Pages

Showing posts with label Lain - Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain - Lain. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

I Blogger Hebat nyah!

I ni kan blogger sejati, ada blog hebat ramai foollower gittew. Ops, typo. Follower yang i maksudkan. Blog i cute taw, serius cute. Ada semua widget yang mencutekan, i taw u all semua taw kan. Macam widget kelip - kelip, tukar - tukar pointer mouse tu, pasal lagu janganlah cerita, i tak letak mp3 ok, i letak video terus tepek kat tepi blog. Baru tenang hati pembaca - pembaca i dengar lagu slow ala - ala the beatles gitu. Kalau i tension - tension, lagu cradle pun i letak. Apa? Children of Bodom? pun boleh. I carik gak lagu Sarjan Hassan nak letak kat blog, tapi macam tak jumpa pula.


I ni HOT u taw...pakwe i tu habis hensem hokeyy! Ala - ala Justin Bieber gitu. Ops, itu bukan hensem, jambu namanya. hikhik~
I rasa i hepi bila hari - hari update pasal pakwe i dan suruh orang baca. Barulah best, MyLifeIsPublic kan? Semuanya diberitahu sehingga orang ramai pun boleh di mana tahi lalat pakwe i. Ala, I pernah bagitahu kan dulu masa entry INI dan INI dulu? Takkanlah u dah lupa. I sekeh - sekeh pale u nanti kang hokeyy....


I buat blog ni pun semata - mata kerana follower dan traffic demi kemajuan akaun nuffpang setiap masa. i nak kumpul duit buat kahwin gitu, Tu yang terpaksa cari follower riban - riban sambil melakukan beberapa trick dalam berbelog ni.


1) I main follow je orang dan paksa orang tu follow i. Kalau diorang tak follow, i hantar email je gambar bulu ketiak i untuk diorang tak selera makan 3 hari 3 malam. tak follow, i hantar email lagi, sampai lah diorang semua follow i.

2) I akan tepek muka i yang comel ni besar - besar sedikit dan dalam 10 gambar, pastilah ada 2,3 gambar yang daring sedikit, payung memana yang orang cakap asset tu. kualiti entry tu tahilah, mana ada orang nak baca panjang - panjang. Duit nuffpang masuk banyak tu juga panjang ke pendek.

3) I tulis entry sebulan 2 kali sudah memadai, tak perlu susah - susah. I join segala macam isi segmen ada dalam dunia ni berselang dengan gambar - gambar hot I tu. auww~ memang i ni layaklah kan feymes dengan blog ni.

4) I biasa ping dekat ruang - ruang laman sosial di ruangan komen. Ala, bukan susah pun, copy satu ayat dan paste pada setiap post yang wujud di group untuk blogger tu. Pastikan istiqamah je, mestilah pageview 40000 sehari.

5) Bila BW, bak kata blogger - blogger hebat, kenalah drop komen kan. Ala, bukan susah pun, copy satu ayat juga dan paste pada setiap blog yang i bukak tu. Tak perlu baca pun, diorang tulis pun bukan best. atau i yang memang malas.

" Best entry, lawatlah blog saya juga http://wwe.yujiezz.com "


6) Selalu menasihati dan membantu rakan - rakan menggunakan teknik INIIIIII


7) Nak lebih mantap? I biasa kalau cerita pasal kucing i pun, i letak tajuk entah apa - apa macam Si keldai merogol si Lembu ke, Lelaki punyai belalai terpanjang , seks hebat di malam hari ataupun dada besar bergoyang - goyang. Tajuk biarlah agak provokasi sedikit baru ada orang nak datang ye tak. I ni memang genius kan? hikhikhik.


Dah kering la idea i. ni jela yang i buat untuk jadi blogger berjaya.
Teknik pun dah habis. lawatlah blog i ni ya!



mengejar100000follower.blogspot.com

gambar hiasan. i lagi comel dari ni nyah!



Saturday, August 6, 2011

Mengumpul Alamat.

.



