Pages

Sunday, October 2, 2011

Misteri si Pujangga






    " Kalau cinta itu satu lukisan, pastinya di dalam hitam dan putih kerana aku pasti warna untuk cinta tidak wujud di dalam dunia kita ini. Ianya terlalu indah untuk diterjemah " kata si pujangga.


" Jangan kau pernah berkias tentang cinta jika kau tidak tahu apa isinya " kata si misteri.


" Benarkan kataku bahawa cinta itu indah? " balas si pujangga


" Ya, aku setuju jika itu katamu " jawab misteri.


" Habisnya, apa yang kau ingin sampaikan? "


" Punyanya cinta itu ada warna, cuma kau yang tidak bisa melihatnya " terang si misteri


" kalau kau tahu, apa warnanya? " tanya si pujangga


" warnanya hanya bisa dilihatku. Kau hanya tahu berkata tentangnya tetapi tidak merasainya. Kita tiada salah, tiada benar. Cinta di antara kita semua berbeda tiada yang sama. Cinta ku begini dan kau kata ia bodoh, cinta kau begitu dan pastinya ku kata kau bodoh. Habisnya sampai bila yang benar akan cinta? "


" Cinta itu hanya kata - kata maksudmu? " tanya pujangga


" Bukan hanya kata - kata, tapi meliputi hati, jiwa dan seluruh tubuh dan akalmu termasuk segala urat sarafmu kerana ianya indah sehingga menggilakan "


" Ya, memang menggilakan. Sebab itu ada batasnya " tambah si pujangga


" Cinta itu ada tiga tahap bagiku. Kenal dan Cinta. Dan jika kita terkeluar dari batasnya, kita akan jatuh ke tahap ketiga iaitu cinta palsu. Yang palsu itu bahaya. "


" Apa kesimpulannya? "


" CINTA itu subjektif tanpa ada sempadan. Kawal sendiri sempadan untuk dirimu di jalan yang benar - benar menerangkan tentang cinta. Kau tersilap, kau merusak diri sendiri. "




* Apa pendapat kamu semua?



23 comments:

Nin Ahmad ツ said...

Cinta kadang kadang boleh buat manusia jadi gila,kecewa dan terluka.Tapi ada jugak yang kekal bahagia.Terpulang kepada kita sama ada bernasib baik terus bahagia atau di uji terlebih dahulu untuk kecewa.

Jangan kejar cinta kerana ia akan lari.Kalau kita relaks dia akan datang sendiri.


Wakakaka.aku kalau komen jenjiwang confirm aku takkan baca balik.Kehkehkeh.

haikalblank said...

hAHAHA lu memang jiwang nin oii...kehkeh

Aesya Zealous said...

cinta kpd manusia itu hadir dgn keizinan Allah. aku percaya Dia akan beri peluang cinta sejati jika kita telah berjaya peroleh cinta dan mencintaiNya terlebih dahulu..


ini bkn jiwang. ini serius. :)

littledolphin said...

OK BLUR.

saya kanak-kanak ribena,saya tak tahu apa-apa. :P

.diannorhayati. said...

aku tak reti oh berjiwang jiwangan. haha :P

errr. cinta tu sesuatu yg indah,tapi kite jangan terlalu leka and berharap terlalu tinggisbb nanti 'merusak' diri sendiri :)

hee. bagi aku itu kot.. hehe

APi said...

bicara tentang cinta..
terlalu banyak definisinya..
takkan pernah hapus dalam diri manusia..
terlalu banyak idealoginya..

nub said...

adakah aku yang buta sebelum ni atau memang header tu stail gila.

Syazwan Che Deraman said...

setiap orang, ada style masing masing bila bercinta..aku sokong dengan misteri.

jangan bercinta sehingga melampaui batas, apabila semua diserahkan atas nama cinta yang belum halal, semua akan musnah.

Zulfikar Hazri said...

cinta adalah sifat semulajadi makhluk dunia untuk pemula sebagai justifikasi kepada bersetubuh... berstubuh untuk meneruskan kelansungan spesis..


cuma ia dikaburi dengan falsafah romantika.. iaitu cinta.

Nadia said...

cinta itu pada pandang mata kita. apa yg terlihatkan, apa yang dirasakan, itu kita. so, nak define byk2 pun xleh. sendiri lalu, sendiri rasa la. haha

eija said...

bagi sy cinta tu x blh dgambarkan dengan kata2...terlalu indah...
cinta itu blh dkatakan cinta bila kita tdk tahu knp kita mncintainya...

tp dalam dunia moden skrg ni, aku tdk tahu mcm mn nk tfsirkan cnta itu apa kerana terlalu bnyk pnceraian yg berlaku...jd kini bgku cinta ialah bila aku melihat sepasang pasangan yang sudah tua tp masih lg berjalan berpimpingan tgn...msih lg mkn bersuap2..dan pndangan mata mereka masih bersinar membuktikan bahawa terlalu bnyk cnta dht mereka..itulah cinta...

