Baru beberapa hari lepas aku melepak di Joho Baru bersama rakan lama semasa bersekolah asrama dulu. Setelah 8 tahun tidak bertemu, akhirnya bertemu jua dengan masing - masing sudah mempunyai lapisan lemak tebal di atas six pack masing - masing di bahagian perut. Dia dah ada anak satu dah, aku lak belum kahwin dan perut kami sama. Ah, itu jilaka juga perasaannya namanya. Apa nak buat, selera makan aku menakutkan. kehkeh
Bila dah lama tak berjumpa ni, memang banyaklah kenangan - kenangan lama diborakkan. Kelakar, ketawa tak henti. Entah apa jadah perangai - perangai super haramjadah semua diceritakan kembali semasa zaman - zaman jahiliah tegar dahulu. Biasalah, budak baru nak kenal dunia punya perangai kan. Lagi - lagi duduk asrama punya kepala. Memang bertimpa - timpa kebangangannya. Serius.
-------------------------------------------------------------------------
wajah cam haram memasing. aku tak ada dalam gambar ni. |
Ikan dan Kami
" Wei mok, bosan gila malam sabtu ni. Gua nak tidur pun tak boleh. Nak fly pun tak ada duit. Apa kita nak buat ni? "
" Kau tanya aku lak pehal. Aku ni bukan jenis memberi idea. Apa tak ko yang selalu keluar dengan idea super bodoh kau "
" Celakalah kamu ni "
Kitorang lepak depan bilik dorm. Baru lepas hisap rokok dekat jamban asrama. Suria 16. Memang legaplah bau menyelinap sekitar kawasan tu laksana legapnya paru - paru perokok tegar itu.
Dari duduk, kitorang pun bangun, bersidai dekat koridor melihat keindahan malam. Nak berjiwang, masa tu tak kenal perempuan lagi. Menyusahkan je perempuan ni dalam hati aku masa zaman - zaman muda macam tu. Bukan gay, cuma tak minat mencampuri hati dengan kisah - kisah kehidupan wanita ni.
" Wei, ko tengok kolam ikan kat bawah tu. Banyak tak ikan dalam tu. Aku tak pernah perasan lak berapa diorang bela ikan dalam tu "
Lincah!
Kitorang turun, lepak tepi kolam lak. Manetaw timbul idea - idea bernas laksana ikan emas yang berlegar - legar di dalam kolam itu. Ok, tak ada kaitan.
Dalam lepak punya lepak, ada satu suara dari kalangan manusia di situ bersuara.
" Wei, aku macam perasan kat surau ada dapur gas semua. Lengkap dengan kuali ngan sudip bai. "
" Abeh tu, kau nak buat apa dengan menatang tu? goreng ikan kat kolam ni? "
Sunyi seketika. Semua bagaikan terpaku dengan ayat di atas. Masing - masing tersengih cam harom. Ok, ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
*****
" Wei, barang dah siap ni. Minyak je tak ada. "
" Apa barang minyak. Tak cool la pakai minyak "
Segala dapur sudip kuali semua dah diangkat dari surau ke tepi kolam. Kolam tu di kawasan tepi asrama dan agak tersorak dari pandangan. Sesuainya memang dibawa kesitu. Pak guard pun tak perasan punyalah. Perkara kedua pastilah ikan di kolam!
" Wei, ikan hiasan ni kita boleh makan ke? "
" Ini bukan dua alam ni, mesti boleh punya. Taring pun tak ada "
Setelah keluar fatwa2 sesat dari pertelingkahan 30 saat itu, maka kami pun dengan selamba berendam separa kaki menangkap ikan tu. Dapat sekor. wajah riang. Hidupkan api, wajah tambah riang. Letak ikan dalam kuali tanpa guna minyak, wajah teruja.
Panas punya panas, ikan diterbalikkan. Dah namanya tak ada minyak, pastinya melekat - lekat semua. dengan tak siang ikannya lagi. Memang stylolah ikan hiasan itu bakal menjadi santapan.
Setelah 10 minit dalam kuali, berbekalkan muka yakin masing - masing, cubitan pertama setiap sorang. Suap dalam mulut, telan.
PUIHH!!!
Keluar balik semua! haram jadah rasa macam kayu manis rendam dalam air sirap dan disalai dengan peluh singa! payau, pahit, gelimat semua muncul. Muntah semula masing - masing!
Berderailah ketawa masing - masing.
