Pages

Friday, February 10, 2012

Putus Kerana Orang Ketiga.




Percintaan remaja. Memang biasa dah kita dengar kes awek or pakwe kena kebas dek orang secara terangan mahupun secara diam diaman. Mungkin juga ramai antara kita pernah melalui situasi begini. Normal lah kan. Ada yang mengamuk, merajuk tak makan, bad mood, nangis - nangis, tumbuk - tumbuk cermin selepas putus cinta. Fuhh, kalau member baik yang terkena macam tu, memang kita pun pening kepala nak pujuk or ceriakan hidup orang yang dalam mood putus cinta ni. 

Sangat sukar ok. Kadang sakit hati pun ada. Tapi member punya pasal, apa ada hal.

Bila aku baca entry pasal orang ketiga ni oleh si DIA ni, memang menarik. Dia pun memang femes punya blogger dan menjadi idola aku sejak zaman azali lagi. Dari dalam perut lagi aku dah chatting ngan dia dah. 


Entry brader ni mengupas tentang orang ketiga yang muncul dalam perhubungan ni ha. Gua senyum - senyum sambil baca tanda setuju dengan apa yang dia cuba sampaikan. Clean n clear isinya.


-------------------------------------------------------------------------


Dah fitrah manusia ni untuk mencintai dan dicintai. Ingat, mencintai dulu baru dicintai. Itu hukumnya. Kau beri, baru kau dapat. Paling level rendah pun, kau bagi orang tengok punggung solid dan dada mantap kau, baru kau dicintai pencinta - pencinta lelaki buaya ni. Itu level paling jilaka sekali pun perlukan sikap memberi dan menerima. Jadi terang - teranglah benda ni kena ada usaha juga kan baru boleh berjaya lebih - lebih lelaki sebab kaum lelaki ni yang nak kena p memetik bunga bukan bunga terbang datang secara tiba - tiba di bilik tidur lelaki. Itu kes lain tu. Atau mungkin bunga itu mempunyai belalai yang disembunyi di balik lenggoknya.

Ok, jauh mengarut.

Kewujudan gadis cun dan jejaka kachak ini memang pantas digilai pasangan berlainan jenisnya. Dan semestinyalah ada unsur - unsur perebutan kerana persaingan itu ada. Kesinambungannya jelas menunjukkan bahawa ketika bercinta dengan golongan ini akan didatangkan dugaan wujudnya orang ketiga, keempat mahupun orang ke sembilan di dalam perhubungan. Ianya normal kerana manusia ni memang sukakan cabaran untuk mendapatkan sesuatu dan kadangnya ditujukan pada benda yang salah. 

Jika perhubungan putus kerana muncul orang ketiga, siapa yang salah?

Itu persoalan utama. Dan menurut pendapat jilaka aku, aku meletakkan kesalahan pada semua pihak terlibat. Walau awek aku sendiri kalau lari pun, aku salahkan diri aku dahulu sebelum aku salahkan dia dan dia. Itu pada aku lah kan.


Kita andaikan wujud tiga pihak seperti di bawah:

1. pihak lelaki pertama
2. pihak awek
3. pihak lelaki kedua ( perampas bak kata orang )

Aku jelaskan kesalahan yang dilakukan ketiga - tiga pihak ini jika berlaku perpisahan dan si awek menuju kepada pihak lelaki kedua.

1. Pihak lelaki pertama.

Kesalahan yang mungkin wujud pada lelaki pertama ini ialah dia tidak mampu menjaga awek dia sampai awek dia cari lain. Itu juga merujuk kepada beberapa keadaan. 


  • Dia memang loser dan jilaka dan memang patut awek dia lari dari dia.
  • Dia juga mewujudkan pihak awek kedua. (curang terlebih dahulu)
  • Dia tak ada duit dan selalu berlagak menyula duit cik awek
  • Dia mengongkong awek macam dah bini dah. Awek nak sambung belajar pun tak bagi kadangnya. What Whe Fuck (WWF)
  • Dia penipu, penyangak, bangang dan penuh keangkuhan.
  • Dia BODOH.


Ini antara kesalahan normal pihak lelaki yang boleh membuatkan si awek lari meninggalkannya dan memilih pihak ketiga sebagai alternatif.

