Pages

Wednesday, September 5, 2012

Raya dan Rokok Yang Merbahaya


" Wei, esok kita nak tibai baju panjang ni ke nak wansut baju melayu? " satu persoalan aku tujukan.

" Apa barang baju melayu. mainstream sangat dah tu. Kita berniqab ah, pakai khemah tutup muka. Ada bran? "

" Bangang kalau cakap ngan kau ni. Boleh masuk neraka kalau dengar pendapat kau "

" Kita pakai gamis ah, dengan kain pelekat pergi masjid lepas tu balik masjid ganti ah seluar. Seluar aku ni pun tak basuh lagi ni tak tawla esok sempat kering ke tak "

Memang tekanan kadangnya bila berbual dengan adik aku ni. Mengarut dia lebih dari aku. Macam harom kalau tanya pape soalan kat dia. Rasa nak terajang pun ada kadangnya. Tapi tu lah adik aku dan semestinya aku sayang dia lebih dari aku sayang diri sendiri.

Jangan perasan, gua tak sayang lu pun.


Keesokan harinya, setelah subuh masing - masing dah usya - usya dapur mencari air.

" Ibu, airnya mana? di pagi yang cantik dan indah ni alangkah comelnya kalau dapat menghirup air kopi bancuhan ibu. Ibulah gadis paling cantik di pagi raya ini "

" Banyaklah korang punya cun. Membodekla tu. Dasar pemalas. " balas beliau.

kah kah semua orang ketawa kecil. Wah, aktif juga diorang ni pepagi ni. Jam baru pukul 7 gayanya. Bagus diorang kat kampung ni.

Aku keluar dulu lepak atas batang kayu pokok yang tidak dikenali di tepi rumah atuk aku berdua dengan adik aku. Biasalah, melayan winston kegemaran bersama bersama - sama.


Jam menunjukkan pukul 8, gamis ditepuk - tepuk lantas disarungkan. Songkok dikemaskan dan disengetkan sedikit. Kemonlah, pagi ni gua betul - betul nampak hensem! aku yakin edward cullen ke, bieber ke semua jeles tengok aku. Konfiden habis walhal tak ada bezanya pun. Lemak masih berkeliaran di seluruh tubuh badan mengetawakanku.

Selesai menunaikan solat sunat aidilfitri, kasut yang diletak jauh kerana mahu mengelak dipijak disarung ke kaki. Keluar saja pintu masjid, terus buat perkara makruh kegemaran kembali. Ceh, adik aku dah kat luar hisap rokok lagi awal dari aku! pantas betul dia bab2 keluar masjid ni. Panas letteewww.

" rol, singgah kedai dulu jap lagi. Aku nak beli rokok kejap. Rokok aku dah habis pulak, ni last ah ni sebatang ni ha." sambil mencucuh.

fuhhh...asap pertama dihembus. Songkok senget, dan ingin dibetulkan, tersangkut di hujung rokok, habuk bersepah di atas baju.

" Wei, ada bara lekat kat baju kau!! " jerit adik aku 

dem! panas terasa. Tangan pantas menepis bara jatuh ke bawah. Rasa lega datang kerana panas sudah hilang tapi hanya sementara. Syahdu di pagi raya mencurah - curah secara tiba - tiba. Mata bergenang air mata keinsafan di pagi raya. Dosa - dosa lalu bertarung di dalam kepala mengenangkan nasib malang yang terjadi.

" Apakah dosaku sehingga aku diperlakukan sebegini rupa oleh rokok sendiri.

BAJU AKU BERLUBANG! bahana rokok, rosak baju raya aku di pagi raya. Betul kata orang tua, rokok merbahayakan kesihatan. Bukan sahaja kesihatan aku, tetapi turut menjejaskan kesihatan baju raya aku. Aku tahu mak aku pasti membebel panjang kerana kejadian ini. Aku mesti rahsiakannya.


sebelum ke kubur arwah nenek

itulah baju aku yang berlubang di pagi raya.

Dah nama raya, mestilah banyak peristiwa yang berlaku. Dengan layan budak main mercun, makan ketupat rendang semua bagai. Bagi yang bersalaman mohon maaf nangis - nangis tu pun boleh disemat dalam memori masing - masing.

Situasi - situasi di mana kau beraya dan ada gadis/jejaka hot berhampiran dan kau ada sikit jeling sambil hati mengiakan ke cantik/hensem an dia tu memang best untuk digosipkan dengan rakan bersebelahan. wooh, itu aktiviti raya wajib woo! usya awek cun yang ada, dan bahan dari jauh.

Peristiwa paling best raya tahun ini ialah aku dapat bertemu kembali cik bulanbintangmatahari setelah bertahun tidak bertemu. Menyengih aje aku dua tiga hari lepas tu. Gila hidup dalam memori je aku ni.

Tapi itu cerita lama kan, dia pun dah makin comel dengan panampilan baru dia. Sikit lagi nak tergoda dibuatnya.

Semoga dia terus bahagia dan kekal dengan kekiutannya.

Semoga..................em, amacam korang beraya tahun ni? kah kah


8 comments:

Shila said...

amboi.. segak sokmo dio...


budak laki kmpung aku kan..depa pakai semat2..kacak2.. lepas tu ms org semayang raya, lepak kt dataran depan umah aku.. kuajaq kan..?

org abis smyg, depan pn balik.. sadis betul..

Telor Power said...

hilang seri baju raya tu hehehe

Haikal Blank said...

rumah kau ada aura sebagai port lepak tu. tu diorang guna sepenuhnya peluang lepak kat laman tu shila. kehkeh

memang hilang seri pun haa tapi untungnya satu, aku dapat cover sampai seminggu sebelum maka ku tahu. tak adalah kena bebel masa raya! haha

Lelaki said...

bak mai rokok sebatang...:)

Haikal Blank said...

Nah, maaflah, gua ada winston je. *bagi sebatang*

Evagurl said...

wiwiittt~

kim salam kat cik bulanbintangmatahari ;)

Haikal Blank said...

woho. tu yang payah tu. kahkah

Anonymous said...

Wuhuuu sapa cikbulanbintangmatahari tu weyhh??? *keningss*

-awek pakcik nipel

P/s obvious kan aku tengah stalk blog kau.