Friday, March 15, 2013
Gagal
Masih.
Penuh dengan cerita cinta yang tiada sudah. Mual seperti terlalu kejam untuk suatu keterbiasaan. Kalau mual pada perkara memualkan yang luarbiasa itu baru mual yang sebenar mual. Cinta tidak mungkin memualkan. Cukup.
Hidup.
Penuh dengan kesengsaraan. Lebih - lebih lagi tentang cinta. Kira saja berapa ramai yang kecewa, luka kerana cinta. Tidak cukup kaki lipan untuk mengiranya. Kalau guna kaki ulat gonggok pun tidak cukup. Sedozen gonggok, seribu gonggok dikumpul tetap tidak cukup. Hmm..mana ada orang rajin kira satu persatu kaki gonggok.
Cinta antara dua jantina berlainan sesama manusia itu boleh menggilakan. Boleh juga rupa yang cantik diberi Tuhan dihapus kecai sepecut graviti. Berlari mengejar awan, hanya untuk mencari bumi. Sungguh bangang neraka yang dicari. Belum kira lagi dia, dia dan dia yang membunuh, mencederakan manusia semata kerana cinta, yang belum tentu betul niatnya.
Diberikan nafsu sebagai ujian dan cinta itu sendiri hampir keseluruhannya tentang nafsu. Dan kerana itu cinta itu menjengkelkan. Kita akan kalah dengan nafsu. Mungkin sekarang kau boleh kata
TIDAK
MANA MUNGKIN
AH, TAK LOGIKLAH
aku kalah dengan nafsu. Aku tahu jaga diri. Aku ingat lagi pesan mak bapak aku.
em, katanya.
Nafsu kau belum diduga lagi dengan cakap begitu dengan pihak ketiga. Diberilah ruang masa, tempat dan situasi yang benar - benar kombo seterusnya memultiple dugaan nafsu, belum tentu kau berjaya. Belum tentu kau tentang. Sejauh mana kau yakin tentang masa depan kau?
Masih mual masih mual.
Kita selalu fikir tentang 'gagal', 'tak mampu' walaupun yang gagal itu hanya beberapa sahaja.
Kita malas berjaya. Malas untuk beranikan diri melangkah ke hadapan. Kita sibuk dengan maki hamun, cerca sana - sini. Kita sibuk dengan pulaukan mereka yang gagal, bukannya mahu tunjuk dan kenalkan mereka mana tuju untuk berjaya. Kita sibuk dengan bunyi guruh walau rumah tidak berbumbung.
Rileks, step by step. Hidup ini perlu terancang, baru namanya mensyukuri rancangan Tuhan untuk semua.
Apa kita terlalu bodoh untuk rasa mual?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam jumaat yang indah
singgah pagi
Bila cinta dan nafsu bersatu.... Akal ditolak tepi, kebodihan di sanjung tinggi.
Nafsu memang paling susah dijaga bila cinta itu wujud. Aku akui.
-awek pakcik nipel
semua orang pernah gagal part yang tu.
Post a Comment