Pages

Monday, July 30, 2012

Romadondon.


" Sape pulak lah yang hon rumah aku tengahari buta ni. Tak reti bagi salam ke apa. Dalam bulan - bulan pose ni pun tak belajar bagi salam lagi. Badihal betul "

Basuh muka, rambut sikit, ok siap dah mandi. Waktu macam ni lah sikat tak jumpa. Abaikan jela. Kaki terus melangkah ke pintu jeling sikit makhluk berkereta di depan rumah.

Oh, Rosmey rupanya. Lengkap berkopiah. Nak ajak aku ke surau ke apa? detik hati. Memang perasaan sendiri tu rasa ajaib bila nampak kawan sorang ni berkopiah datang rumah. Ajaib tahap 5 dah ni. Biasa keluar seluar pun rabak je manjang.

" Apa pojek beb? Awal pulak kau keluar. Nak pergi mana? "

" Aku nak pergi kedai je ni. Bosanlah, jom teman aku pergi jalan jap "

" ok ok, kejap. aku pakai baju kejap."


--------------------------------------------------------------------------------

Pintu kereta di buka, punggung di labuhkan dengan segera. Sedap rupanya waktu panas - panas dengan perut lapar ni duduk dalam aircond.
Eh, kejap. Nampak ada sesuatu yang tidak kena pada kawan aku ni.
Perhati sikit lagi, pejam celik pejam celik daaaaannn... SAH! memang tak kena!

Kepala berkopiah, tapi sekali tenung, berseluar pendek!

"Wei ni lu dari mana ni berkopiah di kepala tapi seluar pendek kau tarah ni apa benda ni "

dia ketawa je. Aku dah macam dapat bayangan ada sesuatu yang tak kena ni. Tak apa, kita kena bersangka baik bulan romadhon ni. Moga - moga.


Simpang tiga dihadapan, bazar romadhon dituju. Tak sesuai rasanya di waktu terik begini. Ini parah dah ni. Parah.

Betul! Kebab diorder. Bayar 2, siap dapat 3. Pergh, siap ada promosi lagi untuk setan sambilan ni.

EHEM!


---------------------------------------------------------------------------




Selamat berpuasa ye kengkawan yang cun dan comel - comel sekalian. Yang awek - awek johor tu, korang lebih cun dari yang lain - lain, jangan risau. Ehem, biasalah kan untuk orang tak ada awek macam aku, kena tabur sikit pujian suku ikhlas baru adala orang nak jeling jeling lirikan mata tu kan.


Amacam setelah lebih seminggu puasa?

Kepada kaum hawa yang telah terlepas di awal waktu itu difahami, itu tiada rezeki namanya. Nak buat macam mana kan. Untuk kaum adam pula?

Ada yang tinggal dah? awat? pungkoq hang bocoq ka?

kalau ada yang tinggal tu diharap kerana perkara yang membenarkanlah kan. Uzur yang tidak dibolehkan puasa baru boleh. Jangan takat tersalah ketip kuku luka sikit dah tanak puasa. Tu kes ajaib namanya. Kalau bermusafir tu, biarlah cukup syarat. Ni pergi kayuh beskal setengah jam dah kata jauh bermusafir memang tak boleh terima. Kan?

Kalau nak dikenang balik segala susur masa dari awal umur kita dulu masa start puasa, pastinya masing - masing ada kisah tersendiri. Dengan adegan liat bangun sahur, terlelap masa tangan nak suap nasi ke mulut memang lawak. Itu tak masuk lagi gelagat cover line nak ponteng pose lagi. Dengan buat - buat pening kepala bagai, sakit tekaklah demamlah bagai kan.

Waktu puasa ni lah kan kita semua tahu maghrib pukul berapa. Selama ni main bantai je area 740 baru nak mengesot pergi amek air semayang. Sekarang kul 7 suku pun dah alert melampau dah akan tibanya waktu maghrib. Manusia, manusia.


------------------------------------------------------------------------------


Kalau dah masyarakat Malaysia ni kan, bila nak mengadap raya ni macam - macam lah nak plessing. Dengan perabot dia, langsir, cat baru, dan tidak ketinggalan awek baru turut diidaminya. Tapi itu biasalah, bukan sebab raya pun nak sambut bagai, cuma waktu tu jela rasanya kita ni boleh berborak dengan siapa pun siap datang rumah tanpa segan cilok kuih tat letak dalam poket walau sebelum ni tak pernah nak berborak pun. Takat kenal gitu je. Itulah orang cakap kelebihan raya ni haa.

Ni pun walau di awal puasa, ramai dah sibuk p shopping raya lagi - lagi kaum gadis - gadis kiut ni. Dah melaram dalam imaginasi dengan baju yang ditempah bulan lepas dan kasut berkilat plastik yang baru dibeli kelmarin. Memang bakal menarik mata buaya - buaya kampung di pagi raya. Terima kasih dari kami sekeluarga buaya.

Ohoi! Hoi!


Baru puasa aku pun dah sibuk cerita pasal raya kenapa. Nantilah masa raya baru aku carut pasal raya.

Selamat berpuasa semua! :D


No comments: