gambar hiasan |
kerana nila setitik, habis baju berkaler - kaler. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. baru betuul. kan?
okla, cukuplah dengan peribahasa tu haikal oii....
peribahasa? bahasa sastera yang amat kreatif pada aku. ia mengaitkan benda harian yang biasa kita lihat ditafsirkan dalam pelbagai situasi dan keadaan yang menimpa manusia. ada peribahasa yang memerli, ada yang wujud sebagai nasihat, ada yang menjadi satu simbolik, dan macam - macam lagi makna tersirat di dalamnya.
AKU SUKAKANNYA!!!
benda - benda kreatif ini memang aku suka kerana ia STYLO! iamampu buat aku tersenyum apabila melihat maksudnya kerana ia disampaikan dengan nada sinis yang macam bagai. macam pernah dengar ayat aku ni kan? ok, abaikan. haha
mungkin masa sekarang ni ramai yang dah lupa akan PERIBAHASA yang pernah kita dengar masa kecik dulu. kenapa boleh lupa? kerana kita tidak mengamalkannya. RUGI kan? kita pernah tahu banyak peribahasa masa sekolah rendah dan menengah kerana ada mata pelajaran BAHASA MELAYU. tapi sekarang? ouch, amat menyedihkan. kita hanya ingat yang senang - senang macam BAGAI AUR DENGAN TEBING, BAGAI MENCURAH AIR DI DAUN KELADI bukan? tetapi sebenarnya, banyak lagi yang lebih menarik kalau kita kaji. nak tahu lebih lanjut? mahukan contoh?
maksud?kawan / isteri lama di tinggalkan, dicari pula kawan / isteri baru.nampak biasa kan? tapi pada ku penggunaan diksi KAIN itu amat sempurna. kerana kain itu melambangkan sesuatu yang penting dalam diri. kerana apa? kerana semua orang perlukan kain! tak kan nak bogel kot!! :P
- Yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
ia membawa maksud yang adat lama tetap diamalkan, bukan di kategorikan ketinggalan zaman. cukuplah tidak melupakan walau adat baru sudah dijadikan amalan seharian. hargailah yang lama. kerana tanpa semalam, hari ini tidak akan muncul. tak gitu? :)
sudahlah, sekarang waktu untuk membuat assignment pula. mahu teman saya? haha sudah pasti tiada siapa sanggup. biarlah. aku pergi dahulu ok! babai semua!
ASSALAMUALAIKUM...
No comments:
Post a Comment