Dah macam macam kes aku dengar dari kawan - kawan dan pengalaman aku sendiri yang menggambarkan kebodohan pihak pertama ini termasuk diri aku sendiri. Aku memang loser lah kan, nak buat macam mana. HAHA 

Kita terus kepada pihak seterusnya,


2. Pihak awek

Kaum awek ni pulak memanglah sering menggunakan alasan mereka lemah dan mudah tergoda akan sesuatu. Sedangkan beg tangan, kasut dan pakaian yang tidak mampu berkata - kata pun boleh menggoda mereka, apatah lagi lelaki yang memang diberi kelebihan menyusun ayat dengan kacak dan bergaya untuk menambat wanita ni kan. Aku faham part tu.

Tapi salah tetap salah.

Bila bercinta, berjanji setia bagai tapi akhirnya bila ada problem sedikit dengan si pakwe, terus mencari pihak alternatif dan mulalah mengadu domba. Kalau mengadu pada orang baik macam aku, tak apalah sebab aku gay, tak minat wanita jadi taktimbul isu aku nak tipu dan ambil kesempatan di atas kesunyian dia. Ini tak, dingadunya kat lelaki yang pernah nak usya dia, tapi tak dapat. Itu kesalahan besar kaum wanita ni.

Dia anggap lelaki yang usya dia dan dia tolak tu sebagai pihak alternatif yang terbaik. Memanglah terbaik, tapi pada aku hanya terbaik pada ayatnya dan bukan terbaik pada pertolongannya. Itu kesilapan terbesar kaum awek ni biasa lakukan. Lelaki yang pernah menaruh harapan ni, lebih - lebih lagi masih single, akan mencurahkan ayat - ayat super dewa untuk menenangkan hati anda. Ala, kadang ayat biasa - biasa je, tapi sebab kau tengah ada problem, dan datang lak seorang lelaki luar menenangkan anda, lelaki itu akan menjadi HERO secara tidak sengaja.

I love U lah. Berbunga - bunga hati. shyt.


3. Pihak lelaki kedua.

Haa, yang ni golongan perampas orang cakap dan selalu mempraktikkan "best man win." Memang diorang ni selalu jadi hero di hati kaum awek ni. Merekalah penyelamat, merekalah sempurna dan akhirnya kekecewaan itu akan terpampang di wajah cik awek nantinya. Percayalah. Itu kebiasaannya.

Golongan ini salahnya ialah mencuba pada tempat yang salah. Perumpamaannya macam ada di suatu kawasan ni ada penjual belon. Penjual belon tu jual belon pada seorang budak kecik dan kau pun teringin nak gak mempunyai belon di tangan. Secara normalnya, pasti kau akan ke penjual belon untuk membelinya kan? Tapi kau mungkin sangat sukakan cabaran dan kau menawarkan harga kepada budak kecik yang baru beli belon tu untuk memiliki belonnya. 

" Apa barang beli kat penjual belon, tak rare lah. Bayar terus dapat. Tak best. Baik aku try offer harga lebih mahal kat budak kecik ni. Aku nak gak belon dia tu. "

Kan nampak kan bangangnya kan. Jenis terlalu sukakan pembaziran dan saingan. Itu pasal belon kau kena keluar modal duit lebih, cuba kalau pasal perempuan, modal kau pastilah gangguan dari pakwe lama cik awek tu.

Huh, awek lain bersepah kat dunia ni. Kalau kau nak sapu perempuan orang pun, jangan nak kapel - kapel, kahwin je terus. Paling kurang nampak gak kejantanan kau ye dak.


--------------------------------------------------------------------------


Tapi secara jujurnya, aku tak suka salahkan orang lain sebelum salahkan diri sendiri dahulu. Kalau betul orang lain tu salah dan jahat, kenapa kau pilih dia sebagai awek or pakwe kau? Sepatutnya kau kenal betul - betul dahulu sebab kalau kau serius nak buat pasangan hidup, sepatutnya kau perlu serius dalam memilih yang terbaik. Bukan memilih berdasarkan saiz pinggul mahupun ukur lilit dada. Bukan, semua tu tak penting. Saiz dada tak menjamin akan ada air sirap limau ais masa kau penat - penat balik kerja nanti. Saiz pinggul tak menjamin ada orang nak mengurut kau memalam bila kau sengal - sengal badan setelah penat bekerja. Muka yang cun juga tak menjamin anak - anak kau mampu dijaga dan dididik dengan baik. Dan kecantikan tak menjamin syurga selepas kau mati nanti.

