Pages

Sunday, July 3, 2011

BLOG Dan REALITI ( dua )

Sambungan dari entry di bawah entry ini semalam.



Blog ISU SEMASA


Blog seperti ini memang kadang aku berminat, kadang tidak. Sebenarnya terpulang kepada isunya apa, jika ku rasa menarik, ku baca habis, jika tidak, separuh jela baca dan keluar. Aku tidak akan mengomen pada entry yang aku tidak baca habis kerana aku juga pernah ketawa berguling - guling gamaknya setelah yang mengomen tertipu dengan entry aku. Itulah, tak baca habis kan, memang jadi bahan lawak jela.


Berbalik kepada isu yang diketengahkan, kadang - kadang ia termasuk dalam jenis blog KRITIKAN dan adakalanya jenis KELUH KESAH HIDUP, tapi aku lebih tertumpu kepada yang FAKTA dalam tajuk isu semasa yang aku maksudkan. Blog ini akan memberikan pendapat dan pandangan dari dia dan sesiapa di sekeliling dia untuk menyedarkan dan memberitahu segala isu semasa yang penulis cuba ketengahkan. Kadang dari ruangan komen dia update entry dia berdasarkan apa sahaja ilmu yang boleh diterima pakai dari pengomen.


Senang cakap blog macam ni dah macam baca harian metro dan harakahla senang cakap. Penuh cerita - cerita politik, sukan, kemalangan, kecurian tiub motor, bank dimasuki biawak dan pelbagai lagi cerita - cerita hangat yang kadangkala memusykilkan kita sendiri akan kesahihannya. Lantaklah, pada aku blog ni sekadar membuka minda tentang apa berlaku sekeliling dan terus terang, aku ni bukan jenis cepat percaya berita dan cerita yang tanpa pengesahan ni. Orang bodoh je yang cepat melatah bila membaca sesuatu.

Nama pun INTERNET kan? Bukan kitab pun. Dalam dunia ni, si skema boleh jadi gangster sekelip mata. Tak gitu? hehe

ISU KITA PADA HARI INI : hapa benda ni? Bincangkan.



Blog PECAH PERUT


Yang ni betul - betul meditasi otak. Bila tension, blog - blog yang macam ni yang kita tuju. Kadang blog macam ni bukan lawak kerana cerita lawaknya tetapi datang dari cara penulisan. Aku baca The Other Khairul tu pun aku ketawa berdekah - dekah. Baca cerita YuYu Zulaikha pun aku ketawa kadangnya. Err...kalau ada kesilapan boleh tegur sekarang juga. Gurau.

Teknik penulis bercerita tu sangat - sangat memainkan peranan dalam minda pembaca. Teknik penceritaan yang kelakar yang disampaikan itulah yang aku maksudkan. Ianya datang dari pengalaman dan bakat. Tidak semua orang boleh melawak melalui entry mereka. Tidak semua mampu melakukannya. AKu agak respect pada mereka - mereka yang berkenaan kerana aku sendiri cuba melawak tetapi endingnya hanya seperti ANIR Maharaja Gelak yang desperate membuat orang ketawa.


Ada juga blog mengkritik yang disampaikan dalam nada lawak. Punyalah pelik cerita kadangnya tetapi secara halus, dia mengkritik sesuatu isu itu. Kadang isu buang sampah merata pun dijadikan cerita lawak tetapi ADA MAKNA pada akhirnya setelah menghayati. Blog sebegini juga membuatkan minda kita cerdas dengan berfikir akan moralnya dan  bukan hanya duduk depan laptop, ketawa dan bergayut dengan awek sambil mengunyah 'super ring'.


gua gelak sampai terangkat - angkat bila baca blog gua sendiri.




Blog BEBAS.


Blog ni berat kepada blog ISU SEMASA dan KISAH HIDUP kerana biasanya entrynya bergantung kepada isu yang hangat dibicarakan manusia sejagat. Blogger sebegini sangatlah ramai. Pada pagi kisahnya bangun pagi menggosok gigi dengan Kodomo Lion dan malamnya Tidur di atas tilam vono di asrama. Di antaranya diselitkan cerita - cerita hangat tidak kiralah SUCI 2.0 atau isu isu - isu sebagai seorang blooger. Blog sebegini biasanya setiap entrynya berlainan pembaca. Yang suka baca kisah hidup akan baca entry jenis itu sahaja dan entry tentang teknologi akan dilihat pada gambarnya sahaja dan begitulah sebaliknya.

Blog sebegini ialah sangat sesuai untuk mengundang traffic untuk kebahagiaan masa depan seorang blogger itu. Nuffmang juga akan seronok melihat iklan mereka ditonton berjuta - juta pembaca blog yang lain. Sarananku, buatlah blog sebegini jika hendak untung kerana pembacanya ramai. Kau boleh sentiasa menimbulkan isu - isu semasa yang hangat untuk dibaca, kau boleh mengherdik orang lain, kau boleh cerita akan awek kau yang cun dan macam - macam lagi situasi kehidupan yang kau boleh paparkan.

multitasking orang cakap. Sangat bagus. Aku suka sekali.

Kelebihan lain blog ini?


Biasanya amat pantas update. Sehari boleh sampai berbelas update dengan selamba. Kira dalam bloglist orang lain, dia boleh ada di atas pada setiap masa. Kan untung tu dari segi strategi mendapatkan UV. keh3..

Pantas hapdate bhai. puasla lu baca. :D




Blog SAMPAH SARAP.


Tiada definisi tepat untuk blog sampah sarap ini.

Bukan juga blog 'u follow i, u paksa - paksa i follow u'


Blog ini senang cakap ialah blog yang kita benci.

