" Ku seru buku dan nota - nota ini agar dekat denganku. Ku seru agar pengetahuan itu bertambah mencanak dengan ajaibnya ke dalam otakku. Marilah! marilah! "
Tak ada apa pun terjadi.
Biasa kita dengar orang melawak kalau susah sangat nak hafal, minum air rendaman buku tu. Memang bangang bila dengar, tapi bila dah sampai tahap malas maksima macam aku sekarang ni, macam tetiba tergerak nak try lak. Print slide powerpoint, rendam, buat mandi pun macam best je rasa. Manalah tahu ada kebenarannya lawak tu kan.
" Memang ada benarnya Kal oii. Benar - benar bangang lah tapinya "
--------------------------------------------------------------------------
Exam.
Exam ini direka untuk menilai kemampuan pelajar katanya. Tapi untuk orang - orang macam aku, exam ni direka untuk membenarkan wujudnya cuti seminggu study week dan ketiadaan kelas kuliah. Datang exam tu memang risau awalnya, tapi dapat kertas, usya sikit, nampak macam boleh jawab lebih separuh je, hati dah gumbira dah. Pressure dah suku hilang. Jiwa dah sedikit tenang.
Usya orang sebelah sat. Kalau dia macam buat muka biawak, itu maknanya markah dia lebih kurang aku lah tu. Mesti boleh jawab separuh lebih sikit je paling - paling.
Jeling jauh sikit, cari orang muka givap, dan monolog seperti ini kebiasaannya terjadi.
" Biar betul susah samapi givap macam tu sekali. Mamat ni mesti study giler lelabi tiap hari ni, tapi boleh jawab tara aku je. komfem. "
Bunyi mic.
" Anda boleh mula menjawab sekarang. Peperiksaan akan tamat pada Bla Bla bla....."
Ceiss, aku tak tulis nama lagi kat kertas jawapan. Rileks, dia bagi 2 jam. Mesti sempat. Cikgu tadika pasti aku ajar dulu kita kena selalu berfikiran positif so, inilah hasilnya. Maafkanku cikgu ______.
Sebelum tulis nama, tundukkan kepala dan kosongkan fikiran. Biarlah orang kiri kanan rush macam kena kejar FBI ataupun seperti terlepas bas balik raya. Kita kena rileks, baru macho. Tadah tangan cover - cover gitu takut orang kata riak pulak angkat tinggi - tinggi dan baca doa. Itu aku rasa paling penting, sebab lepas baca doa je, hati perasaan dah fokus kat kertas exam untuk menjawab. Dah tak ada dah fikir awek selang dua meja terselak kain atau pakai kebaya jarang. Awek sebelah kiri pakai baju terjojol dada ke kan semua dah tak nampak.
FOKUS. itu yang panting mereka kata.
Bila fokus, kita boleh dapat A mereka kata.
Tapi aku dah dua tahun kat U ni, baru ada 2 A. dari berpuluh baru dapat 2. Padahal aku fokus habis dah. Kenapa?
Sebab fokus perlu pada persediaan sebelum exam tu sekali. Kalau ikut dakyah aku, memang fokus pada masa jawab exam je la kan. Dapat soalan, fokus terus.
Fokus timing masa nak keluar awal sebab perut dah meragam. dem.
Soalan dibuka.
Soalan pertama, hemm...macam boleh jawab sikit. tapi macam susah je. pandang bawah ke soalan 2.
" Apa kejadahnya dia tanya ni? "
Selak sebelah. selak lagi dan lagi.
" Ceiiss, dah muka surat last. Semua susah je. Tak jumpa lak yang senang. "
Akhirnya tetap mula dari soalan 1 sampai ke akhirnya. Seseriusnya, aku memang tak suka skip soalan senang dulu baru susah. Aku lagi suka start dari 1 sampai akhir. Ikut turutan. Mungkin kerana aku jenis manusia skema sehingga terbawa - bawa kepada teknik menjawab soalan.
Syukurlah aku skema.
Setelah selesai menjawab sepuasnya ke soalan terakhir, aku akan menyemak dalam 3 kali je. Itu maksima dan setelah kepuasan itu terjamin, pastinya mata meliar mencari ada tak orang dah starting keluar dewan dulu. Kalau belum ada, rileks dulu dan jangan jadi manusia pertama keluar dewan peperiksaan. Kau akan dikategorikan sama ada genius melampau, atau bangang melampau. Aku tak sanggup ambil risiko sebegitu.
" Eh, dah ada orang starting keluar! " hati melonjak teruja.
Pantas, tangan mengemas kad matrik, pen dan pensel. Kalkulator disemat rapi di kocek belakang dan akhir sekali, slip peperiksaan dilipat secara indah bak origami sampan dan disemat didalam poket sedia ada.
Kerusi ditolak perlahan dengan wajah tenang.
" Wajah yang tenang jangan disangka betul semua. " detik hati.
Keluar dewan peperiksaan, pastinya tunggu member sebalah. Aku yakin dia mesti follow punya sebab dari tadi dah jeling - jeling aku. Mesti jumlah markah kami lebih kurang sahaja. Dah biasa dah tu. kah kah
------------------------------------------------------------------------
Sekarang memang musim exam dan mungkin dah ada yang dah mula exam pun bagi yang amek ijazah sarjana muda dan yang sewaktu dengannya di universiti - universiti yang mengambil bahagian.
Pesan saya, rileks, dan jangan gabrah tak menentu bila tak tahu jawapan. Pejamkan mata dan berselawat banyak - banyak. Paling kurang, tak dapat jawapan pun, aku yakin mesti ada idea untuk menghentam punya. Still better dari biarkan kosong ye dak. Mana tahu ada belas ihsan lecturer yang menanda dan ada markah untuk jawapan yang sipi - sipi lagi nak logik akal tu kan. Nak harap betul tepat memang mengarut ah kalau kau sendiri tak pernah study topik tu.
Selamat Menjawab Peperiksaan untuk diri aku dan lain - lain! :D (wajah kiut)
p/s : Sekali baru gua perasan ada orang suku puji, suku perli, separuh maki blog aku. Aku rileks je sebab kool kan. Ni aku bagi link blog budak tu.
NAH NI DIA!
8 comments:
memang adat gamoknya budak2 u i exam..paling-paling lega bila nampak budak chinese pun buat muka..kompem.! xdapat jawab pun jiwa tenang..wahaha
hehehe
Aha. Selamat jugak untuk kau! All the best!
yang peliknye kan, tiap kali exam, tahap gabra die sama je kan. hehe. takde plak rase, relax r, exam je pun. haha
aku rasa semua org mengalaminya semasa ambil ujian..
rasa gabra tak tentu hala dengan tujuan untuk lulus peperiksaan sahaja. Semoga Berjaya!
gua rindu lu bai!!! finally lu rajin! kurang lemak lu 15 kg lepas taip entry ni kan???
teringat pulak dulu ada sekali final tu kawan sebelah jwb 15 min je padahal masa 2 jam pastu bla.tengok2 objektif je dia jawab.yang lain kosong. =.=
15 min tu pun usha-usha saya punya kertas-__-'
(saya tak bagi tiru tapi mata dia tu yang hebat menjeling!)
lepas keluar result,tgk2 dia lulus. sebab markah coursework tolong cover kot. :/
ah kawan,senang2 makan lah banyak strawberri/blueberri,bagus untuk ketajaman otak.
pastu kan kalau soalan ala-ala math /perkiraan tak boleh jawab,minum air.selalunya otak blur sebab dehydrated.
last payyyperrrr todayyy..yahooo..esok blik kg..kui3...gudlux2..=]]]
Post a Comment