Tuesday, April 12, 2011
Bohsia dan Kita : Part 3
PERGHH!! aku rasa nak buat ini entry terakhir untuk tajuk BERANI MATI ni. Banyak sangat mengarut dah pasal tajuk ni. Panas lak tu. Memang. MEMANG aku dah gila.
Sebelum - sebelum ni aku dah selitkan kisah - kisah meleret panjang menawan tentang itu dan ini. Mungkin ada yang tak faham dan tidak tahu apa relevennya tapi pada aku, cukuplah sekadar untuk yang tidak pernah tahu situasi sebenar dunia ni lebih terbuka mata dan minda tentang realiti dan relevenisasi dunia kita sekarang.
Ah!! Mungkin aku sorang je yang rasa macam tu sebab aku yang menulis tapi hakikatnya memang tak ada sorang pun faham maknanya. Sudahla, aku tetap yakin gak ada impak dia kepada minda pembaca. tak dapat banyak pun, cket jadilah sebab rata - rata blogger yang pernah view blog aku kebanyakannya student, pandai2...iskh, malu aku. <-- mengarut
Ok, berbalik kepada GEJALA BOHSIA. Mentaliti mereka pada awalnya sudah saya kupas sedikit sebelum ini pada siri 1 dan 2 dan pada siri ketiga ini aku nak bercerita tentang apa yang terjadi kepada mereka setelah membesar? Err....membesar umurnya dan tingginya tidak lupa juga yang dihalau keluarga kerana membesar perutnya tiba - tiba. Korang agak - agak apa pengakhiran diorang?
Tak terbayangkan? Tak ada idea? Jangan buat kesimpulan melulu.
Aku mungkin punya banyak cerita tentang tajuk ini, tapi aku dah cerita apa yang perlu pada pendapat aku. Jadi untuk siri terakhir ni, aku nak rumuskan semua apa yang aku tahu dan rasa tentang alam NERAKA ni. Ya, aku tahu aku bukanlah baik seperti dia, dia dan dia yang menjadi pujaan semua masyarakat, cuma aku yakin aku bukanlah seorang hipokrit yang selalu menuding jari. Abaikanlah.
*berfikir
Apa punca wujudnya masalah ini?
Banyak perkara boleh menjadi sebab semua ni muncul. Kalau kita tanya sesiapa pun, semua boleh jawab, first, mestilah kurang pendidikan agama, masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya. AH! Memang betul, tapi boleh di fokuskan lagi puncanya. Kalau dari segi keluarga, kita boleh kaji, masalah perangai ayahnya ke, perbalahan keluarga ke, atau dia ada akak yang memang rosak ke kan. Kita kena kaji semua tu, kita khususkan setiap satu. Dari segi rakan - rakannya, kita perlu lihat latar belakangnya dahulu sama ada dia duduk di bandar atau ladang atau kampung, kita lihat sekolahnya sama ada yang hebat atau memang terkenal dengan masalah sosialnya, kita kaji semua itu baru kita boleh simpulkan masalah sebenarnya muncul dari mana. Kadang tidak boleh disimpulkan kerana masing - masing ada masalah masing - masing dan ada cerita sejarah masing - masing macam mana boleh terlibat dalam gejala bohsia ni. Tidak perlulah rasanya dijelaskan. Sama - sama renungkan.
Bagaimana mengatasinya?
apabila sudah dikhususkan puncanya, baru kita senang nak atasi. Kita boleh membetulkan mana yang silapnya, kita boleh tegur dengan cara yang betul dan sebagainya. Tapi pada pendapat aku, cara yang mungkin terbaik ialah kita berkawan dengan mereka. Kita kenal mereka, berborak dengan mereka. Dengan cara itu, kita boleh tahu apa cerita di sebaliknya yang orang lain tidak tahu. Keuntungan dengan cara ini, kita boleh mendapat sedikit kepercayaan dalam diri mereka. Kenapa perlu kepercayaan mereka? Kerana untuk menembus tembok ego dalam diri seorang manusia itu bukan mudah kawan. Kita tidak punya kuasa untuk mengubah hati seseorang. kan? Korang pun ada ego tersendiri kan? :)
Nasihat demi nasihat menjadi asas dalam teknik ini. Kita tidak perlu memberi nasihat secara kasar tetapi cukuplah sediit demi sedikit, asalkan istiqamah. Aku rasa cara ini lebih berkesan. Walau pada awalnya mungkin agak gagal dan mengecewakan, tapi yakinlah yang doa kau untuk dia atau dia berubah itu tidak sia - sia. ALLAH MAHA MENDENGAR. Kau yakin bukan? :)
Aku sudah tidak mahu bercerita banyak lagi. Cuma sekadar nasihat kepada semua. Kepada yang pernah terlanjur atau apa itu, diharap dapatlah bertaubat. Memang kadang malas tu muncul, tapi bersabarlah. Kita kena sedar kita ni hanya makhluk yang hina. Pandanglah langit, ingatlah yang kita di bawah. Kita lemah kawan. Zina itu sangat besar dosanya. Aku tahu aku bukan orang yang layak untuk menegur, aku mintak maaf. Aku cuma mahu menasihati diri ku sendiri kerana telingaku lebih dekat dengan bibirku dari telingamu.
Sekali lagi, aku ingin mohon maaf sekiranya rangkaian post ini ada menyebabkan sesiapa panas punggung atau apa sahaja kepanasan dunia. Aku berharap sedikit sebanyak ramai yang sedar betapa meliarnya masalah ini. Aku sedar entry ini hanya picisan dengan keteraburan tulisan dan ayat - ayat yang tidak perlu. MAAF.
*Maaf, entry ini mungkin agak bosan, aku mintak maaf.
> kalau ada apa - apa yang ingin ditanyakan tentang isu ini, dialu - alukan kerana ilmu masing - masing itu berbeza, mungkin ada yang aku kurang kan. Orang cakap, bercerita dengan orang tidak dikenali ni senang. tak tahulah..
EDISI SEBELUMNYA : Bohsia dan kita : part 1
Bohsia dan kita : part 2
Bohsia dan kita : part 3 ( akhir )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment