" You gotta do, what you gotta do " -Futurama series-
Setelah aku menghabiskan 6 season siri kartun Futurama, aku masih dihantui gelak tawa hasil pentelalaahan kesemuanya itu. Watak Bender, Fry, memang menjadi pemangkin utama cerita itu. lawak celaka cerita tu memang memberi lawak tak henti, itu jaminan dari aku. hehe
kita abaikan tentang cerita itu kerana ia hanya sekadar pembuka cerita akan apa aku lakukan sepanjang 3 minggu ketiadaan internet di rumah sewa. Malam ini aku hanya ingin bercerita ringan ala - ala berborak dengan anda semua. Anda rasa tak terhibur? Maafkan saya. Ini mungkin entry desperate menghilangkan bosan aku sahaja dan tiada paksaan untuk anda membacanya dan menekan butang pangkah pada tab blog ini adalah bukan suatu kesalahan.
FUTURE.
di dalam pemahaman aku, ia bermakna masa hadapan. Kalau salah, abaikan jela selagi kau tahu aku maksudkan akan MASA HADAPAN bukannya beruang mahupun burger RM10++ sebiji di McD.
Bila malam, sebelum tidur sambil mata terkebil - kebil melihat kipas siling berputar pastinya selalu kita tiba - tiba merenung akan apa agaknya masa depan kita suatu hari nanti. Akal berputar dalam minda rekaan sendiri tentang kereta, rumah, isteri, anak - anak, kerja, isteri, gaji bulanan, gaji tahunan, isteri, dan macam - macam lagi.
ANGAN - ANGAN
Dari angan - angan itu, timbulnya semangat kita untuk hari ini dan esok. Dan bila lusa kita diduga sedikit ujian, kita perlu berangan lagi untuk membakar semangat. Aku selalu mempraktikkan cara ini untuk memotibasikan diri aku sendiri. Korang? Aku tak tahulah macam mana. Cuma aku lemah semangat bila berangan pasal perempuan, mesti akhirnya kelaut hasil pemberanganan aku. Kotor fikiran aku rupanya.
" Fuhh, kalaulah aku kaya, ada BMW sebijik, mesti awek tu sangkut punya kat aku. "
dialog di atas mendorong kita untuk lebih gigih belajar bukan bercinta. Sebab selagi lu tak kaya, makan duit ptptn dengan muka buruk tu, tak mungkin awek tu akan sangkut kat lu. Jadi, belajarlah rerajin. Lebih kurang macam tu la maksud aku.
USAHA
Untuk mencapai masa depan yang kita mahukan, itulah pentingnya mewujudkan usaha untuk merealisasikan impian yang diangankan. Kalau nak kaya, mesti ada kelulusan dan pastilah kena belajar rajin - rajin. Nak senang dapat kerja, soft skill kena hebat dan pada masa itulah perlunya cuba bersosial untuk memantapkan 'ayat' kita dalam bahasa ibunda mahupun bahasa inggeris.
kalau nak awek lawa, kenalah carik, usya, usya, gagal, usya dan usya lagi baru dapat. Kalau muka dan duit kau macam leonardo dicaprio atau johnny depp bolehla kau tunggu awek cun usya kau. Itulah namanya usaha.
RIGHT PATH
Boleh ditafsir sebagai jalan kanan atau jalan yang benar. Keduanya sama je. Dalam mencapai impian, yang penting ialah kesucian jalan yang kita pilih. Nak kaya tu memang betul, usaha dah ada, tapi usahanya ialah jual dadah. Itu salah namanya! Memang boleh berjaya dan kaya, tapi kalau di jalan yang salah, segalanya tak akan kekal dan menyenangkan.
Nak glamor, nak ada duit banyak perlulah kena pada caranya. Yang lelaki janganlah giat mencuri, merompak, jual dadah, berjudi dan semua mazmumah lain. yang perempuan pula janganlah jual muka, dada, perut, lengkungan pelvis, punggung kepada penonton media massa demi mencapai impian di dunia ni. Tak ada berkatnya kau pergi tayang semua tu. Memang akhirnya melingkup jugalah jawabnya.
Yang blogger lak, tak payahlah jaja fitnah, cerita sesat, gossip rekaan, aib orang dan menjatuhkan orang. Cubalah tulis benda - benda yang jauh dari semua tu. Rileks dan chill lah dengan idea sendiri dan bukannya ciplak tulisan orang lain.Idea sama tidak apa, tapi janganlah salin bulat - bulat. Bangang namanya tu.
KESIMPULAN
Dari buat kerja bangang untuk mendapat apa yang diangankan, baik layan futurama gelak ketawa tak henti punya sepanjang 6 musim. Tapi cerita tu pun menyesatkan kalau kanak - kanak yang menontonnya. Tapis - tapislah bila menontonnya. kehkeh
Apa sudah jadi, hari sudah lewat dan esok ada kelas pagi. Jomlah kita tidur kawan - kawan.
* teruskan berangan tapi jangan berangan lucah nanti bangun pagi susah.
** nanti aku ada internet yang kukuh, aku cuba balas kunjungan sebaik mungkin ok.
*** janganlah cakap aku blogger sombong lak. Aku cool ok. kehkeh
**** maaflah tak ada gambar. internet cam haram untuk aku bukak google image.
***** selamat membaca dengan terlelap - lelap!
12 comments:
lengkungan pelvis... bbe bbee bee beuaahahahahahahahahahahha.....
ok dah gelak, byee...
hahahahah ceitt, kau gelak tak ikhlas ni! harhar
Aku musykil apesal ko sebut isteri sampai 2 kali.kahkah.atau ko mahu mengikut jejak ustaz sauki.kehkeh.
peh peh apesal lah ayat aku bm baku.hahaha
hehehe kebakuan kau sampai menusuk ke dalam diriku. aku merasakanya. kehkeh
perkataan angan-angan tu mencuakkan diri ku.
cara memotivasikan diri?entahlah.tulis goal setiap hari kot.walaupun pada hakikatnya hanya 30% yang terlaksana. :|
aku pun mahu santai2 je ni...sibuk teramat ...
haha betul gak point kau tu hana tentang perkataan angan - angan
RepublicAku, perlukan masa santai. fuhh, agak bz
-__________________________-
yang pasti, futurama best. sekian.
aku suka angan angan doe.
heheh
patut la lama kau tak update.
jgn jd angan2 mat jenin sudah :P
nak tengok futurama le.. ;)
ptut ler ko pkir kotoq, ko tgk futurama..hahaha
Post a Comment