Pages

Wednesday, April 13, 2011

TUDUNG : Kepala, Rambut atau Dada?

Ini adalah sebuah cerita rekaan yang digarap khas sempena sebuah artikel tulisan tangan atau ditaip sebenarnya di FB. Aku mendapat ilham tersebut setelah membacanya. Yela, mesti selepas membacanya dan tidak mungkin aku cuba menghidu atau menyentuhnya. Credit to err...entah sape aku pun lupa. Aku ucap jela terima kasih kerana memberi idea entry ini.


seperti biasa, aku akan cuba timbulkan satu isu di dalam blog aku. Isu pada malam ni, hari ini dan mungkin selama - lamanya kerana isu ini memang sentiasa wujud. Siapa dapat sangkal kan? Aku mulakan dengan meminta semua orang berfikir tentang TUDUNG. Bukan jenis, warna atau bentuk tudung ya, tetapi apa kegunaannya. Memang untuk dipakai di kepala kan, tapi fungsi tudung itu sebenarnya apa? untuk KEPALA, RAMBUT atau DADA?

    Aku faham mungkin ramai yang seperti keliru dengan statement atau tajuk di atas. Aku tengok macam yang dah mula nak bakar blog aku. Dah bau minyak RON 97 dah tu. Err...menyentuh sentimen ke? Maaf. KEPALA, RAMBUT atau DADA? Cuba sama - sama renung sebentar makna ayat tajuk yang kaler - kaler kat atas tu. Penat aku buat tu haa. Fikirkan..........

FIkir lagi.....

Renungkan...............

Ok, stop! lama sangat dah ko fikir. Aku nampak dah bukan - bukan dah tu.

Seperti yang kita tahu, fungsi tudung secara bahasanya ialah kain yang menutup rambut dari dilihat manusia lain. Tapi cukup ke? Err...korang rasa itu ke fungsi tudung?

renungkan.....( berapa banyak renung daa )

Ok, sambil renung, aku nak lah kan kongsi satu kisah ni haa...eii, korang jangan khusyuk sangat dengar cerita, pegi renung sana lelama. 

phewww........KISAH SATU

    " Fuh, penat siot sekolah hari ni man. Ko tak ada projek pape ke lepas habis waktu sekolah nanti? " aku berkata dengan lagak penatnya. " Panas dowh minggu ni, jom balik ni pergi lepak bandar pekena cendol. AKu dah lama tak pekena cendol Wak tu." Balas Man dengan semangat. Aku memanglah suka sebab ada geng nak melepak. Ala, biasalah, zaman muda - muda, sebut apa pojek sekalipun jalan je. tak ada fikir banyak.

    Berpusu - pusulah kami menaiki bas tambang. Peh, memang panas naik bas lepas habis waktu sekolah. Menuju ke bandar dengan rokok dibakar di tangan, peh gangsternya aku masa tu. Dah besar macam sekarang ni baru aku rasa aku ni bodoh rupenya waktu zaman sekola - sekola dulu. Aku ambil kerusi sebelah tengah kerana mengikut apa cikgu sains masa sekola rendah ajar, duk tengah bas kurang goyang - goyangnya. Dan ia terbukti berkesan.

    Bas bergerak dengan nada siput. Angin yang sepoi - sepoi melalui ruang tingkap dengan segala habuk - habuknya. Aduh, ada pasir dan batu sekali, maaf bukan setakat habuk. SREEEETT!!! Bas berhenti. Macam terlebih lak efek brek dia. Abaikan jela ok. Mata aku terpaku. Err..tak sakit ok, tapi menarik. Ada sorang akak ni naik bas dengan lenggang lenggok payungnya. PAYUNG AR! bukan orang nya yang lenggang lengguk! Biasa je kot. Tak senonoh korang ni. Dari cutting, memang menawan. Muka? Boleh tahan. Sekadar jela. Aku jeling sebelah dekat member aku la kan dengan niat nak bagitahu dia ada awek cun. Aku toleh kanan je, err...dia sedang terpaku lagi tengok awek sedikit tua itu ( akaklah senang cakap ).

