Pages

Tuesday, March 29, 2011

PERUT part 1 ( tanda - tanda buncit )

    Tiga bulan berlalu dengan tiada sebarang karya penulisan di dalam blog ini. aku mencari siapa diri ini. mungkin ada kala resapan noda dunia membataskan simfonik kata dalam hati untuk bermain dengan indahnya. cerita aku kosong untuk ditatapi semua. tapi hari ini aku membawa sebuah cerita kronik tentang 
diri sendiri.

ok, CUKUP!! hahaha mengarut macam sasterawan negara lak aku. ( PERASAN ).

ok, apa - apalah kal oii....! apa kita nak borak ya malam ni. tentang telinga kuali? ( pasal kuali orang mesti ingat pasal BUNTUT kuali. kesian dia. tak ada privasi hidup dah. aku cerita pasal telinga boleh? ) . 

IA TIADA KAITAN DENGAN KUALI!!

aku ingin cerita tentang................

PERUT ( part 1 )

perut ialah organ yang penting dalam kehidupan seharian manusia. kenapa penting? sebab makan ialah BEST! haha. memang sangat best. lagi - lagi bila ada orang nak belanja. jangan kata aku ni pelik, sebab aku tahu korang pun sama. ok, apa isu pasal perut yang aku nak cerita ye malam ni?

( sedang berfikir )

ok, dah ada cerita bermain dalam kepala. untuk edisi pertama pasal perut ni, aku nak cerita pasal....


TANDA - TANDA PERUT MULA MEMBESAR.


kenapa perlu untuk aku bicara tentang ni? sebab ramai orang tak tahu apa tanda perut kita mula membesar. kita hari - hari tengok cermin siap puji - puji diri bagai. sikat rambut 24 mnit dan macam - macam lagi perkara mistik ye bila mulanya pagi di depan cermin. ramai yang mengadu pada PROF ( sayala tu ) tentang tanda - tanda saintifik bila perut sudah oversize. ok, prof akan terangkan ya.


apa tandanya?
  • Bila korang duduk, akan wujud satu bantal peluk yang bertindak sebagai ala - ala handkerchief di meja makan di hadapan korang. bantal ini amat normal dimiliki mereka yang bergelar datok - datok yang sudah kaya - raya walaupun mereka antara orang yang susah untuk balik ke kampung di musim perayaan. BUSY katanya. ini tanda utama yang paling senang dikesan. INGAT! ketika duduk ialah keadaan paling sesuai untuk menilai tahap perut anda
    ( kehadapan atau terlalu kehadapan. tidak mungkin kebelakang )

  • ini juga ketika duduk. ujian pengesanan tahap kebuncitan yang paling berkesan untuk memeriksa tahap kritikal atau belum.
     - duduk dengan sopan dan tegak ya di kerusi. elakkan kaki yang terkangkang luas kerana ralat akan terjadi. ( ye ye jek aku ni )- ambil handphone anda dan pegang dengan kedua - dua tangan seperti ini
    - cuba letak di bahagian antara perut dan dada. ( dalam keadaan duduk bersandar ) cuba lihat, anda boleh 'stand' tak tangan anda di kedudukan itu. kalau boleh, anda di tahap kritikal. tidak faham? baca manual ini semula sehingga faham. tiada gambar kerana ia mengaibkan subjek. haha
  • cara ketiga ini ialah tanda anda perlu jaga badan anda kerana ia di tahap paling kritikal!! ini bukan main - main lagi. saya sudah saksikan seorang subjek melakukan aksi ini dan gagal. dia terpaksa ke gym setiap hari kerana ketakutan yang amat. ingat, ia AMAT KRITIKAL!! cuba sendiri ya di rumah.

    > mudah sekali. DIY is possible! anda cuba melakukan pumping / bumping(sebutan biasa) di rumah. jangan buat sampai 90 atau 900, cukuplah sekali.
       RULE - luruskan tangan, pastikan badan tegak.
                 - mulakan aksi pumping itu.
                 - kaji abdomen yang cecah lantai dahulu, mungkin mata, hidung, telinga atau sebagainya
                   kecuali perut. jika perut yang mencium bumi dahulu.................,

    ANDA KRITIKAL!
adakah perut anda lebih besar dari BUMI?





ingin memberikan komen? menjual produk kesihatan? pasarkannya di sini! <---mengarut





8 comments:

JAMIE said...

papa oh papa....perot sape lagi buncit?? hahaha....mstilah papa!!! abg black pon dh buncit!! tetbe masokkn name black! :P

Ifti Larina said...

kih kih! ada satu method utk atasi perut buncit! tp taktau nk terang cne.

err kena baring terlentang, lepas tu angkat kaki. err macam kita buat bangkit tubi, tapi kita bukan angkat badan yang nie. kita angkat kaki. faham? prinsip die mcm bangkit tubi buat berkali smpai semput. heheh tahpape kott ak terang.

Haikal Blank said...

hahaha jamie!! sengal kau jamie oii!! hahahaha


ifti LaRina, jgn risau, aku paham maksud kau tuh! haha aku penah praktikkan. tapi 2,3 hari dah malas. ok, skang memang dah sangat buncit. kah3.....

JAMIE said...

hahahaa..anak sengal,papa lagi sengal!! hehehe =D

farhana sahri said...

kte org, perot pmpn mmg buncit..sbb sng ada ank..muahahaha

budaknerd~ said...

ahaks!! sy memahaminya :))

Haikal Blank said...

hahaha farhana, aku pegang kata2 kau..kah3...aku carik yg buncit r pasni! baru ley sampai 12,13 anak...kah3....

Haikal Blank said...

haha fatin, kau xkan memahaminya, kerana kau tidak lagi buncit...grr.....kah3...