Pages

Monday, March 12, 2012

Perempuan dan Gagahannya




Gadis besi.

Memang comel. Bukan maksudku gadis perut berketak mahupun berkulit besi, tetapi lebih kepada jiwa dan hati kental. Macam besi senang cakap. 

Bukan juga gadis yang menjadikan besi sebagai makanan ruji.


Perempuan ni memang sekali sebut je kita tahu dah hati diorang ni lembut, lemah - lemah sikit. Cucuk pakai straw pun boleh cedera parah gamaknya kadang - kadang. Nak gurau pun kena bertapis, kalau gurau macam dengan housemate lelaki korang, memang habislah persahabatan mahupun persaudaraan korang. Ingat balik masa zaman budak - budak dulu. Kena hembus sikit je, kaum hawa ni dah boleh nangis bagai. Yang lelaki pula buat bodoh je, sakat orang lain pulak. Apa ada hal ye tak.

Tapi cik gadis ni lebih pantas matangnya dari kaum lelaki. Diorang jejak je form 1, dah mula datang sifat kewanitaannya sedangkan kaum lelaki ni baru - baru je nak rasa hidup happy sebagai lelaki. Aktif tak bertempat. Itu paling lambat aku rasa sebab sekarang ni awek darjah 5 dah gedik - gedik memilih dalam pakaian mahupun gedik nak bersolek. Logiklah kan, sekarang ni memang dah laju je tumbesaran tu. Dada pun tumbuh pantas je. Mungkin hormon diorang aktif sejajar radioaktif dari jepun masa tsunami dulu. 

" Tittew raserw si Muszakhir Patalon curlass 1F tu hencerm cungat2. Kelakar laxx tuew. x kering air lyur diwatnyer "
sms dihantar kepada teman baiknya.


Hebat? memang. kehebatan dalam ingin memiliki lelaki 'hencerm' atau 'encerm' atau 'hensermm' tidak dapat dipertikaikan lagi. Dan seperti biasalah, status di fb penuh pujian tanpa mention si jejaka pilihannya di up kan untuk tatapan teman - teman. Kalau dia dapat jadi awek si lelaki hot itu, pastinya juga di up kan untuk ratapan pesaing - pesaingnya.

kehidupan sehingga PMR lebih kurang je. Yang baik, terusan baik dan yang gedik, terusanlah menggediknya. Bak terusan suez, terus terusanlah ia mengalirkan air dan tanah - tanah bumi. Mungkinlah ada sedikit keinsafan dan kembali sebentar kepada Tuhan dengan status status suci dan murni untuk rakan - rakan persekolahannya. baguslah. Itu suatu yang positif yang enak dibaca oleh orang ramai.

Di dalam litar masa itu jugalah permasalahan - permasalahan hati timbul dalam cinta, dalam persahabatan mahupun keluarga. Jiwa memberontak itu menebal dalam diri. Caci maki memenuhi sanubari dalam setiap masalah. Kesabaran diuji dengan curangnya pakwe kepada awek kelas sebelah yang lebih pandai dari dia kerana mendapat gred A dalam kemahiran hidup sedangkan dia hanya gred B. Hati rasa tercabar dan terbakar. Dan FB tetap menjadi zon peperangan.

Boom! pasukan tuan rumah mendahului dengan cacian ABC. Perang bermula. Ketika itulah si lelaki berkaitan akan menjadi tentera pengaman NATTO mahupun tentera penegak keadilan amerika bersyarikat untuk menghentikan persengketaan dengan ayat - ayat manis beserta janji - janji palsu.


Ok, stop cerita awek kecil itu.

kenduri. eh, tak ada kaitan



Kita kembali kepada cerita asal, iaitu gadis titanium tadi.


Aku sejujurnya rasa perempuan yang berjiwa tabah itu cool dan seksi. Semangat teruskan hidup dengan senyuman walau dugaan menimpa tanpa henti sangat - sangat menambat hati. Bukan atas dasar simpati, tapi memang tertarik dengan keikhlasan hati maksima.

Tetapi hendak menjadi gadis yang kuat tu bukan boleh secara semulajadi. Macam lelaki jugak. Manusia ni perlu belajar setiap masa. Belajar dari kelas, dari kehidupan, dari pengalaman. Setiap saat kita belajar benda baru sama ada baik atau buruk. Ada juga ilmu baik tetapi disalahguna ke arah keburukan. Bila nafsu dah kontrol diri, memang macam - macamlah boleh jadi kan.

Perempuan berjiwa kental ini juga kita selalu sebut 'perempuan matang'. Kematangan pemikiran amat - amat membantu. Kalau dah jiwa macam bayi, memang kena duga sikit dah meracau, nangis, tumbuk teddy bear dan macam - macam lagi benda mengarut sehinggalah ke bunuh diri. Pemikiran yang matang membuahkan pemikiran positif dari macambagai sudut. Kepositifan itulah yang menidakkan kebodohan menguasai kelakuan diri.

Keseksian awek matang ini terserlah apabila mempunyai anak. Kalau dah mak dia jiwa kental, sifat itu juga akan diturunkan kepada anak - anak tanpa sedar kadangnya. Sama ada dari segi didikan mahupun genetik semulajadi, itu aku tak tahu sebab aku bukan doktor mahupun pakar psikiatri.

wow.

Eh, kenapa aku boleh membebel tanpa point pada entri ini di dalam tajuk sebegini?

Sudahlah, dah jauh mencarut ni.


Mungkin aku dah wajib kahwin kot. kehkeh





14 comments:

faizalnizam said...

dah wajib la tu.

Syazwan Che Deraman said...

hehehhe..aah, masa sekolah rendah dulu, perempaun selalu tinggi tinggi.

facebook la tempat luahan.

aku suka gadis besi ni..mereka pandai berdikari.

syazrinakuya said...

aku kan? hahaha. cepat lah mahwin, aku nak rasa makan nasi minyak kenduri kembar aku ni

APi said...

suatu yang sukar dikenal pasti, kerna perempuan besi ini berkait dengan jiwa dan hati..

*aku chop nak main kompang*

Anum said...

bebelan di pagi isnin

cik yayat said...

hahaha..ok..cool gila menaip..xdapat disangkal tu..guwa dah gelak2 bace entry nih..guwa prasan perubahan tu kat anak sedara guwa yg sekolah rendah..tip top..kalah i..hahahaha.sengal lah lu kal..

littledolphin said...

saya suka perumpamaan yang anda guna.haha

ok serius.

perempuan cepat matang,tapi kenapa saya tak matang-matang lagi ? :O

saya memang salute la gadis besi.tak mudahh nak jadi gadis jiwa kental ni ;)

Haikal Blank said...

kompem2 aku kahwin aku ajak ikut siapa aku ingat nanti. kehkeh tapi tunggu 4,5 tahun lagilah.

Anyyss Shuhaimi said...

gadis besi ni seksi yang tak menyeksakan, malah menyenangkan.

emylase. said...

betul la tu ^^"

INNANIE ARIFFIN said...

dah masa cikgu hamidah dapat menantu!

INNANIE ARIFFIN said...

dah masa cikgu hamidah dapat menantu!

Telor Power said...

kalau ko jemput kompom aku dtg, nasi free kan hehehe

Nurarnida Sabrina said...

aku pun nak kahwin.Ok gatal.haha