Pages

Friday, May 25, 2012

Rerajin Pulak Tetibe


" Hei, kenapa macam dah lama tak nampak entry baru? "

Bukan macam, tapi memang dah lama sangat dah aku tak menulis kat sini. Menatang ni pun dah rinduuu sesangat dekat aku sampai masuk dalam mimpi aku. Aku nampak punggung blog aku terbang - terbang gitu masa mimpi. Tak percaya sudah. Itu tanda korang normal.

Dan sekarang ni memang kecah perjuangan kebebasan dari belenggu, keadilan dan sebagainya. Nak pilihanraya kan, biasalah. Dan, macam biasa, aku melarikan minda dan jasad aku jauh dari memikirkan topik ini tapi tak bermakna tidak ambil tahu. Aku bacalah apa yang mampu, apa yang rajin. Kalau rajinnya, baca pakai kaki, pakai kaki jela aku baca.


Dan semester ini memang sibuk. Mengalahkan Datuk Bandar. Sipi - sipi lagi je nak sibuk macam najip. Tapi rileks, tetap jauh lagi dari sepenyibuk Rosalinmah Ayamor. Syukur aku masih tenang dan cool menghadap perjalanan seorang pelajar remaja ni.


--------------------------------------------------------------------------


Dan aku pun tak ada apa nak cerita walau dah lama tak bercerita. Kegemilangan carutan itu telah pupus dalam kepala. Nak kata bermasturbasi tak ada pun, tapi kepala rasa jem je. Mesti banyak aku ngumpat orang masa pillow talk ni. Ngumpat lelaki dalam kelas sambil ketawa hik hik hik. Pegang hujung selimut dan berangan lelaki hensem pula lepas tu. eh?






eh, ni video haram jadah apa? esaimen punya kan. aku nak buat lawak, tapi amoy group aku suruh cut sana sini sampai ada sipi - sipi je lawak. Tapi okla masa bentang. Sebab subjek selamba, jadi bentang pun ala - ala selamba amitabh bachan sudahlah .



Yang ni pulak konfirm sangat - sangat mengarut. Biasalah, bila masing - masing dah bosan, ada jela benda bangang nak dibuatnya. Lepas tu gelak - gelak, gi minum. Hidup tetap cerita seperti selalu.

ehem, orang tak ada awek memang hilangkan bosan macam ni. Sedih kan? Please la ada awek lawa sorang dua kasihan dan bagi nombor telefon.


--------------------------------------------------------------------------

Owh, dah jauh memalam dah ni. Kalau  tidur lambat lagi bahaya sebab jadi anak haram kalau tidur lambat.

" Nokhorooommm. Hang tidoq lambat buat pa ja? "

Itulah ayat dia. Kira kalau tidur lambat, nanti jadi anak haram. Terima kasih kawan - kawan.

Selamat malamagi!

7 comments:

Innanie | Ariffin said...

gua stay up tunggu lu update lu tau tak???

zulfikar hazri said...

Hah, rasa mcm Johor dilanda ribut bila tiba2 kau update blog.

aku harap aura konsistensi kembali menerangi jiwamu itu..

hahaha

Akim Iqbal said...

kemon kemon

littledolphin said...

lama tau tunggu!

kasihanilah budak ribena ni T_T

diharapkan agar anda menjadi lebih rajin dlm mengupdate blog.

yg video kedua tu err mmg mengarut.sia-sia je tgk smpi habis :p

Eh eh sekarang saya dah start membaking,anda dipersilakan melihat hasil baking terbaru ^^

Azizah Alwi said...

yess..Haikal is back.haha

fairuz said...

hai haikal..gua ade ramai kawan perempuan yang cun2 baik2. tapi kalau lu nak kenal ngan diorang, lu kena belanja gua makan MCD selama sebulan. amacam? ;p

Sayidah Nafisah Ruslan said...

:)

*taktau nak komen ape*