ni buku ke zine ke aku tak tawlah dari Api dan Hana. Yang sorang lagi tu amira syuhada. Asal nak buat review ke apa, tapi member aku ngah pinjam. Buat layan perasaan ke apa aku tak tahulah. |
Minggu pertama permulaan semester baru memang penuh dengan raja - raja malas dalam diri. Dengan rasa ngantuk, menghadap bilik berpenghawa dingin lagi memang menambah berat kelopak mata untuk tidur.
Macamlah aku pergi semua kelas kan. ehem.
Ya, hakikatnya memang aku dah terlepas kelas beberapa hari ni akibat sikap dan sifat malas yang teramat untuk mandi, menyarung pakaian dan pergi menunaikan kewajiban sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Untung memang hakikatnya kelas yang ada cuma satu dua sahaja dan yang lainnya tiada sesiapa yang masuk mengajar dan semua pelajar pulang dengan pembaziran air mandi di pagi hari.
Persoalan - persoalan hidup sedang mengelilingi aku. Masa depan, hari esok, senyum nanti dan sedih yang mungkin terjadi semuanya menyelubungi. Sedikit rimas rasanya apabila terpaksa melayan perasaan yang selalu saja leka di awangan tanpa rasa ingin pulang. Kabut.
Rileks,
Memang normal apabila kita berfikir tentang masa depan, biasanya flow cerita dia akan lebih kurang pada aku. Di dalam perbualan dengan rakan - rakan aku pun biasanya akan sama jalan ceritanya pada mula dan berakhir pada kisah yang sama.
*****
1. Gadis
" Wei, kau tengok awek tu. Gila kiut dowh. Siap sengih2 lagi borak ngan mak dia. Perfect! "
" Eleh, pancing lebat. Aku tahu kau mesti ngah usya mak dia kan? Selera milf kau tu tak pernah ubah punya dari dulu. "
" Kepala bana kau lah. Aku normal lagi ok. Orang tua dah berumahtangga pun takkan aku nak jugak. Kalau sipi - sipi pedo usya dak sekolah macam kau tu logikla jugak."
" Jilaka, kau kata aku pedo pulak. Aku jadi macam tu pun sebab terikut perangai kau tahu tak. Janji pusing bandar, kau suwit awek sekolah je manjang. Cam harem. "
Apabila dah bosan tak ada topik, memang awek sekeliling digosipnya. Tapi tak adalah gosip mana, cuma 'perempuan' dijadikan topik dan kemudian disulam cerita - cerita atau tanggapan - tanggapan mengarut yang tak logik dek akal. Ada jela nanti topik - topik kecil yang diutarakan.
2. Kerja
" Haaa..yang tu aku syak taste kau tu. Muka comel, rambut lurus panjang, baju manggo. Itu jela aku perasan jenis yang kau tak kelip mandang. "
" Woi, itu awek mentenen tinggi wei. Mahu - mahu kena ada bmw sebijik tu. Ini jenis baju dalam pun almari asing besar sebijik kat bilik. Lagi almari baju. Elak kena letak kat loteng je baju - baju terpakai dia. "
" Nanti kau dah kerja syiok, mesti kau mampu. Ni baru kerja - kerja kontrak je memanglah tak mampu lagi. Asyik tibai duit kat kereta dia je "
" Kerja sedap jadah dia. Kereta tu jela awek aku sekarang. So, kenalah tabur duit sikit, baru dia sayang kat kita. Tu aset tu, aset aku. "
" Hoi, lu agak - agak lepas ni nak try kerja mana? "
Haa...dah masuk dah tu. Dah mula dah topiknya beralih arah kepada kerja. Segala kisah - kisah tentang interview kerjalah, study dekat pusat pengajianlah, semua keluar. Satu - satu persoalan diajukan sama sendiri sambil diselangi dekahan ketawa kerana ada sahaja lawak yang menyusul.
3. Tanggungjawab
Tengah dok syok borak pasal gaji segala, akhirnya akan wujud ketandusan idea. Perbualan mula reda dan air masing - masing dihirup kembali melembapkan bibir yang kering.
" Gua syak lu kahwin dulu bro nanti."
" Ceh, entah - entah lu yang kahwin dulu nanti. Tengok muka sangap je aku tengok kau ni "
" Memang muka sangap, sangap nak belajar. Aku kan pelajar cemerlang. Belajar kena sakan."
