Monday, March 18, 2013
Kawan
Pulang dari kem motivasi yang menarik dalam kepenatan. Puas dijirus aktiviti - aktiviti memotivasikan diri tentang kasih sayang, cinta sesama manusia. Memberikan gambaran tentang realiti kehidupan dunia luar di alam dewasa nanti. Penat. aku kadang benci sebut tentang dewasa, punya tanggungjawab bagai. Ia kehidupan yang penuh tekanan.
Tapi sejujurnya aku tak sabar menanti hari akan datang. aku teruja untuk tahu siapa aku, di mana aku dan siapa di sekeliling aku untuk 5, 10, 30 tahun akan datang. Itupun kalau umur aku boleh cecah takat tu lah.
Kawan.
Aku jenis orang yang tak berapa pantas mencari kawan dan tidaklah terlalu introvert untuk tidak punya kawan. Aku di tengah - tengah. Aku jenis tidak mudah percaya pada orang, dan apabila percaya, aku orang paling percaya dan kerap kali ditipu. Tapi rilek, aku masih hidup lagi hari ini untuk belajar satu persatu realiti manusia yang ada.
Diberitahu, kawan yang baik ialah kawan yang mampu memberi tunjuk ajar dan keikhlasan dalam menegur kita. Mampu membimbing itu baik tetapi mampu menegur silap dan cela kita itu lebih baik. Kekuatan untuk menegur secara berhemah dan berhadapan itu bukan senang kerana kita sering diingatkan untuk menjaga hati dia dia dan dia. Dan dari situ timbul penipuan dalam kadar sedikit.
yeah, skema sungguh.
gi mampus kadangnya, bukan orang nak amek port pun ayat - ayat jenis gini. Kalau penulis hensem, adalah jugak perempuan nak baca, bajet2 insaf 2,3 hari dan berterusan macam biasa.
Persoalannya,
Sejauh mana kau ikhlas dalam persahabatan?
Apa niat kau untuk berkawan?
Apa yang kau nak dari persahabatan yang dijalinkan?
Apa yang kau beri untuk sebuah persahabatan?
Dan kita terus termenung. Dengan seronok berkawan, keluar, makan, happy ke sana ke mari. Positif. Masalah dikongsi bersama, tidur dekat, borak selalu, bahan orang lain bersama dan macam - macam lagi.
Benda menarik ni memang syok dalam berkawan. Tapi sampai bila?
Apabila ada 1 masalah tak kira besar atau kecik, kadang boleh putus persahabatan. Boleh renggang, boleh jauh. Boleh benci dan tidak ambil peduli. Dari sayang ke benci.
Eh, kejap. Sayang ke benci? Apa makna sayang yang kau kata kalau kau membenci? ini betul - betul mindfuck kata omputih.
So................perempuan.
Kita sering pandang apa yang orang tak boleh beri mengikut apa yang kita beri. Apa kau sama dengan dia? Itu sangat - sangat mengelirukan. Kenapa kita boleh expect yang kawan kita mampu beri sebagaimana kita beri dia?
Inilah silapnya. Kita selalu sangat pertikai kenapa dia tak boleh beri kita ini dan itu. Kita sepatutnya pertikai apa yang kita beri pada dia, apa kita betul - betul hargai kawan kita, yang konon dipanggil sahabat baik tu. Ceh, kalau namanya sahabat baik, lu tak akan pernah mintak balasan, lu tak akan pernah balas walau dia khianat lu tegak - tegak bersuluh depan mata, lu tak akan cerca dia sepanjang hari membenci dia.
Aku selalu hilang kawan. Benda yang baik ni memang selalu pergi. Tapi aku dapat rasa mungkin itu yang terbaik untuk diorang. Aku pun bukanlah kawan yang baik dan aku sendiri tak tahu berapa ramai yang letak aku di tahap kawan baik. Kawan baik aku pun, aku rasa adik aku sendiri. Macam sunyi kan?
Tahi. kejadah sunyi. Semua kawan aku adalah kawan baik. apa nak bezakan bagai. Bukan aku expect apa - apa pun dari diorang. Itu hak diorang. Yang aku tahu, aku perlu beri apa yang aku mampu sebagai kawan. Kalau ada yang terasa dengan mulut aku, harap dimaafkan. Aku memang kadang melalut perkataannya.
dan, aku rasa hari ni aku macam celaka perangainya. Menulis blog macam diari. Harap tak ada siapa baca. shit, malu sungguh laki macho buat ayat cam diari. Jambu betul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
So much gayness in one post.
haikal ke ni..?
nampaknye kem tu memang sgt berkesan..
Kawan itu penting. Kaean ada pelbagai jenis. Tapi aku benci kawan yg peralatkan aku demi bahan jenaka mereka.
damn terasa macam joker pun ada
Dalam hidup, kita akan jumpa macam-macam kawan. Dari situ kita akan jumpa kawan dan lawan. :D
Yo bro! Lama tak jejak blog kau. Haha. Entry paling takleh lupa, Pakcik Nipple. Teka ah aku siapa.
ah kalau pakcik nipel ni konfem awek bp ni kompem. kahkah
Aku sorang je ke yang terpikat dengan Pakcik Nipple kau tu hahaha. Aku masih kawan kau kan? *wink
mestilah beb. takkan sebab pakcik lejen tu kita terputus sahabat. tidak sama sekali. haha
Aku tahu kau rindu aku *cough*
Sebab tu guwa datang komen kat sini. Twitter sama sekali dilarang. Bapak sadis. Ini semua gara2 cinta. Kebebasan guwa tersekat. Aku tahu diri aku pathethic. Maafkan aku atas kekhilafan aku. Apa aku merapu ni saiton.
nak buat cemana. normal ah semua benda gitu kan. hahaha
rilek sudah. bersusah dahulu, bersenang kemudian. kahkah
I miss being a blogger. RIP my blog. *tabur bunga*
*bakar duit kertas*
Kau bila nak update blog. Wa lindu nak baca la.
kawan. hmm.
kita sama
Post a Comment