" Peh, Alhamdulillah, dah tiga hari aku berjaya puasa. Dah 5 tahun aku tak berjaya puasa penuh. Harap tahun ni berjayalah hendaknya "
(Robert Lewadongski - Chaah, 2013)
--------------------------------------------------------------------------------------
Selamat menyambut bulan Romadhon!
Seperti biasa, bulan yang ditunggu oleh semua dah muncul. Yang rajin, bolehlah gi join bisnes juak karipap ke air soya ke kat tepi jalan pinggir kampung. Lebih - lebih lagi untuk yang telah bekerja, maklumlah anak buah ramai nanti mintak duit time raya. Nak taknak, kenalah cekup sana sini peluang bisnes untuk raya ni nanti.
Janji puasa je, ada beribu juta lemon kisah zaman muda - muda yang celaka dan berdosa yang mengundang ketawa. Tapi setiap tahun cerita pun bosan gak kan. Kecuali waktu lepak dengan member yang terlibat dengan sesuatu kisah tu masa lepak tepi masjid time terawih ye dak. Benda kecik pun kau bantai gelak cam kuda.
Untuk tahun ni, harapan ramadhon masih sama dengan harapan zaman darjah 4 sekolah rendah dulu. Nak menambahkan amal sebanyak mana mampu. Nak tambah yang kurang, atau buat yang tak tak pernah buat. Cubalah kan, mana tahu teramal walau lepas ramadhan nanti. Harapan nak tibai air katira tu memang time puasa ni jelah nampak dekat bazar tu.
Sudahlah, aku nak tidur balikla, kejadah apa pepagi camni nak menaip pepanjang. Pesanan ikhlas dari saya, khas untuk adik - adik di sana, janganlah sekali kali merakamkan video bangang sempena puasa ni. Mohon ada awek - awek shawl gulung buat video tazkirah agama ke apa. Semangat sikit tengok memalam puasa ni. Tengok siang macam tak elok lak kan.
güle güle!
2 comments:
Teruknya awak ni. Biarlah dia buat video tu untuk saya - Pakwe gadis video
kahkah. lawak siak! :D bukan kau selalu post kat youtube ke? :D
Post a Comment