Semangat Raya



Lagu raya sudah menggigit telinga di kedai - kedai makan seluruh Malaysia. Belum sampai seminggu pun lagi. Biasalah, aku di Johor ni hari raya Aidilfitri memang disambut meriah. Ada member aku pulak dah mula mengumpul lagu - lagu raya sesama member, buat koleksi katanya. Buat yang jauh di perantauan pula dah mula memikirkan akan cuti hujung bulan nanti. Bagi yang berkeluarga, dah mula plan macam mana nak ambil hati pasangan masing - masing untuk ke kampung halaman sendiri. Biasalah, rebut raya first balik mana. He He He.


Aku pula poyo - poyo nak design kad raya. Fuhh, punyalah semangat siapkan 2, 3 design. Bertungkus lumus memerah keringat memikirkan idea. Awalnya design siap ada darah - darah. GILA. Aku delete balik. Dah macam kad jemputan pergi parti black metal dah gayanya. Boleh termuntah nanah kalau melihatnya. Tak boleh jadi. Aku search google lah kan carik apa - apa yang boleh merangsang hormon aku memerah idea dengan lebih kreatif.


Tup Tap Tup Tap, siaplah 6 design kad raya untuk aku bagi korang. Dan seikhlasnya, aku nak bagi semua yang dah buat entry tu. Aku sangat - sangat berpuas hati kerana entry korang semuanya ada cerita yang aku teringin nak baca. Insaf jugaklah sedikit terdetik di hati.


" Kal, ibu nak keluar ni. Nak pesan apa - apa tak? " Semalam mak aku keluar. Dia offerlah macam biasa.

" Ko kata nak hantar kad raya, nak mak belikan kad tak? nak berapa? " tanya mak aku


" Mak, orang nak dalam 10 kad je. Mak cariklah kad sahaja. Orang dah siap design dah ni, tinggal bantai print duna printer mak jela! " Jerit aku dari bilik belakang.

"Yela KAL, suka hati kau lah. Dah, mak pergi dulu ngan bapak kau. Assalamualaikum, " Jawab mak aku rileks dan tenang.


Aku pun rasalah bahagia sebab dah tak payah nak pergi ke kedai mencari kad untuk diprint. Terima kasih mak, bisik hatiku.


-----------------------------------------------------------------


" Assalamualaikum, nah ni kal kadnya! "

" Eh, lama mak keluar, pergi mana je tadi? "

" Pergi kedai borong sekali, bapak kau nak beli barang untuk kedai dia. Nah tadi aku singgah kedai buku. Ni kad ko mintak tadi. " jelas mak aku.


" MAK! saya nak kad kosong mak, nak dibuat print! bukan dah siap beli mak! kan mahal semua ni! haduh, saya mana ada duit mak nak bayar balik. " disahut dekah - dekah ketawa aku dan mak aku

" Laaa, orah ngomong awal tadi. Mak ingatkan kau nak kad raya yang dah siap tu. Mak boleh lupa pula ko cakap nak print tu tadi. " dia menjelaskan sambil ketawa tak henti.


" Dahla kal, ko pos jela kad - kad ni dekat kawan - kawan kau. Aku tahu kau design pun bukan lawa. HAHA " ok, kata - kata ini memang menyedihkan, tapi ianya lawak bagi aku. Bila mak dah mula memerli, diam aje.


aku termenung macam ni lah masa tu.


--------------------------------------------------------------------


SO? Aku nak mintak maaf sangat - sangat dari korang kerana 'hadiah' ikhlas dariku telah ditaja sepenuhnya oleh mak aku yang telah tersilap faham akan niat aku. Korang tak kisah kan?

Ah, dulik apa aku. Aku nak pos gak kad tu. HAHA


Kepada semua nama - nama di bawah, sila PM alamat masing - masing di FB gua untuk privasi. Kang kalau bagi dekat komen ni kang ada orang hantar surat berantai payah gak kang. Nak hantar email pun tak kisah. Lagi senang PM kat fb je aku rasa. suka hati koranglah.

ni FB gua ------> HAIKAL

ni E-MAIL gua ------> blanklife90@gmail.com


Saje mention. Mana tahu ada awek cun nak add ke, aku alu - alukan ok.


