Friday, December 7, 2012
Penting Diri
Dalam kehidupan ini, kita sering bergantung pada yang lainnya. Tidak boleh hidup sendiri. Untuk senang, perlu menggunakan sumber - sumber sekeliling yang memberi manfaat kepada kita. Keluarga itu sudah pasti, rakan khususnya.
Untuk senang, gembira, ketawa, suka ria, memudahkan, idea, pendapat dan lain - lain lagi.
Tetapi jika topiknya dialih kepada sedih, duka, kecewa, sakit, malang dan beribu lagi tajuk cela, agak berapa banyak yang kita boleh gantungkan pada rakan ataupun manusia lainnya? Ada yang suka menolong, ada yang boleh menasihat, ada yang petah berpidato, ada yang hebat memujuk, ada yang jenaka penuh ketawa. Bagus, itu usaha untuk menukar suasana sedih itu kepada gembira. Dari marah kepada tenang.
Adakah itu sudah cukup untuk mengelak dari dicop 'mementingkan diri' ?
Keperitan sahabat sahabat kita yang lainnya terutamanya yang diuji secara total dari fizikal dan mentalnya seperti mereka yang sedang ditindas, dalam suasana perang seperti di Gaza baru-baru ini (baru ke?). Pelbagai event dan kempen dijalankan oleh kita semua. Ceramah - ceramah kesedaran dan aktiviti - aktiviti menyokong kemanusiaan wujud. Yang paling besar dan sukar ialah boikot.
Boikot barangan golongan penindas.
Ya, pedapat masing - masing berbeza.
Pertama, ada yang betul cuba memboikot dimulakan dengan pemboikotan Mekdi dan seangkatan dengannya. Mereka juga cuba menjauhi barangan nesle dan entah apa lagi yang terlibat. Bagus pada yang berjaya. Mereka kuat melawan nafsu dari benda - benda sebegitu. Lagipun bukan baik sangat pun fastfood ni pun.
Biarlah orang kata apa,
" tak ada efeklah ", " gi mampuslah boikot kejadah, cam bodoh je ", "aku tak dulik, aku memang suka menatang ni dari aku lahir lagi "
geng pemboikot tegar masih memboikot itu bagus. Mereka tegar bukan hanya pada kata, tetapi kental meneruskan pendapat.
Kedua, apabila diprovok oleh golongan yang tidak memboikot ini, ada antara geng pemboikot yang melenting tak tentu arah memaki hamun sana sini, menuduh yang bukan - bukan. Rileks, semua orang ada perasaan kasihan pada orang yang jauh di sana. Kita jangan menuduh yang bukan bukan. Mana tahu mereka yang telan mekdi pepagi tu lagi banyak doanya dari pemboikot kan. kena rileks.
Ketiga, penyebaran sms berantai yang aku rasa telah aku terima sebelum ini juga menular kembali. Isu kecil, aku rileks je rantaikan terus sms tu ke alam lain.
Dalam keadaan mana - mana pun, kita tidak akan dapat menilai sejauh mana 'pentingkan diri' kita tu. Sangat subjektif dan tidak berasas untuk diukur.
*************************
Aku cipta satu situasi.
Ada satu rompakan di sebuah bank. 43 orang awam dan staf berada di tempat kejadian. Perompaknya berdua. Seorang sedang mengambil wang, dan seorang lagi mengugut orang awam.
Ok, kau kebetulan sedang mencangkung ketakutan bersama seorang gadis awal 20an dan seorang pak cik lingkungan 40 an.
Perompak itu memandang tepat ke arah kumpulan kamu bertiga. Dia mendekat ke arah kamu.
Pertama, apa perasaan kamu agaknya ketika itu?
Tidak perlu cerita, aku sudah tahu perasaannya. Kita semua sama.
Perompak itu mendekat seterusnya memandang kamu bertiga secara berturutan seakan ingin membaham kamu bila - bila sahaja. Di tangannya memegang sepucuk pistol.
Dia menghulur tangannya untuk mencapai satu di antara kamu.
Dan, dia menarik tangan gadis di sebelah kamu.
Ok, sekarang rasanya apa perasaan kamu?
Lega? kecewa? Marah? Takut sampai hilang perasaannya?
yang pertama terlintas ialah lega rasanya. kerana dia tidak memilih kamu.
Gadis itu dipeluk dari belakang dan diacu pistol ke kepalanya. Apa ayat yang pertama terlintas di kepala anda?
" Oh, untung bukan aku. Kasihan budak itu. Kasihan sungguh. " dan yang sewaktu dengannya.
kan?
***************************
Dan perkara pertama kita terlintas ialah tentang diri kita dahulu. Kita rasa beruntung sebab bukan kita yang dipilih sebagai tebusan. Bukan kita yang terpilih untuk diacu pistol di kepala. Dalam beberapa saat, hati kita lega yang amat sekali.
Adakah itu bukan sifat 'mementingkan diri' ?
kahkah.
Semua kita pernah mementingkan diri. Pada aku, mementingkan diri ni bagus apabila kena pada tempatnya. Kita pentingkan diri untuk benda yang positif untuk diri kita dan semua. Pentingkan diri untuk kebaikan rakan - rakan dan keluarga. Itu pentingkan diri dengan betul.
Contoh :
Rahmat mementingkan diri dengan belajar di meja tanpa menghiraukan aktiviti rakan baiknya merangkap teman sebelah katilnya yang sedang bermain permainan video.
Tidak perlu diajak belajar. Rakannya sudah terang - terang akan perasan yang rahmat sedang belajar. Sebelah dia sahaja woi! Tapi dia mengambil keputusan untuk menghiraukan dan bermain permainan video. hari - hari dia tengok rahmat belajar. Timbul perasaan risau. Suatu hari, rahmat disapa temannya itu tentang apa yang dibuatnya di meja selama ini. Rahmat senyum dan mengajak rakannya belajar sekali.
Dan mereka belajar bersama - sama sehingga ke akhir hayat. Ok, tidak.
Cerita bangang sungguh, tapi boleh jelas kan ada benda kita kena pentingkan diri untuk memajukan, untuk membakar semangat orang sekeliling kita dan juga menimbulkan suasana positif untuk mereka yang lainnya.
Bukan pentingkan diri secara dasarnya, cuma tidak memanjakan orang sekeliling kita. Push untuk diorang ada perasaan dan dorongan untuk berusaha sendiri.
**************************
Untuk yang pentingkan diri secara mutlak ataupun memang jenis pentingkan diri punya orang, itu korang pun tahulah macam mana kan. Tak kira apa, semua yang baik dia nak dan yang buruk untuk orang lain.
Apa salah kalau semua dapat yang baik kan dan yang burukl tu hanya untuk mereka yang gagal untuk berusaha.
Untuk pentingkan diri ini, tiada penyelesaian. Pepandai koranglah fikir cemana nak ngadap orang macam ni. Terajang terajang dan aksi gusti harap dielakkan. Gusti lengan dibolehkan.
Semangat pulak aku menaip bila kena limit twitter ni. kurang hajar punya twitter limit aku. kahkah
Sudahlah, salam semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
panjang entry kali ni
aku pernah mimpi woi orang acu senapang kt akuuu..
serius debar gilerr..!! T_T
tp bersyukur itu hanya mimpi..kah2
dalam hal penting diri ni, bagi aku satu je; utamakan hati sendiri mengatasi yang lain :)
Post a Comment