" Tahi kau lah belajar rajin. Duk Matrik pun repeat. Memalukan kawan - kawan je kau ni. Dah lama aku nak putus kawan dengan kau sebab malu. Cuma tak sampai hati je. Nanti takut kau mereng jalan sesorang je sebab tak ada orang nak kawan ngan kau. "
" hahaha. mulut kau ada sikit - sikit bau tinja. Memang tak ah kan aku nak kahwin dulu. Umur muda lagi, belajar pun tak habis lagi. Paling kurang kena kerja, baru aku boleh tengok muka bini aku bahagia dengan seikhlasnya. baru boleh bagi - bagi hadiah bajet romantik gitu. Nampak tak nampak tak. "
" kau umur je muda, muka duda! Romantik kau lah. Yang penting kena ada duit nak sara bini, baru dapur berasap. Ni dah kawin pun makan kedai memang tak feel la. Macam mana nak geletek isteri masa dia tumis bawang. Itu perkara penting tu. kahkah "
" WOHOI! tetiba baru aku teringat kau punya berangan dulu - dulu nak bini masak kat rumah pakai apron je kan. Dalam clean n clear. Peh, bajet - bajet hentai je lu ni kan pangai. "
Memang macam haram pun kadang perbualan antara lelaki ni. Bukan akulah, ni kisah antara John Meer dan Sally Maajud. Bukan aku, pastinya bukan.
*****
Itu sekadar kisah selingan. Aku asalnya nak cerita pasal berangan ni. Tapi dah melalut, nak buat macam mana kan. lagipun bukanlah ada orang kisah sangat pun aku tulis pasal apa. Yang baca pun ada 13, 18 orang. Itupun aku dah kira yang tersalah tekan ke masa google resipi nasi lemak berkari unta. Kira macam tak heranlah aku nak taip ikut lagak aku kan
Bila aku termenung, aku mesti fikir pasal kerja dan bakal bini aku. I mean, kalau aku berangan yang jauh. Kalau berangan dekat - dekat tu kebanyakannya pasal pembentangan, kedai makan untuk malam ni, esaimen ada ke tak dan paling penting, siapa awek yang naik kereta kelisa silver berplat pgv. Dia senyum - senyum dekat aku, tapi mata aku rabun jadinya aku tak cam muka. Tu yang jadi persoalan sampai ke hari ini. SIAPA?
Dah pusing - pusing cuba merancang perjalanan hidup di dalam kepala, kebiasaannya pasti akan kembali kepada penyesalan dosa - dosa lampau. Waktu tu rasa feeling bermuhasabah tu orang cakap. Satu - satu kegiatan celaka dahulukala sehinggalah ke hari itu bergerak pantas di dalam kepala. Sepertinya tahun yang berlalu itu tidakla begitu panjang. Dalam satu malam boleh dirumuskan! nampak sangat masa yang berlalu itu sangatlah jauh dan tidak terjangkau. Melanggar hukum alam untuk kembali ke masa lepas. Yang tinggal cuma sesalan.
Kita ni, nak lari mana dari dosa. Akhirnya pasti akan kita dikembalikan kepada Tuhan. Sebelum nyawa ditarik, jiwa dibeku, lebih baik kalau hati kita bergerak sendiri untuk kembali kepada jalan Tuhan. Di jalan agama yang benar, di situ kita perlu cuba memujuk hati agar menerima kebenarannya dengan penuh ikhlas. Jasad takkan bergerak selagi hati tidak menjayakannya terlebih dahulu. Ketenangan itu mesti dicari, bukan dinanti. Tak ada benda dijamin datang bergolek jika kau tunggu je. Mesti mahu gerak dulu beb.
ehem.
Sebagai akhir kata, nasihat saya kepada semua, kalau berangan panjang tu boleh. Tapi kurangkan penggunaan mungkin dan kalau. Lebihkan perkataan pasti dan konfem. Ada beza dia nanti orang cakaplah kan. Aku tak tahu. lalalaaa~
p/s :
- part tanggungjawab tu aku keliru apa yang tanggungjawabnya? proses buat anak ke pe? kahkah
- gambar kat atas tu memang kena gelap. baru nampak rare. ceh, padahal hp sendal pintu memang kualiti dia tara tu lah kan.
8 comments:
awek kerja & tanggungjawab
perbualan parts awek kalau dikongsi bersama member sgt seronok. aku dan kawan bagai juri utk awek2 yg diperhatikan.
*jangan tanya apa yg kami pandangkan
yeah, juri tak bertauliah! menonton lenggok indah duniawi! kahkah
Wakakaka. Begitu jugaklah terjadi pada aku bila masuk sem1 dekat uitm ni. Makwe makwe law kemain cantik!
aku tk dpt control tahap berangan aku dan penggunaan mungkin dan kalau. haha
Penulis lagi seorang tu yang namanya Amira Syuhada bukan penulis blog BenihHatiBuatJiwa. Yang tu penulis lain.
Harap dapat baca dan buat reviu zine kami tu nanti ya. Terima kasih sudi membeli. :)
baca entry ni gelak golek2.hahaha
dah tahu rabun, pakai spek..!
penat aku senyum tau..
penatt..!!..
perbualan lelaki..isk..
miss senget! kau jangan tipu! mana mungkin kau di kluang dan mengenali aku! haha
perbualan kotor lelaki.
Post a Comment