Pendekatan globalisasi adakalanya merunsingkan. Ku lihat manusia semakin alpa kerana termangu menikmati keindahan dunia material yang menjamin kepuasan sementara. Aku juga tidak terlepas daripadanya. Hilang, sesat, gabrah bila bercerita soal selepas kehidupan dunia.
Setiap hari ku berfikir sendiri sebelum melelapkan mata biasanya, apa aku ini sempurna?syumul? Dengan mengerah kelakuan dosa seharian sehingga lupa akan tanggungjawabku seperti yang sepatutnya seorang hamba lakukan. Aku hamba, neraka seperti hala tujuku bisik hatiku. Tapi terus tenggelam dalam kehebatan mazmumah cela dunia.
aku termenung lagi.
" Wei, kalaulah aku boleh borak dengan kau kan seronok " soalku ketika melihat cermin. Gila mungkin. Tapi dikatakan si cendekiawan bahawa muhasabah bermula dari sesi monolog dalaman antara kau dan hati kau sendiri. Benak kadangnya untuk aku mengerti tetapi akhirnya ia terjadi sendiri. Aku berkhayal dalam alam ciptaan aku, termenung sendiri sambil berbual tentang kehidupan dan kematian.
aku sesal.
Aku banyak menyesali hari semalam, tapi tiada apa perubahan besar yang aku lakukan. Hanya debu ceritanya. dipijak hancur, ditiup derai layaknya. KOSONG.
ya, pagi, pagi, pagi.
Semoga aku mampu terus berdiri walau apa terjadi. Kehidupan singkat, tapi akalku mahu pergi seribu tahun lagaknya.
Ya, aku tahu aku mampu. Mampu berdikari sendiri. Sampai mati
Walau hati mendamba dibantu selamanya.
Itukan kesimpulan semua perkara?
Aku hanya berborak kosong. Jangan diambil pusing mahupun putar. sekali lagi, KOSONG.

8 comments:
apesal aku sakit kepala bila habis baca entri ko ni? hahahaha
haha abaikan yang ni!! ni aku saje je nih...melayan perasaan!
yah, aku jadi KOSONG epas baca entri ni.. hik3
nape macam tin tong je nie
Takde la kosong sangat. Bukan semua orang selalu pandai cermin, muhasabah diri.
Woah. Ini adalah pemikiran yang hampir sama dengan aku setiap hari.
ermm..muhasabah diri tu memang sakit.nak buat macam mana.Life must go on. :)
erk, bahasa..tinggi!
Post a Comment