    Aku usik bahu Man kat sebelah aku, dia mengangguk tanpa memandangku. " Cibet, apa kau boleh taw dah apa aku nak cakap sampai mengangguk haa " aku pelik. " Aku tawlah, ko nak cakap akak depan kita ni seksi kan. dah diri betul - betul depan kita. Memang rezeki ni kal..." PEH! Membe ku memang ada 6th sense. Dia boleh bacalah apa aku nak cakap. ( Ini pengajaran untuk kaum hawa. Inilah masalah utama lelaki, pantang nampak yang seksi. Hati - hati ok! haha ) Sedutan rokok bertambah kencang. Sekali - sekala menjeling juga ke kiri dan kanan, cover line lah kononnya. takut kantol kita sedang merenung NERAKA tu kan. 

    2, 3 kali bas sudah berhenti. Aku sudah menundukkan pandanganku kerana tiba - tiba terfikir dosa pulak. Aku tunduk tengok kasut aku yang sepatutnya putih, tapi dah kelabu asap dah. Datangla pulak SETAN ni bisik kat telinga aku macam - macam. Aku try tahan, tapi aku kalah dowh! Aku jeling lagi ke depan. Gila kau! kali ni nampak dengan jelas lak jenama seluar kecik dia. Damn, aku tahu setan tengah ketawakan aku, tapi aku relakanlah diketawakan kali itu. Memang teruk aku ni. 

    Nak dijadikan kisah, sekali masa aku tengah mamai kengantukan sambil merenung akak tadi tu, sekali dia pun lama dah perhatikan aku. Aku je tak pasan sebab baru balik sekolah kan,. tengahari lak tuh, lapor, memangla aku macam mamai - mamai. Aku cuma perasan, akak tu tiba - tiba dah buat muka marah dengan aku. Aku pun terperanjatla. " Alamak, kantol ke apa? " aku bermonolog dengan hati sendiri.

" Wei budak kecik! Kau kecik - kecik lagi, sekolah pun tak habis, dah menggatal nak skodeng - skodeng orang! Apa punya budaklah zaman sekarang ni... " Dalam nada kuat dia menengking. Aku terdiam je. Agak malula dia buat macam tu, aku pun senyum jela tahan segan. Ala, aku tak kisah sangat pun sebab aku pun perasan ada lagi lelaki - lelaki satu bas dengan aku yang sesama renung awek tu dalam bas tu.

TING!! Bas dah sampai bustand. Aku dengan muka selamba turun dan berlalu dengan membe aku ke destinasi kami. 
       KEDAI CENDOL WAK!!!

sedap cendol wak tuh.



Err, apa pendapat korang tentang awek / akak yang saya maksudkan di atas?
Lebih penting, cuba bayangkan gambaran awek di atas menurut sejujur hati korang....

Aku suruh roomate aku baca cerita di atas dan dia bayangkan awek seksi, rambut blonde merah, pakai singlet, spek hitam, muka berlagak walaupun sekadar naik bas bersama - sama budak sekolah macam aku.

tetapi hakikatnya, perempuan tu memakai tudung! Memang pakai tudung, tapi boleh menggugat iman beberapa lelaki  di situ. Err, mungkin juga semua yang ada kat situ. Kenapa boleh terjadi?? Kerana tudungnya sekadar di kepala!

Ok, dia berjaya menutup rambutnya, tetapi lehernya terdedah kerana dia hanya melilitnya ke belakang. kolar bajunya besar sehingga angin bertiup boleh beralun bahagian kolar nya. baju singkat, ketat  sampai nampak jenama seluar kecik bila tunduk sedikit. Ketat? Aku boleh tahu corak pakaian dalam dia. Untung dia pakai lagila pakaian dalam. Kalau tak? MAMPUS. Memang meleleh air liur lelaki kat situ. Err, kecuali aku lah kan.

Dah nampak kaitan dengan tajuk utama kita?

Belum lagi! Aku dengar ada yang belum faham. Ok, aku jelaskan lagi di sini.

1 ) Tudung di kepala
    - Sekadar meletak kain di kepala dan rambutnya terbunjal keluar seperti mak - mak datin

memang cantik, serius. Tapi kalau pakai tudung betul - betul mesti lagi cantik kan?


