Pages

Wednesday, July 13, 2011

Salah Anggap. 3 je aku bagi.



SALAH ANGGAP.



Pada aku keadaan menyalah anggap dan disalah anggap ini suatu perkara yang normal di dalam kehidupan seharian.

-------------------------------------------------------------------
Sebelum aku mula bercerita dan mencarut lebih lebar, aku ingin menegaskan aku mendapat idea ini dari sebuah blog popular tanah air, XXXXXX. Beliau menceritakan tentang first impression dan aku mendapat ilham untuk melepak tentang SALAH ANGGAP.




aku sering berjumpa wanita gemuk berpakaian sendat mendat padat mampat melekat
dan aku menyalahanggap kan mereka sebagai benda ini.




------------------------------------------------------------------


First impression bak kata omputih ialah tanggapan pertama atau tanggapan awal di dalam bahasa MELAYU nya. Kebiasaannya, orang mesti salah dalam tanggapan pertama ni. Kita ambil contoh mudah,

Aku sering disalah anggap sebagai remaja berumur 26-30 tahun walau hakikatnya baru sahaja menamatkan PMR bertahun - tahun lepas.

Memang aku panas bila orang kata aku tua walau aku baru berumur 16 tahun hakikatnya dan dikatakan tua 10 tahun dari wajah sebenar. Shit ye kata hati kotorku, tapi hanya niat, aku pendamkan dari bibir ku melafazkannya, jangan buat dosa katanya.


Kenapa wujudnya SALAH ANGGAP?




1) Kerana SEJARAH lampau membuktikannya.


Sejarah lampau maksudku itu ialah orang sebelum kau yang telah melakukan perkara yang disalah anggap itu.

Ia lebih mudah disebut sebagai seseorang itu memberi tanggapan secara rambang kepada si polan itu berdasarkan pengalamannya sendiri atau dari orang sekelilingnya.

Ia terlebih mudah disebut sebagai :

Seorang blogger hebat semestinya mempunyai traffic yang superb ramai walaupun hakikatnya blogger hebat ialah mereka yang mempunyai kualiti tinggi dalam penulisan entry mereka.
Bila kita tengok traffic dia 100000 sehari je, kita kata dia blogger hebat. Tetapi bila kita mengikuti perkembangan blog dia, beliau hanya bermain SEO dan serta merta menyumbang kepada kesakitan hati masyarakat dunia apabila hendak mencari FAKTA di dalam internet dengan menggunakan enjin carian seperti google, yahoo dan sebagainya lagi.

Tanggapan itu terjadi kerana sebelum ini, kita melihat blog yang superb isinya, trafficnya kompem superb, tetapi setelah melihat blog satu lagi ni traffic superb, kita pun beranggapan blog ni superb juga isinya. Tapi malang memang tak berbau, sampah isinya.

Itu salah anggap namanya kan?


Senang cakap, belajarlah dari SEJARAH, bukan mengulanginya. Kita belajar dari perkara lepas, yang baik ambil dan upgrade jadi lebih baik dan yang buruk, kita simpan, kita tanam dalam diri sebagai PENGAJARAN dan bukan sebagai satu AJARAN. Lain maknanya tu.





2) Kerana manusia di dalam BULATAN itu biasanya begitu.


Bulatan yang ku maksudkan ialah orang di dalam persekitaran itu.

Contoh :

Seorang perempuan remaja yang memakai skirt pendek, bersinglet lutsinar menampakkan coli berwarna hitam ditambah makeup seakan - akan pelakon opera cina berjalan - jalan di bandar biasanya dicop sebagai mereka yang kaki clubbing.

Bila perempuan berjalan - jalan di tempat awam dengan berpakaian superseksi, orang ramai terutama orang - orang tua akan beranggapan perempuan itu perempuan MURAH, kaki mabuk dan Minah Rempit/clubbing. Itu tanggapan awal orang yang memandang kerana mental manusia ini berputar mengikut pengalaman dan apa yang pancaindera mereka nampak,dengar, rasa, sentuh dan fikir.

Aku tahu ada juga mereka yang seksi, tapi tak pernah clubbing bagai tapi mulut orang yang MENYALAH ANGGAP itu tidak mampu kau tutup.


Nak elak dari disalahanggap sebegini? Mudah sahaja kawan.

Cuba mencari satu persekitaran normal. Kalau kau tahu kebiasaan kaki mabuk, minah rempit, kaki clubbing tu berpakaian sebegitu, bergaya sebegitu, bermulut sebegitu, cubalah ubah sedikit agar lainlah sedikit dari golongan yang korang tak nak jadi tu. Ala, sedangkan dulu masa sekolah punyalah tak nak gunting rambut sebab tak nak dianggap skema, takkanlah nak ubah penampilan dan perangai sedikit demi tidak dianggap sial pun susah. Antara manusia KOTOR dan SKEMA, takkan korang sanggup elak dari jadi skema dari bergelumang dengan dosa ye tak?

Aku percaya korang semua pandai.


3) Kerana orang yang menyalah anggap itu memang BODOH, BENAK dan BANGANG


Kita kalau nak bercakap tentang sesuatu, kita kenalah menggunakan akal sebaiknya. Jangan main hembus sesuka hati kau nak hembus apa. Kang salah hembus, buta - buta kau dapat dosa kering. Bukan susah, sebelum nak buat tanggapan pada sesuatu tu, kaji dulu baik buruk, betul salah. Aku percaya kau semua tahu dosa memfitnah tu besar mana. Jangan mudah - mudah meletak hukum sesuka hati pada sesuatu. Kalau kita rasa si polan tu bersalah, berdosa, tegur dengan kuasa. Tak mampu kuasa, tegur dengan lidah. Tak mampu lidah, tegurlah dengan hati dan doakanlah agar dia mendapat petunjuk, bukannya menghembus sesuka hati macam syurga tu dicipta memang khas untuk kau.

Kalau boleh, biarlah first impression pada seseorang tu, kita sebut yang elok menggunakan lidah, yang impression buruk tu, kita simpan dalam hati. Biar jangan sampai timbul FITNAH dalam kehidupan.

Memang susah nah ubah tabiat kita sebelum ni, tapi tak salah kan mencuba?








6 comments:

Unknown said...

peh, mcm baca buku sem satu kajian psikologi :)

salah anggap nih berlaku kerana manusia mahu semua manusia lain hidup dalam rutin da rhythm yang sama dengan diri dia..

ataupun mungkin prejudis dan sentimen tu memang fitrah manusia..

herrmmphh entah

Primadona said...

haha..sokong semua sekali.Yang first poin tu superb sebab dalam buku sejarah tingkatan satu pun dah ada menyatakan bahawa sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya-Ibnu Khaldun tu.heehhee

Akim Iqbal said...

style !

Rafidah Farhana said...

Pandai kau mengulas. Salah anggap ni memang dah biasa sebab otak masing-masing memang dah diprogram begitu.

First impression biasanya salah, mungkin dah memang macam tu. Tapi kalau sampai timbul fitnah, itu yang kena ubah.

littledolphin said...

in first impression,people always judge me based on the second theory. -_________________-

and now i'm wearing lens to adapt. -.-'

wearing specs doesnt necessarily means i'm gonna be a scientist.

Eyka said...

perghhh!! terbaikk..bole jadi sasterawan negara ni..hahaa:P