Ini senarai penuh penerima kad raya dari aku kepada rakyat malaysia yang baik hati ini :


1) Amalina Nasihin - Pengalaman puasa
2) Aisha Inani - Pengalaman Puasa
3) Fatin Syahirah - Nasihat Bersama
4) Miss F - Cerita Ramadhan
5) Qadeeja - Pengalaman Puasa
6) Qudwa - Info Berpuasa
7) Baberuthless - Pengalaman puasa
8) Azizah Alwi - Puasa dan Nasihat Bersama
9) Hana Suradjat - Unresolved conflict



Tolong bagitahu secepat dan sepantas mungkin untuk mengurangkan kesesakan lalulintas menjelang hari raya ya! :D

* Seikhlasnya, aku sangat - sangat berterima kasih kerana menghadiri kursus penulisan kreatif ini dan menyadurkan entry - entry yang merangsang kepala otak aku ketika membacanya. Separuh darinya amat memuaskan dan mampu buat aku tersenyum. GoodJob! :D




.

Friday, July 15, 2011

Senyum Sehingga Telinga



Senyum.


Ia merupakan senaman muka yang paling bagus dan menenangkan pihak tukang senyum, ataupun pihak sekeliling yang melihat senyuman itu.

Senyum juga sedekah yang paling mudah kerana tiada modal diperlukan, hanya menggerakkan beberapa otot di muka, istilah senyum itu dapat disempurnakan dengan ikhlas.


Tetapi, apa yang aku perasan, dah susah dah orang nak senyum sekarang ni pada orang lain. Ego dah menebal kan dalam diri, setakat orang bawah - bawah senyum ni, apa nak senyum balik kan. Jatuhla standard aku. Tak machola senyum - senyum ni.

Ptuihh!!

Elak aku ludah je muka orang yang cakap macam tu. Benda punyalah mudah dan tak perlu keluarkan modal pun, cuma senyum. Selepas senyum selama 1.5 saat, hati kau dah senang, hati orang lain pun senang kerana senyuman kau. Orang akan kata kau ni baik dan sopan walaupun kau gila seks tahap tegar. Kan bagus tuh, senang sedikit nak buat job.


awek camni lalu, jangankan senyum, termenung terus. HAHA



Aku memang suka senyum, tapi dengan gadis - gadis jela. Siapa lalu, aku tadah senyuman seikhlas hati. Dia tak balas, aku memberi pakej makian tabir belakang secara percuma. Aku bukannya gila seks atau apa, dah sekarang ni aku pert time promoter, ye senyum kerja aku. Tak kan lah aku nak buat muka T-Rex lak. Tak cantikla kan. 

Lagi menyakitkan hati bila senyum dekat lelaki, dia tengok aku badi semacam dan terus pandang tempat lain. Apa dia ingat aku nak usya dia ke apa. Ceitt, kalau aku mak nyah pun, aku tak sanggup nak usya gorilla macam kau. canteekkklah sangat kan.

Senyum - senyum selalu. Semua orang suka sama kau. Senang je. Tak payah nak bawak mangkuk tepen, bagi jiran - jiran lauk hari - hari untuk disukai jiran. Benda dah senang, lu keluar memana, lu senyum, semua suka.

*jangan senyum ke telinga 24 hours. Memang orang cop ko tak siumanlah kalau macam tu.


kan manis senyum tu. keh3

Wednesday, July 13, 2011

Sisi Kosong.




Pendekatan globalisasi adakalanya merunsingkan. Ku lihat manusia semakin alpa kerana termangu menikmati keindahan dunia material yang menjamin kepuasan sementara. Aku juga tidak terlepas daripadanya. Hilang, sesat, gabrah bila bercerita soal selepas kehidupan dunia.


Setiap hari ku berfikir sendiri sebelum melelapkan mata biasanya, apa aku ini sempurna?syumul? Dengan mengerah kelakuan dosa seharian sehingga lupa akan tanggungjawabku seperti yang sepatutnya seorang hamba lakukan. Aku hamba, neraka seperti hala tujuku bisik hatiku. Tapi terus tenggelam dalam kehebatan mazmumah cela dunia. 

aku termenung lagi.