2 ) Tudung di rambut
    - Baik sedikit dari jenis pertama kerana dia menutup seluruh rambutnya tetapi tudungnya tidak cukup labuh. Dada yang berisi tu perlu ditutup kerana perempuan kan. kalau laki dada berisi tu, jangan risau. Kerana perutnya pasti lebih berisi dari dadanya. mungkin menutup perut itu lebih perlu.

comel bertudung, sopan, tapi agak - agak  berapa ramai lelaki terpaku lama tgk gmbar ni?

untuk pengetahuan, leher adalah antara tempat
boleh merangsang lelaki
errk? no komen



3 ) tudung di dada
    - Mungkin dengar bodoh. Ada yang cakap kalau kat dada tu bukan tudung lah !! tapi cuba dengar penjelasan aku ni. 
tudung letaknya kat mana? kepala kan.
kalau tudung di dada? maksudnya dari kepala ke dada menutupi dadanya.
kalau dekat dada je, dekat kepala tak ada, itu bukan tudung. Itu selendang namanya. tak gitu?
fuh, makin mengarut kan aku ni?


sapa kata bertudung labuh jadi kurang cantik.
awek ni cun je wa tgk

walau muka sedih, tapi comel kan?


Ala, memang ada orang cakap bila kita pakai tudung labuh ni, kita kurang VOGUE, ELEGAN dan pelbagai lagi . Aku tak nafikan, bila kita seksi, walau kita buruk rupa pun, orang akan pandang kita. TAPI, korang rasa seronok ke kalau orang pandang kita dengan nama nafsu semata - mata?

Pada aku, kalau nak orang pandang kita, biarlah pandangan tersenyum ikhlas. Sebab aku sebagai lelaki memang aku pernah jumpa perempuan yang tidaklah lawa, berkulit gelap, mata kuyu, kurus keding tetapi aku boleh terpaku lihat dia. Dia nampak manis, ayu pada pandangan ku. Aku pelik, aku cari mana yang lawa sampai aku tertarik dengan dia. Aku tenung atas bawah, tak jumpa. Tapi hati aku dapat rasa yang dia ni lawa. YA! MEMANG PELIK KAN??

kerana dia memakai tudung labuh. Seperti ada misteri di dalam dia. Aku suka perempuan yang bertudung labuh dengan IKHLAS. Ada beza antara ikhlas atau tidak. Percayalah, jika kita ikhlas dalam bertudung yang menepati syarak, kita akan seperti ada nur atau daya menarik yang tersendiri. PARA HAWA, percayalah.

Aku harap, semakin hari, setiap hari barangkali, ada orang yang akan mengingatkan kita tentang perkara ini. Apabila fesyen menjadi taruhan di dalam tudung, hukum diketepikan. Ah, aku tidak layak berkata tentangnya. Aku bukan sempurna.

Semoga adalah sedikit ilmu dari celotehku ini. Ada pandangan? Ada pendapat?

Boleh komen kat bawah ok.  Saya akan ceba membalasnya secepat mungkin. Bergantung kepada line wifi kat asrama ni haaa.... 

Assalamualaikum...



47 comments:

CikAizA said...

bila nafsu yg beraja.. akal yg waras tolak tepi... doalah utk wanita2 sekalian.. agar mereka menutup aurat dgn sempurna..

Haikal Blank said...

amiin. aku sentiasa mendoakannya. aku mendoakan aku dapat berubah juga. aku bukanlah orang yang baik untuk bercerita. :) semoga kita sama - sama mengikut JalanNYA.

terima kasih kawan! :D

Miss Candy Mandy said...

pkai tudung da jadi trend . spe pakai tudung labuh dikre ustazah , dikre alim . . erm . .zaman da modern .ramai yg ikot trend . .sedar atau tak . . walaupun tudung tu mcm2 feseyn tp da berjaya tarik ramai perhatian pompuan ta pkai tdung utk pkai tudung , ,walaupun cara pemakaian tudung salah . .tp nk wat cmne persekitaran cmtu . . anyway , maybe terserah pada individu masing2 . kadang2 yg tudung labuh ni pun kte ta tahu niat mereka . . boleh ke gne :DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER : huhuhu , nthla . . ..

