Pages

Monday, February 14, 2011

Hasad Dengki Musuh Kita

Bila hasad muncul, dengki wujud. Kenapa perlu sesama kita MELAYU? Kita sebangsa seagama. apa ada sebab mahu berburuk sangka, bertohmah dosa, bersimpul neraka???  tolonglah, macam mana kita nak hidup kat Malaysia ni kawan?

memang banyak dalam sejarah KHIANAT dalam cerita lama melayu. kejatuhan Melaka di tangan Portugis juga disebabkan khianat. Penjajahan Jepun juga ada ceritanya sendiri tentang khianat. apa yang kita dapat dengan KHIANAT? hanya mencari susah sendiri. Kelibat dosa khianat memang x dapat dilihat mata. tapi akal dan hati dapat menghalangnya. kita janganlah sekali mahu mencuba khianat. itu debu dosa dan pekung bangsa. kejatuhan empayar bisa berlaku, apatah lagi kemunduran bangsa KITA ini.tidak sedar lagi? fikirkanlah.

tidak banyak ku pinta. bukan segunung emas atau selautan kristal mahupun kasih dari puteri bunian. pintaku hanya sayangilah bangsamu juga agamamu yang kau junjung tinggi ujar lidahmu. aku, kau, kita semuanya sama di bawah satu payung rahmat Malaysia. bersatu kita bangun, bermasam kita luluh. tiada kata yang perlu kau bicara hanya tarian sumbang kau perelokkan dengan tulus suci atas nama perjuangan kita. Kita sama sewajah satu negara. 

Pembelot negara? kita hapuskan. kau mahu jadi pengkhianat? langkah mayatku.

aku tidak berkata siapa dia, tapi aku menasihat hati aku supaya sentiasa jujur dan buang hasad dengki dalam hati.
celoteh ini untuk aku sahaja.
jangan kau marah atau gusar. telingaku lebih dekat, mataku lebih pantas untuk nasihat ini.

BERSAMAlah kita membawa bangsa kita terus maju di persada dunia.

Assalamualaikum.......

2 comments:

hanisa sabrina said...

saya sokong anda 100% !

Simpleblanklife said...

hahaha trimas si gadis manis! :D
*wajah bersyukur