GILA! Memang menggeletar tangan aku. 1st time ni kot baca sajak atas pentas. Dahla aku ni tak reti mana. Takpe, aku gagahkan kaki yang macam dah terpaku kat kerusi 'kek bawoh' tu haa...den memang gigil tak hingat dunio tu jang oii... den pogang kertas den kuat2 dan diri den digagohi juo.
"ehem , ehem....( testing suara ) "
*Semua terpaku diam
" Assalamualaikum, saya akan mendeklamasikan sajak bertajuk Kita Bangsa Melayu karya ciptaan saya sendiri "
( tangan digayakan bujet - bujet semangat )
Kita bangsa melayu
Senang kau kata melayu bangsamu
Tanpa penghayatan kosong hatimu
Dengan barat cara hidupmu, ia palsu
Sirna bangsa dalam jasadmu
Hilang pergi menjauhi hakikat asalmu
Perjuangan pejuang penuh lelah kau lupa
Tangis nenekmu melepaskan si pemegang syurga untuknya kau lupa
Kesucian melayu itu kau pijak tanpa sedar
Kau buang maruahmu sehebat kolot pemikiranmu
Kau pegang adat sampah yang sendiri kau cipta
Marilah bangsaku
Bangun, senyum, banggalah dengan bangsamu
Kita jaga tanah merdeka ini dengan kuasa maruah bangsa
Sehebat hang tuah menggenggam lautan Melaka
Belajarlah apa akar bangsamu
Hayatilah pucuk agamamu
Bangsa kita, tanah kita,
Kita rajanya!
*orang tepuk tangan. (peh, ini puji ke perli ni? )
Aku turun dengan wajah kemerah - merahan menahan malu yang amat dan terus duduk di bawah. Haha
Majlis diteruskan dengan giliran yang lain pula. Itu je kot cerita aku. :)
Aku nak cakap siket je lagi. Serius siket. jangan risau ok. Nasihat aku, lepas ni, cuba - cubalah layan benda - benda seni ni. Memang nampak macam bodoh, tapi menarik sebenarnya. Ini kan warisan nenek moyang kita. Ini hari - hari lady gaga je boleh jadi GAGAH ke? Walau tak suka mana pun benda nih, cukuplah kita ambil tahu, layan sedikit - sedikit, tunjukkan yang kita support. Nak ke anak - anak kita nanti tak kenal pantun, gurindam, seloka, sajak, syair dan pelbagai lagi!! err...ke ko pun tak kenal?
Ala, bukan susah, carilah dekat google ok. Cuba kenal jenis puisi dalam Malaysia kita ni. Puisi melayu itu warisan kita semua bangsa melayu.
Ini warisan bangsa kita. Banggalah dengan ia. :)
*agak - agak sajak aku ni taraf apa?
a) sampah tegar
*agak - agak sajak aku ni taraf apa?
a) sampah tegar
b) habuk - habuk
c) pejam - pejam mata je aku tengok
d) boleh pandang
e) tergamam, oklah.
c) pejam - pejam mata je aku tengok
d) boleh pandang
e) tergamam, oklah.
4 comments:
taraf suara halus
hahaha cibet ko kim...siap ada reaction disaster lak tuh..haha
taraf cun gilakk! hahahaXD
hahahaha kau sekadar jaga ati je tuh!! kah3...sengal ko eyka! :P
Post a Comment