Haikal Blank said...

yeahh!! Aku suka komen ni Miss Secreto! aku tak dapat nafikan penjelasan kau banyak betulnya. serius, bab trend ni dah banyak buat orang pakai tudung, memang aku sokong. aku salute part tu. paling kurang, kuranglah skirt - skirt singkat tu kan? bila pakai tudung, skirt2 tu pun macam hilang. :)

haha aku taw ada yang tuduh labuh ada gak yang wat slack, tapi tak adil tuduh semua jahat. begitu juga dengan yang tak pakai tudung. :) aku faham situasi tuh...terima kasih miss. macam ada idea nak wat entry pasni...:D

thanx sangat2 taw! komen kau memang memberi sedikit keterbukaan minda

kaizen said...

ter gugat gak aku...nseb bus tu x sesak..kalo x..komfom kena raba free dgn mat bangla....

SK TUNKU ISMAIL said...

likeS ^^
jgn pertikaikan org yg pkai tdung tak semua baik.. :)

Haikal Blank said...

hahaha kaizen, itu kisah lain. dan aku taw ramai kadang terseksa...keh3.....

Haikal Blank said...

brader mail, thanx! macam tak adil bila wujud pertikaian macam tuh..:)
Dah nama orangnya lain, memangla lain gayanya....:)

bersama kak Es said...

pemakaian tudung perlukan kefahaman bukan sekadar trend atau ikutan

Penjelasan dari Haikal boleh menjadi satu anjakan besar bagi yang ingin sedar.

Teruskan dengan niat yg murni..

heppi blogging

Haikal Blank said...

hehe thanx kak es!! :D

Tapi saya ni bukan baik sangat pun nak bagi nasihat.hu3 harap - harap cukuplah sekadaar dapat mendetikkan hati seseorang tentang peranan tdung sebenarnya...hu3...

anyway, thanx sekali lagi KaK Es! kerana sudi baca benda panjang2 ni haa....:)

miss senyum said...

semakin hari semakin ramai pulakk yg post about wear hijab nicely. well kpd jejaka di luar sana thanks for entry about that, secara tk langsung remind gadis di sini about hijab. dan sampai masa nti tibalah saat dimana ramai anak adam berpakaian tetapi hakikat bertelanjang sana sini. dunia semakin hampir ke penghujung renungkanlah :)

Haikal Blank said...

haha cool~ yup! memang betul cik senyum - senyuman! Makin ramai bercerita lagi bagus, paling kurang mentaliti tu kita boleh ubah. lelaki pun kena sedar sekali supaya awek - awek or bini - bini memasing dapat dibentuk baik - baik....kan cik senyum? :)

Nurul Lalala said...

setuju sangat2!!paling geram tgk awek bertudung tp nampak ketiak~duhh..

Haikal Blank said...

hahaha yang tuh aku no komen...sebab selalu nampak.. bila pakai lengan pendek, angkat tangan. memangla payung...hahaha sabo jela...

gila said...

biasa la..remaja sekarang..artis yg menjadi ikutan pemakaian tudung..bukanya cara pemakaian tudung cara islam tgk ni http://amazinggila.blogspot.com/2011/04/tudung-express-artis-malaysia-sekarang.html

Haikal Blank said...

haha betul tu bro! ok, aku tengok skang! :)
bila artis jadi ikutan, mak bapak yang pening kepala....haha

HAZIRAH SULAIMAN said...

thanks utk entry seperti ini :)

Haikal Blank said...

hehe Hazirah! tak ada apa pun kat sini...celoteh2 biasa je
tapi yang penting, thanx taw! sebab sudi baca. mnetaw ada siket cerita kan ko dapat, okla tuh...:D

TRIMAS KAWAN!!

Halusinasi said...

Bila baca entri ni, aku teringat lagu Minah Tudung yang popular masa aku skolah dulu...ada kaitan kan?

Haikal Blank said...

hahaha memang pun!! kau dah mengimbau kenangan lalu nih! kah3...

