Pages

Saturday, September 1, 2012

RayaMerdeka plus Kenangan






Selamat hari raya dan selamat menyambut merdeka!


Malam jumaat, malam merdeka. Aku dah ajak kawan - kawan aku semua berbaju melayu bersongkok tapi sayang, diorang segan katanya. Sebagai lelaki, bila aku dah cakap, aku kena laksanakan. Itu pasti.

"cilake, kau betul - betul pakai baju melayu. Siap songkok dah macam nak g kenduri arwah dah ko ni pehal "
tegur man, kawan baik aku sejak kecil.

" aku dah cakap tadi kan, jadi kena buatlah. Baru lelaki. " diselangi batuk kecil.


------------------------------------------------------------------------------

Setelah bercuti seminggu raya, budak sekolah pun dah kembali ke sekolah. Yang belajar kat kolej ke universiti ke semua pun dah beransur pulang. Adalah baki sedikit lagi yang sedang kemas - kemas barang dan keluar berhoyeh hoyeh dengan kawan - kawan di kesempatan terakhir sebelum cuti tamat dengan rasminya.

Pengalaman puasa dan beraya tahun ni tidaklah jauh beza dengan tahun - tahun sebelumnya. Sempoi lagu tu jugak. Adalah berbuka puasa dengan member aku, blogger paling bersemangat tahun ini aku syak dia tu. Kalau macam aku dah tak reti dah nak tulis apa kat sini.


-----------------------------------------------------------------------------

aku petik gitar kapok dalam nada sumbang. Bunyi merdu, cuma pelakunya sumbang. Entah apa entah kau main. Anak - anak kucing ni mendekati aku. Mereka tertarik pada seluar jeans aku untuk dicakar - cakarnya. Seekor memanjat dan duduk di atas paha.

Bulu putih, bermata biru. Comel kau ya kecik - kecik ni. Nanti kau besar buruk juga ya, samalah macam aku. Tapi kau lebih malang nampaknya. Aku baru 5peratus uban tumbuh, kau kecik - kecik dah beruban penuh. Kasihan.



Memori.


Memori ialah cerita lepas. Yang baik kita ingat, yang buruk kita ingat. Kalau ada yang terlepas tu biasalah, mana ada orang nak ingat semua tanpa ada sedikit suapan mula. Kalau nak mengingat kisah lama pun, kena ada beberapa kepala bertukar cerita, baru boleh ingat lengkap situasi pada waktu dahulu. Waktu ada reunion - reunion ni biasalah macam tu kan.

Memori baik

Memori yang baik ni memang seronok disimpan. Memori melancong, bergelak tawa, berdating, bertunang dan berkahwin, melepak dengan kengkawan memang biasa kita ingat. Dah makan beberapa tahun, baru syok nak terkenan kebahagiaan lalu.


" Wei, kau ingat lagi tak dulu kau menang pertandingan tudung belit terbanyak tu? "

" Mestilah, bangga wei. Rasa macam diriku begitu berharga. Eleh, kau pun apa kurangnya, pertandingan bonggol tudung tertinggi kau yang menyamai rekod dunia milik kau tu apa dia. Wah, saje je nak bagi aku teringat tudung berbonggol 21 kaki ke atas tu kan. Siap support roda kat tanah untuk support berat dia. "

" kihkihkih, ingat lagi kau ye "

macam - macam.


Memori buruk.

Memori buruk ni memang banyaklah untuk orang dah 1/3 usia ni. Kalau part remaja ni tak lain tak bukan memori percintaan yang gagal dimasukkan dalam kategori ni. Paling gagah first love yang gagal lah kan. Kenangan manis berbunga - bunga merindukan bulan bintang kejadah haram semua tu dengan pantas bertukar kisah dengan dunia selari satu lagi. Dengan pantas jadi kenangan pahit!

Dah kalau menangis bagai tu memang pahitla kan. Ingat benda manis, tapi sakit hati dia memang Tuhan saja yang tahu.

Kepada yang tidak bernasib baik, kehilangan orang dikasihi yang dipanggil mengadap Tuhan memang menyedihkan. Kesedihan memang tidak dapat dikawal kadangnya. Tapi itu bukan kuasa kita untuk menidakkannya lagilah nak menghidupkan semula! Redha, tenang dan kuatkan hati kunci utama. Hulurkan doa dari kita yang hidup ni semoga sampai menggembirakan mereka di sana.

Memori buruk ni pada aku ada juga kebaikannya. Biasa orang yang selalu diuji seperti ini jiwanya lebih kuat, lebih kental. Hatinya tidak manja dan tidak mudah mengikut apa yang disogok kepadanya. Lebih pantas berfikir dan bijak membuat keputusan. Untuk definisi pendek, ujian - ujian dalam kehidupan ni semuanya mematangkan seseorang.

Jangan mengeluh, bersedih manjang dan menyalahkan takdir. Hidup ini satu nikmat yang harus disyukuri bukan di caci maki seharian.

Untuk nasihat jika dah menggelabah sedih macam nak tikam jantung sendiri bila nampak straw, boleh mintak syafiq ridwan ke kan. Dia hero bab - bab ni. Aku tak boleh, makin haruk jadinya nanti.


--------------------------------------------------------------------------------------------



Kenangan ke memori ke aku pun tak tahu lah bezanya apa. Kalau istilah aku guna salah, maaf zahir batin sahaja lah kan.

Benda yang lepas ni baik buruk kita kena ambil iktibar. Yang baik jadi tauladan, yang jahat jadikan sampan, bakar dan tolak kat laut jejauh. Belajar dari kesilapan dan ambil pengajaran. Itu semua orang tahu dah cuma nak buatnya tu kadang - kadang memang susah. Tak sampai seru kononnya. Padahal nafsu sendiri tak boleh jaga.

Apa - apa pun, sambutan hari merdeka ni memang aku tak joinlah. Countdown2 ni memang dah aku tak kenal dah. Aku hari tu countdown dekat meja snuker je. Siap berbaju melayu lagi. Kira dah patriotikla tu kan main snuker pakai baju melayu. Atas padang hijau jugak, kira sah la.

Semoga kita semua terus sayangkan negara tercinta walau apa pun haluan pemikiran dan puak politik kita. Kawan tetap kawan walau ideologi berlainan. Macam orang main bola la kan, atas padang memang gaduh, keluar tetap rilek je hisap rokok sesama macam balotelli. Biar jadi professional orang cakap dalam apa je kita lakukan.

Dari kenangan - kenangan, peristiwa lalu semua ni kita gabungkan dalam diri, kita bina sesuatu yang berkualiti untuk hari esok. Kalau tak diri kita yang berubah, tak ada siapa boleh ubah kita ni haa.


Sekian sahaja perutusan daripada saya. salam 1malaysia, 1point snuker. dem, gua kalah teruk malam merdeka haritu.






3 comments:

Syazwan Che Deraman said...

kehkehkeh.

stylo entry kau weh.

kau berseni.

Haikal Blank said...

wohoi! mengarut je ni woi...haha terima kasih beb!

Shila said...

aku tunggu je ko nk tepek gmbr ko berbaju melayu..


snuker berbaju melayu dan kalah.. kategori kenangan ngeri kot..? hahaha..