Amerika Syarikat dilihat begitu rakus dengan agendanya yang tersendiri. rentetan perangnya dijangka masih tidak akan tamat. selepas Afghanistan dan Iraq, mereka seperti ingin membuktikan pada dunia tahap dan kekuatan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar tunggal yang wujud di dunia masa kini. Ya, Amerika Syarikat memang kuasa besar tunggal yang wujud. kekuatan peperangan yang ada memang besar dan tidak terlawan. Kekuatan dari ekonomi, teknologi dan hiburan menjadi pelaksana terbaik Amerika Syarikat untuk menjalankan atau melaksanakan agenda penjajahan barunya.
Amerika Syarikat memulakan kempen selamat datang mereka sebagai salah sebuah kuasa besar dunia dan membuktikan kehebatannya ialah pada 6 dan 9 Ogos 1945 pada peristiwa pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Mereka membuka tirai kepada wujudnya empayar Amerika Syarikat di mata dunia. Mereka seperti mengumumkan kepada dunia bahawa mereka ialah kuasa paling utama. Pada tahun 1949, keadaan berubah. Rusia muncul menentang Amerika Syarikat melalui ideologinya. Dari situ wujudnya sistem komunis dan China juga menjadi negara komunis. Tentangan dari pihak komunis kepada Amerika Syarikat berlaku dengan hebat selama 40 tahun sehingga tahun 1989. 1989 menjadi tahun keruntuhan peringkat awal komunis kerana bercambahnya gerakan demokrasi di Eropah Timur. Soviet Union sendiri telah hancur pada 1991. Ia menjadi titik putar di dalam sejarah kerana Amerika Syarikat telah menjadi kuasa besar tunggal dunia.
Amerika Syarikat sebenarnya sedang bermain politik melibatkan seluruh dunia yang dirancang mampu menguasai 100 peratus dunia melalui konsep The New World Order yang dicanang George Bush apabila Iraq berjaya dikalahkan Amerika Syarikat dahulu. Pemimpin – pemimpin kanan Amerika Syarikat semuanya terlibat dalam perancangan agenda ini. Mereka menggunakan pelbagai cara dan muslihat untuk menakluk dunia dan mengekalkan mereka sebagai satu – satunya kuasa besar di dunia ini. Jika kita melihat Afghanistan sekarang, kita dapat melihat pemimpin mereka memang dari orang tempatan tetapi kita semua boleh lihat dengan jelas bahawa Amerika Syarikat yang menggerakkan dan mempengaruhi keseluruhan pergerakan negara itu. Mereka tidak meletak nama Afghanistan sebagai kawasan jajahan, tetapi mereka menggunakan cara yang lebih halus dan sofistikated dan menjamin penundukan maksimum sesebuah negara.
Hanya Amerika Syarikat pada masa kini menunjukkan taring dalam penjajahan cara baru dengan memaksa negara – negara lain mengikut telunjuk mereka dengan skala yang besar. Tidak perlu menjajah, cuma menggunakan sedikit muslihat dan amaran, Amerika betul – betul bertindak sebagai pemilik dunia masa kini. Teknologi juga memainkan peranan yang jauh lebih menonjol dalam penjajahan baru ini. teknologi maklumat dan komunikasi seperti stesyen televisyen dan alat – alat propagandanya disokong oleh beberapa institusi lain yang lebih halus dan sofistikated. Hal ini termasuklah budaya hiburan yang cukup kuat mempengaruhi pemikiran kita.
Kita sebenarnya seperti sudah terlibat secara tidak langsung. kita terlibat sebagai apa? kita sebagai MANGSA. pelbagai sudah dicanang di hadapan kita. hiburan menjadi perkara terbesar yang mempengaruhi kita. Anda pasti setuju bukan? Apa yang perlu kita lakukan? Masih menyokong Amerika Syarikat lagi setelah keganasan dan penindasan mereka ke atas Asia Tengah seperti yang dapat kita lihat sekarang. Masih gemarkan produk - produk yang sememangnya menjana ekonomi mereka untuk kerja - kerja penindasan?
Kita BONEKA. Siapa Sangka?
1 comment:
jangan biar melayu hilang dengan dirinya sendiri ..
Post a Comment