IftiMonstaa said...

eh kau! aku sukaa gilaa dengan entri kau nie weh.! bagus tak menghina sapa2 pun. this is the reason why aku dah banyak kali terfikir nk labuhkan sikit tudung.. semuanya kerana entri2 sebegini. tp tak jadi lagi. kau doakan la eh. terima kasih :)

Haikal Blank said...

yeah!! thanx Ifti oi!! Aku ni pun teruk, jahat, tak kanlah aku nak menghina orang suka2...malu sendiri je weyh..ok! aku sentiasa doakan semua. Untuk kau khas punya ok! ;)

semoga da beautifulmonstaa berjaya dalam apa dikehendakinya...:)

PinqyFatin said...

thanx info~
terkesan di hati...
huhu

Haikal Blank said...

haha ala, rilekla, senyumla cket k! tiada paksaan dariku. kalau ada yang kurang tacaplah sebaiknya ok! :)

bila blog bercerita said...

nice entry...terbaekk lahhh....

Unknown said...

terima kasih sbb bagi nasihat . semoga zana berubah . :)

Unknown said...

terima kasih sbb bagi nasihat . semoga zana berubah . :)

Haikal Blank said...

Bila Blog Bercerita! thanx...tak adalah baik mana pun...kadang aku ni cerita je lebat, tapi aku ni lagi teruk dari orang lain..maaf..:(

Haikal Blank said...

Zana!! kau akak SR ke? aku perasan nama keluarga ayah sama.

iskh, aku tak nasihat pape pun...kalau berubah tu, ikhlaskan hati ok! aku tak ada nasihat or cakap pape pun..:)
aku ni kadang lagi banyak salahnya... :D semoga kita sesama dapat berubah jadi lebih baik ok...

Faidhyna Darwina said...

baik..tersentap..~huhuhu~ n_n

Haikal Blank said...

haha apela, jgn tersentap bagai.. aku tak ada buat apa - apa pun..:)
senyum jela ok!

Alin said...

byk sgt sekarang obses dgn fesyen yuna, mcmtulah jadinya :'). maaf bertanya, kantol tu hape? maaf budak baru nak bljr,ahakz! =P

Haikal Blank said...

hahaha kantol tu macam kuihla lebih kurang. OK STOP!! jgn pecaya, aku tipu tadi. haha aku pun tak tahulah nak terangkan macam mana. kantol tu macam keadaan "terbuka sesuatu rahsia atau keadaan "
makin pening pala ko bila aku terangkan kan..entahla....hahahaha

Zaid said...

perempuan.. perempuan.

Haikal Blank said...

uer...uer....hahaha

YUNURUL YAHYA said...

entry yang terbaik, ulasan yang amat mendalam. terima kasih dan mungkin entry ini yang makin menguatkan diri saya untuk membuat anjakan paradigma utk terus berubah :)

Haikal Blank said...

Hm...aku pun xtaw knape aku tulis ni..ak xniat untuk menjatuhkan sape2..h0pe ada yg boleh terima dgn baik...;-)

Haikal Blank said...

Hm...aku pun xtaw knape aku tulis ni..ak xniat untuk menjatuhkan sape2..h0pe ada yg boleh terima dgn baik...;-)

Kucing Serius. said...

Aku baru terbukak entry ni doh! Terbaik! :D

Haikal Blank said...

haha dah lama dah ni. trimas kucing!

apelyna said...

yeah, aku baru bace harini. hahah
ko tulis pulak la benda2 nasihat kat lelaki lak. camne ek hasilnye? heheh

Haikal Blank said...

hahaha apel, aku nga mencari idea lagi nih..hehe


Ibugebu! thanx! :D
kalau ada salah silap, tegur je k...:)

Cik Sara said...

entrie yang menarik ditambah pula dengan komen2x yang menyokong dan membina. Thanks untuk perkongsian dan teguran yang baik ini..=)

Haikal Blank said...

thanx juga sudi baca cik sara. :)
ada pape silap, maafkanlah aku ya. aku bukan orang yang bijak sangat dalam menegur. maaf .:)

Acik said...

kita bentuk mereka ...
pelan-pelan!
insyaAllah jika niat kita ikhlas, Allah akan berikan mereka petunjuk.
kita jgn putus asa, tegur dan tegur lagi dgn berhemah ...
:)

NFE. said...

aku mula berfikir bila baca entry nei.thanks wey.mintak2 lepas nei aku boleh terus kekal dgn pakai tudung tutup kepala,rambut dan dada.

Anonymous said...

Bas tambang, jalan perlahan lahan, berhabuk , berdebu, bunyi krikk krikk. Memori sungguh ! :D