Pages

Thursday, March 31, 2011

Keikhlasan Dalam Persahabatan


 ASSALAMUALAIKUM


Dalam kehidupan seorang remaja, soal berkawan sering menjadi isu. ada yang kata ini bagus, yang itu bagus, yang itu buruk, yang itu memualkan. ah, memang macam - macam idealisme  dalam pemikiran setiap manusia. tiada yang betul dan yang salah. ia terpulang pada pemahaman masing - masing tentang erti sebuah persahabatan pada ku. siapa sangka akan ada muncul yang positif dari cara kita memilih kawan itu bukan? aku tidak layak menentukan siapa yang terbaik, kerana apabila bercerita tentang kawan, ia sesuatu yang subjektif. ada baik dan ada buruknya. ' pro and cons ' itu wajib ada kerana kita manusia berbeza! terimalah.

haha, ketawa dari hatiku bila mengenangkan semua zaman muda - muda aku. aku sering dicop budak nakal kerana kelakuan nakal ku. aku dianggap oleh orang tua sebagai budak yang tidak patut dijadikan rakan. kenapa? kerana aku dianggap merosakkan. ya, siapa sangka aku seorang anak cikgu matematik sering ditangkap bergaduh di sekolah. memang kelakar. semasa sekolah rendah, aku sering bergaduh dengan siapa sahaja yang berbadan besar. bila mereka bercakap besar, memang aku terus terajang. haha padahal mereka tidak bersalah! dan selalunya, memang aku kalah. tapi waktu muda beb, budak2, mana pernah ngaku kalah. ok, panjang aku cerita. berbekalkan 4A dalam UPSR, aku terus ke sebuah sekolah berasrama. opps, dirahsiakan nama sekolahnya atas sebab - sebab keselamatan. hahaha. dari form 1 hingga ke tingkatan 3 sahaja kerana khidmat ku ditamatkan selepas itu. ( haa?? ) ala, jangan nak buat - buat terkejut. biasalah kena buang sekolah. biasa ke? haha patutlah aku dicop budak nakal dahulu. akhirnya aku bersekolah di sekolah belakang rumah aku sahaja. smk harian biasa sahaja.

ok, setelah mendengar cerita di atas, ada yang mahu jadi kawan aku? ala, zaman muda - muda seseorang itu pada aku bukan jadi tanda ukur seseorang. percayalah. selagi jujur dan ikhlas dalam berkawan, ia akan jadi sebuah persahabatan yang terbaik yang pernah kau ada. tidak perlu mengharap lebih, cukuplah kau ada seorang sahabat yang jujur dan ikhlas, kau akan tahu apa manisnya sebuah persahabatan. bukan hanya lelaki dan perempuan, tetapi antara lelaki dan antara perempuan itu perlu ada. memang aku tahu pelbagai masalah akan timbul dalam persahabatan, tetapi, kalau adanya keikhlasan, semua itu akan selesai dalam perbincangan. akan muncul penyelesaian. tidak percaya? terpulanglah.....:)

aku ingin bercerita serius malam ini.
aku geram melihat dalam persahabatan pun boleh ada iri hati. itu kawankah?
biasanya kaum hawa amat sensitif sehingga hal kecik pun boleh bertekak dengan kawan sendiri.
aku tidak dapat memahami situasi itu.
jelaskan padaku kenapa

haha aku kadang ketawa mendengar pertelingkahan antara wanita. umur memang sudah dewasa, tetapi pemikiran hanya paras lutut. bukan koranglah, jangan risau. aku bercerita tentang dia dan dia. bukan kamu. jangan risau..:)
memang. serius, perempuan ni amat mudah membenci itu dan ini. dengan roomate sendiri pun kadang boleh saling membenci. tak faham aku. ok, kenapa wujud macam tu? kerana tiada langsung ikhlas dalam perkenalan! mungkin ramai yang keliru dengan ikhlas ini. aku tak bermaksud bila ikhlas ni, kita kena bagi apa dia mintak or whatever. tapi cukuplah sekadar kau beri dia satu ruang dalam hati kau sebagai seorang kawan, dan kau terima siapa sahaja dia. ambil yang baik dan buang yang buruk. kalau dia ada salah, tegur cara baik. dan kalau dia tegur kita, kita terimalah dengan hati terbuka. ego perempuan ni memuncak bila ditegur. BETUL KE?
ok, boleh tak timbulkan keikhlasan? aku percaya korang mesti boleh...aku dah percaya korang, balaslah sikit dengan percaya kata - kata aku. ikhlaskan hati dalam berkawan ok! :)

sudahlah, panjang sangat aku membebel ni haa...penat orang nak baca kang. aku tutup dengan ASSALAMUALAIKUM.......

layan lagu ni...-----> Maddie Jane - Jar Of Heart
serius sedap. :D

4 comments:

JAMIE said...

saye suke :)

Haikal Blank said...

haha thanx jamie...:)

Ifti Larina said...

okay. sgt sarkasis dsitu. haha tp lelaki pun sama jugak kalau dtegur pun melenting smpai ke atap. the point is brgantung pd thp penerimaan kita. diri sndiri kne belajar menerima teguran dn kekurangn. bkn soal kaum. *menulis dgn rasa ego kott! HAHAHA

Haikal Blank said...

hahahaha saja bakar kaum hawa.. biasalah tu,..kah3...yup, laki pun sama je..bahkan lagi memalukan sebab laki patutnya lebih cool! hahaha nama pun laki kan..msti lebih cool dan elegan...ok, saya kalah...haha