Secara kasarnya, sama - samalah betulkan diri sendiri dahulu dan berusaha untuk menuju kebaikan. Dengan izinNYA, kebaikan itu juga akan menuju ke arah kita tanpa segan silu. Segala benda penting kena diambil serius. Pasangan hidup itu serius dan serius. Itulah yang akan mendidik anak - anak kita yang menjadi lambang kejayaan kita di masa tua nanti.


Segala keburukan dalam entry ini ialah dari aku dan jangan diambil pusing sangat. Ambil sebagai teladan je. babai .

Err. kalau penuh songsang macam freemason dah, abaikan entry ni. kahkah



15 comments:

hana said...

haha...
nice share..
sebelum tuding jari ke orang lain..
muhasabah diri dulu..
=D

APi said...

haha..
nice haikal..
dalam pemunasabahan diri tu kekadang memang jelas point untuk salahkan orang lain macam mana haikal?

Haikal Blank said...

trimas hana.

Api, kadang memang macam tu. kalau dah pikiaq semua memang salah orang lain, tak lain tak bukan, memang salah cik awek la tu.
haish, tapi nak salahkan dia pun, sayang punya pasal, akhirnya salahkan diri sendiri gak kadangnya.

kehkeh

so, dari pikir sape salah baik move on je. err...tak berjaya pun nak bercinta lagi kadangnya.

littledolphin said...

konklusi:salahkan diri sendiri dahulu

okbai.

Nina~ said...

Sedangkan beg tangan, kasut dan pakaian yang tidak mampu berkata - kata pun boleh menggoda mereka

ok, aku suka ayat neh!
:)

Unknown said...

tulah ble ade mslh ngan boipreng tu xpyh gedik2 nk pegi citer kat laki yg suatu ketika dlu penah duk usya kau. kesilapan besar tu haha !

salahkan dri sndri baru menuding jari ke arah org lain adalah 1 tindakan yg agak bijaksana kehkehkeh ;D

shairah said...

betul3..kali ade masalah pun, try la selesai cara baik..bukan terus p cari yang terbaik n perfect sangat kononnye..last2, sad ending je dapat

CikTeddyCorner said...

sume berbalek pd niat..niat yg baik insyaAllah pengakhirannya juga baik..lgpon kalo brcinta tnpa niat nk kawen kan haram,bnde haram biasanya x slmt kan?hehe

miranadia said...

tengok keadaan la semua ni...

tapi sape yg dah kapel tu jgn la tamak sgt....hehe

Anonymous said...

jangan lah jadi orang ketiga yang selalu merosakkan hubungan orang lain.
Allah tuh adil.
sekelip mata je Dia boleh balas.
:)

Anonymous said...

haha.

sorry bro lame tak singgah entry ko. ni baru berkesempatan nk menjenguk entry hebat.

1stly,bahase yg kau gunekan selalu menarik hati aku utk membace entry sblumnye. hik.

hmmm,pasal curang2 ni. mestilah salahkan diri sendiri dulu, klo bf/gf pergi kt org lain mgkn bermakne ko tak jage die leklok. ape plak kalau ko sendiri yg curang? hmmm,mgkin sbb kau tak bersyujur dgn ape yg kau dah ade. pasal bende2 mcmni jgn fikir sgt. what goes around comes back around. believe me. haha.

a good entry btw :D

hanaahmad said...

hamboih dr love.

sebenarnya, dalam sesebuah perhubungan, kepercayaan itu harus letakkan di tahap utama dan pertama. Kan? ;)

Fairuz Zainal said...

hahaha gile

Nyamuk Terbang said...

xyh kapel sng..hehe

Primadona said...

haha.Okay.Nice point of view.Kau normal ke abnormal haikal? :P