akhir zaman ini, fitnah manusia itulah benda paling menakutkan. Kalau ada berubah walau kecil tu, nasihatku, teruskanlah. Pasti ada hikmahnya. Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya. Jangan kita memasuki golongan orang - orang yang rugi.


Ini sekadar cadangan atau lebih stylonya aku sebut pendapat dari hati aku. Aku sekarang sedang cuba menghasut rakan - rakan aku untuk bercinta dengan teknik ini. Ianya nampak bangang dan membosankan tetapi pada aku, ianya lebih sweet kerana dengan bercinta sebegini, ia lebih memerlukan kepercayaan yang tinggi sesama pasangan dan ianya lebih romantis. Kalau dah percaya antara pasangan, romantis itu akan datang sendiri. Bila berjumpa tu, perasaan menjadi lebih tenang dan terhindar dari fikiran kotor.

Keistimewaan dari kaca mata setan?

Korang boleh lagi jeling - jeling awek lain kerana tak ada declair apa - apa. Tapi sampai bila kau nak memain macam tu? Nanti lu dapat bini atau laki yang memang kaki suka mencari lain, baru kau tahu sakitnya. Kalau Tuhan nak bayar balik, cash je dia bagi. Kau buat, esok kau kena. Apa kau nak cakap?









*Entry ini ialah luahan hati. Kalau tak faham tu, maafkan aku. HAHA


Dah suka, tanak tekan LIKE ke? HAHA