" Wei, kalaulah aku boleh borak dengan kau kan seronok " soalku ketika melihat cermin. Gila mungkin. Tapi dikatakan si cendekiawan bahawa muhasabah bermula dari sesi monolog dalaman antara kau dan hati kau sendiri. Benak kadangnya untuk aku mengerti tetapi akhirnya ia terjadi sendiri. Aku berkhayal dalam alam ciptaan aku, termenung sendiri sambil berbual tentang kehidupan dan kematian.

aku sesal.

Aku banyak menyesali hari semalam, tapi tiada apa perubahan besar yang aku lakukan. Hanya debu ceritanya. dipijak hancur, ditiup derai layaknya. KOSONG.

ya, pagi, pagi, pagi.
Semoga aku mampu terus berdiri walau apa terjadi. Kehidupan singkat, tapi akalku mahu pergi seribu tahun lagaknya.
Ya, aku tahu aku mampu. Mampu berdikari sendiri. Sampai mati
Walau hati mendamba dibantu selamanya.
Itukan kesimpulan semua perkara?

Aku hanya berborak kosong. Jangan diambil pusing mahupun putar. sekali lagi, KOSONG.



Friday, June 24, 2011

Kita khalifah

Aku dalam perjalanan ke Johor bahru. Pemandangan tidaklah begitu indah dengan kekotoran yg kian runcing. Tapi bila menghayati apa yg wujud di sekeliling walau hanya pokok di tepi highway, hati tetap syahdu melihat kehebatan ciptaanNYA. Aku termenung sendiri dalam kereta seakan sunyi sebentar.


Aku terfikir akan kewujudan manusia. Apa ada lagi sifat sebagai khalifah di muka bumi ini? Erti mentadbir seperti hilang. Kita sekarang seperti hidup untuk memusnah, untuk menghancur. Kita seperti mentadbir untuk kepentingan diri dan tiada untuk dunia ini.


Ada yg kata, ia hanya tanah sahaja dan tidak bernyawa. Aku setuju, ia tetap tanah tapi cuba bayangkan kalau tanah itu tidak redha akan kau untuk mendudukinya? Kamal attaturk misalnya, mayatnya terapung dan tidak boleh dikebumikan kerana bumi tidak menerima jasadnya! Mahukah ditanam di kaki bukit dengan ditimpa batu berat semata - mata bumi tidak menerimamu?


Ya, mungkin tidak cukup menakutkan lagi. Cuba bayangkan jika segala kehidupan kamu tidak diredhai bumi? Apa mungkin kau bisa berak dan kencing? Kau bayangkan jela ok. Pada aku, ia menakutkan.


Aku tahu kita memang tidak boleh menghalang kemerosotan kualiti dunia sekarang. Pencemaran dalam segala aspek fizikal dan mental amat menakutkan. Saranku, cuba - cubalah berkhidmat untuk bumi kita ini bersama walau apa pun cara. Walau sedikit, kalau sejuta manusia melakukannya, ianya amat bermakna untuk bumi kita.


' jika kau tahu pada hari esok akan datangnya kiamat dan di tanganmu ada sebiji benih, maka semailah benih itu '

#DuniaKronik

*aku pertama kali update pakai handphone. hehe

Tuesday, March 15, 2011

STUDENT : High School Vs College

25. In high school, you do homework. In college, you study.

24. No food is allowed in the hall in high school. In college, food must be provided at an event before students will come.

23. In high school, you wear your backpack on one shoulder; in college, on both.

22. In college, the professors can tell you the answer without looking at the teacher's guide.

21. In college, there are no bells or tardy slips.

20. In high school, you have to live with your parents. In college, you get to live with your friends.

19. In college, you don't have to wait in a certain lunch line to be cool.

18. Only nerds e-mailed in high school. (Cool kids hadn't heard of it.)

17. In high school, you're told what classes to take. In college, you get to choose; that is, as long as the classes don't conflict and you have the prerequisites and the classes aren't closed and you've paid your tuition.

16. In high school, if you screw up you can usually sweet-talk your way out of it. In college, you're lucky to ever talk with the professor.

15. In high school, fire drills are planned by the administration; in college, by the drunk frat boys on their way home when the bars close.

14. In college, any test consists of a larger percentage of your grade than your high school final exams ever did.

13. In high school, when the teacher said, "Good morning," you mumbled back. In college, when the professor says, "Good morning," you write it down.

