Pagi kelmarin dalam kul 5 pagi, bergerak ke soghomban area senawang pun ya juga menghantar adik aku nombor 3 ke SBP pilihan dia, SDAR. Bangga aku, ada juga adik beradik aku yang mampu masuk skola macam tu. Kalau nak harap aku memang tinggal harapan jela. Kalau berdasarkan IQ, memang aku dah setaraf perdana menteri dah. Dari segi kebijaksanaan, memang dah boleh dapat anugerah nobel dah. Cuma bukan apalah, kurang daya tahan pada dugaan dan hasutan nafsu yang merencatkan kejayaan aku.
haha
Tahi. Itu je ayat paling sesuai aku rasa. Dahla IQ rendah, pemalas, tak hensem lak tu, memang tak dapatlah aku nak merasa sekolah asrama penuh masa dolu - dolu kan. ceiss, jgn kutuk aku.
Aku dulu hanya mampu bertahan selama tiga tahun di sekolah berasrama sebelum di 'transfer' akibat kecerdikan melampau yang memaksa beberapa cikgu di sekolah itu tercabar kewibawaan mereka lalu mencipta sebuah konspirasi dan mereka berjaya memindahkan aku. Oleh kerana aku bukan jenis pendendam, segalanya berjalan dengan lancar. Ok, tipu.
Aku tak suka duduk asrama, suasana asrama, sekolah berasrama kecuali berasmara. Tetapi, kenangan hidup bersama rakan - rakan asrama memang menarik, best dan hou liao. Syioook oh!
--------------------------------------------------------------------------
gua termenung macam nilah rupanya |
Aku punya termenung, fikir sana ke mari, dan kali ni aku nak simpulkan perkara - perkara menarik yang aku tak boleh lupa masa sekolah kat asrama dulu.
1. Nasi kawah dan dewan makan.
Ini pengalaman menarik tapi tak strong mana pun lah. Tapi ianya tetap pengalaman yang menarik sebab macam - macam kejadian yang kau boleh ingat masa melantak kat dewan makan. Kalau tengah pegang tray besi dan ditakdirkan kau terjatuhkan tray tu, kau tunggu jela satu sekolah BOOOooo kau selama 15 saat. Kelakar beb.
Kalau lauk sedap, ada je orang ambil lauk sampai dua kali. Tapi benda yang selalu ambil berulang ialah buah - buahan. Kena hari tu buah tembikai susu, memang 2,3 potong jadi pilihan.
Lauk berjadual berkadar langsung dengan jadual makan budak. Kalau kena lauk sedap, ada telur masin, kangkung belacan, dewan makan penuh, sesak beratur panjang - panjang. Kena ikan macam dah tak ada daging, asam pedas cair dengan buah jambu batu, memang sedikitlah bebudak yang makan masa tu. Bukan nak demand, cuma tak berselera.
2. Senior yang buat kita rasa nak bunuh mereka.
Ini ialah perkara yang wujud di semua asrama seluruh dunia. Dah duduk asrama dan namanya lelaki, bulian dan seksaan pastinya rare. Kalau kena suruh - suruh benda kecik tu memang wajiblah semua merasa. Contoh bulian - bulian kecik yang aku maksudkan ialah :
- Kena suruh ambil air kat dewan makan.
- Kena suruh beli mee kari kat kantin tapi dia bagi duit 50 sen je.
- Kena basuh baju
- Kena urut orang memalam buta
- Kena gilap kasut ( pada musim pertandingan kawad hampir )
- Kena denda bodoh - bodoh seperti diri separuh sambil pegang baldi, ketuk ketampi dan lain - lain.
- Kena pergi surau awal. ( aku rasa ini bulian pada masa tu walaupun benda baik. )
Kalau tak buat salah pun kena buli halus macam ni, lagi kalau buat silap. Gandaan berkali ganda dan tahap seksaan bergantung kepada tahap kreativiti senior untuk mendenda. Ada budak pernah disuruh cium pokok sampai pokok tu stim. Ada yang disuruh tiup lampu kalimantang sampai padam. Ada yang pernah disuruh tidur bukak mata dan macam - macam lagi.
3. Warden yang ganas dan menakutkan.
Warden ni biasanya dalam 4,5 orang yang aktif untuk asrama lelaki ni. Hidup diorang memang tak pernah nak tenteram melayan karenah pelajar - pelajar sopan macam aku. Diorang ni kadang nampak macam sangat rajin sebab selalu mencari budak di dalam golongan 'sopan' ni. 3 hari sekali mesti ada kes punya. Dari kecik sampai besar punya hal.
Diorang memang sporting dan boleh melawak. Korang takkan takut dengan diorang. Tapi untuk golongan - golongan yang penuh dosa dan angkara ni, kehadiran diorang memang menimbulkan kegelisahan tahap 9. Diorang ibarat raksasa yang menanti untuk membaham manusia. Bertanduk merah dan mata berapi - api. Takut woo.
Biasalah, diorang hanya ditakuti bila ada buat salah. Kalau tak buat salah, buat apa nak takut ye tak. Diorang baik sebenarnya kecuali adalah sorang dua tu yang boleh menyebabkan korang muntah dan meluat bila berurusan dengan beliau. Jenis - jenis yang berlagak dan poyo lah lebih kurang.