Fira Hilwa said...

cinta? ada apa dengan cinta...
sori la, bro... seriously i told u haa.. i xpnh bcinta tp i dh tua pun utk bcinta. i mahu kawen terus, u ada calon utk i ka? hahahaha

MunaMeows said...

Pada pandangan saya, (bahahah skema :P)

Adoi. Cinta ikut point of view masingmasing kut. Ada yang benci baru cinta. Ada yang pendam baru cinta. Ada yang sakit baru cinta. Ada yang buta-buta cinta.

Tapi yang pasti tujuan cinta tu ialah untuk kita sama-sama hargai kurniaanNya yang dizahirkan dalam hati ni. Indah kan? Dan menuju ke jannah. Wuhu!

Yang ranap itu barangkali bukan cinta. Semestinya bukan cinta kalau hati disakiti bagai kertas dihiris razor, kan. Bukan bukan. Itu hasil ketidakmatangan yang membuahkan pengalaman supaya tak lagi pisah berbuah kali kedua. It happens to everyone :)

My literature lecturer used to read us a poetry on love, and in the end, his comment is: "Stupid". LOL!

kaizen said...

bila cinta... kini x lagi bermakna yg ku rasa.. kini hanyalah nestapa... eh!? ternyanyi lak kat sini.... hahahaah

Miss Dolce and Gabbana said...

Ya cinta itu sungguh Subjektif.Cinta dgn bunga,bunga akan layu,cinta dengan manusia,dia akan pergi,Cinta dgn Pencipta? Pasti kekal abadi.

Amna.Qadeeja said...

weii bcela kitab terfaktab. definisi cinta infiniti wakaka aku on da way bce nih. mesti kau nak pinjam kan? wakaka

RinsyaRyc said...

chewah.. jiwang arr.. hihihi.. manusia memang sukakan keindahan dan kesenian.. ^^
sebab manusia itu sendiri seni dan menjiwai seni..


http://bulatmata.blogspot.com/

haikalblank said...

aesya! gua rasa itu yang terbaik dan aku rasa ramai yang tahu tapi hendak merubah sesuatu itu memang sukar. haish haish

hana, poyo ah kau si kanak ribena! kau sudah besar tahu! :D

Diannorhayati, apa - apa yang membenarkan kelekaan wujud memang merusak. :P

APi, ya, definisinya seribusatu dan membawa maksud yang macam bagai.

Nub, adakah itu satu perlian atau pujian ikhlas? HAHA ceiss~

Syazwan Che Deraman, fuhhh, jgn melampaui batas. itu amat menakutkan. indah sementara tapi sakit selamanya

Zulfikar, cinta itu disulami falsafah yang mencorak indah pada mata si pujangga. hahaha

Nadia, pengalaman itu pengajaran paling berharga kan. ;)

Eija, bila sehingga tua sebegitu memang sweet dowh. gua berharap untuk melalui saat2 sebegitu juga

Fira hilwa, aku pun ingat nak serbu rumah awek merisik sendiri tiba2 secara mengejut. nak join? HAHA

MunaMeows! ya, segalanya bermula dari niat. jika asasnya nafsu, pasti musnah menangis menyesal tak sudah. i like ur lecturer. Hehe

kaizen, lu boleh sambung nyanyi masa exam nanti. :P

hei selamat tinggal dunia! hehe cinta itu yang abadi. tidak pernah merugikan malah mengiakan kenikmatan hakiki.

Amna.qadeeja. kau memang sampai ke sini nak buat aku jeles kan. HAHa ceiss!!

RinsyaRyc, biasalah nak menjiwang sekali sekala. HArhar (padahal selalu)

hanaahmad said...

cinta itu dalam hati, kompleks.

maCy said...

jika biru warnanya cinta, rindu apa warnanya?

jika putih warnanya cinta, mana pergi warna cerianya?

jika cinta pelangi sifatnya, mengapa masih ada yang terluka?

cita itu satu rasa. yang hanya boleh diterjemah dia yang merasa cinta..

haikalblank said...

hanaahmad : hati itu lembut, tapi rumit cara hidupnya

Macy : cinta itu definisinya selalu lembut tapi melukakan juga kadangnya.

.m y z. said...

sangat puitis dan mendalam maksudnya. betul cinta tu SANGAT SUBJEKTIF.

maCy said...

indeed :)

macy ada paper esok. masih dalam kesibukan. maaf kesempitan ruang waktu. iA akn baca lagi tulisan kamu ya :)