Pages

Saturday, April 16, 2011

Keburukan Teknologi? ( part 1 ) : touchsreen handphone

Kita lihat kumbang itu, memang cantik. Berwarna - warni fuhhh....memang cantik. Tapi ini bukan blog ANIMAL PLANET dan bukan kumbang yang ingin ku kisahkan. Aku ingin berdiskusi dengan korang tentang impak perkembangan teknologi kian hari. Err....bukan kumbang, sekali lagi aku ingatkan. HAHA aku taw memang tak lawak, tapi aku nak gelak jugak. Dulik apa aku.

    Bila kita tengok dunia ni kian hari teknologi berkembang. Budak - budak sekarang dah tak main henfon ada button - button ni. Semua nak touchscreen je. Yang i-phone main slide - slide kat screen bagai. Peh, memang canggih bai. Aku pun tak reti benda - benda tu semua. maklumlah, aku ni memang buta bab - bab teknologi latest ni. Aku orang kampung je kan, tak mampu nak beli dan jumpa benda - benda macam tuh. Paling canggih aku ada, laptop ACER aku ni jela. Itupun kosong je. Ada microsoft paint dengan word je. Ok, itu tipu, jangan percaya taw! Berdosa menipu aku kang.

    Aku tahu korang memang dah arif dah tentang kebaikan - kebaikan benda - benda teknologi ni. Memudahkan itu konfemla, stylo sebagai tempat kedua dan berjuta kebaikan korang boleh listkan. Aku malam ni nak borak - borak dengan korang tentang keburukan yang mungkin kita tidak sedar dalam teknologi - teknologi yang wujud sekarang nih.

Aku terus kepada section pertama (cewah siap section bagai, poyo kau! ),

1 )  Henfon touchscreen.

Tak banyak ceritalah, benda ni memang cool, stylo, senang ( erkk?? ) digunakan dan canteeeklah senang cerita kan. tapi.............................

     Bayangkan korang sedang memandu, sedang rancak mendengar lagu, tiba - tiba terleka. Kereta dipandu terbabas dan korang terpelanting. badan korang tidak dapat digerakkan. hanya sebelah tangan berfungsi. Mata tidak dapat dicelikkan. " Mana henfon aku ni, kena mintak tolong. ARGHHH!! sakitnya!! " sambil berusaha mencapai henfon. BAYANGKAN, henfon touchscreen ok. Kredit untuk kol tak lepas. ada 7 sen je tinggal. Hanya mesej membolehkan anda untuk meminta bantuan. Boleh taip dengan kudrat yang tinggal? dengan penglihatan kosong, boleh ke menghantar mesej dengan henfon touchscreen korang? Waktu tu Nokia 3310 amat dicari kan? ada button besar - besar, boleh taip sambil pejam mata, 2 jari dah cukup untuk menaip bahkan satu jari bergerak pun boleh taip lagi.
Lagila kalau henfon yang keypad banyak - banyak macam Blackberry? atau henfon - henfon lain yang macam keyboard ACER aku nih? kan?
BAYANGKAN.........................

kalau eksiden, bnda ni mesti dah rosak kan?

ini paling gagah walau jatuh tingkat 5 sekalipun. *tipu

boleh carik 999 masa emergency? elak tekan ccc je

lu nak taip mesej emergency macam mana kalau 1 jari je boleh gerak?
memang orang tak fahamla
dari nak bagitaw ko eksiden, jadi ko bgtaw ko oksigen


haha aku tahu memang ramai yang tak setuju entry ni. Ruang komen ada kan kat bawah, marahlah aku cepat! ( saja nak orang komen lak kan. teruk aku nih )
Ala, aku bukan apa, aku nak kongsi pe aku fikir je. Aku pun bukan taw sangat pasal benda - benda macam nih. Aku pakai pun henfon cabuk je. Maaflah kalau silap.


* bilalah aku nak merasa pakai henfon macam nih. lagi 10 tahunlah, tggu harga dia 2,3 ratus. haha

5 comments:

Syud Wada said...

HAHA saaaaaangat setuju. lagi fedup bila mesej bf yang asyik typo sbb dok gedik nk guna touch screen segala tapi tersalah tekan -.- HAHA!

kaizen said...

OK ITU DISASTER derr..siyes disaster...

Simpleblanklife said...

hahahaha syud!! aku paling setuju part tuh! kah3...gedik touch sana sini. err...bila dah touchscreen, nak balas msej sambil main game memang susah ok...haha

Simpleblanklife said...

haha kaizen! memang disaster bro...time tuh baru menggelabah bagai...keh3 ala, sesaja mengarut...:D

nifi2408 said...

Laa. Nak merasa jugak rupanya. Ingatkan banned 100%. Heheh :D