4. PREP petang dan malam.
Benda tentang prep ni memang suatu program yang menyebabkan kau rasa sebal kerana kemalasan yang melanda. Dah la pagi sampai tengahari kena pergi kelas, petang ada prep pulak. Malam pas isyak pun ada jugak. Aku masa tu rasa kelas tu lah rumah pertama aku. Err...itu masa form 1 la. Masa form 3, aku dah ponteng prep dah dengan selambanya.
Rilek, benda baik2 je aku cerita kali ni. Aktiviti nakal kita cerita lain kali. kehkeh
Prep ni bagus, kalau tak ada menatang ni memang tak studyla budak - budak. Kerja rumah semua hembus waktu prep ni lah untuk disiapkan. Aku maksudkan untuk mereka yang rajin dan bijak. Kalau ikut cara aku, memang tunggu diorang siap buat, dan aku akan meniru kerja - kerja mereka di malam hari dengan bijaksananya. Pantas, efisien dan meningkatkan iq dengan cerdas dan jayanya.
--------------------------------------------------------------------------
Wooh. penat dah tangan aku nak menaip. Dah panjang melampau dah ni. Bukan ada orang baca pun. Ngengada betul aku.
haha.
Dahla, korang kalau ada kenangan yang rare kat sekolah asrama dulu boleh cerita sedikit kat ruang komen. Aku tahu ada memori jugak kan..kan......
walla~ (dah macam dia ni pulak dah)
22 comments:
duk asrama mmg macam2 kenangan ada..
saye dah pernah tulis pasal ni di sini
http://sharifatulhana.blogspot.com/2011/06/siapa-yg-tak-pernah-tinggal-kat-asrama.html
Ang mesti selalu kena buli nih
bro, kau buat aku rindu sekolah lama. muahaha. adek kau dapat SDAR? baguslahh. musuh tradisi sekolah aku dulu. *padahal penah ade crush dengan budak sdar* btw, aku rasa kalau aku boleh time travel balik, aku nak balik sekolah menengah aku. penuh barakah. xla jadi setan . kehkeh
buli2 halus tu aku selalulah. tapi ada win2 situation gak.
masa liqa' kat surau pepagi buta, biasanya aku lepas dari bala. HAHA
haha kuya, maknanya kau dah jahatlah ni skarang! berubahlah!
kehkeh
warden garang sumpah tak kkan lupa sampai mampus.
sampai aku dah masuk u, kolej kan ada fellow, aku tetap nak cuak. sebab bagi aku penjaga hostel mesti garang.
fobia tak hilang sampai skrg kot. haha.
me too, nak masuk asrama penuh mimpi jelaa. ;(
senior dormku agak gengster. haha!
duk asrama, paling tak suka bila xde air..!! =__=
dulu, asrama jauh dari dewan mkn..
pegi lapar, balik lapar semula da..
sakit jiwa..
itu je? takde ke fly keluar asrama ke? hehe. aku dulu memori tak boleh lupa masa asrama ialah bila orang minyak masuk hostel, 2-3kali jugalah tidur tak lena. terpaksa tidur bersama wisel, agak2 ada bunyi tak sedap dengar, kena tiup. huhu.
teringat pulak masa kat asrama duluuu,ada senior jatuhkan tuala junior dalam jamban.junior tu tak de tuala extra so dia basuh je tuala tu and guna balik.kesian gilaaaa.. T_T
and then teringat pulak kat sesetengah perempuan yang couple dgn senior/budak sama batch yang tunggu bf masing-masing di hadapan asrama lelaki untuk ambil baju bf mereka yang perlu diiron.lol
kehkeh cerita part2 gelap asrama nanti lepas ni. yang ni yang basic2 dulu.
wuohh. kau mengingatkan aku pasal cintan cintun asrama ni. cinta kontrak. HAHA menarik!
Sebab ada prep la pointer aku tinggi kat sekolah dulu. 4 flat memanjang. Bila masuk u, takde prep, pointer aku menjunam turun gunung kinabalu.
Sedih..
kecintaan baru! nadia mohaniz disini. dgn rumah baru :D
Haikal.Aku tak ada pengalaman duduk asrama masa zaman sekolah.How? haha
ko mesti mangsa buli.Jangan jadi mangsa sodomi sudah.Kehkehkeh
nasib gua baik juga kerana rapat dengan senior..
jadi kena buli tu ade tapi kurang..
bukanlah dari golongan feveret untuk dibuli walaupun kadangkala aku join jugak membuli..
keh3..
aku x dok sekolah asrama..aku x bijak macam kau pa :p
buat april fool kat junior mcm syok je. hahaha!
haha.
seriusly senior ko suruh tiup lampu kalimantang tu sampai padam???
haha. ade jumpe dorang lg x skrg,kalau ade ko hempuk weh. hahaha. kelaka je bace. hehe
hai~ kenapa laaa d zmn ni Masih ada lg kes buli..??!! X sukeee..sgt2. Rasa trhiris perut seorg ibu yg mngndungkn
eh aku terkomen dekat bahagian ask, AHHAHAHAHAHAHAHA! malunya I! hahaha
Post a Comment