Pages

Monday, February 21, 2011

Aku, Melayu dan Mereka

Agama Dan Bangsa?

ya! aku tahu dan aku memang meninggikan AGAMA walau apa pun terjadi. Aku Islam. tetapi perlu ke aku jatuhkan bangsa?

malam tadi ada perdebatan dalam group blogger Mal***. perdebatan berkenaan bangsa. aku syorkan mereka berhenti. ye, ada yang degil. biarkanlah.

"ku cuba sempurna, tapi mereka mencacatkannya"

ah, lantaklah.

tapi berbalik kepada isu Bangsa.
pada saya, ia juga penting. sangat penting. bukan untuk berpuak, tetapi untuk mengenal siapa kita. dari mana kita. siapa keluarga kita. itu penting!

yang bercerita dan mempersoalkan tentang bangsa ini biasa adalah mereka yang buta, dan ada minda penentang dalam kepala mereka. 




apa pentingnya bangsa?


sudahla, jangan persoalkan. bahasa melambangkan bangsa. aku Melayu. Memang aku sedar yang melayu kian jatuh ke bawah dengan mudah lupanya terpesong dengan idealisme barat durjana pemisah akhirat. ya, aku sedar. kerana itulah aku cuba mengingatkan DIRI aku sendiri dahulu tentang siapa aku, siapa, kita semua. yang sekarang ini bukan MELAYU yang dahulu. Kita telah menambah ego-tamak dalam diri. kita berlagak hebat kerana barat menjadi telunjuk. 




Kenapa??

Kerana kita lupa asal - usul kita. kalau kau tahu cerita sejarah tentang mengapa Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis walau Hang Tuah dan semua tentera berjuang mati - matian, kalau kau tahu mengapa Panglima Salleh boleh memimpin orang kampung dalam mempertahankan batu pahat - muar dari amukan Bintang Tiga, kau akan sedar apa silap kita sekarang yang menyebabkan kita jatuh terus jatuh hari ini. aku tahu kau faham maksudku. kau semua lagi bijak bukan dariku? terima kasih.




walau aku tahu kebencian antara kaum masih wujud, tapi tolonglah, aku merayu janganlah kau tunjuk lagak kau di Malaysia. kita bumi merdeka. apa kau x sedih mengenang peristiwa 13 Mei? aku sayu kawan. aku tidak mahu perkara itu berulang lagi. aku sayangkan keamanan di Malaysia. aku MELAYU. aku mahu cipta bumi merdeka ini menjadi satu bumi indah sempurna. aman, damai dan mampu buat semua tersenyum. ini kerja aku  seorang kah?




INI KERJA KITA. walau siapa kita, bangsa apa pun kita. kita warga tanah ini. kita bertanggungjawab dalam memeliharanya. kita rakyat MALAYSIA. Kita Kacak bergaya. eh, dah melalut lak.







8 comments:

muhammadnuraizuddin said...

i love malaysia!!!!!!!!

Haikal Blank said...

hahaha me too bro!!

sicKo^ said...

zaman skrang ni, bangsa kita adalam Malaysia.. dah takder pecahan2 lagi dah..

Haikal Blank said...

haha berlainan bangsa itu tetap ada. tapi hati kita satu! bersatu dalam memakmurkan bumi kita bumi Malaysia ini...:D

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

first time ke blog ini..terus folo blog ini..

hebat blog ini..semoga tuan belog terus berkarya lagi

Haikal Blank said...

haha thanx brader!! terharu seyh aku...:D *malu

kah3...guraw2...pape pun thanx taw!! :)

Unknown said...

Pendirian kita sama... meh baca
http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/02/saya-bangga-berbahasa-melayu.html

Haikal Blank said...

he3...aku sokong kawan! bahasa memang melambangkan bangsa. apa hoi2....kah3 tringat cerita tuh.....thanx bro!