12. In high school, freshman guys hit on senior girls. In college, senior guys hit on freshman girls.

11. In college, weekends start on Thursday.

10. In college, it's much more difficult to figure out the course schedule of the man/woman you have a crush on, in order to figure out where he/she will be walking around campus and at what time to find them there.

9. Once you've obtained the information described in #10, it's much more time-consuming to run between classes to that place where you know he/she will be in order to "just happen to bump into him/her."

8. In college, there's no one to tell you not to eat pizza three meals a day.

7. In college, your dad doesn't pay for dates.

6. In high school, it never took 3 or 4 weeks to get money from Mom and Dad.

5. College men are cuter than high school boys.

4. College women are legal.

3. In college, when you miss a class (or two or three), you don't need a note from your parents saying you were skip... uh, sick that day.

2. In high school, you can't go out to lunch because it's not allowed. In college, you can't go out to lunch because you can't afford it.

1. In college, you can blow off studying by writing lists like this.



so what? just thinking again and again? hahaha
that's funny right?
object?
i know you can't!!
kah3....

have a nice day...:)















FaceBLoG?

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Monday, March 14, 2011

Esok test math




Esok test statistik. pergh, rasa macam apa pun tak taw nih...
macam mana ya?
is it ok to sleep right now?
mata makin berat, hati makin kusut, kepala makin terkatup.
entah ok entah lingkup.

harap - harap jela ok..
dokan aku taw kawan - kawan! :)

Saturday, March 12, 2011

tak reti edit gambar? SINI.



Korang bosan?
xtaw nak wat apa?
tercengang kira motor lalu lalang depan rumah?
rilex!
korang boleh pegi kat laman web atas ni haa!!

buat apa?
ini laman edit gambar!
bagi yang malas nak bukak photoshop tuh, ley la g sini...nak gambar bujet2 lomo pun boleh...tryla!
ala, suka - suka kan...

pada aku, okla edit gambo kat situ.
xdalah lawa melampau sampai adobe photoshop jeling jeles...
xdapat lagi la nak camtuh, tapi okla...korang try sendirilah!!
x guna cakap banyak....

TRY SENDIRI!!     <------------- tekan sini


contoh aku edit gambo bila bosan. 20 saat je kot terbuang untuk gambo ni...(tipu)
tryla sndiri ok!

contoh jela....banyak lagi bnda boleh buat kat situ..main golf ke kan. eh, guraw! :D

bujet macho..padahaaaal.....

gambar ni lagi...sabo jelaaa...


Friday, March 4, 2011

konfirm stylo. tryla!!!!

Facebook? memang banyak info kelakar ya!

ini ada satu benda sangat menarik untuk dicuba. GOOGLE cara baru! sungguh berseni. function memang sebijik google, boleh search semua lah! tapi.............................


ADA YANG MENARIK!!

aku serius. sebab aku sendiri teruja bermain - main dengannya. 

KAU NAK TRY?

ha, tekanlah kat 

SINI!!!





stylo kan? hahaha siap boleh search lagi walau dah hancur camtuh. tryla!!

Thursday, March 3, 2011

PsSsT...PsSsT....Eyka DOMO Buat Bloglist La!!



Kenapa wa berminat nak join bloglist dia?

err...sejujurnya aku tahu bloglist tu apa pun dari eyka ni. aku faham ia senarai blog. tapi aku x faham langsung apa benda yang orang kecoh2 penuh kat ruangan dashboard aku. maaflah, aku memang sangat2 baru dalam blog ni. biasalah. selama ni jadi penulis senyap je. blog tu macam diari je kan. ah, panjang sangat lak. tak ada kaitan lak tuh!
okla, aku join sebab aku minat patung makhluk gigi tajam tuh. ganas versi comel. stylo siot. aku memang lambat gak bab domo2 la bagai. aku xkenal. sorry. tapi sangat comel siot!!! hahaha aku da jatuh hati.


ape benda blog eyka domo nih?

" blog ini kacak "


ini paling serius. dia mintak pendek, aku bagi la ayat paling padat ye. hahahaha




~ apa lagi nak tulis? ~

sudahla haikal oi. jom buat assignment.