Tiga sudu gula diletakkan di dalam bekas air kopi cap televisyen itu.
" Gila manis. " kata dia
" Gila tawar. " kata dia yang lainnya.
Aku rasa ia sedang - sedang saja. Tidak terlalu manis atau tawar.
-------------------------------------------------------------------
persepsi atau pandangan setiap orang itu berbeza - beza. Tiada yang betul dan tiada yang salah. Masing - masing punya alasan sendiri untuk setiap pikir dan jawapan.
Tetapi ramai antara kita yang suka dan selalu menjadi penghukum untuk mereka yang lain meletakkan solusi berbeda dengan kita sebagai 'salah' tanpa sebarang soal atau pikir lebih mendalam tentang sebab kenapa selain kita itu salah.
kita kembali kepada air kopi tadi.
Untuk yang merasakan tiga sudu gula itu terlalu manis untuk sebekas kopi, mungkin dia punya anggapan bahawa saiz 'bekas' kopi itu saiz kebanyakan mug di pasaran.
Untuk yang merasa tawar itu mungkin mereka beranggapan sebaliknya tentang saiz bekas digunakan. Mungkin mug yang difikirnya sejengkal tinggi, sejengkal lebar.
hakikatnya hanya aku tahu saiz bekas yang aku gunakan dan jumlah gula mengikut citarasa aku.
Bekas saja sudah mempengaruhi tahap kemanisannya, belum lagi diambil kira dari sudut subjektifnya iaitu rasa di lidah masing - masing! jika semuanya sama sekalipun belum tentu rasa di lidah kita semua seirama gitu.
Macam - macam. Aku juga seorang penghukum bila aku melabel kamu penghukum. entahla, kadang setiap yang benar itu tidak jelas. Selalu sahaja kabur dalam bayang kebiasaan. Kebiasaan pada yang tidak perlu itu kadang merumitkan yang sepatutnya jelas.
Itulah ada orang kata, hidup kita ni perlu ada kesinambungan pensel dan pemadam. Kita perlu terus mencorak kehidupan kita dengan sebaiknya seperti pensel. Terus melakar satu - satu impian hingga realiti di hadapan mata. Setiap kegagalan, kesilapan hasil dari kekurangan diri tu kita padamkan, mula lukis kembali. belajar dari pengalaman sepenuhnya. Contoh - contoh lakaran orang lain perlu dijadikan rujukan agar kita tidak melakukan kesilapan - kesilapan yang mereka lakukan.
Kesilapan kita sendiri boleh membantu orang sekeliling kita agar tidak melakukan kesilapan sama seperti kita. Itulah gunanya berkawan! saling bantu membantu! :D
Jadinya, untuk menilai sesuatu itu, kita perlukan sesuatu sebab atau bukti yang jelas. jangan terus menuduh sana sini! Kita kena rileks, tenang dan analisis sebaiknya. Apabila tidak sehaluan, bersama menyelesaikannya baru betul. Baru masing - masing nampak apa yang tidak jelas selama ini. Perselisihan itu jangan jadikan ia sebagai modal pertelingkahan, jadikanlah ia proses kematangan fikiran. Ambil yang baik, padam yang buruk.
Rileks, dan teruskan kehidupan dengan senyuman. Kita kan kawan, kan?
7 comments:
kita yg tentukan hidup kita...
teruskan usaha untuk capai impian yg belum terlaksana selagi masih boleh.
eh....kopi. aku setia pada nescafe tarik sahaja hihihi
yeah,kita kawan...ops,aslmkum...ape kabor en Haikal...hehe,maafle ganggu...saje datang menyinggah...ade air kopi lagi???mohle hidang secawan...buatle bgaimana cara sekalipun,janji sedap...:)
yeah telor pawer! kita berkuasa ke atas diri kita!
annur, kopi ada je. tinggal bancuh je haa. haha
aik...tetamu datang,tetamu kena bancuh sendiri???! biar betol....hahaha
ini self service namanya. buat macam rumah sendiri! kahkah
*sambung kunyah keropok
hampeh...sape owner umah ni?meh sini nak pelangkung sikit...sabor jela...haha
:)
Post a Comment