Kalau kau benci blog yang tayang muka cun di sekeliling blog, makanya blog yang sedemikian kau anggap sampah. Kalau kau benci blog yang tayang badan ketak - ketak, makanya kau cop blog itu blog sampah. Kalau dah macam blog aku ni, aku sendiri tak tahulah sampah ke apa. Pageview cecah 40 tu kira oklah kan, adalah jugak pembaca walau tak sengaja terbukak, tak adalah sampah sangat kan? HAHA

Biasanya blog sampah ini terdiri dari blog yang menghina dan mencerca tanpa point. Mereka mengutuk bukan untuk membetulkan, tetapi menjatuhkan. Kritik tetapi tiada diberi jalan penyelesaian, kan bangang tu. Awalnya mengutuk bujet ingin menolong, tetapi hanya kata - kata kesat yang difahami oleh manusia lain. Mungkin hanya monyet memahami erti MENASIHATI agaknya. Entahla kan.


Korang ada blog yang korang benci? Masing - masing ada citarasa masing - masing. Tak salah membenci, cuma jangan menghina. Senang je kan.

# Aku benci blog yang suka buat event mengarut dekat FB. HAHA


jangan kutuk2 blog orang, tak baik. baling terus sisa ayam ni lagi cool kot. hehe


Aku dah penatlah nak cerita tentang ni. Korang tokok tambahlah sendiri ya sayang...~

26 comments:

nishiyanisha said...

haku masuk golongan mana? blogger samapah? HAHA!

haikalblank said...

hahaha ah,oleh sebab ko cun, aku letakkan ko dalam bahagian

' Blog AWEK - AWEK '...

KAH3

sergeant keroro said...

hahaha, nice XD

blog aku bebas, sebab alien tak masuk kategori :P

nishiyanisha said...

sebab tu aku taknak tukar jadi gadis normal. nanti orang masukkan aku dalam golongan awek awek. yakni awek yang suka letak muka besar2 keliling blog. hahaha. entry aku banyak muka aku ke?

haikalblank said...

yeah, lu alien terhormat keroro, jangan risau. HAHA


Nisya! ala, mana ada banyak sangat muka ko. kalau ada pun, penuh misteri, zoom dekat2. gua nak stalk pun susah. KAH3
tak adalah, aku suka baca benda2 ringan macam blog ko. layankan aje kepala gila ko tuh. hahaha :P

nishiyanisha said...

iye lah tu. kalau macam ni kan. aku rasa nak balik jadi nisha cool lah. gadis normal macam tak best. haha! try jugak nak letak gambar muka besar2. tapi macam tak berjaya. hahaha!

haikalblank said...

betul la bengong...haha

ye suka hati....pada aku tak ada beza pun.. ko bahasakan ko apa sekalipun, aku tak boleh nak i u ngn kau punya...:D

ganas kena maintain..bujet! hahaha

Lucifer said...

erm. kalau macam aku pulak? #serius

haikalblank said...

haha ko memang muncul waktu2 serius je Lucif oii...

orang tua cakap, hanya jauhari yang mengenal manikam. aku jauhlagi, bukan jauhari keh3.


kau memanipulasikan isu semasa dengan contoh mudah sampai lobak, telur pernah jadi contoh dan disulam ayat2 sedikit sastera berbekalkan pengalaman dan imaginasi akal ko.

*serius? tolonglah. HAHAHA

Lucifer said...

-.-" aku memang bernada serius meminta pandangan tu. -.-" bila kau panggil Lucif, ermm, circle aku yang selalu panggil. curious pulak.

Alin said...

blog aq mcmne? ^^

Lucifer said...

erm, tiada kaitan dengan pistol dan topeng gas melainkan sebuah persoalan memandangkan aku baru menjengah blog ini.

nishiyanisha said...

lol. haha

kau ingat aku boleh ber'i u dengan orang. kalau gurau bodo2 pandai lah. HAHAHA

ganas itu haruslah!

haikalblank said...

alin rr...belog u? wa lase lu sndili tahu loo...hehe

haikalblank said...

LuC, bulatan itu luas luc. Sedang kita berputar, kita dalam bulatan yang lain luc.

aku cuma pemerhati yang cetek. maafkan kalau ada salah silap. :)

Kucing Serius. said...

Blog aku cemanaaaa blog aku cemanaaaaa

Miss Dolce and Gabbana said...

haha..kira okaylah tu haikal.Otak ni kadang kala kena jugak rehat.Kalau tak ada yang jadi kurang siuman lepas ni.Btw happy blogging ok.Jangan risau aku akan selalu pergi melekat kat blog ni.haha ;)

Zulfikar Hazri said...

aku benci blog segmen 24jam 7 hari seminggu...

bagi aku itu blog sampah. takda cerita utk baca, semuaaaa segmen, GA, contest, promote sekutu...


skutu pulak buat mcm tu jugak, jadi matlamat bukak blog adalah untuk iklan blog itu jugak..

ironi sungguh.

haikalblank said...

Kucing,blog ko bl0g bebas yg lebih kpd kritikan..hehe

haikalblank said...

Yeah miz DG! Hehe kalau dah nak pressure je sakit otak d0wh! Kne campur2 pembacaan baru otak brkembang!;-)

wan zuliyana [apel] said...

anir maharaja lawak? oke tu klaka. ngehngeh

MissF said...

aku suka blog mcm blog aku. sekian. :P

Amiey White said...

blog aku merepek tapi itulah aku . aku kuat merepek hahaha

haikalblank said...

amiey, blog kau menarik. ada tarikan dia. tertarik aku ditarik ayat kau.

oh dunia! :)

AesyaZealous said...

aku pn tak tau blog aku kategori mane. pembaca yg menilainya..lalalala...

kaizen said...

blog aku pd pandangan ko?? da lme ko komen2...