Kadang cerita hidup memang sukar. ditambah bermacam dugaan kritik mereka yang sentiasa mahu menjatuhkan. YA, memang ada yang membina. tapi kebanyakannya sekadar menjaga hati sebagai rakan kononnya. aku bukan mencari rakan hipokrit. aku mengaku aku hina dibanding dia dan dia yang lain. tapi aku seorang setia. aku sayang semua. aku mencari rakan yang juga ikhlas denganku. dalam merentas usia, berjuta kenalan ku kenal setiap hari. tapi agak - agak berapa ramai sahaja yang mendapat kelulusan sebagai seorang sahabat?
Tidak ramai. percaya, ya aku percaya kamu juga begitu. dalam sejuta, cuma satu dua sahaja yang bersinar. kerana bintang bercahaya berbeza dengan sang bulan yang mengharap belas cahaya matahari. yang setia dan ikhlas dalam persahabatan cuma beberapa. Memang selalunya kita punya beribu rakan ketawa tetapi rakan setia dalam sedih ada berapa? TIGA? owh, tidak kawan. mungkin satu atau dua sahaja.
Diteruskan dengan sketsa dunia yang menginginkan nikmat sementara setiap masa. menjanjikan syurga dunia yang penuh nogma dan dogma. dunia masa kini membataskan keikhlasan sebagai kawan. yang dikejar hanya untung sahaja. ia untung hakiki atau sementara? sehingga ada yang makan kawan sendiri, ada yang menikam jasad rakan dari sudut buta mata dan pelbagai kisah MAKAN KAWAN yang kita kenal. relevankah? itukah namanya KAWAN?
Diteruskan dengan drama kawan yang kehadirannya hanya merosakkan. aku tidak kisah berkawan dengan gagak neraka atau siapa. itu cerita mereka dengan PENCIPTA kita. aku hormat mereka sebagai rakan. cuma aku benci mereka yang memfitnah, mereka domba semata, si penipu tegar dan mereka yang selalu mengajak ke arah kesalahan dan kesilapan. PERLUKAH menyesatkan? aku tidak suka, tidak gemar dan benci akan manusia sebegitu. pada aku, biar aku sesat dan aku akan cuba membaiki kesilapanku tetapi aku tidak akan menyuruh orang lain mengikut jejak ku. aku sentiasa mengajak dia dan dia supaya JANGAN JADI MACAM AKU. aku tersasar dari jalan sebenar. aku bukan contoh untuk diikuti. aku sedar akan cerita duniaku.
Bila dikisahkan semua cerita ini, mencari kawan sempurna itu tampak mustahil. kenapa? kerana kesempurnaan itu milik DIA. kita hamba bukanlah sempurna. cuma janganlah dijadikan alasan di atas kekurangan itu. kita kena sentiasa berusaha ke arah sempurna. jangan disalah kekurangan itu seperti " nak buat macam mana, aku ni manusia biasa je. memangla tak akan sempurna kerja ni ". seperti biasa kita ucapkan ayat ni? aku kurang gemar. kiat seperti membuat alasan di atas kekurangan dalam pekerjaan kita. sedangkan kita boleh berusaha untuk membuat lebih baik bukan!
bukan apa, aku sekadar tidak gemar bila ada orang menggunakan nama ' kekurangan ' sebagai MANUSIA di atas kesilapan dalam kehidupan. apa salahnya meminta maaf di atas kekurangan itu dan selepas itu, berusaha untuk membuat lebih baik? bukankah berusaha itu amalan mulia. kan?
aku membebel di atas nama CINTA. aku cintakan kehidupan bahagia. aku inginkan kebahagiaan. siapa yang tidak mahu bukan?
aku bukan sebaik dia, dia atau dia. cuma aku berterus terang, aku sayang semua rakanku. walau aku ini siapa, aku tidak lupakanmu. cuma kadang aku tidak ingat itu biasalah. aku akan cuba ingat setiap detik aku pernah lalui bersama kamu, kamu dan kamu. jangan risau. aku akan cuba yang terbaik. aku sentiasa harap aku dapat jadi kawan yang terbaik dalam hidup kamu.
agak - agak boleh ke tak ya?
2 comments:
kawan lama2 jd lawan... teman lama2 kena saman.. sahabat adalah pengubat
haha taw tak pe! aku ni cerita pasal membe je kenapa ya? haha
Post a Comment