----------------------------------------------------------------------
sekali lagi aku pun tak ada dalam gambar ni. haha |
Terbang Ke Sana
Perkara hitam pelajar asrama ialah pengalaman Keluar Malam secara berhemah iaitu fly istilah normalnya. Itu juga konfem berlaku dan alasan utamanya ialah kerana lapar. Walhal tak lapar mana pun, cuma teringin buat sesuatu yang rare dan adventure. Makan sejam, lepak CC 2 jam. Itulah ertinya lapar bagi seorang pelajar sekolah.
Pengalaman masa fly tu memang banyak. Kena kejar RELA, polis, warden sendiri memang menakutkan. Berlari tak cukup tanah sampai nyorok dalam tong sampah, terjun bukit guling - guling, merangkak dalam lalang memang sangat meninggalkan memori. Macam - macam masalah timbul. Kena kejar dengan pakguard naik RXZ pun boleh lepas lagi. menyelinap masuk taman perumahan baru yang belum siap naik tingkat atas, menyorok. Macam - macam.
Ada pernah sekali tu kena kejar dengan RELA yang bawak lampu suluh malam - malam tu, aku dan geng - geng fly biasa berterabur lari mencari tong sampah dan nyorok dalam tu. Muka tenang je duduk mencangkung, ada lubang kecik je untuk usya pakcik RELA untuk usya line clear ke tak untuk menuju ke destinasi.
Ada pernah sekali tu, aku terpijak paku masa lalu jalan area tapak projek perumahan yang belum siap. Darah melimpah - limpah tak hingat. Jalan atas simen, berbekas merah sebelah kaki. Masa tu lah menguji kuatnya persahabatan kami. Dipapahnya aku sampai ke cc. masuk bilik air, basuh darah semua. Balik pun dipapah. Dah macam cerita perang dah. Real punya. kehkeh.
Err...untuk pengetahuan, esoknya kami fly lagi sambil aku dipapah. Memang setiakawan tak tinggal kawan kat asrama. Fly mesti kena ada semua. Aku hepi je macam orang cukup sifat masa tu walhal kaki dah tempang. Untunglah selamat 2,3 hari tu fly.
Sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya berjalan jua. Itulah aku. Masa duk tengah sedap melantak nasi lemak telur, selamba ada orang tepuk bahu aku. Aku toleh, canteeek....warden kesayangan. Sedas penampar ditabur setiap sorang. Aku pun buat lah muka paling insaf dan suci kat muka bumi masa tu. Dia suruh balik dan dia tunggu dekat asrama. Kitorang pun dengan hepi, balik fly ikut jalan fly sampai asrama. Betul dia tunggu dengan pembaris kayu. Mungkin rotan dia tak jumpa malam tu.
Pangg!!!
patah pembaris kayu panjang tu. Diambil yang patah dua tu, disebat sampai patah pendek - pendek. 5 das untuk setiap sorang. Satu pembaris kayu setiap sorang. Ada 4 orang masa tu. Fuhh, pedih? Tak adalah sangat. Dah selalu kena rotan.
----------------------------------------------------------------------
Fuhh...dah panjang lak entry ni. Walhal macam banyak lagi aku ank tulis. Tak apalah, cukup - cukuplah tu ye dak. Tengoklah kalau aku nak mencarut lagi pasal menatang ni. Macam bosan lak cerita kisah - kisah macam ni. Tak reti aku. kahkah
gua sayang lu olang maa. kahkah |
12 comments:
dah macam aura terbang super saiya ni
hahaha...
lawak2..
paling sengal masak ikan x basuh, x siang..
mmg bijak pandai..
=D
aku tunggu part asrama perempuan jek ni..
kah kah kah
tak senonoh!!
kan ade ikan tu tak suci kalau tak disiang.. ade cilok naik Aspuri tak?? hhmmm...
Kalau rajin boleh sambung lagi. Aku suka. LOL.
gambar yang macam nak bersila dewa gorgon tu style
hahahaha aspuri?? asal aku dah tergelak sorang2 nih. asal nih. kahkah
EWWWWW makan ikan hiasan -.-
ikan hiasan spesies mana tu?yang boleh dimakan ke tak?
dah terpijak paku pun still nalk fly?cheh sangat tidak berputus -asa :p
hey budak nakal,dh slalu kena rotan?meh nk tukul plak..ekeke
Gambar itu sumpah kool! :)
geli doh pg goreng ikan mas! bluwek
haha.
aku tak pernah duduk asrama so tak pernah ade pengalamn fly. sobs.
tapi cam best je pengalaman fly kau ni? hahahaha :p
Post a Comment