pepagi ni kena dengan waktu hujan ni layan lagu coldplay ni memang sedap. Lagu dah macam terbang - terbang ke awan sana dah haa layan.
----------------------------------------------------------------------------
Dan perasaan ini tidak tenang. Aku tahu ada yang tidak kena. Pasti ada yang tidak berada di tempatnya tapi tidak pasti apakah ia.
Ku lihat handphone di tangan, termenung sebentar. Ada sms yang tidak ku balas kah?
usya kejap dan betul, memang ada satu sms yang aku hantar tidak berbalas. Sah, dia merajuk.
" ehem, ko marah lagi ke kat aku? maaflah, aku tahu aku dah melampau guraunya hari tu. Mulut aku ni lupa servis haritu, tu menghembus macam mentadak. Aku gurau je. Maaflah sebab ayat aku buat kau sakit hati "
ku taip dengan panuh perasaan.
tett. sms dihantar.
dem, ini lah masalahnya bila gurau tak bertempat. Aku lah tu, aku lah tu. Main hembus ikut suka mulut je. kan sekarang dah tak tenang hati, gelisah semacam je sebab rasa serba salah. Kalau yang merajuknya laki, aku baling je selipar tapi ni perempuan. Faham jela kalau dah member perempuan merajuk kan, nak mintak maaf macam tak makan, nak pujuk malas, nak biar....serba salah pulak.
--------------------------------------------------------------------------
Pagi tadi aku boleh pulak terbukak radio mengERAm ni, dengarlah pasal topik perbualan diorang iaitu gurauan tak kena tempat ni. Dan kebetulan aku pulak baru pi gurau tak kena masa dan tertacinglah beliau hendaknya sehingga ke saat aku menaip ni.
ehem!
Bila bergurau ni, kena tengok situasi dan keadaan sekeliling paling latest dulu. Jangan kau tengok tahun lepas dia happy, kau tahun ni baru nak bergurau kasar. Itu bangang macam aku namanya. Macam - macam perkara yang aku rasa kena tengok lepas ni sebelum memulakan agenda gurauan kasar ni.
Perkara yang perlu diteliti sebelum bergurau dengan seseorang:
1. Wajah mangsa.
wajah akan menjadi benda pertama kita lihat sebelum ingin bergurau. Kalau dia tengah happy giler biawak macam baru menang motor tu, kau gurau kasar lebih pun tak apa sebab mood gembira peluang tinggi untuk keinginan untuk marah dia tertinggal di rumah. Dia berkemungkinan akan ketawa apabila didengki oleh anda secara sengaja.
Kalau wajah beliau mencuka masam tak bergula, silakan bergurau jika anda ingin menelan kasut saiz 8 beliau secara paksa. Mungkin juga bulu kaki anda akan dicabut 10 sekaligus. Mungkin boleh gurau, tapi gurau di dalam kadar minima seperti bertanya kepada dia sama ada dia sudah makan malam belum walhal waktu itu baru pukul 11 pagi.
2. Perkara yang sedang dilakukan mangsa
Jika mangsa dilihat sedang santai sambil tersenyum - senyum melihat henfonnya, kemungkinan besar awek atau balaknya sedang bermadah setia dengannya. Ketika itulah gurauan tahap godzilla boleh dilunaskan. Pastikan berjaya dan buat dengan bersungguh - sungguh.
Jikalau member anda sedang makan dengan bini beliau, janganlah cuba - cuba melawak seperti ini,
" Eh mat! minggu lepas aku tengok perempuan lain kau bawak makan, ni lain pulak. Yang mana satu yang yang ori ni? " sambil terus berlalu pergi
3. Jenis mangsa
Anda sudah tahu kawan anda itu seorang yang panas baran, tak boleh dibawa gurau, lengan berotot dan berkening parut, anda tidak digalakkan untuk mengambil risiko bergurau secara tiba - tiba dengannya. Mungkin jika ingin juga mengguraukan dirinya, silalah minta izin dengan nada ayu dan berwajah sopan.
4. Keadaan mangsa
Kawan baru lepas ditinggalkan selamanya oleh salah seorang keluarganya yang ditimpa nahas basikal fixie di km239 lebuhraya Utara-Selatan, anda boleh bantai bukak lagu 'Mocca-hanya satu' dan nyanyi dengan lantang dihadapannya. Itu akan mengundang paru - paru bengkak dan usus berlubang kepada tubuh badan anda dengan jayanya. Bodoh tak apa orang cakap, tapi kalau dah tak reti respect tu masalah namanya.
Dan macam - macam lagilah.
------------------------------------------------------------------------
Aku ni manusia lemah sahaja. Aku ni kadang memang tak reti jaga hati orang dan aku sendiri tak taw kenapa. Sebab aku ni mungkin memang jenis tak hebat nak kalis - kalis bagai ni. Apa yang lalu kat kepala aku, aku sampaikan dengan lurusnya. Ini dah macam penyakit misteri aku rasa.
Sabar jela ye kawan - kawan yang pernah disakiti hatinya itu. Aku minta maaf, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Yang pasti, aku sentiasa sayang kawan - kawan aku. Mmuaah, ikhlas untuk gadis - gadis semua.
Hai, bilalah budak ni nak balas mesej aku ni?
11 comments:
'gadis-gadis' aje????
bergurau kena ngan tempatnya
yeah. gadis gadis. gadis-gadis kalau merajuk, memang renyah sikit bro.
aku jarang merajuk dan sentap
owh kena cepat pujuk ni kehkehkeh tak perlu sms lagi kol jer terus pakai public fon
aku selalu jugak gurau berlebih..tapi sayang, tak semua boleh terima. Sekarang aku aman di rumah banglo besar kepunyaan sugar mummy aku. eh?
Haikal.Haikal. *Geleng kepala.
Berikan dia masa nanti bila dah reda dia tegur kau balik la tu.Perempuan memang begitu sifatnya.Marahnya sekejap je.Yang penting dia nak tengok kau mintak maaf ke tak bila dah terlebih gurau.Tu je.hehe
lekk ja. biar dia tenang. nanti dia cari balik lettuw kalau dia sayangkan persahabatan tuh :)
yang bergurau pun kena lah sedar diri. main tibai je semua orang sama. gila apa!!! agak2 lah beb. tp kalau orang tu jenis gurau kasar jugak, sekali orang gurau balik jangan mara!
Ada orang pandai bergurau tapi tak pandai terima gurau. Memang panas baran kita dibuatnya. KO buat aku bleh, kene tang ko, pandai plak sentap.
aku tak reti nak bergurau kecuali dengan member paling rapat.
tapi ada limitnya jugak.
pernah satu masa tu, aku lupa log out facebook.
dia guna laptop aku.
then dia post status.
" aku gersang, aku nak melancap bermodalkan blue jepon, kimochiii ".
shit, memang naik marah laaa..
bukan apa,
kalo nak bergurau di sekeliling member rapat, tak apa la.
ni plak dalam facebook.
cikgu aku baca, abah aku baca status.ramai orang baca.
adeh.
Post a Comment