Pages

Thursday, March 6, 2014

Berbulan bulan tersimpul


Umur sudah meningkat, rasa sedikit bertanggungjawab tentang kehidupan (sedikit). Lihat ramai orang yang berpusu untuk hidup dalam kehidupan yang bermacam gaya, bermacam ragam boleh jadi kadang menyesakkan diri sendiri. Perasaan untuk 'blend' dengan kehidupan tu dirasa makin hari, makin sukar. Takda pun rasa macam tu agaknya, mungkin sebab beberapa masalah yang berlegar dalam kepala menidakkan keputusan terbaik untuk setiap yang berlaku, setiap yang perlu.

Terperangkap sekali lagi dengan perasaan sendiri. Sekali lagi mengadap persoalan 'mampu atau tidak' yang sentiasa cuba dikurangkan dalam hidup ini. Apabila ditanya pada diri sendiri 'perlu atau tidak', tiada jawapan asli; tergantung pada tiap satu satu jawapannya. Satu persatu sedang diurai secara statistik. Graf dihasilkan dari jadual hasil pemerhatian pada kehidupan sendiri. Kalau saja semudah itu.

betul lah rasanya seperti kata dia, "semakin kita berusia, semakin kurang masa untuk diri sendiri". Mungkin punya kembali masa ini ketika sudah tua nanti, melihat cucu bermain konda kondi (korekla engko tar depan rumah tu) sambil tibai teh o panas dengan rokok di bibir. Bila kenang ada rokok di celah jari tu, aku tak rasa boleh sempat umurnya ke situ. 

"Oi, sayang, cucu awak tu nak gi telan pasir dah tu. Saya nak gi berak kejap ni"

berjoginglah bini dari ruang tamu ke laman rumah untuk melihat cucunya. Engko nampak perlahan, tapi orang tua feeling joginglah tu. Romantik lagi aku waktu tu panggil bini sayang. Itu baru sayang, lagi tiga ada cinta, manis, bunga. Lengkap romantiknya.

Berangan ni memang takkan habis, macam tunggu harga minyak (dan rokok) nak turun. Tekel makwe pun takut, berangan sampai ke cucu. 

Tapi, ultra-Fakri hari ni skor macam pak brahim. Boleh dah bagi nama zlatan fakrimovic.

3 comments:

Anum said...

good moning
drop here :)

Primadona said...

dan aku juga mula merasakan bahawa aku sudah tidak punya masa untuk diri sendiri.Sadis bukan? :)

broken_nigina said...

setahun.6 mac 2015.hari ni.